Anda di halaman 1dari 11

MENYANYI

Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan. Secara tidak


langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan
dan fikiran. Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk
melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Lagu adalah
komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak (Phillips, 1990).

Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: kognitif


(pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).Bagi
kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan
secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks
kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi
psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik.

ALAT VOKAL

Rajah 1: Alat-alat vokal


POSTUR SEMASA MENYANYI
1. Postur yang betul membolehkan seseorang itu menyanyi dengan baik.
2. Postur yang betul membolehkan suara dikeluarkan dengan baik.
3. Menarik nafas semasa menyanyi memberi sokongan yang berterusan
dalam penghasilan ton, dan
4. Untuk membuat perangkaian dan ekspresi yang bermakna melalui
penghasilan ton

POSTUR BERDIRI YANG BETUL

1. Kaki: terbuka sedikit, sebelah kaki ke depan sedikit, berat badan ke


depan sedikit dan tidak di atas tumit kaki.
2. Lutut: fleksibel, longgar dan tidak terkunci.
3. Punggong: ke depan sedikit.
4. Abdomen: rata, tetap, kedalam dengan selesa bukan kaku.
5. Dada: tinggi tetapi tidak tegang. Tidak bergerak ke atas dan ke
bawah ketika menarik nafas.
6. Lengan: jatuh dalam keadaan yang selesa. Jika memegang skor
muzik, pegang ke hadapan agar dapat dilihat dengan jelas tanpa
menundukkan kepala tetapi tangan tidak diangkat terlalu tinggi seperti
berkepak.
7. Tangan: Tidak menghalang. Lupakan kalau boleh tetapi jangan
menyeluk saku atau letak dibelakang.
8. Kepala: Dagu lebih kurang sama aras dengan lantai, jangan
menjenguk atau mendongak. Bayangkan anda seperti boneka yang bertali.
Belakang kepala anda tersangkut pada tali tersebut segarisan dengan tulang
belakang anda dan tali itu tergantung dari siling.

POSTUR DUDUK

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika


menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:
• Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.
• Belakang badan - tidak bersandar.
• Punggung - terletak di tengah kerusi.
• Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.
• Tangan - diletak di atas paha.
Postur duduk yang betul hampir sama dengan postur berdiri. Daripada punggong
ke atas, keadaan duduk sama seperti berdiri. Letakkan kaki rata di atas lantai,
tidak bersilang atau memberi tegangan kepada mana-mana bahagiannya (R.
Stanton, 1976)

PENGAWALAN PERNAFASAN
Terdapat empat fasa mengawal pernafasan dalam menyanyi, iaitu: menarik
nafas, menggantungkan nafas (suspension), menghembus nafas (phonation),
dan pulih semula (recovery).

TEKNIK MENYANYI
Penggunaan teknik menyanyi yang betul adalah penting. Penggunaan teknik
suara yang betul merangsang tekanan, ekspresi yang diperlukan,
menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan
tindak balas fizikal.

Menyanyi dengan teknik yang baik dapat menghasilkan:

1. Penghasilan ton yang baik.


2. Penghasilan ton yang licin dan panjang.
3. Sebutan yang jelas, betul dan cantik.
4. Berkebolehan menyanyi dalam nada tertentu.
5. Mempunyai ketahanan menyanyi rangkai lagu yang panjang.
6. Mempunyai ketangkasan membungakan nyanyian dengan petikan skel dan
arpegio.
7. Berkebolehan membaca skor muzik.
8. Dapat menghasilkan variasi warna ton dengan berkesan.
9. Dapat menghasilkan renj dinamik ppp ke fff dengan berkesan.
10. Boleh menyanyi dua oktaf dan lebih.

LATIHAN PERNAFASAN
Mutu nyanyian yang baik dapat dihasilkan melalui latihan pernafasan yang betul

Aktiviti Latihan Pernafasan


1. Urut belakang kawan dalam jangka masa 30 saat.
2. Dalam kiraan 8 pada setiap latihan, toleh kepala ke kanan, ke kiri, tunduk
dan mendongak.
3. Angkat tangan ke atas sambil menarik nafas dengan kiraan 4, tahan nafas
dengan kiraan 4 dan turunkan tangan sambil hembuskan nafas dengan
kiraan 8 sambil menyebut ssss…. Ulang dengan aktiviti ke kiri, ke kanan, ke
depan dan ke bawah.
4. Lihat ke atas dan cuba jangkau tangan ke atas, regang ke sisi dan jangkau
ke atas semula. Ia bertujuan untuk menyediakan badan sebelum memulakan
nyanyian.
5. Cekak Pinggang kemudian bengkok ke kanan, ke kiri, bongkok ke depan dan
melentik ke belakang dengan kiraan 8.
6. Tarik nafas sambil naikkan bahu kanan dengan kiraan 8, tahan nafas kiraan
8 dan turunkan bahu sambil menghembus nafas dengan sss…. Kiraan 8.
Ulang dengan bahu kiri kemudian dengan kedua-dua belah bahu.
7. Bunyikan konsonan ‘p, f, k, t, r, dan s’ dengan kiraan 8 setiap konsonan.
8. Dengan posisi tangan diregang, bunyikan siren apabila bergerak dari posisi
tunduk di hadapan ke posisi berdiri tegak.
PERKUSI

Mengikut Suk. Pel. Muzik KBSR dan KBSM Pendidikan Muzik dapat diasaskan
pada empat aspek berikut:
• Persepsi Estetik (bahasa muzik)
• Pengalaman Muzikal
• Ekspresi Kreatif
• Penghargaan Estetik
Di dalam pengajaran dan pembelajaran permainan alat perkusi kesemua aspek
ini adalah berhubung kait. Pada asasnya murid dilatih teknik konvensional
seperti berikut:
• Postur
- berdiri atau duduk dalam keadaan yang selesa
- memegang alat perkusi mengikut kesesuaian

• Cara memainkan
- memainkan alat perkusi mengikut cara konvensional
- memainkan alat perkusi mengikut kreaviti seseorang
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dijadikan panduan ketika membuat
skor permainan alat perkusi:
a. mengikut detik lagu berdasarkan tempo cepat, lambat, sederhana
b. mengikut corak irama lagu yang diajar. Perlu diberi perhatian juga untuk
memainkan alat perkusi yang agak berat seperti dram untuk menunjukkan
tekanan (accented beat) dalam corak irama lagu tersebut.
c. mengikut suatu corak irama yang ditentukan Ini berdasarkan kreaviti
seseorang (lebih kepada mengimprovisasi corak irama).
d. mengikut rentak lagu seperti rentak masri, waltz, jazzrock, inang, mac dan
lain-lain lagi.
e. Gabungjalin kesemua aktiviti di atas(a-d) untuk permainan alat perkusi
yang lebih banyak (lebih dari 2 jenis alat) dalam satu skor perkusi.
MUZIK DENGAN PERGERAKAN
5 jenis Pergerakan mengikut Perkembangan Dari Mudah ke Kompleks:
• Gerakan Mengikut Lirik Lagu
• Gerakan Asas Dengan Muzik
• Interpretasi Muzik Dengan Gerakan
• Gerakan Bebas Dengan Muzik
• Gerakan Yang Menunjukkan Cerita Atau Tema

KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk
penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah
asas respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan
menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat
‘nonverbal’. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada
pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana Dalam dunia
kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi
kanak-kanak memang suka bergerak.

Pergerakan dan muzik adalah satu seni kinestetik. Kanak-kanak


mengembangkan kebolehan muzikal mereka melalui kombinasi apa yang
mereka alami dengan apa yang mereka dengari, lihat dan rasai.

DEFINISI PERGERAKAN

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan”


( learning by doing : Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat paling
utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya
mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan
telinga(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara
improvisasi kepada muzik.

Pergerakan adalah perlakuan/aksi individu yang boleh berlaku secara


- automatis
- spontan
- terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak
isyarat, dan pelbagai pergerakan badan.

PENDEKATAN DALCROZE

• irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik


• irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak.
• elemen irama dan dinamik - berkait rapat dengan pergerakan.
• Kesemua degree dalam tempo - allegro, andante, accelerando dan
ritardando dapat dialami, difahami dan diekspresikan dengan badan.

PENGLIBATAN
Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh. Ia
melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di
mana individu perlu :
• mendengar
• merasai (feel)
• berimaginasi kuat (strong imagination)
• mengintepretasi bunyi
• bertindak/respon/bergerak
JENIS PERGERAKAN ASAS

• Bukan lokomotor : tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal,


melentik.
• Lokomotor : berjalan, meloncat, , berlari, merangkak, merayap,
bergolek,bergalop, skip, berputar, melompat.
Kedua-dua jenis pergerakan boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan
pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-
ringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi.

PERGERAKAN KREATIF
Intrepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara
simbolik melalui pergerakan.

UNSUR-UNSUR PERGERAKAN
• TUBUH BADAN : pergerakan yang dilahirkan oleh bahagian- bahagian
anggota badan.
• RUANG : penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan.
• DAYA : kualiti pergerakan.
• PERKAITAN : hubungkait bahagian-bahagian anggota badan dengan
orang lain atau objek-objek.

TUJUAN PERGERAKAN KREATIF


1. kebebasan melahirkan idea dan perasaan
2. pengawalan pergerakan
3. kemahiran pergerakan
4. keseronokan dan kepuasan
5. kesedaran imej kendiri
6. kesedaran estetik
7. apresiasi bentuk seni
8. kartasis(melepaskan ketegangan perasaan)
9. pemahaman budaya
10. sosialisasi
11. penyelesaian masalah
12. alat pembelajaran akademik
13. teraputik

APLIKASI KONSEP MUZIK DALAM PERGERAKAN

1. Irama

• menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu


yang mudah sambil menyanyi.
2. Meter dan tekanan

• gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter


triple. Skip, bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 )
8
3. Melodi

• guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan


bila masanya bunyi(pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan
yang sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah
dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga dapat
menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan
badan dalam pergerakan kreatif.
4. Bentuk
• pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan
frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan
pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.
5. Harmoni

• dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan
dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.
6. Ekspresi

• pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit,


bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat
dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan
badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.
7. Warna ton

• pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet


atau oboe.
8. Jalinan

• pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk


atau fomasi.

PERANCANGAN P & P
1. ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan.
2. berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki.
3. buat demonstrasi untuk lebih kefahaman
4. jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti. Beritahu mengapa - terangkan
bahawa pergerakan memerlukan disiplin.
Kayrulez_23@yahoo.com/0193678647

Anda mungkin juga menyukai