Anda di halaman 1dari 4

ISRA & MIKRAJ

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. (Surah Al-Isra: 1)

1. merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w secara real sebagai suatu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda serta pengiktirafan teragung kepada penghulu segala nabi dan rasul. 2. merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. 3. merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang antara Rabbul Jalil dengan Rasulullah s.a.w. 4. merupakan pengalaman yang paling manis buat Rasulullah s.a.w setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.

Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Rasulullah s.a.w berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Baginda ke telaga Zamzam. Di sana Rasulullah s.a.w ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Baginda dibedah untuk dikeluarkan hatinya dan dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. Selesai Rasulullah s.a.w menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, Baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq sehingga sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Madinah). Di sini Jibril menyuruh Rasulullah s.a.w berhenti untuk melakukan solat dua rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Baginda akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Rasulullah s.a.w berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Rasulullah s.a.w sekali lagi mengerjakan solat.

1. Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Rasulullah s.a.w solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Baginda mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu. 2. Kemudian Rasulullah s.a.w dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Baginda memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.

3. Selesai upacara Isra, sampai ketika Rasulullah s.a.w diMikrajkan dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Baginda diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan, Rasulullah s.a.w diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil.

Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah: Peristiwa Maksud Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat

1. Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang

Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka

Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak Gambaran manusia yang berzina sedangkan dan daging mentah yang busuk. Mereka mereka mempunyai pasangan yang sah. memilih daging mentah Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung, digunting lagi tanpa henti Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi Seekor lembu keluar daripada satu Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain. Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya. Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka. Gambaran pasangan lelaki dan perempuan

lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh

asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya. Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan. Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun. Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak

Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolaholah hendak bertanya sesuatu Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu Nabi tercium bau yang amat harum Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu-lalang Sekumpulan orang berenang dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.

Gambaran orang yang makan riba'

Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.

1. Dalam perjalanan Mikraj dari Baitul Maqdis naik hingga ke Sidratul Muntaha melalui tujuh lapisan langit, Rasulullah s.a.w berjaya menempuh pelbagai ujian dan rintangan sehingga ke Mustawa. Di sini Malaikat Jibril berhenti kerana tidak mampu melangkah lebih jauh lagi. 2. Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan bersendirian hingga ke 'Arasy. Inilah kemuncak yang paling agung, di mana Baginda menerima perintah solat 50 waktu sehari semalam. 3. Atas nasihat Nabi Musa, Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah untuk dikurangkan sehinggalah menjadi 5 kali sehari semalam. Inilah mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Baginda sebagai satu pengiktirafan Allah kepada Nabi dan Rasul teragung sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai