Anda di halaman 1dari 2

(al

fatihah)

Bismillahirahmanirahim,

alhamdulillahirabbil'alamin, waala alihiwasahbihi

wassalatiwassala muala asrafil anbiya iwal mursalin, ajmain. Ya Allah Ya Karim,

Tuhan yang menguasai langit dan bumi, hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala Rahmat dan BerkatMu, atas segala Nikmat dan Iradat yang telah Engkau tentukan ke atas kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun di dalam Majlis Perasmian Program With Heart We Serve ini, bagi menyatakan kesungguhan,

komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Justeru itu, berkatilah pertemuan kami ini, berkatilah juga usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Ya Zal Jalali Wal Ikram, Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,

zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Rabbanaatina fiddunya hasanah, wa fil a hirati hasanah, waqina azabannar, wasallahuala siayidina Muhammad, waala alihi wasahbihi

wabarik wasalam, walhamdulillahirabbilalamin.