Anda di halaman 1dari 7

KURSUS SEMBELIHAN BINATANG HALAL BUKAN KOMERSIAL TARIKH : 12 NOV 2011 ( SABTU ) TEMPAT : SURAU AS-SYAKIRIN S.M.

SAINS HULU SELANGOR ANJURAN : SEK.MEN.SAINS HULU SELANGOR DENGAN KERJASAMA PEJABAT AGAMA ISLAM HULU SELANGOR SEMBELIHAN HALAL KONSEP-KONSEP ASAS DALAM ISLAM OLEH : UST. MOHD HAFIZUL B. AYUB (UNIT HALAL) BAHAGIAN PENYELIDIKAN&PEMBANGUNAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS )

DEFINISI HALAL Ialah membebaskan, melepaskan, memecahkan dan membolehkan :Segala sesuatu yang menyebabkan seseorang tidak ciihukum jika menggunakannya. Ungkapan lain yang menunjukkan kepada pengertian yang sama adalah mubah dan jaiz. AI-Jurjani, ahli bahasa arab dalam kitab al-Ta'rifat (kitab definisi) mengemukakan bahawa kata "halal" menyangkut kebolehan menggunakan benda-benda atau apa saja yang diperlukan untuk memenuhi keperluan fizik, termasuk di dalamnya makanan, minuman dan ubat. DEFINISI HARAM Sesuatu yang dilarang mengerjakannya. Konsep hukuman DOSA DEFINISI NAJIS Benda yang tidak suci, kotor dalam hukum syarak, najis ialah: Benda itu sendiri najis dan tidak boleh disucikan seperti daging babi, mana-maria bahagian atau hash! daripadanya, darah dan bangkai Benda suci yang terkena najis dan ia tidak boleh disucikan - air Benda suci yang terkena najis dan ia boleh disucikan. DEFINISI SYUBHAT Sesuatu yang ketentuan hukumnya tidak diketahui apakah dihalalkan atau diharamkannya. Dalam pengertian yang lebih luas syubhat adalah sesuatu yang tidak jelas benar atau tidak atau mengandungi kemungkinan benar atau salah. Imam al-Ghazali berkata Syubhat sesuatu yang masalahnya tidak jelas, kerana di dalamnya terdapat dua macam keyakinan yang berlawanan yang timbul dari 2 faktor menyebabkan ada 2 keyakinan tersebut. DALIL Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu pun (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barang siapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram seperti seorang pengembala yang rnengembala di sekeliling kawasan larangan hampir sangat

(ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! itulah hati. ( Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim) HUKUM SYARAK Akta Perihal Dagangan 1972: (Penggunaan Perbahasan Halal 1975) Hukum syarak ialah undang-undang Islam dalam Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipersetujui oleh yang Di Pertuan Agong serta dikuatkuasakan di Malaysia. Sumber dari UndangUnciang Islam Al-Quran, hadis, ijma' dan qias. MAKANAN HALAL Akta Perihal Dagangan 1972: (Penggunaan Perbahasan Halal 1975) Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa jua bentuk pun dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaanperbahasaan "HALAL, DITANGGONG HALAL" atau MAKANAN ISLAM" atau apa.apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu, maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti berikut, iaitu makanan yang berhubung dengannya perbahasaan atau perbahasaan itu digunakan: 1. Bukanlah dan juga tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; 2. Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak; 3. Tidaklah disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut hukum syarak 4. Tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak perenggan (a),(b) atau (c) atau apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

DEFINISI SEMBELIHAN Bahasa :Potong, belah dan mencabut nyawa haiwan Syarak Sembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang darat yang halal dimakan dengan alat yang tajam selain kuku, gigi dan tulang supaya halal dimakan HUKUM SEMBELIHAN Hukum sembellhan adalah wajib supaya binatang itu halal dimakan. Manakala binatang yang disembellh tidak mengikut hukum syarak diistilahkan sebagai bangkai dan najis DALIL SEMBELIHAN Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara sembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu." HAIWAN SEBAGAI SUMBER MAKANAN HALAL Sumber makanan halal daripada haiwan adalah: i Haiwan darat ii Haiwan laut Semua haiwan laut adalah halal kecuali yang mernudaratkan, memabukkan dan yang beracun.Hanya haiwan darat perlu disembelih. HAIWAN DARAT Semua haiwan darat halal di makan kecuali 1.Babi dan keturunannya 2.Anjing dan keturunannya 3.Haiwan halal yang tidak disembelih 4.Haiwan bertaring seperti harimau, beruang dan seumpamanya.

5.Burung yang mempunyai kuku pencakar atau secara menyambar seperti helang.

Rukun 4: Tempat yang disembelih 1. Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halkum ( saluran pernafasan) dan marih ( saluran makanan dan minuman ) dan memutuskan vena iagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan marih adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat 0. Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyernbelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyernbelih. SYARAT SAH SEMBELIHAN 1. 2. Sembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab. Penyembelihan mestilah dilakukan oleh orang Islam yang sempurna akal dan mengetahui rukunrukun dan syarat-syarat sembelihan 3. Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah s.w.t. 4. Haiwan penyembelihan masih hidup ketika disembelih ( hayat mustagirrah ) 5. Haiwan berkenaan adalah halal untuk dimakan.

6.Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi, dan tulang. 7.Putus urat halkum dan urat marih dengan sebab sembelihan. 8.Haiwan tersebut mati dengan sekali sembellhan sahaja. 9.Tidak melakukan penyembelihan selain kerana Allah s.w.t. 10.Penyembelihan tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat). PERKARA SUNAT DALAM SEMBELIHAN 1. Perlulah membaca Bismillah. 2. 3. Menghadapkan haiwan tersebut ke arah kiblat. Membaca selawat ke atas Nabi.

4.

Memutuskan dua salur darah di kiri dan kanan leher (vena jagular dan arteri karotid) supaya haiwan tersebut cepat mati dan tidak menderita.

5.

Menggunakan alatan penyembelihan yang tajam, seperti pisau, parang, dan sebagainya 6.Haiwan tersebut dibaringkan di atas rusuk kiri 7.Melakukan penyembelihan dengan segera. 8.Bersih dan suci dari hadas kecil / besar MAKHRUH DALAM

SEMBELIHAN
1. Sembelihan oleh orang perempuan 2. Penyembelihan menggunakan pisau tumpul 3. Mengasah alat sembelihan di hadapan binatang yang ingin disembelih 4. Menyembelih hingga putus kepala 5. Sembelihan orang gila atau mabuk. 0. Tidak mencuci pisau sembelihan dahulu untuk sembelihan seterusnya

KAD TAULIAH SEMBELIHAN Sembelihan komersil - wajib Permohonan di ibu pejabat Perlu menjalani kursus sembelihan dan temuduga Sijil dan kad tauliah kepada yang layak Tempoh sah 1 tahun Memudahkan pengawalan aktiviti sernbelihan komersil Menjamin mutu dan kualiti halal

HIKMAT SEMBELIHAN HALAL 1. Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata di antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan binatang. 2.Supaya binatang itu tidak mengalami kesakitan yang tersiksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.

0.Untuk membezakan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam. 0. Supaya darah dari dalam binatang tersebut mengalir dengan cepat. Dengan ini dapat dielakkan dari sebarang kuman yang mungkin ada dalam darah tersebut. 1. Supaya roh haiwan yang bersama darah tidak meresap masuk dalam tubuh pemakannya. 2. Sebagai meminta izin dari Allah swt kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah yang hidup dan bernyawa. Sekian terima kasih....

JOM PRAKTIKAL SEMBELIH

Anda mungkin juga menyukai