Anda di halaman 1dari 30

1

Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah saya panjatkan di atas segala petunjuk,
taufik dan hidayah-Nya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah saya iaitu Ustaz Abdullah bin Atu kerana telah memberi bimbingan
serta tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan semasa sesi pembelajaran selama ini.

Saya juga bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah serta kurnianya, saya
masih dapat untuk meneruskan dan menyiapkan tugasan Penddikan Islam dengan
tajuk Ulum Al-Quran dan Tafsir. Hal ini disebabkan kerana kekurangan sumber bahan
rujukan seperti buku rujukan serta bahan-bahan yang bercanggah. Semasa membuat
tugasan ini, saya memperolehi banyak ilmu yang boleh digunakan pada masa yang
akan datang. Pengalaman yang saya dapat ketika membuat tugasan ini tidak akan saya
lupakan kerana ia telah manjadi pendorong kepada saya supaya lebih gigih dan rajin
berusaha demi mencapai matlamat yang diingini.

Akhir sekali, saya akan berjanji untuk memanfaatkan segala ilmu yang saya
dapat hasil dari tunjuk ajar Ustaz Abdullah bin Atu serta ilmu yang saya perolehi ketika
membuat tugasan ini. Saya juga tidak akan mensia-siakan segala hasil usaha dan titik
peluh saya bersama rakan-rakan semasa membuat tugasan ini. Semoga dengan ilmu
yang saya ada, dapat dikongsikan bersama. InsyaAllah .



2













3
ASBAB AL NUZUL

Al-Quran merupakan pegangan hidup dan menjadi salah satu sumber rujukan
umat Islam selain daripada sunnah Rasulullah. Ia diturunkan oleh Allah swt. Al-Quran
diturunkan sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad. Ia
juga menunjukkan kewujudan Allah swt dan segala sifat-sifat kesempurnaannya.
Membaca Al-Quran dan menghayati setiap kalimahnya serta mengamalkannya di
dalam kehidupan seharian dianggap sebagai satu ibadah di sisi Allah. Al-Quran
merupakan satu kitab panduan hidup manusia. Adalah wajar bagi kita sebagai umat
Islam untuk mengkaji sejarah Al-Quran dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Nuzul Al-Quran atau penurunan Al-Quran merupakan salah satu tajuk daripada
pengajian Ulum Al-Quran .
Pada bahasa, perkataan Nuzul membawa maksud menetap di satu tempat
atau turun dari suatu tempat yang tinggi. Nuzul Al-Quran bererti penurunan kitab Al-
Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad saw. Manakala
yang dimaksudkan dengan sabab nuzul pada bahasa ialah sebab-sebab turunnya
sesuatu ayat atau ayat-ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad. Dari segi istilah pula,
sabab nuzul adalah sesuatu yang ( kerananya ) satu atau beberapa ayat yang
diturunkan bagi menjelaskannya atau menjelaskan hukumnya pada hari-hari berlaku
sesuatu kejadian. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu-satu peristiwa yang berlaku
pada masa Nabi Muhammad saw atau pertanyaan yang diajukan kepada baginda.
Maka dengan itu, turun satu ayat atau beberapa ayat dari Allah swt untuk menjelaskan
sesuatu yang berkaitan dengan peristiwa tersebut atau menjawab sesuatu peristiwa
atau pertikaian yang sedang berlaku ketika itu.
Terdapat bukti yang jelas bahawa sesuatu ayat yang diturunkan adalah
berdasarkan kepada sesuatu peristiwa yang sedang berlaku. Ianya berlaku di antara
suku Aus dan juga suku Khazraj. Terdapat perbezaan pendapat antara kedua suku ini
berpunca daripada hasutan kaum Yahudi sehingga boleh mencetuskan pergaduhan

4
antara mereka. Susulan daripada peristiwa tersebut, maka turun beberapa ayat yang
berkaitan dengan peristiwa tersebut. Firman Allah swt :
Og^4C 4g~-.- W-EON44`-47 p)
W-ONOgC> LC@O =}g)` 4g~-.-
W-O>q =U4-^- 71NO4C Eu4
7gLEC) 4@OgE ^
Maksudnya :

Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan
mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
( Surah Ali-Imran : ayat 100 )

Sesuatu ayat itu juga akan diturunkan jika salah seseorang dari hamba-
hambanya melakukan suatu kesalahan yang ketara. Contohnya, jika seseorang yang
sedang mabuk hendak mengimamkan sesuatu solat fardu atau sunat sedangkan ketika
itu dia belum pulih atau waras dari mabuknya. Setelah membaca surah Al-Fatihah, dia
membaca surah Al-Mulk yang jelas salah maka turun ayat ini. Allah swt berfirman :

Og^4C 4g~-.- W-ON44`-47
W-O+4O^> E_OUO- +^4 O4Oc
_/4EO W-OUu> 4` 4pO7O> ..
Maksudnya :

Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa Yang kamu katakan
( Surah An-Nisa : ayat 43 )

Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Harith bin Hisham pernah bertanya
kepada Baginda mengenai bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Maka Rasulullah

5
pun menjawab kadang-kadang ia datang kepada ku melalui gema ( desingan ) loceng,
dan ini amat berat bagiku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepadaku
dan menyerupai lelaki, bercakap denganku dan aku menerima apa saja yang
disampaikannya kepadaku.

Para ulama berselisih pendapat mengenai peringkat penurunan Al-Quran. Ada
yang berpendapat Al-Quran diturunkan dalam 2 peringkat dan ada juga yang
berpendapat Al-Quran diturunkan dalam 3 peringkat. Di dalam kitab al-Itqan if Ulum
Al-Quran , Al-Sayuti menyatakan bahawa berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn Abbas,
Hakim dan al-NasaI hanya membahagikan kepada 2 peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh
Mahfuz ke Bait al-Izzah dan dari Bait a;-Izzah kepada Rasulullah saw melalui malaikat
Jibril a.s.

1. Peringkat pertama ( dari Allah ke al-Lauh al-Mahfuz )

Penurunan Al-Quran dari Allah ke al-Lauh al-Mahfuz iaitu satu-satunya
tempat yang termulia di mana di situ terkumpul di dalamnya sehgala
ketentuan Allah swt untuk semua makhlukNya. Hal ini berlaku bagi
membuktikan ketinggian serta kekuasaan Allah swt. Para Malaikat menjadi
saksi bahawa semua perkara yang ditentukan oleh Allah di al-Lauh al-
Mahfuz adalah benar-benar terjadi. Ini dapat dibuktikan dengan firman Allah
swt :
4 4O- p-47O~ /O_O` ^g O) EO
O+O^4O` ^gg
Maksudnya :

Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka
bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi
kemuliaannya. Lagi yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh
Mahfuz.
( Surah Al-Buruuj : ayat 21 22 )

6

Ketika Al-Quran berada di al-Lauh al-Mahfuz, tidak ada sesiapapun yang
mengetahui mengenainya melainkan Allah swt Yang Maha Mengetahui.
Penurunan Al-Quran pada peringkat pertama ini adalah kemuliaan bagi Al-
Quran itu sendiri. Hal ini kerana tempat tersebut merupakan tempat semulia-
mulia di sisi Allah swt.

2. Peringkat kedua ( dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia )

Penurun Al-Quran pada peringkat kedua adalah secara sekaligus dari al-
Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia. Hal ini dipercayai terjadi
berpandukan kepada 3 ayat Al-Quran seperti yang telah diriwayatkan oleh
Ibn Abbas. Allah berfirman :
.^^) +OE4^4O^ O) g-^O jO;^-
^
Maksudnya :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada
malam Lailatul-Qadar,
( Surah Al-Qadr : ayat 1 )

Firman Allah swt lagi :
.^^) +OE4^4O^ O) l-^O OE4O4:G` _
^^) EL7 =}CjOOLN` ^@
Maksudnya :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam
yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa
memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)

( Surah Ad-Dukhaan : ayat 3 )

7

Dan Allah berfirman lagi dalam ayat berikut :
NOgE+ 4p_4`4O -Og~-.- 4@O^q gO1g
Np-47O^- O1- +EE4Ug
eE4)O44 =}g)` OE_^-
p~O^-4 _
Maksudnya :

Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah.
( Surah Al-Baqarah : ayat 185 )

3. Peringkat ketiga ( dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah saw )

Penurunan pada peringkat ketiga ini adalah secara beransur-ansur. Al-
Quran mula diturunkan kepada Rasulullah saw setelah Baginda dilantik
menjadi Rasul dan selesai apabila Baginda hampir wafat. Iaitu dalam tempoh
dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di
Madinah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s diberi setiap tahun pada malam Lailatul-
Qadar bermula dari turunnya wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh
kenabian Rasulullah. Sebahagian daripada Al-Quran disimpan di Bait al-
Izzah yang mencukupi untuk disampaikan kepada RAsulullah saw dalam
masa 20 malam. Allah berfirman :
L^-47O~4 +OE4^~4O +4O^4-g O>4N
+EEL- _O>4N +'N` +OE4^EO4^4 1ECjO6>
^g
Maksudnya :

8
dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau
membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
( Surah Al-Isra : ayat 106 )
Dan firman Allah swt lagi di dalam Al-Quran :
44O4^ gO) EOO- -g`- ^_@ _O>4N
El)lU~ 4pO74-g =}g` 4jOOL^- ^_j
Maksudnya :

ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam
hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-
pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).




















9














10




FUNGSI ASBAB AL NUZUL

Ada yang berpendapat bahawa tidak ada fungsi mengetahui Asbab al-Nuzul dan
menganggap ianya tidak lebih daripada sejarah bagi penurunan ayat Al-Quran. Jelas
sekali anggapan itu salah kerana Asbab al-Nuzul sebenarnya mempunyai beberapa
fungsi. Antaranya ialah :

1. Membantu memahami ayat yang menghilangkan kesulitan atau kesamaran yang
mungkin timbul. al-Wahidy mengatakan : tidak mungkin mengetahui tafsir
sesuatu ayat tanpa menilik kisah serta penjelasan mengenai peristiwa turunnya .
Manakala Ibn Taimiyyah pula mengatakan : mengetahui sebab nuzul
membantu memahami ayat yang bersangkutan, kerana mengetahui sebab
akhirnya mengetahui akibat . Adapun dalam permasalahan Marwan bin Hakam
iaitu salah seorang Khalifah Bani Umayyah yang mengalami kesulitan dalam
memahami firman Allah swt dalam Surat Ali-Imran :
E4=O^4` 4g~-.- 4pONO4O^4C .E)
W-O> 4pOc:g47E p W-E^47 Eg
W-OUE^4C E gE+4=O^4`
EEeEE) =}g)` -EOE^- W
_4 R-EO4N _1g ^gg
Maksudnya :

Jangan sekali-kali Engkau menyangka (Wahai Muhammad, bahawa)
orang-orang Yang bergembira Dengan apa Yang mereka telah lakukan, dan
mereka pula suka dipuji Dengan apa Yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-
kali Engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula
akan beroleh azab Yang tidak terperi sakitnya.

11

( Surah Ali-Imran : ayat 188 )

Marwan berpendapat bahawa jika orang yang senang dengan apa yang
telah diberikannya dan ingin dipuji dengan apa yang tidak dilakukannya akan
siksa, maka kita semua akan disiksa. Dia tetap dalam kesulitannya itu sampai
Ibnu Abbas menjelaskan bahwa ayat itu diturunkan berkenaan dengan orang
Yahudi. Asbab al-nuzulnya: Ketika Nabi SAW menanyakan sesuatu kepada
mereka (Yahudi), mereka merahasiakan jawabannya, dan memberi jawaban yang
tidak sebenarnya. Setelah mereka memperlihatkan keinginan untuk memperoleh
pujian dari beliau atas jawaban yang mereka berikan. Mereka merasa gembira
dengan menyembunyikan jawaban yang sebenarnya. Ibnu Abbas kemudian
membacakan ayat di atas.

2. Menghindar kesan adanya pembatasan secara mutlak dalam suatu ayat.

Sebagai contoh pemahaman di dalam Surah Al-Anam :

~ } O) .4` =/^q O)
`OO4` _O>4N gNC +OE;C4C )
p ]O74C O4-^14` u 4`E1 ~OOE`
u = OCjO6= +O^^) +w;_jO u
Og Eg-q )OO4g *.- gO) _
^}E O7C;- 4OOEN ^4 4 l14N
Ep) C+4O EOOEN _OgOO ^j)
Maksudnya :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak
memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir,
atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu sang

12
dilakukan secara fasik, Iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari
Allah". kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang
ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan
mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ayat ini menunjukkan bahawa makanan yang diharamkan oleh Allah swt
hanyalah bangkai, darah yang mengalir, daging babi, dan binatang yang
disembelih kerana Allah. Tetapi al-SyafiI berpendapat bahawa ayat itu tidak
bermaksud memberi pembatasan yang mutlak seperti itu. Dia berpendapat
bahawa ayat itu diturunkan kerana orang-orang kafir mengharamkan apa yang
dihalalkan Allah dan mereka menghalalkan apa yang diharamkanNya, untuk
menunjukkan keinginan mereka kepada Allah dan RasulNya. Kemudian ayat itu
diturunkan dengan memberi pembatasan formal sebagai jawaban yang tegas
terhadap sikap ingkar mereka itu.

3. Mengetahui secara pasti orang yang menjadi latar belakang turunnya ayat,
sehingga tidak merasa sulit dan salah sangka dapat terhindar.

Aisyah menafikan apa yang telah dikatakan oleh Marwan mengenai
Abdurrahman bin Abu Bakar iaitu saudara isteri Nabi bahawa beliau adalah
orang yang menjadi sebab turunnya fairman Allah swt dalam Surah Al-Ahqaaf :

Og~-.-4 4~ gOuC4).4Og l]q
.E7- /j_g^-Eg> up E4Ou=q
;~4 geUE= NpNO^- }g` O)Ul~
E-4 p114-OEC -.- ElUuC4
;}g`-47 Ep) E;N4 *.- -EO NO4O 4`
.-EOE- ) +OOgCEc 4-gE- ^_
Maksudnya :

Dan ( sebaliknya amatlah derhakanya ) orang yang berkata kepada
kedua ibu bapanya ( ketika mereka mengajaknya beriman ): "Ah! Bosan

13
perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaKu
Bahawa Aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat
sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " sambil mendengar kata-
katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan
anak mereka) serta berkata (kepada Anaknya Yang ingkar itu): "Selamatkanlah
dirimu! berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)!
Sesungguhnya janji Allah tetap benar". lalu ia menjawab (dengan angkuhnya):
"Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!
( Surah Al-Ahqaaf : ayat 17 )

4. Mengetahui kebijaksanaan Allah swt secara terperinci berkaitan dengan syariat
yang diturunkanNya. Ia memberikan manfaat kepada semua orang samada
orang mukmin mahupun orang kafir. Bagi orang mukmin, tahap keimanan
mereka akan bertambah dan akan menjadi lebih bersemangat dalam
melaksanakan hukum-huk yang telah ditentukan oleh Allah swt. Manakal bagi
orang kafir pula, dengan hukum yang tegas daripada Allah itu akan mendorong
mereka beriman kepada Allah apabila mereka menyedari kannya. Iaitu apabila
mereka mengetahui bahawa syariat yang telah diturunkan oleh Allah bertumpu
pada pemeliharaan permasalhan manusia , bukan berdasarkan paksaan dan
kezaliman.












14










15





JENIS-JENIS TAFSIR
Tafsir pada bahasa ialah menerangkan dan menyatakan. Pada istilah menurut
kata Al-Kibly dalam At-Tas-hiel, tafsir ialah mensyarah ayat-ayat Al-Quran,
menerangkan maknanya serta apa yang dikehendaki dengan nasahnya atau dengan
isyaratnya atau dengan najuannya. Menurut As-Zarkasi pula di dalam kitab Al-Burhan,

16
tafsir itu ialah menerangkan makna-makna ayat Al-Quran dan mengeluarkan hukum-
hukum serta hikamah-hikmah yang terdapat di dalam ayat Al-Quran. Al-Jurjany pula
berpendapat tafsir pada asalnya membuka dan melahirkan. Manakala pada istilah
syara ialah menjelaskan makna ayat, urusannya, kisah-kisahnya serta sebab
kerananya diturunkan ayat dengan lafaz yang menunjukkan kepadanya secara terang.
Kalimah tafsir itu sendiri di ambil dari kalimah tafsirah iaitu perkakas yang digunakan
oleh tabib untuk mengetahui penyakit orang yang sakit.
Tafsir ada tiga jenis iaitu :
1. Tafsir Bir-Riwayah.
Tafsir Bir-Riwayah juga dikenali dengan Tafsir Bil Mathur. Tafsir Bir
Riwayah merupakan penafsiran Al-Quran dengan Quran, atau dengan hadith
ataupun yang berkaitan dengan perkataan para sahabat. Ia adalah bagi
menjelaskan kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah swt. Tafsir
sahabat termasuk tafsir yang dapat diterima dan dijadikan sandaran. Hal ini
kerana mereka menyaksikan serta mengetahui sebab-sebab sesuatu ayat itu
diturunkan kepada Rasulullah saw.

Menurut Imam Hakim Rahimahullah : Sesungguhnya tafsir para sahabat
yang mana mereka telah menyaksikan wahyu dan turunnya Al-Quran
dihukumkan Marfu ( sampai kepada Nabi Muhammad saw ). Dalam erti kata
lain, tafsir para sahabat mempunyai hukum hadith Nabawi yang Marfu
kepada Baginda.

Contoh penafsiran Al-Quran dengan Al-Quran :
Seperti di dalam firman Allah swt :
;e4`@ONO N7^OU4 O4-^1E^-
NO.-4 N^4O4 jOC@O4gC^-
.4`4 Eg-q )OO4g *.- gO)
Maksudnya :


17
diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang
tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi
(termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang
lain dari Allah ..
( Surah Al-Ma;idah : ayat 3 )

Contoh penafsiran Al-Quran dengan Hadith :

Antara kitab-kitab Tafsir Bil Mathur yang terkenal :

1. Jamiul Bayan fi Tafsiril Quran oleh Ibnu Jarir Ath Thabari.
2. Bahrul Ulum oleh Abu al-Laits As-Samarqandi
3. Tafsirul Quranil Adzim oleh Al Hafidz Imaduddin Ibnu Kathir
4. Al Jawahirul Hisan oleh Abdurrahman Ats Tsualibi
5. Tanwirul Miqbas mim Tafsir Ibni Abbas oleh Abu Thahir Al-Fairuz
Abadi

Hukum bagi Tafsir Bil Mathur adalah tafsir yang harus diikuti serta
dijadiakn sebagai pedoman. Hal ini kerana ia merupakan salah satu jalan
pengetahuan yang benardan juga merupakan cara paling baik untuk
menjaga diri dari ketergelinciran dan kesesatan dalam memahami kitabullah.

2. Tafsir Bir-Dirayah.
Tafsir Bir Rayi dan Bil Maqul merupakan nama lain bagi Tafsir Bir-
Dirayah. Ia menjelaskan maknanya, Mufassir hanya berpegang kepada
pemahaman sendiri sahaja.

Tafsir Bir-Dirayah terbahagi kepada dua bahagian :

1. Tafsir Mahmud.

18
Tafsir Mahmud merupakan suatu penafsiran yang sesuai dengan
kehendak syariat, jauh dari kebodohan dan kesesatan, bersesuaian
dengan kaeh-kaedah bahasa arab serta berpegang pada uslub-
uslubnya dan memahami setiap nash-nash Quraniyah

Contoh kitab-kitab Tafsir Bir-Dirayah al mahmud yang terkenal
ialah :
a. Mafatihatul Ghaib oleh Fakhruddin Ar Razi
b. Anwarut Tanzil wa Asrarut Tawil oleh Al Baidhawi
c. Lubabut Tawil fi Manit Tanzil oleh Al Khazin
d. Tafsir al Jalalain oleh jalaluddin Al Mahalli Jalaluddin As Sayuthi
e. As Sirajul Munir oleh Al Khatib Asy Syarbini
f. Ruhul Maani oleh Al Alusi

2. Tafsir Al Madzmum.
Ia merupakan penafsiran Al-Quran tanpa berdasarkan atau
bersandarkan ilmu, mengikut hawa nafsu serta kehendaknya sendiri
tanpa mengambil kira dan mengetahui kaedah-kaedah bahasa atau
syariah. Ia menafsirkan ayat-ayat tersebut berdasarkan mazhabnya
yang rosak serta bidahnya yang sesat.

Contoh Tafsir Bir-Dirayah Al Madzmum :
}4`4 ]~E O) jOE- _OE;N 4O_ O)
jE4O=E- _OE;N O=4 1EO):Ec ^_g
Maksudnya :

dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam
keadaan) buta (matahatinya). Maka ia juga buta di akhirat dan lebih
sesat lagi jalanNya.
( Surah Al-Isra : ayat 72 )


19
Pada ayat ini, sebahagian orang bodoh dan tersesat menafsirkan
bahawasanya setiap orang buta ( matanya ) di dunia, maka di akhirat
kelak mereka tetap akan buta, dan akan sengsara serta menderita di
akhirat dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Sebenarnya
apa yang dimaksudkan dengan buta pada ayat di atas bukanlah buta
mata tetapi buta hati dengan firman Allah swt :

OgE+) OEu> NO=-
}4 OEu> COU^-
/-- O) jOO- ^jg
Maksudnya :

Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi
Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada.
( Surah Al-Hajj : ayat 46 )

Hukum bagi Tafsir Bir-Dirayah Al Madzmum adalah haram kerana
ia menafsirkan ayat Al-Quran dengan rayu serta ijtihad semata0mata
tanpa ada dasar yang benar. Allah berfirman :
4 -^> 4` "^1 El gO) vUg _
Maksudnya :
dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya....

( Surah Al-Isra : ayat 36 )

3. Tafsir Bil-Isyarah
Tafsir Bil-Isyarah atau dikenali dengan nama lain iaitu tafsirul isyari.
Tafsirul isyari adalah takwil Al-Quran berbeza dengan lahirnya lafaz atau
ayat. Hal ini kerana isyarat-isyarat yang sangat rahsia yang hanya diketahui
oleh sebahagian ulul ilmi yang telah diberikan petunjuk oleh Allah swt

20
dengan ilhamnya. Dalam erti kata lain, seorang mufassir akan melihat
sesuatu makna ayat tersebut selain dari makna zahir yang terdapat di dalam
Al-quran. Akan tetapi, makna lain tersebut tidak di nampak oleh setiap
orang,kecuali orang-orang yang telah dibukakan hatinya sahaja yang akan
mengetahuinya.

Para ulama berselisih pendapat dalam menetukan hukum Tafsit Bil
Isyarah ini. Sebahgian dari mereka membolehkan tetapi dengan bersyarat,
manakala sebahagian yang lain melarangnya. Imam Az Zarkasyi berkata di
dalam Al Burhan : Perkataan orang-orang sufi dalam tafsir Al-Quran adalah
bukan tafsir .
Contoh kitab-kitab Tafsir Bil Isyari yang terkenal :
a. Tafsir Al-Quran Al Karim oleh Sahal bin Abdullah At Tistari
b. Haqaiqut Tafsir oleh Abu Abdurrahman As Sulami
c. Al Kasf wal Bayan oleh Ahamd bin Ibrahim An Naisaburi.
d. Tafsir Ibnu Arabi oleh Muhyiddin Ibnu Arabi
e. Ruhul Maani oleh Syihabuddin Al Alusi














21







Tokoh Mufassir Abdullah Ibn Abbas r.a

Terdapat beberapa tokoh-tokoh mufassir yang terlibat di dalam bidang
penafsiran Al-Qurandan hadith. Antaranya ialah Abdullah Ibn Abbas r.a. Nama sebenar
Ibnu Abbas ialah Abdullah bin Abbas bin Abu Mutalib bin Hasyim. Beliau lebih dikenali

22
dengan nama Ibnu Abbas. Ibnu Abbas merupakan salah seorang sepupu kepada Nabi
junjungan kita Nabi Muhammad saw. Beliau dilahirkan 3 tahun sebelum Nabi
Muhammad berhijrah ke Madinah. Beliau juga telah dilantik menjadi gabenor di Basrah
semasa di bawah pemerintahan khalifah yang keempat iaitu Saidina Ali. Akhirnya Ibnu
Abbas meninggalkan Basrah dan menetap di Makkah. Pada tahun 65 Hijrah, beliau
meninggal dunia di Taif.

Terdapat beberapa keistimewaan yang terdapat pada Ibnu Abbas antaranya
ialah Nabi Muhammad saw mengakui keilmuan Ibnu Abbas serta berdoa supaya beliau
dikurniakan dengan ilmu agama dan takwil. Ibnu abbas merupakan salah seorang
daripada sahabat yang banyak meriwayatkan hadith. Kebanyakan hadith-hadith yang
diriwayatkan oleh beliau diambil daripada sahabat-sahabat besar. Beliau mempunyai
ilmu pengtahuan yang sangat luasdalam pelbagai bidang termasuk satera Arab dan
sejarah. Ibnu Abbas juga mahir dalam menetukan sebab-sebab nuzul ayat Al-Quran,
mengira harta pusaka serta mempunyai kefahaman berkaitan kitab-kitab suci yang
terdahulu.

Ibnu Abbas memberi banyak sumbangan kepada perkembangan agama Islam,
ilmu pengetahuan dan juga tamadun manusia. Antara sumbangan Ibnu Abbas ialah
beliau banyak meninggalkan jasa dalam bidang penafsiran Al-Quran. Catatan tafsir
beliau diriwayatkan melalui beberapa saluran. Terdapat beberapa orang tokoh
terkemuka yang menggunapakai catatan tafsir tersebut antaranya ialah Al-Kibli,
Muhammad bin Marwan, Muqatil bin Sulaiman dan Ad-Duhak. Sepanjang hayat beliau,
hidupnya semata-mata untuk memperhambakan diri kepada Allah swt. Ibnu Abbas
tidak melibatkan diri dalam bidang politik negara sepanjang beliau menyampaikan
dakwah Islam.






23







Tokoh Mufassir Imam Ibnu Kathir r.a

Selain Abdullah Ibnu Abbas, tokoh mufassir yang banyak memberi sumbangan
didalam bidang penafsiran ayat Al-Quran ialah Imam Ibnu Kathir r.a. Nama sebenar

24
Imam Ibnu Kathir ialah Ismail bin Omar al-Qursy Ibnu Kathir Imaduddin Abu al-Fida.
Beliau lebih dikenali dengan nama Ibnu Kathir. Beliau dilahirkan pada tahun 701 Hijrah
di Basrah. Ibnu Kathir terkenal sebagai seorang hafiz, ahli tafsir yang ulung, ahli feqah
serta merupakan seorang sejarawan. Beliau mendapat pendidikan dengan banyak
tokoh, antaranya Ibnu Asakir, Ibnu Taimiah dan juga Al-Mazi. Masjid-masjid merupakan
tempat beliau menuntut ilmu. Hal ini disebabkan masjid merupakan pusat ilmu
pengetahuan dan ia juga menjadi tradisi menuntut ilmu pada ketika itu. Ibnu Kathir
meninggal dunia pada tahun 774 Hijrah ketika berusia 73 tahun.

Ibnu Kathir merupakan salah seorang penyumbang besar kepada
perkembangan ilmu tafsir. Semasa hayat beliau, Ibnu Kathir telah menulis beberapa
buah kitab. Antara kitab yang dihasilkan ialah Al-Kawakih al-Dirari, Al-Ijtihad fi Talabi al-
Jihad, Jami al-Masanid al-Hadi Liaqwam al-Sunan dan juga kitab Al-Wadhih al-Nafis fi
Manakib al-Imam Muhammad bin Idris. Selain daripada kitab-kitab tersebut, beliau juga
ada menghasilkan kitab sejarah iaitu Al-Bidayah wal-Nihayah. Kitab tersebut menjadi
rujukan penting hali-ahli sejarah kemudian. Syeikh Muhammad Rashid Redha juga
mengakui keistimewaan serta ketokohan Ibnu Kathir sebagai tokoh mufassir. Hal ini
disebabkan ketelitian beliau dalam membicarakan riwayat-riwayat daripada ahli-ahli
tafsir yang terdahulu terutama yang berkaitan dengan ayat-ayat dan hukum.

Ibnu Kathir lebih dikenali melalui kitab tafsirnya iaitu kitab Tafsir Al-Quran al-
Azim. Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam Tafsir Ibnu Kathir ialah dari segi
kehalusan serta ketelitian dalam penggunaan hadith dengan menggunakan bahasa
yang mudah difahami. Beliau juga teliti dalam membicarakan riwayat daripada ahli-ahli
tafsir yang terdahulu.







25











Syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,
akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Ustaz Abdullah
bin Atu dalam masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat pelbagai halangan serta
menghadapi kekangan masa yang sangat terbatas.

26
Kami menerima tugasan ini di saat-saat akhir, kira-kira seminggu sebelum cuti
sekolah bermula. Tugasan pada kali ini berkaitan dengan Ulum Al-Quran Dan Tafsir.
Kami telah di berikan tugasan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Asbab
al Nuzul, fungsi-fungsi Asbab al Nuzul, jenis-jenis tafsir serta latarbelakang tokoh
mufassir.
Ketika melihat soalan-soalan yang telah diberikan, saya merasa tugasan kali ini
agak mencabar kerana saya tidak mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam
mengenai Ulum Al-Quran Dan Tafsir. Saya juga tidak tahu dari mana mahu
mendapatkan bahan-bahan untuk dijadikan sumber rujukan. Kebanyakan buku-buku
yang ada dirumah tidak banyak membantu dalam usaha pengumpulan bahan tugasan.
Saya serta beberapa orang rakan telah berbincang mengenai tugasan kali ini.
Kami mula mengumpul dan mencari maklumat berkaitan saberapa banyak yang
mungkin. Saya juga ada meminta pendapat dan pertolongan daripada rakan-rakan
yang pernah belajar di luar dan dalam Negara. Tetapi tidak banyak yang dapat
membantu. Walaupun dibebani dengan tugas harian yang perlu disiapkan segera, saya
serta rakan-rakan tidak berputus asa untuk mendapatkan bahan dan akahirnya kami
berjaya mendapatkannya.
Tugasan ini sedikit sebanyak membantu saya memahami serta mengenal pasti
perkara yang berkaitan asbab al nuzul. Ia juga menjelaskan segala permasalahan yang
berkaitan denagn sebab sesuatu ayat Al-Quran itu diturunkan. Selain itu, saya juga
dapat mengetahui betapa besarnya jasa tokoh-tokoh mufassir dalam usaha
mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dan menghasilkan kitab-kitab tafsir yang menjadi
sumber rujukan sehingga ke hari ini.
Akan tetapi, saya memerlukan masa yang panjang untuk mengetahui dan
memahami secara terperinci mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Ulum
Al-Quran Dan Tafsir. InsyaAllah pada masa yang akan datang, saya akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari dan mengumpul maklumat bagi menghasilkan
tugasan yang lebih baik daripada ini.


27






















28









BUKU
1. Dr. Ahmad Hatta, MA (2009), TAFSIR QUR'AN PER KATA Dilengkapi Dengan
Asbabun Nuzul & Terjemah, Maghfirah Pustaka.


29
2. Rosmawati Ali @ Mat zin (1997), Teks Pengajian Islam, Penghantar Ulum Al-
Quran. Pustaka Salam Sdn Bhd Kuala Lumpur.

3. Jawiah Haji Dakir (1998), Kewibawaan Al-Tafsir dan al-Hadis. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia UKM Bangi Selangor.

4. Ali Yusuf Ali (1989), Salasilah Ulama Tafsir. Pustaka Antara.

5. Muhammad Husin Zahari (1988), Al-Quran Di Antara Tafsir dan Israilat, Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.

INTERNET
1. Mari mengenal tokoh Islam Ibnu Kathir
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=35968
2. Biography Of Ibn Katheer
http://www.islambasics.com/view.php?bkID=80&chapter=3






Pensyarah : Ustaz Abdullah bin Atu
Tajuk : Ulum Al-Quran dan Tafsir

30

Bil Nama Catatan / cadangan Tandatangan Tarikh
1 Ustaz Abdullah bin Atu

2
3
4
5
6
7

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

__________________________ ________________________
( NURUL WAHIDAH BT. WAHAB ) ( USTAZ ABDULLAH BIN ATU )