Anda di halaman 1dari 24

RIS KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK TUGASAN 2 Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak

Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek berikut: (a) (b) (c) (d) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan Masalah-masalah sampingan. Pakar-pakar yang perlu dilibatkan Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan berkenaan.

KUMPULAN _________

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: _____________

Pengenalan Sindrom Down Sindrom down merupakan istilah medis yang ditemukan pertama kali oleh doctor Langdon Down pada tahun 1866. Sindrom down merupakan suatu penyakit yang menganggu mental seseorang bayi. Sindrom doen ialah sejenis penyakit yang terjadi akibat gangguan gegetik pada sekitar 1 dari 800 kelahiran hidup dengan penyebab utama gangguan kognitif. Sindrom down mulai dari ringan sampai dikaitkan dengan

ketidakmampuan belajar, keterlambatan perkembangan, karakteristik fitur wajah dan otot rendah pada awal masa bayi. Sindrom down juga memiliki penyakit seperti cacat jantung, leukemia, awal-awal penyakit Alzheimer, masalah gastrointestinal dan masalah kesihatan lainnya. Sindrom down juga dapat divariasi dari satu anak dengan anak lainnya. Penyakit sindrom down tidak dapat dicegah. Namun sindrom down dapat dideteksi sebelum anak lahir atau pada masa prenatal( masih dalam kandungan). Sindrom down ialah sejenis penyakit keturunan. Penyakit disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada bayi.kromosom merupakan serat serat khusus yang terdapat dalam setiap sel dalam badan manusia, di mana terdapat bahan bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Biasanya, pada saat pembuahan bayi mewarisi informasi genetik dari orang tua dalam bentuk 46 kromosom. 23 dari ibu dan 23 dari ayah. Tetapi jika seorang anak mendapat kromosom 21 dengan total 47 kromosom, maka materi tambahan genetik menyebabkan fitur fizik dan keterlambatan perkembangan yang berhubungan dengan penyakit sindrom down. Selain daripada itu, punca sindrom down ialah faktor genetik. Ibu yang menghidap penyakit seperti campak Rubella, Siplis, Influenza dan demam otak mungkin menyebabkan kecacatan pada embrio. Di samping itu, umur ibu semasa mengandung bayi juga mempengaruhi kejadian kelahiran bayi Sindrom down. Jika umur ibu 35 tahun ke atas, risikonya tinggi bayi yang dilahirkan menjangkiti penyakit sindrom Down. Selain itu, faktor persekitaran yang tidak sihat juga salah satu penyebab sindrom down. Pemakanan yang tidak sesuai juga penyebab sindrom down. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit sindrom down mempunyai rupa paras yang hamper sama iaitu kulit berlipat di bahagian mata dan mata yang sepet. Mereka juga mempunyai kepala yang kecil, leher yang pendek, lidah terlujur dan hidung leper. Di

samping itu, kanak-kanak sindrom down juga mempunyai tangan yang pendek, tapak kaki yang lebar dan ibu jari kaki yang pendek. Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai

masalah otot. Otot mereka lemah sehingga tidak berdaya untuk melakukan kerja kerja yang rumit. Badan yang lebih gemuk dan lebih rendah tanda anak sindrom down. Sindrom down dikesan melalui ujian darah untuk megesan kehadiran kromosom nombor 21. Ujian ini dilakukan semasa kehamilan. Selain itu, ultrasound atau analisis cecair mentuban juga dijalankan bagi mengesan sindrom down. Menurut National Down Syndrome Society, USA, (2003), kejadian Sindrom Down dianggarkan 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran. Pada tahun 2006, Pusat Kawalan Penyakit ( Center for Disease Control ) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun). Sindrom down boleh dikelaskan kepada beberapa jenis. Trisomi merupakan sindrom down disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosisi. Trisomi berlaku sebelum kehamilan dan kesemua sel badan terjejas. Gamete ialah sel sperma dan telur yang menghasilkan kromosom 21 dan Embrio yang mempunyai 47

menhasilkan gamete yang mempunyai 24 kromosom. terbesar kepada kes sindrom down.

kromosom mengakibatkan kanak-kanak sindrom down lahir. Trisomi dikatakan penyumbang

Di samping itu, sondrom down jenis Mosaicism ialah yang terjadi akibat terjadinya kecampuran dengan sel sel sempurna dengan sel-sel tidak sempurna. Sebahagian sel-sel berpecah dan mempunyai bilangan kromosom yang sempurna iaitu 46 kromosom dan sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan yang tidak sempurna iaitu 47 kromosom. Selsel yang sempurna dan yang tidak sempurna terus berlipat ganda. Dengan ini, akan mengakibatkan perkembangan otak bayi dan bayi sindrom down lahir. Hal ini berlaku dimana keadaan nondisjunction pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21 atau embrio sindrom down melalui nondisjunction dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Selain daripada itu, sindrom down jenis tranlokasi Robert sonian jenis yang paling kurang menyumbang kepada kkes sindrom down. Ia hanya melibatkan 2% sahaja. Sindrom down jenis diturunkan oleh kedua-dua ibu bapa. Hal ini terjadi semasa berlaku pecahan kromosom 21. Dan bahagian pecahan yang tertinggal terlekat kepada pasangan kromosom yang lain iaitu pada kromosom yang 14.

a) Jenis keperluan khas ( kecacatan ) utama kes Sindrom Down Kalau kita melihat dari segi fizikal , kanak-kanak sindrom down nampak beza

daripada kanak-kanak normal. Mereka mempunyai muka yang sama dalam kalangan mereka. Paras muka kanak-kanak sindrom down adalah seakan-akan seperti orang mongol. Disebabkan keadaan muka yang hamper sama dengan orang mongol, maka kank-kanak sindrom down digelar sebagai mongoloid. Di samping itu, pangkal hidung kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan dengan kanak-kanak normal. Pangkal hidungnya kemek atau leper. Manakala kedua-dua mata mereka mempunyai jarak yang jauh. Ia nampak pelik. Mata yang sepet membeza mereka daripada kanak-kanak normal. Saiz mulut kanak kanak sindrom down adalah lebih kecil berbanding kanak-kanak normal. kanak sindrom down juga mempunyai Selain itu, kanak-

lidah yang bersaiz besar sehingga

menyebabkan mereka selalu menjelirkan lidah. Pertumbuhan gigi kanak-kanak sindrom down lambat dan tidak teratur berbanding dengan kanak-kanak normal. Di samping itu, paras telinga kanak-kanak sindrom down lebih rendah. Kepala mereka juga lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan hingga kebelakang. Manakala , kanak-kanak sindrom down lebih pendek dan lebar. Ringkas kata, dari segi pertumbuhan kanak-kanak sindrom down mempunyai saiz fizikal yang lebih besar dan gempal berbanding dengan kanak-kanak biasa. Otot-otot mereka juga kelihatan lembik dan agak lemah. Hal ini akan menyebabkan mereka kurang aktif melakukan sesuatu perkara. Keupayaan untuk mengangkat , berjalan, berlari dan melompat tidak disokong oleh otot-otot mereka. Jadi mereka tidak mempunyai daya untuk melakukan perkara-perkara ini. Dari segi mental pula kanak-kanak sindrom down, mempunyai pertumbuhan mental yang agak lambat berbanding dengan kanak-kanak normal. Keupayaan untuk memikirkan sesuatu perkara menjadi rumit bagi mereka. Ini adalah kerana pertumbuhan mental mereka agak ketinggalan jauh ke belakang dari kanak-kanak normal. Kerosakan saraf saraf menganggu perkembangan mental mereka. Dari segi sosial pula, kanak-kanak sindrom down lambat berinteraksi dengan ahliahli bukan keluarga mereka sperti jiran, rakan sebaya dan guru. Ini adalah kerana mereka tidak pandai menyesuiakan diri dengan persekitaran mereka. Seperti kanakkanak normal, kanak-kanak sindrom down juga mempunyai emosi. Mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara senyuman, menangis, sayangkan sesuatu.

Tetapi kadangkala mereka tidak dapat mengawal emosi mereka. Jika kehendak mereka tidak dipenuhi, maka mereka akan menjerit dan menangis tanpa segan silu di khalayak orang ramai. Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perasaan malu, malah perasaann malu ini kurang berbanding kanak-kanak normal.

Perkembangan kognitif kanak-kanak sindrom down lambat. Kemahiran bahasa mereka tidak begitu cantik. Sejurus itu, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan mereka berada di tahap lebih rendah.

b) Masalah masalah sampingan

Kanak-kanak sindrom down mengalami pelbagai jenis kesihatan seperti masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan usus. Kebanyakan kanak-kanak sindrom down mempunyai jantung berlubang. Mereka mempunyai lubang yang kecil antara jantung kri dan jantung kanan iaitu lebih dikenali sebagai Ventricular Septec Defect (VSD). Aliran darah terganggu akibat masalah jantung yang dihadapi oleh kanak-kanak sindrom down. Mereka akan mengalami kesakitan . selain itu, saluran ateriosisi ( Patent Ductus Ateriosis) PDA berkekalan dan juga masalah

jantung berlubang kebiruan ( Cynotic spell) juga menyebabkan kanak-kanak sindrom down sukar bernafas.

Kanak-kanak sindrom down juga berderitan akibat masalah usus . masalah usus yang dihidapi oleh kanak-kanak ini dikesan semasa mereka bayi. Saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia) dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami sukar untuk menelan air liur atau dikesan oleh doctor atau jururawat. Ini adalah kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub menyedut perut semasa baru lahir. Saluran usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan Hishprung Disease. Keadaan ini menyebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rectum. Mereka juga mengalami masalah perut buncit dan susah untuk membuang air besar. Kemungkinan besar, kanak-kanak ini menghadapi masalah tiada lubang dubur.

Pada hal lain pula, masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down iaitu kanak -kanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia berlaku dalam 10% dari kanak - kanak sindrom down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan ditulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh ( ATL ANTOAXI AL INSTABILITY). Sebahagian mereka juga mempunyai risiko kanser sel darah putih iaitu leukemia.

Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan. Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu kepada lambat dari pelbagai aspek. Terutama dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi kanak-kanak ini mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. Pada peringkat awal pembesaran, mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan lambat dalam perkembangan motor halus dan kasar. Contohnya mereka ini lambat dalam berlari berbanding kanak - kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti menulis ,melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang.

Namun perkembangan motor halus dan kasar akan berkembang mengikut persekitaran mereka.

tahap umur dan

c) Pakar pakar yang perlu dilibatkan.

Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang perubatan memainkan perana penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut.

Pakar pediatrik merupakan pakar untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanakkanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetic, kewarisan, prenatal dan postnatal.

Sehingga kini rawatan untuk penyakit sindrom down belum ditemui. Namun, melalui beberapa terapi masalah sindrom down boleh diatasi. Terapi berkuda dan terapi urut boleh membantu kanak-kanak ini. Menurut Mc Callum terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan, pendidikan serta perubatan. Ketiga- tiga perkara tersebut amat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak sindrom down. Menurut Chassigne pula menunggang kuda sebagai terapi dapat membantu kanak-kanak ini dalam membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan juga ia dapat mendorong semangat penunggang. Melalui aktiviti ini berkuda ini, kanak-kanak sindrom down dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana mereka dapat menyentuh dan menunggang kuda tersebut. Selain itu, ia dapat melatih kanakkanak ini mematuhi disiplin kerana untuk menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi dimana kanakkanak sindrom down mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda. Tambahan lagi, mereka dapat pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda . Hal ini, meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina sikap bertanggungjawab dalam diri mereka kerana semasa menunggang kuda mereka perlu membelai kuda tersebut supaya kuda itu terasa tidak terancam.

Terapi air sesuai untuk kanak -kanak sindrom down dalam perkembangan fizikal dan motor halus dan motor kasarnya. Selain itu otot-otot juga dan otak dapat dirangsangkan. Hal ini kerana pergerakan di dalam air lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak sindrom down dapat memperkembangkan system kognitif mereka dimana semasa dalam air mereka perlu menggunakan beberapa anggota badan ataupun sistem pernafasan dalam satu masa. Oleh itu, mereka dapat

selarikan pergerakan badan dan sistem pernafasan dalam keadaan stabil. Air dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak sindrom down . Maka, kaedah ini dapat membantu mereka dalam pengawalan emosi . Selain itu. aktiviti ini, membina kemahiran sosial mereka juga, di mana mereka terdedah dengan persekitaran luar

terapi cara kerja adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan harian, penjagaan diri dan kemandiri di tempat kerja dan riadah. Terapi ini melibatkan penilaian kognitif dan persepsi kanak-kanak sindrom down dan kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju dan membuat kerja rumah. Terapi cara kerja mengembangkan semua aspek di mana mereka perlu melakukan tugas harian. selalunya terapi ini di ajar di sekolah bagi mata pelajaran kemahiran hidup.

Terapi urut ini dapat meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan pembentukan otot bagi kaki dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu, peningkatan aktiviti fungsi motor halus dan keseluruhan, pergerakan dan koordinasi. Hal ini dapat mengawal postur badan. Terapi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa kerana urutanyang kerap dapat mempercepatkan perkembangan motormotor halusnya seperti memegang, menulis dan sebagainya . Ibu bapa boleh mempelajari urutan in dari pakar urut. Pakar ini dapat mengajar dengan cara yang betul dalam mengurut kanak-kanak keperluan sindrom down.

Kanak - kanak yang mengalami Sindrom Down,perubahan kepada makanan yang lebih bertekstur akan mengalami masalah. Tegangan otot lidah yang lemah akan mendatangkan masalah untuk anak itu menggerakkan lidahnya dan ini juga menganggu pertuturan anak itu. Situasi sebegini menghalang anak itu memanipulasikan lidahnya untuk menerima makanan dan ini akan menyebabkan anak itu berasa tercekik, muntah serta tidak dapat menerima makanan. Kalau situasi sebegini berlaku, janganlah paksa anak anda untuk makan makanan yang mulut mereka masih belum bersedia untuk menerimanya.

Apa yang ibu bapa perlu lakukan ialah untuk merujuk kepada pakar pediatrik serta juga bantuan daripada pakar patologi dalam masalah pemakanan dan menelan tentang terapi yang diperlukan oleh anak mereka.

selepas menjalani terapi, anak yang mengalami masalah itu akan dapat menambahkan kekuatan kepada otot lidah yang mebolehkan mereka menelan makanan.

ibu bapa agar jangan putus asa kerana mereka boleh mendapatkan bantuan serta kaunseling daripada institusi kesihatan awam dan juga swasta.

Ahli terapi fizikal atau fisioterapi ialah pakar yang membantu untuk merawat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Rawatan ini diberikan kepada individu

untuk mengembang, menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia. Ini termasuklah rawatan untuk keadaan di mana pergerakan dan fungsi terancam akibat faktor penuaan, kecederaan, penyakit atau persekitaran. Ahli kumpulan ini bertanggunjawab untuk menaksir fungsi fungsi motor halus dan motor kasar kanakkanak. Golongan ini juga melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri.

d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan berkenaan.

Kanak-kanak istimewa mungkin kurang dari segi fizikal manakala pemikirannya yang agak lambat daripada individu seusia dengannya yang normal, namun pencapaian prestasi mereka mampu bertukar mengejutkan jika diberikan pendedahan dan bimbingan yang betul kepada mereka. Ini adalah kerana mereka juga insan yang memiliki hati dan perasaan. Jangan pula mereka disingkirkan daripada kehidupan biasa atau sekurang-kurangnya dilatih berdikari dengan diasuh atau diberikan latihan sewajarnya.

Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Wan Mohd Hanizan Wan Ramlan, berkata orang ramai perlu sedar dan memahami pengertian sebenar sindrom down sebelum menghakimi keperibadian anak-anak istimewa itu selain sabar dengan tingkah laku yang ditonjolkan oleh mereka.. Keistimewaan yang dimiliki mereka tidak berjangkit malah kejadian itu terbentuk dan boleh dikesan sejak dalam kandungan lagi. Oleh itu, mereka juga adalah insan sama seperti kita, cuma beberapa faktor dari segi fizikal dan mental mereka sedikit berbeza dan memerlukan masa yang lebih sedikit untuk berkembang seperti individu normal. Bagi melatih kanak-kanak ini, penjaga atau ibu bapa terlebih dulu perlu

memahami kehendak dan tahap anak-anak mereka kerana mereka juga mempunyai peringkat penyerapan pembelajaran yang berbeza serta agak lambat berbanding kanak-kanak normal. Jelasnya, lazimnya pembentukan minda kanakkanak sindrom down adalah tiga atau empat tahun lebih lambat daripada normal, bagaimanapun apabila menguasai sesuatu pembelajaran baru, mereka mampu menimba ilmu baru dengan mengekalkan pengetahuan yang sedia ada. Kemampuan

intelektual kanak-kanak sindrom down sememangnya lembap, tetapi ia tidak bermakna mereka tidak boleh berdikari. Namun, semua itu memerlukan perancangan rapi dan sokongan semua pihak dalam usaha memberikan pendidikan serta latihan khusus, sekali gus mengupayakan golongan kanak-kanak itu, katanya. Setelah membuat tugasan ini , saya telah menyedari betapa pentingnya mendidik kanak-kanak ini untuk berdikari tanpa terlalu bergantung kepada penjaga dan membuktikan mereka juga sama seperti insan biasa. Sejurus dengan ini saya berusaha untuk menyediakan pelbagai program yang relevan dengan perjalanan kanak-kanak sindrom down.

Antara program yang diadakan adalah Intervensi Awal, objektif program dan aktiviti diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman terhadap golongan sindrom down sekali gus membantu dan memberi sokongan kepada mereka dalam menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Di samping itu, saya juga mengadakan aktiviti yang berasaskan akademik. Kanak-kanak kanan ini akan diajar mengeja dan membaca, membanding serta

memadankan dan mempelajari tugas harian yang perlu dilakukan. Dengan bantuan beberapa pihak NGO, saya berusaha untuk mendapatkan bilik terapi minda yang dipanggil Multi- Sensory Room yang dihiasi dengan pantulan cahaya gambar dan lampu serta iringan melodi yang mana sangat bagus untuk pembelajaran kognitif termasuk emosi kanak-kanak sindrom down. .

Bilik yang disediakan khas itu memainkan peranan tersendiri kerana bilik itu mampu memberi ruang kepada kanak-kanak itu melayari kotak pemikiran mereka yang turut membantu merangsang perkembangan otak. Satu struktur jadual di rumah untuk seisi keluarga boleh membantu anak sindrom down. Contohnya bangun pagi dan kemas tilam pada jam 7,mandi pada 7.15, sarapan pada 7.30 dan pergi sekolah jam 7.45. Beg sekolah perlu disiapkan malam sebelumnya dan diletakkan di pintu depan. Saya juga memastikan kanak-kanak sindrom down mengikut jadual ini buat selama-lamanya. Saya juga mengajar cara menguruskan diri sendiri semasa berada di kelas. Saya membuat kod warna tertentu untuk buku latihan murid. Ini memudahkan mereka mencari buku yang diperlukan oleh guru dengan cepat.

Saya juga akan memberi pujian setiap kali anak berjaya melaksanakan tugasnya. Walaupun nampak remeh, pujian boleh mententeramkan dan merangsang anak untuk berkelakuan baik. Pandang mata dan wajah anak setiap kali bercakap dengannya. Arahan yang jelas jelas, pendek dan ringkas dapat membantu mereka memahami konsep pengajaran dan pembelajaran guru. . Contohnya, pergi cuci tangan, mari makan atau mari baca buku. Malah, perkataan dalam arahan perlu disebut satu persatu dengan jelas. Beri masa untuk anak bertindak balas pada setiap arahan. Saya juga menyayangi walaupun tindak balasnya perlahan. Saya juga melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Kanak-kanak, termasuk anak istimewa, lebih cepat belajar apabila terbabit secara langsung dalam aktiviti yang membuatkan mereka gembira.

Pengenalan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalh-masalah kominikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim ( 1992 ) dalam mojuntin Ebin ( 1997 ), kanak- kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mendengar dan bertutur. Namun mereka juga tidak berfikir seperti kanak-kanak normal. Hasil daripada ini kanak-kanak ini mengalami kecacatan dalam perkembangan akal. Perkembangan akal mereka terbantut dan mereka dikelaskan sebagai kanak kanak berkeperluan khas. Walaupun mereka Nampak seperti insan yang sempurna, namun mereka lah yang lebih bernasib malang berbanding mereka yang mengalami kecacatan lain. Ini kerana dari segi fizikal luaran mereka normal. Pandangan ini sebenarnya amat bertentangan kerana kecacatan yang mereka alami lebih teruk berbanding dengan yang kategori kecacatan lain. Heller Keller mengatakan bahawa seseorang yang buta dan pekak, dia lebih rela memilih sebagai seorang yang buta berbanding menjadi pekak. Ini adalah kerana, semenjak lahir, manusia mengenali alam sekeliling melalui pendengaran. Jadi jika seseorang itu lahir sebagai pekak, maka dia akan ketinggalan dalam mempelajari tentang alam sekelilingnya berbanding dengan kanak-kanak lain. Mereka tidak dapat hayati bunyi-bunyi seperti bunyi kuat ataupun bunyi tangisan yang dikeluarkan oleh mereka dan sebagainya. Selain daripada itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran juga tidak dapat membentuk bahasa sendiri. Dengan ini mereka menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain. Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut tidak mampun untuk membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyi bunyi pertuturan melainkan bunyi bunyi yang kuat sahaja. Sejurus dengan ini, pendengaran memainkan peranan penting untuk menguasai pertuturan. Mereka yang mengalami masalah pendengaran sukar untuk menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai bahasa. Kesambungan ini menyebabkan mereka tidak pandai berinteraksi dan juga tidak dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial. Menurut pandangan Ling ( 1989 ) pendengaran memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan inilah halangan yang paling besar dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. Manakala, Gatty ( 1992 ) memberi kenyataan beliau bahawa kanak-kanak belajara pertuturan secara spontan melalui interaksi harian dengan orang dewasa. Laluan

kepada kejayaan menguasai pertuturan oleh kanak-kanak ialah keupayaan mereka mendengar. Tanpa pendengaran perkembangan pertuturan mereka akan tersekat. Di Malaysia murid-murid bermasalah pendengaran mendapat peluang pendidikan seperti murid-murid biasa yang lain tetapi dalam program persekolahan yang dikhaskan untuk mereka. Mereka belajar di sekolah yang dinamakan sekolah pendidikan khas (Jabatan Pendidikan khas, 1997).Murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikuti kurikulum biasa yang diubahsuai mengikut keperluan dan pencapaian mereka. Bagi murid-murid biasa persekolahan wajib ialah selama enam tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah tetapi untuk murid-murid bermasalah pendengaran mereka diberi masa tambahan dua tahun (Chua Tee Tee, 1988). Masa tambahan dua tahun ini boleh digunakan sama ada sewaktu di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Walau bagaimanapun di kebanyakan sekolah, mereka menggunakan masa tambahan persekolahan ini sewaktu di sekolah rendah

a) Jenis keperluan khas ( kecacatan ) utama kes yang diperhatikan.

Masalah pendengaran jenis ringan, sederhana dan teruk merupakan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak sukar memproses maklumat linguistik. Kecacatan pendengaran menggugat perkembangan pertuturan bahasa dan perkembangan sosial kanak-kanak itu. Golongan ini terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

Masalah pendengaran jenis konduktif pula masalah bunyi tidak dapt bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien. Ini adalah kerosakan pada laluan ini. Jadi kanak-kanak hanya dapat mendengar bunyi yang perlahan sahaja. Bunyinya juga tidak jelas. Kehilangan pendengaran jenis konduktif ini dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melaui tulang mastoid.

Pendengaran jenis konduktif menjadi halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yng terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Di samping itu, jangkitan kronik yang berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria Swimmers ear. Jangkitan ini akan menyebabkan air terperangkap di dalam telinga. Manakala, Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak, tonsillitis dan jangkitan hidung dan tekak. Otosklerosis juga turut mempengaruhi pekak konduktif. Seterusnya, masalah pendengaran jenis kedua ialah jenis sensorineural. Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk (profound) kerana tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun. Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku semasa di dalam kandungan atas sebab jangkitan virus atau bakteria

seperti rubella/german measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Pengambilan dadah yang mengandungi seperti alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill Thallidomide (mengelak alahan) Kedua, semasa kelahiran seperti kurang berat badan, anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning). Ketiga, selepas lahir akibat daripada kemalangan yang teruk menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam yang teruk disebabkan selaput yang meliputi otak dan tulang belakang) seperti meningococol merosakkan koklea dan saraf pendengaran, bunyi bising yang sangat teruk dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic/ bahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotik, kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (berdesing). Keempat, disebabkan keturunan kerana jika ibubapa membawa gen dominan (pekak), risiko untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala pembawa gen resesif adalah 25%. Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural ialah 71 dB ke atas iaitu teruk dan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam ujian (tulang dan udara) ia tidak menunjukkan banyak perbezaan kerana saraf pendengarannya tidak berfungsi. Jenis pendengaran ketiga pula ialah jenis campuran. Masalah

pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran

sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada keduaduanya.

b) Masalah-masalah sampingan. Bahagian tubuh yang jarang kita perhatikan adalah telinga. Padahal, fungsi telinga amat penting kerana merupakan salah satu pancaindera untuk memberi pendengaran. Semua pancaindera akan tidur ketika kita tidur, kecuali telinga. Ada pula yang tidak mahu sebarang benda mengganggu permukaan telinga seperti rambut dan kain. Bagi kebanyakan kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD, mereka menjadi sensitif apabila bahagian telinga dan kuku dipegang oleh orang lain. Sebenarnya, mereka mengalami perasaan takut semula jadi dan menjadi tidak percaya kepada orang lain apabila orang lain menyentuh bahagian-bahagian itu kerana mereka takut dicederakan. Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran bisanya mempunyai masalah telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai Tinnitus. Masalah ini merujuk kepada seseoarng yang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala yang tidak ada apa-apa punca bunyi di sekelilingnya. Bunyi mengaum,berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia melibatkan satu atau kedud-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan seseorang. Masalah ini akan menyebabkan tungau telinga tidak menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga. Namun jangkitan bakteria dan kuman pula dapat menyebabkan kerosakan selaput gegendang telinga. Apabila ini berlaku, bahagian tengah telinga menjadi parah sehingga boleh menyebabkan kita kehilangan keseimbangan dan gangguan saraf lain. Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulangulang. Kanak-kanak yang mengalami masalah tinnitus akan mengalami masalah dalam pendengara. Mereka tidak dapat mendengar dengan jelas dan sering mengalami sakit kepala ataupun pening kepala (vertigo). Di samping itu, saluran darah kanak-kanak ini tidak normal dan saluran Eustachian( saluran yang menghibungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanak) juga gagal berfungsi. Manakala, tahi telinga akan jadi keras dan tersumbat. Bunyi bising yang kuat juga menyebebakan masalah pendengara. Kanak-kanak ini juga mempunyai risiko untuk menghadapi masalah Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neurma). Sejurus dengan ini, mereka juga mengalami masalah tekanak darah tinggi dan atherosclerosis. Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah atau otak. Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur. Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius.

Masalah telinga bernanah sering berlaku pada kanak-kanak yang menghidapi selsema. Ini adalah kerana liang yang menghubungkan hidung dan telinga (Eustachius tube) adalah pendek dan memudahkan pergerakan hingus (bersamasama kuman) bergerak ke telinga memandangkan hidung tersumbat. Ia akan menjangkiti telinga dalam dan mengeluarkan nanah yang akan membocorkan gegendang telinga. Jika kebocoran itu kecil, maka ia akan tertutup sendirinya apabila jangkitan tersebut sembuh. Tetapi jika kebocoran itu besar maka lubang itu akan kekal dan menyebabkan masalah pendengaran. Sehubungan dengan masalah pendengaran, kanak-kanak ini sering

mengalami masalah kurang pendengaran dan menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran selalunya berada dalam keadaan stress dengan dahi yang berkerut, membaca gerak bibir orang untuk memahami apa yang dipercakapkan. Manakala, mereka juga akan berasa malu kerana memberi jawapan yang salah ataupun memberi hujah di dalam keadaan yang tidak diperlukan akibat daripada kurang pendengaran. Kanak-kanak ini juga kurang bergaul dengan orang lain. Ini adalah kerana mereka berasa segan kerana mereka mempunyai masalah pendengaran dan ini akan diperkatakan oleh orang lain. Mereka memberi alas an untuk tidak bersama di dalam berbagai-bagai perkumpulan atau kegiatan. Dalam hal lain pula, kanak-kanak ini akan ketinggalan dalam pelajaran akibat tidak mendengar pengajaran guru. Jadi, apa yang diajar oleh guru tidak akan membantu mereka untuk mengembangkan tahap pendidikana mereka. Mereka akan tertinggal di dalam kelas dan akhirnya dihantar ke kelas berkeperluan khas. Namun, mereka juga sering mengalami kemalangan kerana tidak memahami arahan guru. Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran juga sukar mendengar bunyi amaran dan kecemasan, bunyi menandakan waktu rehat, waktu makan dan lain lain. Mereka mengalami kesukaran untuk menentukan arah datangnya bunyi. Mereka jenis perlu diberi perhatian khas supaya mereka tidak terdedah kepada sebarang kemalangan. Dari segi aspek sosial dan persekitaran,kanak-kanak tidak bertindak balas terhadap bunyi-bunyi. kanak-kanak ini tidak dapat mendengar bunyi bisikan, bunyi kicauan burung, desiiran angina, bunyi daun berguguran, ombak laut

melanda pantai dan banyak bunyi bunyi lain yang menyegarkan jiwa dan menenagkan fikiran. Kanak-kanak yang sentiasa mengelamun dak tidak ataupun silap memahami pertuturan guru ataupun ibu bapa juga mempunyai masalah pendengaran. ini adalah salah kesan awalan yang boleh dikenalpasti. Dalam hal lain pula mereka nakal dan tidak memp[edulikan oaring lain. Mereka kelihatan sangat pasif. Jika guru memberi sebarang tugasan kanak-kanak ini menunggu dan melihay apa yang dilakukan oleh orang lain dulu sebelum melakukan sebarang tugasan. Kanak-kanak ini juga mengalami demam kuning teruk sehingga memerlukan penggantian darah selepas dilahirkan. Ringkas kata, kanak-kanak yang bermasalah pendengaran akan mengalami masalah masalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan usus, menyebabkan ulser peptid dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.

c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan.

Pakar pertama yang dirujuk untuk membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah pakar audiologi. Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk kepada audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran mereka. Latihan pemerhatian auditori melibatkan aktiviti meningkatkan kepekaan terhadap bunyi, mengenal bunyi, diskriminasi bunyi dan memahami bunyi. Perkhidmatan audiologi merupakan satu perkhidmatan yang penting bagi individu bermasalah pendengaran yang memerlukan pengesanan dan tindakan awal,

penjagaan dan perlindungan yang sesuai. Masalah pendengaran merupakan masalah yang serius sekiranya tidak ditangani dari peringkat awal kerana ia bukan sahaja menyebabkan seseorang tidak dapat mendengar tetapi bahkan ia juga memberi kesan terhadap perkembangan pertuturan seterusnya mekanisme komunikasi individu. Audiologi menurut kamus ialah kajian keseluruhan tentang

pendengaran. Ini merangkumi kajian tentang anatomi dan fungsi telinga, masalah pendengaran , penilaian dan rawatan kepada orang yang kehilangan

Audiologi

dapat

menentukan

samada

seseorang

individu

dapat

mendengar dengan baik atau tidak. Audiologi juga akan memastikan dan mengesahkan samada seseorang individu itu mempunyai masalah pendengaran serta menjelaskan jenis masalah pendengaran yang dihadapi. Masalah pendengaran yang dihadapi akan dianalisis serta diberikan bimbingan dan pilihan kepada individu yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Rehabilitasi auditori pula adalah terapi atau latihan fizikal yang direka oleh pakar audiologi untuk membantu individu yang mengalami masalah pendengaran. Ianya mempunyai matlamat yang jelas dan pendedahan mengenai alat bantuan mendengar kepada individu yang terlibat dan perkhidmatan profesional yang diberikan.

Seorang pakar audiologi mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang audiologi, akustik dan elektronik, anatomi dan fisiologi, patologi pertuturan dan bahasa, psikologi, fonetik dan linguistik, statistik dan kaedah penyelidikan serta perlu menjalani latihan klinikal. Bidang tugas dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan perkhidmatan ujian pendengaran pada kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran. Ujian pendengaran dijalankan dengan menggunakan peralatan khusus untuk mengekalkan kesahan keputusan berkaitan kehilangan pendengaran. Audiologis akan melakukan pemeriksaan

secara

terperinci

terhadap

gegendang

telinga

menggunakan

otoskop,

menjalankan ujian diagnostik dan menyiasat sejarah perubatan yang mungkin mempunyai kaitan dengan masalah pendengaran. Oleh itu individu yang mengalami masalah pendengaran boleh mendapat faedah dengan bantuan alat

bantu dengar melalui perkhidmatan audiologis yang lebih memahami aplikasi terbaru teknologi alat bantuan pendengaran.

Bidang tugas dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan perkhidmatan saringan pendengaran pada neonat, bayi dan kanak-kanak. Pakar audiologi akan mendiagnosis masalah pendengaran pada kanak-kanak dan mengenal pasti kehilangan pendengaran kanak-kanak pada setiap peringkat yang berbeza. Ini termasuk mendiagnosis serta ujian

pendengaran ke atas bayi yang baru dilahirkan serta kanak-kanak. Audiologis akan membekalkan terapi pendengaran serta memakaikan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.

Ahli terapi fizikal atau fisioterapi ialah pakar yang membantu untuk merawat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Rawatan ini diberikan

kepada individu untuk mengembang, menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia. Ini termasuklah rawatan untuk keadaan di mana pergerakan dan fungsi terancam akibat faktor penuaan, kecederaan, penyakit atau persekitaran. Ahli kumpulan ini bertamggunjawab untuk menaksir fungsi fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak.golongan ini juga melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri.

d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak berkeperluan berkenaan.

Kanak-kanak berkeperluan khas sangat memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak. Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan

buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan. Kanak kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Saya akan mengajar cara-cara mendengar, menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan dan melepaskan perasaan. Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Jadi saya memastikan bahawa mereka di ajar mendengar dan bercakap dengan baik.

Kanak-kanak

yang

mempunyai

masalah

pendengaran

boleh

berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat. Terdapat juga kanakkanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik. Saya akan melatih kanak-kanak ini supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan. Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama. Cari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk mendengar.

Di samping itu, pengelolaan bilik darjah juga dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran. kanak-kanak jenis golongan ini perlu ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendegar, melihat dengan baik. Saya memastikan kanak-kanak ini duduk di mana mereka boleh melihat wajah, bibir dan isyarat tangan saya dengan jelas. Manakala mereka juga perlu melihat wajah rakan sekelasnya di antara satu sama lain. Sejurus dengan ini, sebelum saya memulakan pengajaran saya , saya memastikan kanak-kanak ini berada dalam keadaan penuh perhatian dan saya sentiasa akan menghadap kelas semasa bercakap dan memberi isyarat.

Untuk memberi pengajaran yang efektif seseorang guru pelu mempunyai suara yang terang dan tepat. Lagi-lagi untuk kanak-kanak yang bermasalah pendengaran, mereka patut diberi arahan ataupun pengajaran dengan

menggunakan suara yang tepat tetapi suara guru perlulah biasa. Isyarat yang terang dan tepat dapat membantu kanak-kanak ini lebih memahami pengajaran guru. Dalam hal lain pula, guru perlulah memastikan menggunakan ayat-ayat yang ringkas. Jadi saya memastikan unsur-unsur seperti suara dan ayat-ayat mudah sentiasa dipertikaikan oleh saya.

Ketika berbincang tentang bahasa dan isyarat, saya menfokuskan kepada kod tangan bahasa melayu ( KTBM) dan bahasa isyarat ( BIM). Saya hanya menggunakan kod isyarat yang biasa semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya juga mengajar ataupun berdiri di satu tempat sahaja dan saya tidak akan bergerak ke mana-mana semasa bercakap. Untuk murid-murid arus perdana mereka boleh dengar arahan guru walaupun guru memberi arahan dari arah lain. Namum kanak-kanak yang mempunyai masalah pendegaran tidak boleh dengar arahan guru yang datang dari arah lain. Mereka memahami arahan guru melalui pergerakan bibir guru ataupun kod isyarat guru.

Selain daripada itu, saya akan menggunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar. Kanak-kanak ini lebih memahami isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kalau mereka didedahkan kepada objek. Gambar membantu mereka memahami topik. Melalui BBM saya memberi galakan untuk bertanya soalan. Cara ini dapat membantu mereka berkomunikasi dengan saya tanpa rasa segan. Ini akan mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang seronok kepada kanak-kanak ini.

Saya juga menyediakan sudut khas untuk mempamerkan perkataanperkataan baru untuk perhatian kanak-kanak ini. Jika mereka selalu melihat perkataan perkataan ini mereka lebih memahami.

Perkhidmatan nasihat dan kaunseling mengenai masalah pendengaran turut diberikan dari masa ke semasa . Ini bagi memberi dan menyalurkan pengetahuan serta maklumat yang betul kepada kanak-kanak berkenaan

terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai masalah pendengaran. Antaranya membantu pesakit dan keluarga menyesuaikan diri dengan keadaan kehilangan

pendengaran, menggunakan sepenuhnya faedah alat bantuan pendengaran, implan koklea dan alat-alat lain yang boleh membantu proses komunikasi. Teknik penjagaan dan pemakaian alat bantuan pendengaran yang betul. Khidmat nasihat mengenai penempatan dan penempatan semula murid turut diberikan.

Menyediakan program bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dengan memberikan kaunseling, menggalakkan penglibatan ibu bapa dan menyediakan rancangan yang sesuai kepada setiap kanak-kanak. Saya juga berunding dengan majikan perkhidmatan audiologi untuk menyediakan program bagi yang bermasalah pendengaran dengan mengadakan latihan auditori dan terapi pertuturan,rancangan rawatan individu dan pendidikan berterusan tentang kehilangan pendengaran dan strategi untuk membantu proses komunikasi.

Selain itu program saringan pendengaran luar sekolah turut diadakan di pusat audiologi. Saya sebagai guru pendidikan khas turut menyertai diri dalam program ini. Ia juga menjalankan latihan dalaman kepada individu dan ibu bapa murid bermasalah pendengaran, guru-guru pendidikan khas serta orang awam yang berminat. Penggunaan amplifikasi di sekolah juga adalah di bawah pengawasan pusat audiologi. Misalnya, perkhidmatan yang dijalankan di Klinik Audiology &

Sains Pertuturan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan perkhidmatan pengenalpastian masalah pendengaran dalam kalangan bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan juga kepada warga tua.

Keutamaan latihan ini adalah akan dapat meningkatkan keupayaan kanakkanak dalam membezakan antara perkataan dengan perkataan yang lain dengan menggunakan baki pendengaran yang ada. Pemerhatian auditori juga melibatkan memperkembangkan kemahiran mendengar dengan alat bantu pendengaran dan ALD serta bagaimana untuk menguasai situasi keadaan senang dan kesukaran mendengar. Selain daripada mendengar bunyi dan perkataan daripada bibir. Visual kiu boleh memberi makna seperti melalui ekspresi muka penutur, bahasa badan, dan keadaan serta persekitaran di mana komunikasi berlangsung.Kanak-kanak memakai alat bantu pendengaran pada usia awal maka penjagaan dan pengubahsuaian alat telah dilaksanakan oleh ahli keluarga atau penjaga mereka. Penglibatan kanak-kanak dalam pengurusan alat bantu pendengaran sebanyak yang mungkin adalah penting. Mereka seharusnya bersedia untuk mengambil alih sepenuhnya tugasan penjagaan serta pengubahsuaian, pembersihan dan

kerosakan, terutamanya mengambil alih tanggungjawab membuat temu janji dengan pihak pemberi perkhidmatan alat bantu dengar. Jenis jenis peralatan yang boleh digunakan semasa rawatan audiplogi ialah Sound Level

Meter,Audiometer,Otoskop,Tympanometri dan Sistem FM.

Penutup Kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kongnitif. Keunikan dan perbezaan ini ini perlu duhargai dan dijaga dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan guru. Kanak-kanak berkepeluan khas merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri. Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau bilik khas untuk muridmurid berkeperluan khas. Selain daripada pihak sekolah, Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) memainkan peranan untuk membantu serta memberi perkhodmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta ayarat-syarat yang ditetapkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu menyediakan latihan kepada kanak-kanak kurang upaya seperti latihan kemahiran dan pemulihan diri di institusi- institusi di bawah kelolaan jabatan.

Anda mungkin juga menyukai