Anda di halaman 1dari 4

2.

TAMADUN PURBA: Perkembangan Petempatan Awal Di Malaysia

Petempatan awal di Malaysia telah berkembang sejak sekitar tahun 500,000 SM hingga 5,000 SM. Perkembangan petempatan ini dapat dilihat dalam dua peringkat, iaitu petempatan era; a) Zaman Batu Awal (Paleolitik), iaitu dari sekitar 500, 000 SM hingga 7,000 SM, b) Zaman batu Akhir (Neolitik), sekitar 7,000 SM hingga 5,000 SM. Petempatan awal masyarakat prasejarah di Malaysia umumnya berkembang dalam dua period atau era iaitu era Paleolitik dan Neolitik, ini adalah kerana bukti hasil pengkajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi menunjukkan Malaysia tidak mengalami era Mesolitik. Pada era Paleolitik petempatan-petempatan awalnya adalah secara nomad atau hidup secara pindah randah. Mereka tinggal sementara di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan. Gua yang terdapat di situ pula dapat dijadikan tempat tinggal dan perlindungan. Antara petempatan awal masyarakat Paleolitik di Malaysia ialah Gua Niah di Sarawak, Kota Tampan di Perak) dan Gua Tingkayu di Sabah.

Rajah 2.1: Gambaran petempatan awal masyarakat zaman Paleolitik di Malaysia

Masyarakat

di

zaman Paleolitik

tidak memiliki

kebudayaan

yang ketara

memandangkan masyarakat di era ini hanya terdiri daripada sekolompok keluarga dan hidup secara pindah-randah (nomad). Hasil dari penemuan arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat pada era ini mengamalkan kegiatan berburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka turut memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan untuk kegunaan sendiri. Amalan ini menunjukkan masayarakat di petempatan awal ini mengamalkan cara hidup sara diri. Untuk melengkapkan cara hidup mereka ini masyarakat Paleolitik menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.

Antara penemuan alatan Zaman Paleolitik di negara kita ialah :


Kapak Genggam Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat.

Rajah 2.2: Penemuan Artifak zaman Paleolitik

Dalam bab kepercayaan, masyarakat di petempatan awal ini mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu. Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang. Era Paleolitik ini tidak kekal lama kerana masyarakat pada era ini mempunyai keistimewaan dalam menurunkan ilmu pengetahuan mereka kepada generasi mereka, kerana kelebihan ini masyarakat ini telah merubah tradisi mereka. Pada sekitar tahun 7,000 SM hingga 5,000 SM iaitu era yang di kenali prasejarah akhir atau disebut sebagai Zaman Neolitik. Masyarakat purba pada era ini tidak lagi hidup secara nomad dan telah memulakan kehidupan secara menetap, iaitu mulai
Rajah 2.1: Gua Niah di Sarawak

membina petempatan kekal di gua-gua yang berhampiran sungai, tinggal secara tetap di

sekitar lembah-lembah sungai yang subur. Masyarakat pada era ini sudah pandai membina

rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu. Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan seperti di Gua Gomantong dan Bukit Tengkorak di Sabah, Gua Cha di Kelantan dan Jenderam Hilir di Selangor. Petempatan yang kekal pada Zaman Neolitik telah mewujudkan budaya baru masyarakat yang mana mereka mula mewujud sistem masyarakat yang mempunyai ketua dan pembahagian tugasan. Selain dari itu masyarakat di petempatan awal di era ini juga telah memperhalusi rekaan alatan batu mereka serta mula mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan juga belanga. Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam kayu. Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu. Malah masyarakat pada era ini turut mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting dangelang sebagai perhiasan. Tanah yang subur juga turut membantu

penempatan kekal ini berkembang dan kerana faktor ini budaya tani telah wujud dikalangan masyarakat

prasejarah ini. Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan. Selain itu mereka juga memburu haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut berdagang secara tukar barang atau sistem barter. Walau bagaimana pun masyarakat pada era ini masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka iaitu kepercayaan animisme serta mengamalkan upacara perkuburan. Mereka menyembah batu, matahari dan lain-lain lagi kerana mereka mempercayai adanya semangat (roh dan jiwa) orang mati. Akhirnya, kebudayaan Neolitik telah memberi satu asas perkembangan kepada zaman gangsa yang memperlihatkan titik permulaan tamadun yang bersifat perbandaran (Kota).

Kerajaan Melayu Melaka (1402-1511)