Anda di halaman 1dari 20

TEORI KAUNSELING UNIT 3

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

PENGENALAN

Bab ini memperkenalkan teori kaunseling behaviorisme atau kadang-kadang disebut teori
kaunseling ketingkahlakuan. Bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja mengikuti kursus
kaunseling, mereka akan memerlukan panduan untuk memahami bagaimana individu yang
hendak dibantunya berfungsi dalam persekitarannya. Mereka tidak seharusnya membuat
sesuatu keputusan bertindak hanya berasaskan dengan membuat andaian sendiri sahaja,
tanpa memikirkan rasional mengapa sesuatu tindakan dilaksanakan. Dengan menggunakan
teori yang dipilih, mereka akan dapat memahami mengapa sesuatu tingkah laku berlaku
demikian, dan apakah strategi yang wajar harus diambil untuk mengekalkannya atau pun
untuk mengubahnya mengikut cara-cara teori berkenaan. Yang pentingnya, anda akan
bertindak dengan lebih konsisten terhadap klien dengan memikirkan teori yang dipegang.

Melalui bab ini, anda akan dapat memahami apakah fungsi-fungsi teori, dan seterusnya
mengikuti keterangan satu teori yang banyak digunakan oleh kaunselor profesional iaitu
teori behaviorisme. Pertama, anda akan dapat memahami konsep dan teknik-teknik yang
digunakan mengikut fahaman behaviorisme. Seterusnya akan dijelaskan bagaimana
seseorang itu meneruskan tingkah laku maladaptasi, iaitu tingkah laku yang tidak sesuai di
dalam persekitarannya atau masyarakatnya. Beberapa contoh akan disediakan untuk
memudahkan lagi kefahaman anda tentang perlaksanaan teori behaviorisme.

OBJEKTIF

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenalpastil apakah asas teori behaviorisme;


2. mengenalpasti bagaimana pendekatan behaviorisme dijadikan teori kaunseling;
3. mengetahui apakah jenis tingkah laku yang dikatakan tingkah laku maladaptif dan
mengapakah ia berterusan; dan
4. mengenali dan memahami beberapa strategi membantu klien dengan menggunakan
pendekatan teori behaviorisme.

112 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.1 KEPERLUAN TEORI KAUNSELING

Pada fikiran anda, adakah kaunseling memerlukan teori?

Teori adalah satu andaian yang mengandungi beberapa idea untuk menjelaskan sesuatu
kejadian atau sesuatu fenomena. Fungsi sesuatu teori itu ialah untuk:

(a) menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa


pemerhatian;

(b) menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu; dan

(c) menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan.

Sama ada kaunseling memerlukan teori atau tidak bergantung kepada individu pengamal
profesion kaunseling itu sendiri. Misalnya, Arnold Lazarus (1981) mengatakan bahawa
kaunselor atau terapis tidak memerlukan teori. Ada pula yang mengatakan bahawa pandangan
sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya (Smith
& Glass, 1977). Pandangan begitu berasaskan dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli
terapis melakukan aktiviti yang sama, mendapat keputusan yang sama, malah ada yang
menggunakan teknik-teknik yang tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya. Ini
bermakna teori yang didukungnya itu nampaknya tidak memberi apa-apa faedah.

Jerome Frank (1971), pula berpendapat bahawa teori amat penting kepada orang yang
mengamalkannya. Baginya, teori itu penting sebab ia memberi erti, keyakinan, dan halatuju
kepada kaunselor. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan daripada keterangan Frank bahawa
teori memberi fokus kepada kaunselor tentang apa yang dilakukannya terhadap
kliennya. Dengan demikian, kaunselor dapat memberi sepenuh perhatian dan tenaga
terhadap apa yang difikirkannya menjadi punca masalah yang dialami oleh kliennya.

Seperkara lagi, kaunselor yang menjalankan kerjanya mengikut panduan daripada teori akan
memberi peluang kepadanya membuat rancangan dan persediaan sebelum menasihatkan
klien mengatur strategi membuat perubahan. Dengan secara tidak langsung, rancangan ini
akan memberi keyakinan yang lebih kepada klien terhadap kaunselornya kerana kaunselor
menunjukkan keprofesionalannya.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.1

1. Nyatakan tiga fungsi teori serta berikan contoh bagi setiap fungsi.

2. Apakah perlunya teori kepada seorang kaunselor?

OUM 113
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

5.2 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME


Pendekatan ketingkahlakuan atau behavioral approach dalam kaunseling mempunyai sejarah
bermula daripada tiga komponen.

5.2.1 Komponen Pertama

Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman klasikal, atau kadang-kadang disebut
juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960), dan
Hull (1943). Dalam sebuah kajian, John B. Watson (1920) telah menggunakan prinsip
Pavlov, iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takutkan kepada tikus
putih, kapas putih dan rambut Watson yang putih!

Rajah 5.1: John B Watson

Dalam eksperimen tersebut, Watson menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng
yang kuat), yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkan
respon terlazim (terperanjat dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia
menjadi asas kefahaman teori behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosi
seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran.
Rajah 5.1 menunjukkan Prinsip Pembelajaran Pelaziman Klasikal. Pendekatan ini telah dibuat
oleh Wolpe secara besar-besaran (1954;1958;1961) apabila beliau memperkenalkan teknik
systematic desensitization.

Bunyi loceng kuat Terperanjat dan rasa takut


(ransangan tak (respon tak terlazim
terlazim)

Rasa takut (respon


terlazim)
DIGANDINGKAN

Tikus putih
(ransangan
terlazim)

Rajah 5.2: Prinsip pembelajaran pelaziman klasikal

114 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Anda pasti pernah melihat seorang kanak-kanak yang membesar akan meniru
segala apa yang dibuat oleh orang dewasa. Adakah perlakuan kanak-kanak
tersebit menepati teori behaviorisme? Terangkan.

5.2.2 Komponen Kedua

Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B. F. Skinner (1953).
Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku
berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu
diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah
wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti menghilangkan ransangan yang
negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Peneguhan negatif juga
menguatkan ulangan sesuatu tingkah laku. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkan
bunyi loceng yang kuat setiap kali tikus menekan palang. Tikus akan kerap menekan palang
apabila bunyi loceng dihilangkan secara beransur. Hukuman dan pelupusan (extinction)
mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah menambahkan ransangan yang
menyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti dikenakan kejutan elektrik selepas
menghisap rokok. Pelupusan ialah untuk mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak
dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap. Untuk mengurangkan tingkah
laku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon
pada orang yang menyampuk.

Rajah 5.3: B.F Skinner

Penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku seseorang
dinamakan teknik modifikasi tingkah laku atau behaviour modification. Dari segi
pelaksanaan, teknik ini kadang-kadang disamakan dengan teknik terapi ketingkahlakuan.
Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atas individu atau terhadap satu kumpulan
kecil. Kalau anda perhatikan, kedua-dua prinsip tersebut adalah prinsip pembelajaran asas
yang telah dibincangkan dalam modul Psikologi Pendidikan.

5.2.3 Komponen Ketiga

Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau cognitive behaviour
therapy. Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran yang berbeza, iaitu satu
pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja, dan yang satu lagi berunsurkan kognitif.

OUM 115
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

Kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif
ketingkahlakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. Proses
pemikiran itu adalah proses kognitif.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.2

1. Apakah kombinasi tiga komponen yang dijadikan teori kaunseling


behaviorisme?

2. Dapatkan bacaan luar maksud dan prosedur teknik modifikasi tingkah


laku (behaviour modification).

5.3 TEORI PERSONALITI BEHAVIORISME


Sebenarnya, tidak ada satu teori personaliti khusus yang boleh dinamakan sebagai teori
personaliti ketingkahlakuan atau teori personaliti behaviorisme. Penteori dalam bidang
behaviorisme tidak berminat mengemukakan satu-satu yang boleh dikatakan teori personaliti
behaviorisme. Mereka lebih menumpukan kepada teori pembelajaran daripada membina
satu model teori personaliti manusia. Ahli behaviorisme membuat andaian bahawa tingkah
laku yang lazim ditonjolkan oleh individu secara konsisten, yang dikatakan sahsiah atau
personaliti itu sebenarnya adalah hasil kematangan serta hasil hukum pembelajaran yang
telah dialaminya. Oleh yang demikian, pengikut behaviorisme berpendapat apa yang terdekat
menepati teori pesonaliti sebenarnya adalah teori pembelajaran.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang dipersetujui oleh semua ahli-ahli teori
behaviorisme berkaitan dengan personaliti yang mesti kita fahami.

(a) Pertama, penentu pembelajaran, sikap, kebiasaan atau tabiat dan aspek-aspek lain
berkaitan dengan perkembangan peribadi ialah ketingkahlakuan sesuatu organisma,
dan bukannya fenomena mental.

(b) Kedua, perkembangan personaliti adalah ditentukan (deterministic), iaitu di mana


persekitaran dan pengalaman yang menentukan perkembangan personaliti.

(c) Ketiga, perbezaan individu berpunca daripada perbezaan pengalaman

(d) Keempat, dualisme seperti minda-jasad, jasad-rohani tidak mempunyai kesahihan


saintifik untuk menerangkan perkembangan manusia, membuat sesuatu ramalan apa
yang akan terjadi tentang pelakuan manusia dan menguasai tingkah laku manusia untuk
melakukan sesuatu.

(e) Kelima, sungguhpun perkembangan personaliti mempunyai batasan genetik yang tidak
boleh berubah dan diubah lagi, ianya adalah kesan daripada persekitaran dan ransangan
dalaman yang memainkan peranan yang dominan.

116 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.3.1 Penyesuaian Prinsip Skinner

Pada tahun 1977, seorang pakar kaunseling bernama R. W. Lundin telah menggariskan
prinsip-prinsip Skinner yang boleh diguna pakai untuk disesuaikan dengan satu teori personaliti.
Kita telah mengetahui bahawa asas prinsip Skinner ialah bahawa perkembangan personaliti
manusia itu bergantung pada peneguhan operan (operant reinforcement). Lundin telah
mengembangkan pandangan peneguhan operan untuk mencorak personaliti dengan
menyenaraikan beberapa prinsip Skinner tersebut:

x Dalam membentuk teori personaliti behaviorisme, yang amat penting ialah membuat
ramalan dan menguasai tingkah laku. Di sini tidak ada soal membuat pilihan
(free will). Angkubah persekitaran akan menentukan jenis-jenis respon. Apabila dapat
dikenali angkubah-angkubah, maka akan mudah kita membuat ramalan dan
menguasai tingkah laku.

x Semua tingkah laku boleh dibahagikan kepada kategori operan dan responden.
Maksudnya, individu membuat respon kepada sesuatu (operan), atau bergerak
(responden) mengikut persekitaran. Oleh kerana semua tingkah laku tertakluk
dibawah kuasa ransangan persekitaran, dengan itu tidak timbul soal tingkah
laku bersahaja(voluntary).

x Personaliti seseorang itu terbentuk disebabkan oleh peneguhan-peneguhan.


Disamping peneguhan utama, seperti makanan, air dan udara, peneguhan-peneguhan
positif tertentu yang terlazim seperti wang ringgit dan pujian masyarakat, akan
membantu membentuk personaliti. Peneguhan negatif yang dihilangkan juga
menguatkan lagi tingkah laku dan membantu pembentukan personaliti.

x Sesuatu tingkah laku boleh diubah dengan cara melemahkan atau menahan
peneguhan – suatu proses yang dinamakan pelupusan (extinction). Satu contoh
mengubah tingkah laku dengan cara pelupusan ialah membiarkan lansung tingkah
laku kanak-kanak yang cuba menarik perhatian orang tuanya seperti merengek dan
merajuk.

Rajah 5.4: Bayi merengek dan minta ibunya memujuk

Dari segi praktiknya, ini mungkin akan memakan masa yang lama sekiranya kanak-
kanak itu telah lama diberi peneguhan terhadap tingkah laku yang tidak dikehendaki.

OUM 117
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

x Modeling (mencontohi) juga menambahkan pembentukan personaliti. Sesuatu


tingkah laku boleh diikuti dengan cara memerhatikan orang yang terdekat, dan
diberi peneguhan kepada pelakuan yang mirip kepada pelakuan orang yang
diperhatikan. Penggunaan teknik “role play” untuk mengajar tingkah laku asertif
adalah cara modeling.

x Selain peneguhan positif, personaliti boleh juga dikuasai dengan ransangan yang
menyakitkan yang membuatkan individu mengelak, atau menjauhinya.

x Personaliti dikekalkan oleh peneguhan terlazim yang berterusan. Peneguhan terlazim


bermula daripada ransangan yang neutral, tetapi apabila digandingkan dengan
peneguhan utama, ia sendiri boleh menjadi peneguhan .

x Sesuatu tingkah laku boleh berterusan jika diberi peneguhan selalu atau secara
berkala. Pemberian peneguhan selalu untuk sesuatu tingkah laku yang dikehendaki
berterusan, bererti setiap respon yang ditunjukkan akan diikuti dengan satu
peneguhan. Cara begini pula jika dilakukan secara melampau, lama kelamaan kesan
yang dikehendaki tiada memberi kepuasan atau hilang nilai kepuasannya. Cara
berkala pula, peneguhan diberi mengikut jadual. Peneguhan yang diberi cara berkala
dan mengikut jadual adalah yang paling berkesan sekali.

Pada pendapat anda, apakah perbezaan ketara di antara pendekatan yang


diutarakan oleh Watson dengan pendekatan yang diutarakan oleh Skinner?

5.4 PERIHAL PELAKUAN YANG TIDAK SESUAI

Pada fikiran anda, apakah yang dikatakan tingkah laku yang tidak sesuai?

Sesuatu tingkah laku yang ditegah atau tidak sesuai di dalam sesuatu masyarakat itu dikatakan
tingkah laku maladaptif (maladapted behaviour), dan sekiranya kekal dilakukan oleh
seseorang, orang itu akan dianggap tidak dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya
(maladjusted person). Perbuatan seperti mengambil barang orang lain atau menunjukkan
kelangsangan adalah contoh tingkah laku maladjustif sekiranya menjadi pola sahsiah, iaitu
tingkah laku yang tidak sesuai dalam sesuatu masyarakat. Sebaliknya, perbuatan menolong
orang lain dalam kesusahan, bergotong royong seperti yang terdapat dalam masyarakat
kita dikatakan tingkah laku adjustif, iaitu yang dikehendaki.

Mengikut pendekatan behavorisme, tingkah laku, yang adaptif atau maladaptif adalah
dipelajari. Ini juga bermakna apa yang telah dipelajari boleh dihilangkan atau dibuang.
Contohnya, jika seseorang telah ada tabiat merokok, iaitu satu perbuatan yang telah
dipelajarinya, pada teorinya, tabiat yang dianggap maladaptif ini boleh dibuang, atau
dihilangkan.

118 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Rajah 5.5: Sekumpulan orang merokok di luar pejabat

Tingkah laku maladjustif adalah spesifik pada satu budaya, masa, kelas sosial dan
situasi. Apa yang menjadi maladjustif dalam satu budaya boleh dianggap adjustif dalam
budaya lain. Bezanya ialah seseorang itu mendapat peneguhan daripada orang yang terdekat,
yang mempunyai pengaruh memberi peneguhan. Misalnya, dalam sebuah kumpulan samseng
orang yang terdekat kepada ahli-ahli samseng itu dan yang mempunyai kuasa memberi
peneguhan kepada ahli-ahlinya dalam bentuk upahan yang lumayan ialah ketua kumpulan
itu. Oleh itu arahan daripada ketua untuk membunuh atau merompak akan dengan mudah
dijalankan oleh pengikut kumpulan kerana ada peneguhan. Dalam konteks ini perbuatan
yang dilakukan oleh kumpulan jenayah ini adalah adaptif dalam budaya penjenayah, tetapi
dikatakan maladaptif dalam masyarakat umum.

Masa atau zaman juga boleh menentukan apa yang dianggap tingkah laku adjustif dan
maladjustif. Misalnya, kira-kira 50 tahun dahulu, anak-anak orang Melayu ditegah belajar di
sekolah Inggeris kerana takut menjadi Kristian. Siapa yang pergi belajar juga dikatakan
melakukan pelakuan maladaptif dan mengalami tekanan daripada saudara mara hingga ada
yang berhenti sekolah. Tetapi hari ini ibubapa tidak mengalami tekanan daripada mana-mana
pihak untuk anak-anak mereka pergi ke sekolah Inggeris yang dipilih, malah ramai yang
menghantar anak-anak mereka ke England dan Amerika untuk belajar. Belajar di sekolah
Inggeris sekarang adalah perlakuan adaptif.

Setiap kelas sosial mempunyai interpretasi berhubung dengan apa yang dianggap adjustif
dan maladjustif dan cara mereka mengendalikan diri untuk mengelak perasaan kurang selesa
bila melakukan perbuatan maladaptif. Di Barat, misalnya, wujud interpretasi demikian di mana
individu-individu daripada kelas pertengahan adalah lebih berupaya mengawal diri, selalu
rasa bersalah, merendahkan diri sebagai tindak balas kepada pelakuan maladjustif, manakala
individu-individu dari kelas bawah lebih menunjukkan pelakuan agresif, cenderung pada sikap
menentang, dan melanggar undang-undang sebagai tindak balas perlakuan maladjustif
(Myers dan Roberts, 1959).

Bagaimanakah seseorang individu itu boleh menjadi seorang penjenayah,


tidak kira sama ada pembunuh, perompak atau sebagainya? Apakah faktor-
faktor yang mendorong mereka melakukan perkara tersebut?

OUM 119
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

5.4.1 Bagaimana Individu Bermasalah

Bagaimanakah pengikut behaviorisme melihat orang yang mengalami masalah atau yang
“sakit”? Pengikut behaviorisme percaya bahawa semua pembelajaran adalah melalui
pengalaman responden atau operan. Oleh yang demikian, tingkah laku yang dianggap
maladaptif itu semuanya dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk
mengurangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa.

Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan


dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku,
rangsangan yang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladaptif, walaupun
sebelum terjadinya situasi sebenar. Contohnya, seorang kanak-kanak mengalami sakit perut
(rangsangan yang tidak selesa) dan pada malam hari, dia dan kumpulannya bercadang untuk
berkhemah (rangsangan yang neutral) beramai-ramai. Pada satu masa lain pula, dia
mengalami sakit perut lagi apabila pergi berkhemah (gandingan). Lama kelamaan apabila
dia mendengar perkataan “khemah” sahaja (rangsangan yang terlazim), dia akan rasa loya
dan hendak muntah (respon terlazim). Lihat Rajah 5.6.

Rajah 5.6: Pergi berkhemah menimbulkan perasaan sakit

120 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Tingkah laku maladaptif yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman operan. Tingkah
laku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya peneguhan berikutnya.
Sebagai contoh, budak yang mengalami sakit perut tadi mendapat perhatian dari ibubapanya
dengan penuh kasih sayang, simpati dan jagaan yang sangat selesa kerana keadaannya
pada masa itu. Hal ini akan menyebabkan budak ini mengambil kesempatan yang sama
dalam situasi lain di mana dia ingin mengelak daripada pergi ke sekolah. Jadi, dengan
mengatakan dia sakit perut, dia dapat mengelak membuat sesuatu yang tidak selesa, iaitu
pergi sekolah.

Kalau diteliti contoh ini dengan lebih mendalam lagi, generalisasi akan berlaku, iaitu apabila
budak ini hendak mengelak sesuatu situasi yang dianggapnya sebagai tidak selesa atau
yang mengancam kesejahteraannya, ia akan mengalami sakit perut. Mengapa ini berlaku?
Jawapannya ialah kerana ia berkesan. Hakikatnya, tingkah laku ini akan menjadi bebanan
pada dirinya pada masa-masa akan datang; misalnya, dia mungkin akan mengalami sakit
perut sebelum mengambil peperiksaan. Individu ini mungkin ingin mengubah tingkah lakunya
yang maladaptif, tetapi, oleh kerana ia telah mempelajari bahawa mengelak ransangan yang
tidak selesa membawa kesan “baik”, dia sukar untuk melupuskan tingkah laku “sakit perut”
itu, melainkan dengan cara menjalani terapi atau kaunseling.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.3

1. Nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku masalah itu dipelajari mengikut


teori kaunseling behaviorisme?

2. Fikirkan satu perlakuan yang anda rasa maladaptif, dan cuba kesan
bagaimana perlakuan itu telah dipelajari.

5.5 PROSES KAUNSELING


Apabila menjalankan proses kaunseling, seperti yang terdapat dalam sistem kaunseling yang
lain, kaunselor behaviorisme mesti juga menunjukkan kemahirannya dalam perkara-perkara
berikut, iaitu:

• mendengar dengan tepat;


• menghargai kliennya;
• sikap menerima; dan
• memahami bahawa klien seorang yang unik.

Kemahiran-kemahiran tersebut telah diterangkan di dalam unit yang lepas. Kaunselor perlu
membina satu perhubungan yang positif dengan kliennya supaya dapat memastikan ia benar-
benar memahami masalah klien sebelum memulakan sesuatu strategi terhadap kliennya.
Perhubungan positif juga akan membolehkan klien lebih bermotivasi untuk berjaya mendapat
perubahan terhadap tingkah laku adaptif.

OUM 121
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

Dalam hal ini, klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses
dan menilai program pengurusan tingkah laku dirinya. Kaunselor behaviorisme akan cuba
melupuskan bermacam-macam tingkah laku yang selama ini dianggap maladaptif, dan di
samping itu, klien pula mempelajari tingkah laku yang adaptif yang akan berterusan
sebagaimana yang telah dirancang. Tugas kaunselor ialah menggalak dan membantu
kliennya membuat perubahan.

Untuk melaksanakan proses kaunseling behaviorisme ini, kaunselor mestilah telah mendapat
latihan dan pengalaman dalam modifikasi tingkah laku manusia, dan sanggup menjadi
konsultan, guru, penasihat, pemberi peneguhan dan menjadi fasilitator. Dari segi sahsiah,
kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan
ikhlas.

Apakah tugas-tugas kaunselor? Pertama, supaya dapat membantu klien bersama-sama


menganalisis tingkah lakunya, kedua untuk mentakrif masalah, dan seterusnya memilih
satu matlamat yang ingin dicapai. Proses kaunseling akan menjadi lebih mudah dan
membantu sekiranya kaunselor dan klien dapat mewujudkan cara berkomunikasi yang
berkesan antara satu sama lain, saling mempercayai dan bekerjasama. Faktor perhubungan
yang baik ini harus berterusan selama klien dan kaunselor mencari jalan menolong klien
membuat perubahan. Cara-cara yang lebih terperinci telah diterangkan dalam bab berkenaan
dengan kemahiran berkomunikasi dalam Unit 2 modul ini.

Rajah 5.7: Klien dan kaunselornya

122 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.6 STRATEGI MEMBANTU KLIEN

Beberapa strategi untuk membantu klien akan diterangkan dalam bahagian ini. Kaunselor
boleh menggunakan strategi yang dipilih untuk tujuan menggalakkan sesuatu tingkah laku
yang dikehendaki atau menghilangkan yang tidak dikehendaki. Yang ditekankan di sini ialah
penglibatan dan kerjasama antara klien dan kaunselor perlu berterusan. Strategi yang dipilih
dan diterangkan di bawah ialah berkaitan dengan pengubahan tingkah laku zahir sahaja,
seperti:
• role play;
• latihan asertif;
• token ekonomi;
• pengurusan kendiri;
• pemantauan kendiri; dan
• peneguhan kendiri.

5.6.1 Role-play

Apakah yang dikatakan role-play?

Strategi menggunakan role-play ini telah banyak digunakan oleh kaunselor untuk melatih
klien dalam pelbagai pelakuan yang sebelum ini sukar hendak dilakukan. Ia boleh dikatakan
satu lakonan dan latihan yang dibimbing oleh kaunselor dengan mempunyai tujuan yang
khusus. Kaunselor profesional yang mengikut pendekatan kaunseling behaviorisme
menggunakan role-play bila membuat latihan asertif, modeling (mencontohi perbuatan orang
lain), dan kaunseling kerjaya.

Role play adalah satu teknik yang terbaik untuk meluaskan kesedaran klien dan
menunjukkan bahawa ada banyak alternatif melakukan tingkah laku lain. Misalnya, bagi
seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu kumpulan perbincangan boleh diajar
dengan cara role-play, di mana murid itu diminta mengeluarkan pendapat kepada
kaunselornya.

Rajah 5.8: Seorang murid bercerita di hadapan kumpulannya di dalam bilik darjah

OUM 123
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

Rasionalnya ialah murid berlatih mengeluarkan pendapat dalam keadaan dan suasana yang
selamat. Apabila kaunselor merasakan klien sudah mempunyai keyakinan diri, barulah murid
itu dibenarkan menyertai kumpulan asalnya. Guru kelas murid tersebut perlu memberi
kerjasama dengan tidak memaksa klien, kerana jika dia masih gugup dan malu, perasaan
diri klien terancam.

Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien lain supaya dia menjadi lebih asertif
apabila dia mendapati dirinya sukar bertindakbalas setiap kali orang lain mengambil
kesempatan terhadapnya. Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk mencuba
mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi yang lebih selamat sebelum digunakan
di luar atau di tempat-tempat yang selalu menimbulkan masalah.

Batasan Penggunaan Role-play

Sungguhpun penggunaan teknik role-play ini berkesan, namun ia ada hadnya, iaitu:
• Ia bergantung kepada kemahiran dan kesungguhan kaunselor mentadbirkan caranya.
• Ia juga bergantung kepada kehendak klien itu sendiri untuk mengalami, mendengar
dan merasakan tingkah laku baru yang sebelum ini mungkin sukar baginya untuk
dilakukan.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.4

Nyatakan teknik role play dan apakah batasan keberkesanannya.

5.6.2 Latihan Asertif

Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan diri
berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya. Harus diingat
bahawa teknik ini bukan untuk mengajar klien menjadi seorang yang lansang atau agresif.
Matlamat asas latihan asertif ialah:

• memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang
dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi
terhadap orang lain; dan

• mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya
mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.

Ramai kaunselor mendapati bahawa klien mereka perlu membina kemahiran asertif
untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri dan penyelesaian masalah. Klien boleh
hilang penghargaan kendiri (self-esteem) dengan membiarkan orang lain mengambil
kesempatan ke atas dirinya; tidak berupaya menghadapi ibubapa, majikan, suami/isteri atau
orang lain dengan cara yang betul; atau menimbulkan respon yang tidak diingini oleh orang
lain, jika klien bersikap agresif dan bukan asertif.

124 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara-cara berikut:

• role-play dan melakonkan (modeling) situasi-situasi pasif, agresif dan asertif yang
biasa dihadapi oleh klien;
• melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah;
• mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali;
• role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan
tingkah laku asertif; dan
• melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit (successive
approximation).

Dengan cara-cara yang disebutkan tadi, klien bukan sahaja dapat membentuk tingkah laku
baru dalam suasana selamat dengan kaunselornya, tetapi ia juga dapat bersama-sama dengan
kaunselor untuk menganalisis perlakuan-perlakuan yang perlu dibentuk secara sedikit demi
sedikit. Apabila klien sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini,
barulah boleh dicubanya di luar bilik kaunselor, iaitu dalam keadaan seharian.

5.6.3 Token Ekonomi (Hadiah)

Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau pemberian hadiah.
Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai
peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda
seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau
ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan
tertentu (privileges). Token ekonomi telah dibuktikan berkesan di mana teknik ini digunakan
di institusi-institusi seperti hospital, sekolah, klinik, rumah penjagaan kanak-kanak dan penjara.
Prosedur ini boleh disesuaikan dengan apa sahaja keadaan, dan digunakan dalam situasi
yang pelbagai.

Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh menyediakan satu
struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan kepada murid yang melakukan
tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan jenis-jenis hukuman, dendaan atau kehilangan
kemudahan sekiranya didapati berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau gagal
menjalani sesuatu tanggungjawab. Teknik ini telah didapati amat berkesan apabila
digunakan kepada klien yang mengalami masalah yang melibatkan perlakuan yang
biasa atau yang lebih kompleks. Pelaksana teknik ini mendapati teknik ini amat sesuai
digunakan khusus untuk melupuskan tingkah laku yang maladaptif atau untuk
membentuk tingkah laku yang adaptif.

OUM 125
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

Rajah 5.9: Suasana penyampaian hadiah di dewan sekolah

Persoalannya sekarang ialah bolehkah tingkah laku yang sudah diubah melalui strategi ini
berterusan atau ia akan lupus selepas beberapa ketika sahaja? Misalnya, selepas seorang
murid yang berkelakuan lansang atau agresif, suka bergaduh, suka mengusik orang lain,
dikenakan proses perubahan dengan teknik ini, dan nampak ada perubahan positif, adakah
perubahan positif ini akan berterusan?

Kaunselor behaviorisme profesional akan mempertahankan keberkesanan strategi ekonomi


token, tetapi mengaku terdapat masalah dalam hal memastikan perubahan yang telah dicapai
itu berterusan dan berkekalan. Kaunselor yang merancang dan menyediakan struktur ekonomi
token berkenaan harus bersedia untuk memastikan perubahan akan berterusan dengan
melakukan perkara-perkara seperti berikut:

• minta bantuan pekerja-pekerja lain seperti guru kelas, guru-guru yang mengajar
murid berkenaan, ibu bapa untuk membuat komitmen membantu dan memahami
konsep dan matlamat ekonomi token;

• memilih tingkah laku yang besar kemungkinan akan mudah mendapat peneguhan
dari masyarakat dan persekitarannya;

• mematuhi prinsip modifikasi tingkah laku seperti mengagihkan token atau hadiah
serta merta, adil dan konsisten;

• hadiah atau token yang diagihkan itu masih mempunyai nilai peneguhan; dan

• memastikan tingkah laku yang diubah itu adalah tingkah laku yang dikehendaki di
luar sekolah.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.5
Bagaimanakah kita dapat memastikan sesuatu tingkah laku yang baru diubah
terus berkekalan?

126 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.6.4 Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri, dan Peneguhan Kendiri

Pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri merangkumi suatu


trend yang melibatkan klien sebagai peserta yang bekerjasama (collaborator) dan aktif
dalam kaunseling. Jika dibandingkan dengan pendapat-pendapat ahli teori behaviorisme
dahulu, klien adalah lebih pasif. Teknik ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

• klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling;

• klien mengeluarkan buah fikiran sendiri dan mengikut arahan kaunselor serta membina
langkah-langkah yang tertentu dan yang membantu.

• proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan;

• klien dijangka lebih bertanggungjawab berusaha untuk mencapai perubahan yang


dikehendaki;

• klien belajar cara memberi peneguhan kendiri;

• klien dipanggil untuk membuat perhatian, memantau, mencatit, memberi peneguhan


kendiri, dan kadang-kadang diminta membuat interpretasi data tingkah laku yang
telah mereka catitkan; dan

• kaunselor berperanan lebih sebagai mentor atau pendidik dan bukan sebagai seorang
pakar.

Mengikut pengamal teori behaviorisme, prosedur yang disenaraikan tersebut boleh dijadikan
bingkai kerja (framework) mana-mana strategi yang telah dibincangkan sebelum ini. Strategi
pengurusan kendiri mempunyai langkah-langkah tertentu yang perlu diikuti untuk mencapai
matlamat yang dikehendaki.

Anda diminta memahami langkah-langkah berikut supaya perbincangan tentang konsep-


konsep behaviorisme yang telah diterangkan pada awal bab ini lebih bererti.

Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri

Langkah 1: Mengkonsepsi dan Mentakrif Masalah dan Memilih Matlamat dalam Bentuk
Behavioral

A. Tentukan matlamat sasaran satu persatu


B. Matlamatnya mesti:

• mudah difahami, penting, dan mempunyai nilai kepada klien;


• boleh diukur secara objektif dan dianalisis;
• realistik dan boleh dicapai; dan
• positif dan membina

OUM 127
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

C. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mesti mengandungi:

• kehendak klien pada taraf yang boleh tercapai, atau yang hendak dilupuskan; dan
• pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikut tarikh-tarikh.

Contoh:

Kaunselor: Jadi, sekarang apa yang saudara ingin benar-benar lakukan ialah mencapai
sasaran mengurangkan berat badan, dan kali ini berterusan.

Klien: Ya, itu benar, sebab yang paling saya utamakan sekarang ialah tentang kesihatan
saya.

Kaunselor: Baiklah, saya rasa anda sudah membuat komitmen untuk mengurangkan berat
badan dan mahu memulakan dengan segera. Mari kita tentukan berapa kilogram anda ingin
kurangkan, dan rancang satu jadual yang realistik dan yang tidak membahayakan serta
mencatit tarikh-tarikh untuk mencapai sasaran-sasaran tersebut.

Rajah 5.10: Seorang yang mengalami masalah berat badan meminta pandangan dari kaunselor
Sumber: http://news.minnesota.publicradio.org/features/2004/10/12_scheckt_gastricbypass/
images/campoypatient

Langkah 2: Mengurus dan Memantau Tingkah Laku Sasaran

A. Pilih matlamat sasaran yang sesuai berasaskan objektif-objektif klien.


B. Mulakan penilaian asas atau baseline assessment sebelum melaksanakan strategi
mengubah tingkah laku.
C. Mulakan pemantauan dan buat catitan data ke atas matlamat-matlamat yang berkaitan.

Untuk ini, klien perlu:

• mencatitkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku;


• gunakan kertas dan pensil, jam tangan atau sebarang alat perakam yang sesuai untuk
merekod data tingkah laku; dan
• laksanakan pengiraan kekerapan, pengambilan masa, atau gunakan strategi pemantauan
yang lain untuk merekod tingkah laku.

128 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Contoh:

Kaunselor: Saudara, bagaimanakah anda mengubah cara anda merekod dan memantau
tingkah laku kali ini untuk memastikan saudara mengikut jadual dan mencapai berat badan
yang dikehendaki?

Klien: Oh, itu semua saya dah fikirkan; besi angkat berat, kalori, jenis senaman, dan saya
juga telah fikirkan cara-cara saya mengesan apa yang saya lakukan pada setiap hari. Saya
juga telah memikirkan beberapa kaedah untuk memantau apa yang saya buat supaya tidak
menipu diri saya sendiri.

Kaunselor: Anda ada menyebut “beberapa kaedah”. Apakah kaedah yang saudara gunakan?
Saya benar-benar inginkan anda berjaya kali ini. Cuba kita semak bersama perincian apa
yang saudara hendak lakukan dan bagaimana anda akan lakukannya.

Klien: Baiklah. Ini saya hendak tunjukkan apa yang saya telah tulis sebagai rekod tentang
apa yang saya telah buat.

Kaunselor: (Sambil melihat catitan) Ini senarai yang baik. Mari kita semak dan bincang
bersama. Mungkin kita dapat fikirkan alat-alat lain yang boleh membantu pemantauan aktiviti
anda dengan lebih mudah yang belum kita fikirkan.

Langkah 3: Perubahan Suasana Persekitaran dan Mengambil Langkah yang Sesuai

Teruskan mencatit atau merekodkan tingkah laku sasaran

A. Pada mulanya, cuba elakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan melakukan respon
yang tidak dikehendaki atau pelakuan maladaptif.
B. Ubahkan persekitaran, suasana dan situasi untuk memastikan anda:

• menyedari apa yang anda sedang buat;


• hadkan rangsangan yang melawa tingkah laku yang tidak dikehendaki; dan
• mudahkan tingkah laku yang memberi kepuasan.

Contoh:

Kaunselor: Saudara, ini adalah satu langkah di mana saudara mesti tukar kepada cara lain.
Kalau saudara teruskan cara yang lama, nanti susah nak menghilangkan tabiat yang baru ni,
dan anda pasti akan terus makan macam dulu dan membuat aktviti fizikal yang telah dimulakan.
Ini akan menimbulkan masalah. Pada hemat saya, anda perlu membuat satu perubahan
drastik kalau ingin mencapai matlamat anda.

Klien: Ya, saya tahu beberapa perkara yang saya mesti lakukan. Pertama, saya mesti cuba
makan makanan yang kurang berlemak, dan berkalori rendah pada setiap waktu makan.

Kaunselor: OK, ada lain-lain lagi?

Klien: Saya terfikir untuk menjalankan senaman pada setiap hari – mungkin pada setiap
pagi.

OUM 129
TEORI KAUNSELING UNIT 3
TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5

Kaunselor: Itu sangat baik. Mari kita sama-sama bincang hal itu, dan fikirkan juga bagaimana
kita dapat mengelakkan keinginan untuk makan macam dulu, dan memastikan rancangan
anda berjaya.

Langkah 4:Menjana Peneguhan yang Sesuai dan Menentukan Akibat yang Bermakna
Serta Berkesan bagi Klien

Teruskan merekod tingkah laku sasaran.

A. Kenal pasti peneguhan dan akibatnya; yang mana peneguhan positif memberi akibat
yang positif, dan yang mana dianggap tidak selesa.
B. Laksanakan pemberian peneguhan supaya:

1. Tingkah laku yang sesuai diberi peneguhan dengan segera.


2. Kriteria mendapatkan peneguhan adalah realistik dan mudah dibuat.
3. Orang-orang terdekat menyokong mendapatkan matlamat perlakuan yang
dikehendaki.
4. Jadual jangka masa berperingkat ditentukan supaya kejayaan setiap peringkat
diberi peneguhan.
5. Peneguhan ekstrinsik (luaran) dan intrinsik (dalaman) disediakan.
6. Peneguhan mempunyai kuasa untuk memberi kesan.
7. Peneguhan dijadualkan supaya dijadikan insentif untuk jangka masa pendek,
pertengahan dan panjang.

Contoh:

Kaunselor: Saya mahukan ganjaran anda mencukupi untuk memastikan anda mengikuti
rancangan, tapi jangan sampai anda membuat sasaran begitu tinggi hingga tak terbuat. Dan
jangan harapkan saudara seorang sahaja yang memberi ganjaran atau peneguhan. Saya
ingin tahu siapa menjadi penyokong kuat anda yang boleh mentadbirkan ganjaran. Ini akan
menambahkan peluang untuk berjaya mencapai matlamat.

Klien: Saya yakin isteri saya akan dapat membantu saya dalam hal ini. Lagi pun kalau saya
menipu diri saya masa makan, sudah tentu dia akan menyekat saya.

Kaunselor: Bagus! Masukkan beberapa nama lagi orang-orang yang boleh membantu anda.
Kemudian kita akan bina satu strategi di mana anda boleh agihkan tugas tertentu kepada
mereka untuk kebaikan anda dan mereka.

Klien: OK, kali ini saya betul-betul berazam menurunkan berat badan saya.

Langkah 5: Meneruskan Kejayaan dan Mengira Apa yang Telah Tercapai

Teruskan membuat catitan.


Terus memikirkan ganjaran yang sesuai untuk perlakuan yang dikehendaki.

A. Bentuk satu sistem penilaian/feedback yang berkesan untuk memastikan yang


pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri boleh diubah dan dibaiki
lagi, atau digunakan sekali lagi untuk meneruskan (maintain) matlamat sasaran.

130 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

B. Meneruskan tingkah laku yang telah dipelajari.

1. Mengurangkan catitan-kendiri.
2. Kurangkan pemberian peneguhan.
3. Dapatkan sokongan sosial.
4. Gunakan strategi ini untuk mengubah sesuatu yang klien fikir penting baginya.

Contoh:

Klien: Apa yang saya nak buat ialah melibatkan isteri saya secara serius menjaga berat
badan saya supaya berterusan apabila berjaya nanti.

Kaunselor: Ada tak kemungkinan dia akan memberi peneguhan kepada perlakuan saudara
yang lama?

Klien: Tentu sekali tidak! Dia sangat menjaga kesihatan saya.

Kaunselor: Kalau begitu saya cadangkan saudara jadikan isteri saudara sebagai pembantu
untuk meneruskan matlamat sasaran. Cuba fikirkan beberapa nama lain yang boleh membantu
anda meneruskan sokongan supaya tidak balik semula kepada tabiat makan seperti dahulu.
Amat menyusahkan anda sendiri kalau berbalik semula seperti dahulu setelah menjalankan
aktiviti fizikal yang anda lakukan selama ini.

Klien: OK, terima kasih.

RUMUSAN
Dalam bab ini, anda telah dijelaskan beberapa fungsi teori dan dapat mengetahui mengapa
kaunselor memerlukan teori sebelum menjalankan proses kaunseling. Teori kaunseling
behaviorisme dinyatakan dengan memberi nama-nama orang yang dikaitkan dengan prinsip-
prinsip pembelajaran yang menjadi asas kepada teori kaunseling behaviorisme. Kaunselor
perlu memahami bagaimana kliennya mempersepsikan masalahnya sendiri. Dengan
menggunakan pendekatan behaviorisme, kaunselor dapat menyelami masalah klien
berasaskan kefahamannya tentang perihal perlakuan yang adaptif dan maladaptif dari
kacamata teori ini. Beberapa teknik yang mudah dilaksanakan, seperti role-play, latihan asertif
dan token ekonomi ada diterangkan.

OUM 131

Anda mungkin juga menyukai