Anda di halaman 1dari 11

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

1.0) PENGENALAN Keshogunan Tokugawa menguasai Jepun sejak dari tahun 1603-1867. Panglima Narimoto yang berkhidmat pada zaman Minamoto adalah panglima pertama yang memegang gelaran shogun selepas jawatan tersebut menjadi jawatan tetap. Shogun Tokugawa telah diasaskan oleh Shogun Ieyasu pada 1603 kerana beliau telah berjaya mengalahkan Mitsunari di dalam Perang Sekigahara. Selepas peperangan tersebut Ieyasu telah berjaya mendominasi politik Jepun dengan membentuk kerajaan ala tentera. Di bawah pemerintahan Tokugawa telah membawa Jepun mencapai zaman kegemilangan dan juga kejatuhan yang dapat dilihat dari segi politik, ekonomi dan sosial. 3.0) FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESHOGUNAN TOKUGAWA 3.1) POLITIK Kejatuhan Keshogunan Tokugawa dapat dilihat dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Menjelang tahun 1830-an keretakan dalam kepimpinan Syogun Tokugawa sudah menampakkan perpecahannya. Hal ini terjadi kerana, berlakunya krisis antara Tokugawa dengan daimyo di samping penentangan yang berlaku dalam keluarga itu sendiri. Penyebab-penyebab kepada kejatuhan shogun antaranya adalah sistem pentadbiran yang keras yang dijalankan. Bentuk pentadbiran yang keras dapat dilihat apabila Shogun bertindak memisahkan maharaja dari pusat pentadbiran di Yedo. Maharaja hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Maharaja juga ditempatkan di sebuah tempat yang terpencil dan baginda ditemani oleh orang-orang bangsawan istana yang juga dikenali sebagai Kuge.1

Harold M. Vinacke, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm. 110.

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

Walaupun maharaja Jepun merupakan pemerintah yang tertinggi tetapi kuasa memerintah sebenarnya berada di tangan pihak Shogun. Maharaja telah dinasihatkan oleh Shogun supaya tidak melibatkan diri dalam pentadbiran (keduniaan) dengan alasan bahawa baginda adalah seorang yang suci2. Selain itu, rakyat juga tidak dibenar melihat maharaja kecuali mendapat kebenaran dari pihak Shogun dan rakyat dibenar melihat maharaja sekali sahaja dalam setahun. Penyekatan maharaja dari berkuasa jelas tidak disenangi oleh rakyat dan seterusnya menbangkitkan perasaan ingin memberontak.

Sementara itu, Shogun Tokugawa turut mengadakan beberapa peraturan baru apabila mereka mula berkuasa pada tahun 1603. Di antara peraturannya adalah golongan bangsawan yang menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Shogun, mereka akan dibenar memiliki tanah. Golongan bangsawan yang dilihat mempunyai kekuasaan dan mempunyai ramai pengikut akan ditempatkan di suatu kawasan yang dikawal oleh anggota-anggota Tokugawa.3 Peraturan-peraturan yang dikenakan akan membantu Shogun berkuasa tanpa digugat oleh mana-mana pihak yang akan menentang pentadbiran mereka. Hal ini, telah menimbulkan ketidakpuasan golongan bangsawan kerana pihak Shogun cuba untuk mengawal mereka. Selain itu, golongan daimyo juga telah dipaksa untuk menetap di Yedo selama setahun dan isteri serta anak-anak mereka akan dijadikan tebusan bagi mengikat kesetiaan daimyo-daimyo. Keadaan ini telah mewujudkan perasaan untuk memberontak di kalangan daimyo. Pada zaman Tokugawa terdapat kira-kira 260-270 daimyo yang dikelaskan kepada 3 kategori, iaitu golongan daimyo Tozama (orang-orang besar luar), Fudai (vassal-vassal warisan) dan Shimpan.
2

Maharaja Jepun dianggap suci kerana mengikut Agama Shinto, masyarakat Jepun mempercayai bahawa Maharaja adalah berketuran dewa dari kayangan: Lihat Ahmad Sohaimi Lazim, Tamadun Jepun:TItas II, Tanjong Malim: Malim Tengah Trading, 2005, hlm. 138. 3 Harold M. Vinacke, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, 1967, hlm. 111.

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

Pentadbiran yang keras yang diguna oleh shogun dapat dilihat dari ulasan C.P. Fitzgerald, iaitu seluruh penduduk dibahagi dengan ketatnya kepada 4 golongan : askar, peladang, petukang dan saudagar. Pihak istana adalah terasing, tetapi masih dihormati dan dijaga tetapi telah diasing dari urusan kerajaan yang berada sejauh 300 ratus batu yang terletak di Yedo.4

Penyebab lain yang membawa kepada kejatuhan Shogun adalah kelemahan Shogun itu sendiri. Walaupun krebiliti kepimpinan Shogun-shogun pada peringkat awal adalah teguh namun, terdapat beberapa Shogun yang tidak mempunyai kebijaksanaan politik dan kualiti kepimpinan seperti Shogun Ieyasu. Keadaan ini dapat dilihat semasa pemerintahan Shogun Ieshiga yang merupakan seorang yang uzur dan lemah, baginda turut digelar Shoben Kubo5. Baginda juga gagap dan tutur katanya sukar untuk difahami. Oleh yang demikian, baginda banyak bergantung kepada juru bahasanya iaitu, Ooka Tadamitsu. Ketidakupayaan Ieshiga untuk mentadbir negara menyebabkan pentadbiran Jepun menjadi lemah. Pengganti selepas beliau, iaitu Ieharu juga bukannaya seorang pemimpin yang baik. Hal ini kerana, baginda adalah seorang yang malas dan boros. Keborosan Ieharu telah menyebabkan kewangan Jepun terjejas teruk. Seterusnya, beliau telah diganti oleh Ienari juga seorang syogun yang lemah. Beliau juga adalah kaki perempuan dan boros. Beliau mempunyai 40 orang dayang dan 900 orang pembantu di istana selain 20 orang gundik dan 55 orang anak. Sikap boros baginda dapat dilihat apabila beliau suka mengadakan majlis besar-besaran bagi perkahwinan anak-anaknya. Menurut Sansom, Ienaru adalah seorang yang paling melampaui batas di antara semua
4

C.P. Fitzgerald, Intisari Sejarah Asia Timor(terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 235. 5 Shoben Kudo bermaksud shogun yang membasah tempat tidur: Lihat M. Rajedran,Sejarah Jepun, 1988, hlm. 52.

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

Shogun Tokugawa.6 Shogun Tokugawa juga mengabaikan soal-soal pertahanan dan perhubungan dengan pengikutnya sehingga mereka yang selama ini menunjukkan taat setia telah berpaling tadah.

Penyebab kejatuhannya seterusnya ialah gerakan pemberontakan mengguling Tokugawa. Gerakan anti-Tokugawa ini diketuai oleh kaum-kaum seperti Satsuma, Chosu, Toza dan Hizen. Mereka menentang shogun kerana ingin merebut jawatan shogun selain mengembalikan kekuasaan Meiji. Bagi membolehkan mereka berkuasa mereka telah menyokong maharaja yang selama ini telah ditindas oleh pihak shogun. Mereka turut bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golangan saudagar yang antiTokugawa terutama di bandar Osaka. Tekanan asing telah mempercepatkan lagi kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Pada 18 Julai 1853 kedatangan Komodor Matthew Perry ke Jepun telah menambahkan lagi kegusaran shogun.7 Beliau mewakili Amerika Syarikat untuk memperolehi jaminan perlindungan bagi angkatan laut Amerika yang terkandas di Jepun, mendapat kebenaran bagi kapal Amerika untuk memperolehi bekalan makanan dan bahan api di mana-mana pelabuhan Jepun serta Jepun perlu membuka kemudahan kepada kapal-kapal dagang Amerika. Perry menjelaskan kepada Bakufu untuk mendapat maklum balas apabila beliau datang kembali dengan angkatan yang besar.

Ancaman

itu

menambah

kegusaran

yang

menyebab

shogun

terpaksa

menandatangani Perjanjian Kanagawa pada 31 Mac 1854 dengan British. Pemimpin anti-

6 7

Ibid, hlm. 52. Ibid, hlm. 52.

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

Tokugawa telah menuduh shogun telah berpaling tadah dengan menghapuskan polisi isolasi yang dipegang selama ini. Orang-orang besar istana turut menyebelahi pihak penentang dan kedua-duanya telah mendesak maharaja supaya menyokong mereka. Apabila shogun tidak mengendah larangan maharaja yang memerintah mengadakan hubungan dengan barat pada peringkat paling minimum telah menjejas kepercayaan maharaja kepada pihak shogun. Masalah ini telah memberi peluang kepada golongan samurai muda tentera dari suku kaum Satsuma dan Chosu dari wilayah barat untuk menguling Shogun. Dalam usaha mereka untuk memberontak , samurai seperti Okubo, Kido dan Saigo telah memperolehi sokongan dari beberapa orang bangsawan dari Kyoto. Mereka telah menggunakan slogan Sonno Joi8 untuk menarik sokongan rakyat supaya menentang Bakufu. Rakyat Jepun mula membenci orang asing dan pemerintahan maharaja perlu dikembalikan semula. Kedatangan Perry dan Perjanjian Kanagawa menjadi salah satu sebab yang membawa kepada kejatuhan Shogun.

Sementara itu, Perjanjian Kanagawa dan perjanjian-perjanjian selepasnya dengan negara barat telah menjadi punca kemarahan orang Jepun. E.O. Reischauer berpendapat kedatangan barat dan tekanan yang dihadapi oleh Jepun mempercepatkan kejatuhan Tokugawa.9 Perjanjian Kanagawa menjadi satu titik hitam kepada Shogun Tokugawa kerana pertama kalinya shogun terpaksa tunduk kepada barat. Selepas dari perjanjian

Slogan Sonno Joi dikesan melalui pergerakan Somo yang bermula pada abad ke-18. Takenouchi Shikibu seorang sarjana yang membenci Bakufu telah mengisytiharkan Doktrin Sonno atau Shinno-Ron (Doktrin kesetian kepada siggahsana). Sebelum dia dapat mempopularkan doktrin ini, beliau telah ditahan oleh Bakufu pada tahun 1759 dan diusir dari Kyoto. Tidak lama selepas itu, Yamagata Daini, seorang guru sains ketenteraan menyebar suatu teori yang digelar Oda atau Doktrin pemerintah Diraja. Daini telah dihukum bunuh oleh Bakufu tetapi pergerakan itu terus berkembang secara perlahan-lahan sehingga tahun 1850-an dan terus berkembang pada 1860 dan lebih ramai lagi rakyat Jepun yang mula membenci Bakufu: Lihat M. Rajedran,Sejarah Jepun, 1988,hlm. 58. 9 Edwin O. Reischauer, Japan: The Story Of A Nation, Tokyo: Charles E. Tuttle Company, 1974, hlm. 90.

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

tersebut, Tokugawa terpaksa menandatangani perjanjian dengan kuasa barat yang lain seperti Amerika pada 1854, Britian 1854, Russia 1855, dan Belanda pada 1856. Tindakan Tokugawa menandatangani perjanjian itu telah menyebabkan mereka terpaksa membuka beberapa pelabuhan kepada kapal-kapal dagang dari barat. Tindakan ini telah membawa padah kerana isu tersebut telah digunakan oleh gerakan anti-Tokugawa yang anti orang asing untuk mementang shogun. Mereka telah bertindak berani dengan menyerang beberapa buah kapal dan membunuh beberapa orang barat. Tindakan tersebut menjejaaskan hubungan Tokugawa dengan barat. Pada tahun 1866, Tokugawa telah menghantar tenteranya ke Chosu untuk menghukum mereka, malangnya mereka telah kalah. Kekalahan Tokugawa secara tidak langsung telah menjatuhkan imej mereka. Kedudukan Tokugawa semakin tergugat apabila pada tahun 1867 Daimyo Toza telah menghantar surat yang disokong oleh suku kaum yang lain untuk mendesak Tokugawa meletak jawatan dan mencadangkan kepada maharaja supaya melantik shogun yang baru. Rentetan dari peristiwa tersebut, telah mengheret penglibatan campur tangan kuasa-kuasa barat untuk menghapuskan kerajaan Tokugawa. Selain itu, barat juga sedar bahawa shogun sudah tidak mepunyai kuasa lagi sebaliknya kuasa tersebut telah diambil alih oleh maharaja. Peletakan jawatan Shogun Hitotsubashi Keiki kepada maharaja Mikado Mutsuhito pada 19 November 1867 telah membolehkan Meiji berkuasa pada Januari 1868.

3.2) EKONOMI Kejatuhan ekonomi dapat dilihat dalam beberapa aspek antaranya sikap shogun yang boros. Shogun-shogun Tokugawa sangat boros, mereka menjadi penaung kepada

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

kebanyakan aktiviti seni. Mereka juga telah bertindak menyusutkan sumber kewangan Bakufu. Kewangan Bakufu bertambah merosot akibat dari pemberian bantuan mangsa kebuluran, pembinaan semula Edo yang telah musnah dalam kebakaran pada tahun 1698 dan pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang telah membunuh 150,000 orang di daerah Kanto pada 1703. 10 Menjelang abad ke-19, Bakufu menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah yang berleluasa di kalangan pengawai Bakufu.

Kemerosotan ekonomi juga disebabkan oleh golongan daimyo yang menghadapi masAlah kewangan yang kritikal. Gologan daimyo sepertimana shogun turut menghadapi masalah kewangan yang disebabkan oleh sistem Sankin Kotai.11 Selain itu, ramai daimyo yang mengikut jejak shogun yang hidup serba mewah, menikmati hiburan yang mahal dan rasuah. Akibatnya daimyo-daimyo terpaksa berhutang dengan saudagar dan pemimjam-pemimjam wang untuk membantu mereka, bagi mengatasi masalah ini, mereka telah menaikkan cukai petani. Hal ini, menyebabkan petani telah melarikan diri dan memberontak. Keadaan ini sekaligus menyebabkan kewangan daimyo bertambah parah. Keadaan ini dapat dilihat apabila pada abad ke-17 majoriti daimyo dari kalangan keluarga Han telah jatuh bankrap.12

10 11

M. Rajedran, Sejarah Jepun, 1988, hlm. 52. Sankin kotai ialah sistem yang dikenakan kepada semua daimyo di semua kawasan jajahan takluk. Sistem ini telah membawa kesan yang buruk kepada daimyo.hal ini kerana, ramai daimyo yang berlumba-lumba untuk datang ke Yedo bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada Shogun. Kedatangan mereka membawa bersama keluarga dan pengikut yang ramai dan pelbagai persembahan kepada shogun. Akibat tempoh yang agak lama di Yedo menyebabkan kegiatan pertanian yang menjadi tulang belakang ekonomi Jepun telah terjejas. Secara tidak langsung amalan ini membolehkan golongan saudagar mengambil alih peranan yang penting dalam bidang ekonomi. 12 M. Rajedran, Sejarah Jepun, 1988, hlm. 53.

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

Penyebab lain adalah disebabkan oleh golongan samurai. Keadaan ini disebabkan kerana golongan ini mula suka bermewah-mewah dan boros. Golongan daimyo yang telah jatuh miskin telah memotong gaji samurai dan menyebabkan mereka telah hilang taat setia kepada tuan-tuan mereka. Mereka juga telah memutuskan ikatan dengan daimyo dan menjadi ronin yang tidak bertuan. Ramai di antara mereka yang terlibat dengan kegiatan samun dan keganasan. Mereka juga telah menghasut rakyat membenci kepada Shogun dan seterusnya melemahkan politik Shogun Tokugawa. Sementara itu, kemiskinan petani telah menyebabkan mereka bangun memberontak. Mereka dibebani dengan kadar cukai yang tinggi, terpaksa menangung cukai tambahan. Kadar cukai yang terpaksa mereka bayar adalah sebanyak 40-50 % dari hasil padi. Golongan saudagar turut mengekploitasi kaum tani dengan menetapkan harga-harga beras mengikut sesuka hati mereka. Faktor kejatuhan ekonomi juga disebabkan oleh bencana alam yang melanda Jepun. Antara bencana alam yang berlaku adalah gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi yang telah meragut beribu-ribu nyawa dan masalah kebuluran kepada rakyat. Pada tahun 1779, beribu-ribu petani menjadi mangsa letupan gunung berapi di pulau Oshima dan Kogoshima dan ini diikuti oleh kebuluran di Tammei serta di Asama.13

3.3) SOSIAL Pendedahan kepada ilmu pengetahun barat telah merubah pemikiran masyarakat Jepun. Pembelajaran melalui ilmu-ilmu barat telah membuatkan mereka menyedari kelemahan-kelemahan Tokugawa. Fizgerld menjelaskan apabila mengetahui bahawa negeri China yang asing itu telah dikalahkan oleh kuasa barat dalam Perang China pada 1842, kebigungan sebenarnya telah menguasai pemikiran orang Jepun yang bijak. Rakyat
13

Ibid, hlm. 55.

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

Jepun mula sedar bahawa dasar Bakufu yang telah mundur itu akan membawa bencana kepada negara. Pergerakan untuk mengukuhkan pertahanan, meninggalkan dasar pemencilan diri, pengembalian kuasa maharaja dan dasar-dasar yang berkaitan ini menjadi lebih kuat.14

Peranan yang dimain oleh golongan saudagar juga

menyebabkan kejatuhan

Shogun. Golongan ini telah menyebarkan anti-Bakufu kerana tidak puas hati dengan kedudukan sosial mereka walaupun mereka merupakan kelas terkaya dalam susun lapis masyarakat Jepun. Dengan demikian, mereka telah menyokong golongan Tozama yang terdiri dari suku kaum Satsuma, Chosu, Toza dan Hizen. Dari masa ke semasa saudagar yang kaya serta bercita-cita tinggi telah mencapai pangkat sebagai samurai dengan menjadi anak angkat atau menerusi perkahwinan.15 Kekuasaan mereka yang semakin kukuh membuatkan golongan ini sudah berani mempersoalkan dasar isolasi dan mereka berpendapat Jepun perlu membuka pintunya untuk perdagangan dengan negara-negara luar. Lama-kelamaan golongan ini tidak sahaja menguasai ekonomi tetapi beransur-ansur terlibat dalam politik. Pengaruh intitusi barat dari segi perkembangan ilmu-ilmu

pengetahuan turut menyumbang kepada kemerosotan shogun. Ilmu-ilmu yang meluas telah membuka mata rakyat dan mereka telah berani menentang dasar shogun yang berat sebelah selama ini. Penubuhan maktab Kuge16 secara tidak langsung melahirkan pemimpin yang mengetahui selok-belok pentadbiran seterusnya menentang shogun.

14 15

C.P. Fitzgerld, Intisari Sejarah Asia Timor (terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka),1970,hlm.218. Richard Storry, Sejarah Jepun Moden (terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka),1967,hlm.56. 16 Maktab Kuge ditubuh bertujuan memberi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak bangsawan. Dengan latihan dan pengetahuan yang diterima membolehkan mereka melibatkan diri dalam hal-ehwal pentadbiran.

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

4.0) PENUTUP Pada peringkat awal penguasaaan Shogun Tokugawa telah memperlihatkan kecemerlangan yang tidak dapat dicapai oleh pemerintah sebelumnya. Namun, kecemerlangan tersebut tidak dapat dicapai oleh shogun yang terkemudian. Kejatuhan Keshogunan Tokugawa adalah disebabkan oleh faktor politik, ekonomi dan juga sosial. Tokugawa akhirnya digulingkan pada tahun 1867 dan tamatnya sejarah feudalisme yang berpusat di Jepun. Tokugawa berjaya menguasai Jepun lebih dari setengah abad dan telah mencorak suasana politik dan dasar luar yang melibatkan hubungan dengan kuasa-kuasa barat. Kejatuhan Tokugawa telah memberi ruang ke arah modenisasi Jepun dalam era Meiji.

BIBLIOGRAFI Ahmad Sohaimi Lazim. 2005. Tamadun Jepun:TItas II. Tanjong Malim: Malim Tengah Trading. Fitzgerald C.P. 1970. Intisari Sejarah Asia Timor (terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. F. Zaide Gregoria. 1970. Sejarah Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

10

LSE 2053 : SEJARAH MODEN TIMUR JAUH

Joginder Singh Jessy. 1979. Jepun Pemodenan. Kuala Lumpur : Logman Malaysia Sdn. Bhd. M. Rajedran. 1988. Sejarah Jepun.Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd. Reischauer Edwin O. 1974. Japan: The Story Of A Nation. Tokyo: Charles E. Tuttle Company. Storry Richard. 1967. Sejarah Jepun Moden (terjemah Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Taro Sakamoto. 1980. Jepang Dulu dan Sekarang (terjemahan Sylvia Tiwon). Jakarta: Gadjah Mada University Press. Vinacke Harold M. 1967. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11