1234-
Sifat Wajib bagi Allah ada 20. kita wajib mempercayai dan meyakininya. Sifat Wajib bagi Allah yang pertama ialah WUJUD. Wujud
)(
ertinya ADA.
Maksudnya Allah Wajib ADA. Buktinya ada alam ini menunjukkan kewujudan Allah. Wujudnya langit, bumi, matahari, bulan dan segala makhluk yang lain menjadi tanda adanya Allah yang menciptakan. Semua itu tidak mungkin terjadi dengan sendirinya tanpa ada penciptanya.
5-
Dalil Naqli Allah bersifat Wujud ialah firman Allah dalam surah Al Ikhlas :
Maksudnya : Katakan olehmu (wahai Muhammad) Allah itu Esa. (surah Al Ikhlas ayat 1). 6Dalil Aqli Allah bersifat Wujud ( dalil akal) ialah:Adanya ala mini sebagai bukti kewujudan Allah. Alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Sesuatu yang terjadi tentu ada penciptanya. 7Contoh-contoh tanda kekuasaan Allah. Alam ini ( bumi ini) Kejadian makhluk ( manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya). Kejadian siang dan malam. Kejadian hujan dan panas. Kejadian rebut dan taufan. Kejadian tsunami. Kejadia gempa bumi dan lain-lain lagi. 89Hukum mempercayai bahawa Allah bersifat wujud adalah WAJIB. Kesan mempercayai kewujudan Allah ialah melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
2- Maksud Allah bersifat QIDAM ialah :Tiada permulaan bagi kewujudan Allah dan kewujudan Allah tidak pernah didahului iaitu tiada yang sebelumnya. Bermakna Allah itu tiada awal permulaan dan wujud Allah sejak azali lagi. Tiada sesuatu makhluk pun yang wujud dahulu daripadanya.
3- HUKUM :- Kita WAJIB percaya dan beriman bahawa Allah tidak ada permulaan bagi kewujudannya. Allah ada sejak azali lagi.
4- Dalil Naqli Allah bersifat QIDAM ialah Firman Allah s.w.t dalam surah Al Hadid ayat 3 iaitu :-
Maksudnya : Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, dan Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dialah Maha Mengetahui segalanya 5- Dalil Aqli Allah bersifat Qidam: Makhluk ada permulaannya. Allah tidak serupa dengan makhluknya. Allah tidak ada permulaannya. Allah beersifat Sedia Ada.
6- Kesan mempercayai Allah bersifat Qidam. melahirkan insan yang patuh kepada Allah. Peercaya dengan kebesaran Allah s.w.t. Manusia adalah makhluk dan hamba Tuhan yang lemah.
TANGGUNGJAWAB BERSUCI
1- Bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis yang ada pada tubuh badan, pakaian dan tempat. 2- Hukum bersuci ialah WAJIB kepada setiap umat islam. 3- Kita diwajibkan bersuci kerana :o Ia satu tuntutan agama. o membolehkan kita melakukan ibadat seperti solat. o memelihara kesihatan tubuh badan. 4- Dalil wajib bersuci : Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 6 bermaksud : Maka berwuduklah kamu untuk menyucikan diri 5- Kita boleh bersuci dengan menggunakan air mutlak.
6- Selain itu alat-alat untuk bersuci ialah debu tanah(untuk Tayammum), benda-benda kesat (seperti batu, tisu, kayu untuk menyucikan tempat keluar najis) 7- Faedah bersuci ialah ;o Sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan cergas. o Supaya setiap amalan diterima oleh Allah. o Dapat menjauhkan diri daripada kuman dan penyakit. o Kebersihan zahir boleh membawa kebersihan batin. 8- Akibat tidak bersuci :o Dimurkai Allah. o Mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. o Setiap amalan tidak diterima Allah. o Masyarakat tidak menyenanginya. o Zahir dan batin akan menjadi tidak tenteram.
ADAB BERKENDERAAN
1- Baca BISMILLAH. 2- Baca doa Ya Allah selamatkanlah perjalananku ini 3- Mulakan dengan langkah kanan. 4- Ikut giliran jika menaiki bas. 5- Berdisiplin di jalan raya. 6- Utamakan orang yang lebih memerlukan. 7- Bertatatertib dan mematuhi peraturan jalan raya. 8- Tidak boleh bermain-main ketika dijalanraya. 9- Dilarang berlumba-lumba dijalanraya.
ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH
1-Adab masuk rumah. *memberi salam )( *membuka kasut sebelum masuk kerumah. *melangkah masuk dengan kaki kanan. *elakkan membawa kekotoran ke dalam rumah. *menghormati tetamu jika ada di rumah.
2- Adab keluar rumah. * meminta izin apabila hendak keluar. * memberitahu tempat yang dituju. * memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. * bersalaman dengan ahli rumah. * memakai selipar atau kasut. * membaca doa keluar rumah
FAEDAH MENGAMALKAN ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH.
123Maruah diri terpelihara. Terselamat daripada gangguan. Dihormati dan dicontohi.
123456-
Sentiasa menjaga hati dan perasaan. Memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Memberi bantuan dengan segera jika diperlukan. Sentiasa bersikap adil. Mengawal pandangan dan percakapan. Sayang menyayangi antara satu sama lain.
12345-
123-
123456-
Jangan bising dan bergurau-gurau. Beriktikaf dan berdoa di dalam masjid. Masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri. Menjaga kebersihan masjid. Jangan melintas di hadapan orang yang sedang solat. Sentiasa berzikir, bertasbih, melakukan solat sunat atau membaca Al Quran semasa dalam masjid.
78-
Lipat semula sejadah selepas digunakan. Susun semula Al Quran yang digunakan.
Doa keluar masjid atau surau
Niat solat tahiyyatul masjid.
Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
ADAB KE SEKOLAH Bangun awal Membersihkan diri. Solat subuh. Berpakaian kemas. Bersarapan. Bersalam dengan ibu bapa. Membaca doa keluar rumah. Berhati-hati dan segera ke sekolah. Mengucap salam atau selamat kepada guru atau rakan.
Faedah mengamalkan adab ke sekolah o Badan akan segar dan cergas. o Mendapat keberkatan Allah. o Dikasihi semua orang. o Melatih berdisiplin. o Mudah menghadapi pelajaran.
Akibat meninggalkan adab ke sekolah. o Badan lemah dan tidak bersemangat. o Tidak diberkati Allah. o Dimarahi guru. o Dikenakan tindakan disiplin. o Tidak disukai guru dan rakan.
ADAB BELAJAR
1- Membaca doa penerang hati. 2- Menghormati guru. 3- Mestilah duduk dengan sopan. 4- Mendengar pengajaran guru dengan teliti. 5- Berlumba-lumba dalam pelajaran. 6- Sabar ketika belajar dan selalu membuat ulangkaji.
SALAHLAKU MURID SEMASA BELAJAR 1- Membuat bising dan mengganggu kawan. 2- Berbual-bual ketika belajar. 3- Tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru. 4- Tidak menyiapkan kerja sekolah.
1- Mendapat keberkatan. 2- Mudah memahami pelajaran. 3- Mendapat ilmu yang bermanfaat. 4- Mudah menjawab soalan. 5- Disayangi oleh semua orang. 6- Mendapat kejayaan keperingkat yang lebih tinggi.
Doa belajar
1- Mengambil wuduk sebelum menyentuh atau memegang Al quran. 2- Pegang dengan tangan kanan. 3- Simpan ditempat yang tinggi dan bersih. 4- Tidak meletakkan sesuatu di atas Al quran sebagai menghormatinya.
1- Di kasihi Allah. 2- Mendapat pahala. 3- Jiwa bersih. 4- Dijauhi bala. 5- Mendapat keberkatan. 6- Ketenangan jiwa.
Al Quran adalah kitab suci Allah. Adab membaca dan memegang Al Quran.
12-
345-
Orang yang berhadas kecil boleh membaca tetapi tidak boleh memegang Al quran. Menutup aurat ketika membaca Al Quran. Disunatkan membaca Istiazah ( ) dan Bismillah.
FAEDAH BERADAB MEMBACA AL QURAN 12Allah akan memberi pahala dan diberi keberkatan. Melatih hidup kita berdisiplin dan mendapat ketenangan jiwa.
Perhatian:Orang yang tidak beradab ketika membaca Al Quran adalah orang yang tidak bersopan. Mereka tidak akan mendapat pahala dan dianggap tidak berdisiplin
Semoga kita sentiasa akan menjaga adab semasa membaca Al Quran. AMIIN..