Anda di halaman 1dari 8

7 Perkara Bagi Menjaga Kesempurnaan Puasa

Menundukkan pandangan dan menahan diri dari memandang perkara yang dicela dan dibenci. Setiap masa Menyibukkan diri untuk mengingati Allah.

Menjaga lisan dari berbual kosong, berkata kasar, pertengkaran, perdebatan dan sebaliknya menyibukkan dengan zikrullah dan membaca al-Quran.

Menahan pendengaran dari perkara yang dibenci (makruh) kerana setiap perkara yang diharamkan perkataannya maka diharamkan juga mendengarnya.

Menahan setiap anggota badan lainnya dari pelbagai dosa seperti tangan dan kaki dari perkara yang dibenci, menahan perut dari makan makanan yang syubhat (meragukan) pada ketika berbuka.

Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka.

Mengurangkan tidur. Ramai orang yang terpengaruh dengan hadis dhaif (lemah) : bahawa tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah. Padahal telah menjadi kebiasaan Rasulullah saw, Apabila bulan Ramadhan tiba, Baginda melipat alas tidurnya (mengurangkan tidur), mengetatkan sarungnya (bersungguh-sungguh dalam ibadah), serta mengajak keluarganya berbuat seperti itu juga. (BukhariMuslim)

Cemas dan harap. Hendaklah hatinya dalam keadaan tergantung antara cemas dan harap kerana tidak tahu adakah puasanya diterima atau ditolak? dan termasukkah ia dalam golongan Muqarrabin atau tidak? sehingga ia termasuk orang yang dimurkai oleh Allah swt. Hendaklah hatinya selalu dalam keadaan sedemikian setiap kali selesai melakukan kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai