Anda di halaman 1dari 1

4 PERKARA MEMBUAT ANDA DIJANGKITI FIKIRAN

NEGATIF

Elakkan perkara-perkara berikut supaya Anda tak dijangkiti penyakit


fikiran negatif.

1. Elak bercakap pasal hal orang lain. Dah banyak kali saya
ulang-ulangkan peringatan ini pada Anda sebab ia selalu berlaku
di sekeliling kita. Jangan bercakap pasal hal orang lain, perilaku,
peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka.

Elakkan seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh.


Jangan biasakan diri bercakap pasal hal orang lain terutama
keburukan atau kekurangan fizikal mereka, kerana perbuatan
begitu melatih minda Anda melihat ke arah yang negatif saja.
Kesan dalam jangka masa panjang, Anda akan sangsi dengan
kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.

2. Menyimpan dendam lama-lama. Ia ibarat minyak yang


dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya menunggu masa
untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis
api. Dendam kesumat membuat Anda jadi orang berfikiran
negatif. Kesannya, Anda jadi orang pesimis.

3. Jadi terlalu sensitif. Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika


Anda ada sikap panas baran, ketahuilah sikap cepat marah atau
melenting ni sebenarnya menyusahkan diri Anda sendiri. Jangan
amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh.

4. Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam.


Perasaan sebegitu perlu dilepaskan. Jika tidak, minda Anda berisi
dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat Anda
susah nak berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup Anda
akan sentiasa bermasalah selagi Anda masih tak berubah!.