Anda di halaman 1dari 16

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 1

UNIT 1

DAYA-DAYA PADA BAHAN OBJEKTIF


Objektif am : Mempelajari dan memahami tentang dayadaya pada bahan

Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : mengenali simbol-simbol lazim mengenalpasti jenis-jenis daya membezakan antara tegasan dan terikan menyelesaikan masalah berkaitan dengan tegasan.

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 2

1.0

PENGENALAN Kajidaya bahan ialah kajian pepejal yang mengalami bebanan dan bertujuan untuk menerangkan sifat-sifat pepejal semasa dikenakan bebanan tersebut. Pengetahuan mengenai sifat-sifat seperti kekuatan, kekukuhan, pesongan dan sebagainya sangat berguna dalam merekabentuk komponen seperti tiang, aci, rasuk, pegas, bolt, tangki dan lain-lain. 1.1 SIMBOL SIMBOL LAZIM

Sebelum memasuki unit ini, sepatutnya kita perlu tahu tentang simbol-simbol yang biasa digunakan. Simbol-simbol lazim (Jadual 1.1) ini juga akan digunakan dalam unit-unit seterusnya. SIMBOL A D D E F G L U L (Epsilon) (phi) (rho) (sigma) (tau) (nu) Jadual 1.1 Simbol-simbol lazim KETERANGAN Luas keratan rentas Diameter asal Perubahan diameter Modulus Young atau Modulus Keanjalan Daya Modulus Ketegaran Panjang asal Tenaga terikan Perubahan panjang Terikan terus Terikan ricih Ketumpatan Tegasan terus Tegasan ricih Nisbah Poisson

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 3

1.2

JENIS-JENIS BEBAN DAN KESANNYA

Beban ialah daya yang bertindak ke atas sesuatu bahan. Beban boleh dikategorikan kepada beban statik, beban dinamik, beban hentaman dan beban lesu serta beban ulang alik. i) Beban Statik

Beban jenis ini merupakan beban yang tidak berubah. Contohnya sebuah bangunan. Kawasan dimana bangunan tersebut didirikan terpaksa menanggung beban yang tetap selagi bangunan tersebut tidak dialihkan atau dirobohkan. (Rajah 1.1)

Rajah 1.1: Beban Statik ii) Beban Dinamik

Beban dinamik adalah beban yang sentiasa berubah-ubah. Contohnya kenderaan melintasi jambatan. Dimana jambatan tersebut terpaksa menanggung beban yang berubah-ubah setiap kali ada kenderaan yang melintasi jambatan tersebut (Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Beban Dinamik

iii)

Beban Hentaman.

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 4

Ianya adalah beban yang bertindak secara serta merta. Contohnya apabila satu hentakkan atau hentaman tukul dikenakan pada paku (Rajah 1.3). Semasa tukul menyentuh paku tersebut, beban tersebut akan bertindak secara serta merta pada paku tersebut.

Rajah 1.3: Beban Hentaman iv) Beban Lesu dan Ulangalik

Beban jenis ini hanya berlaku pada masa tertentu sahaja. Contohnya apabila satu beban digantungkan pada satu pegas (Rajah 1.4(a)), pegas itu akan cuba menghalang pemanjangan dari berlaku akibat beban yang dikenakan. Beban yang berlaku adalah dari jenis beban ulang alik. Sementara lesu pula biasanya berlaku pada aci yang digunakan bagi tujuan penghantaran kuasa. Contohnya aci yang dipasang pada kincir angin (Rajah 1.4(b))

BEBAN
(a) (b) Rajah1.4: Beban Lesu dan Ulangalik

Jadual 1.2 menunjukkan kesan yang dihasilkan oleh daya.

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 5

Kesan Daya i. ii. iii. iv. v. mengakibatkan pemanjangan mengakibatkan pemendekan mengakibatkan kelenturan mengakibatkan kericihan mengakibatkan kepiuhan

Contoh tali / dawai yang digantungkan beban (Rajah 1.2v). beban yang diletakkan diatas sebatang tiang (Rajah 1.2vi) beban diletakkan diatas rasuk (1.2vii). rivet & bolt (1.2viii) penghantaran kuasa oleh aci (1.2ix)

i)

mengakibatkan pemanjangan

BEBAN
Sebelum Rajah 1.5: Pemanjangan Selepas

ii)

mengakibatkan pemendekan W

Sebelum iii) Rajah 1.6: Pemendekan mengakibatkan kelenturan

Selepas

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 6

Rajah 1.7: Lenturan iv) P


w

mengakibatkan kericihan

P P P P P Rajah 1.8: Ricihan v) mengakibatkan kepiuhan


L

T1 T2

Rajah 1.9: Piuhan

1.3

JENIS-JENIS DAYA

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 7

Kita boleh mengkelaskan daya kepada 2 kelas yang utama iaitu:i. ii. Daya Terus Daya Ricih

1.3.1

DAYA TERUS Lapisan yang mengalami tindakan daya adalah bersudut tepat dengan arah daya bertindak. Ada dua jenis daya terus iaitu daya tegangan (positif) rujuk Rajah 1.10 (a) dan mampatan (negatif) rujuk Rajah 1.10 (b). Daya tegangan akan menghasilkan pemanjangan sementara daya mampatan akan menghasilkan pemendekan. P Daya tegangan (a) P Daya mampatan (b) P

Rajah 1.10: Daya Terus Yang Mengakibatkan Tegangan Dan Mampatan 1.3.2 DAYA RICIH Sekiranya lapisan itu mengalami tindakan daya yang selari dengan arah daya ricih, maka lapisan itu akan mengalami kegelinciran dari lapisan yang di sebelahnya. Contoh yang mudah adalah apabila 2 keping plat disambungkan dengan menggunakan rivet (1.11(a)) atau dengan gam (Rajah 1.11(b)). Kemudian daya pada arah yang bertentangan dikenakan. Apabila daya dikenakan, rivet atau gam tersebut akan mengalami kegagalan. Kegagalan tersebut berlaku disebabkan oleh daya ricih yang dikenakan. Daya ricih berlaku disini

P P L P W

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 8

(a)

(b) Rajah 1.11: Plat Yang Dikenakan Daya Ricih Pada Penyambungannya

1.4

TEGASAN TERUS
X

Luas A

Rajah 1.12(a): Bar Yang Dikenakan Daya P Rajah 1.12 (a) menunjukkan sebatang bar yang dikenakan daya P. Daya P yang dikenakan akan menyebabkan bar tersebut mengalami pemanjangan. Jika diperhatikan keratan rentas aci tersebut, kita akan dapati terdapatnya daya yang akan bertindak ke atas satu satah keratan rentas XX tersebut (Rajah 1.12(b). Bagi memastikan ia berada dal.am keadaan kesimbangan, satu daya yang bertentangan bernilai P perlu dihasilkan. P P P P

Rajah 1.12(b): Daya Dalaman Pada Keratan XX Daya dalaman ini disebut sebagai tegasan dan ia merupakan tindakbalas beban kepada daya luar P. Tegasan ini disebut sebagai tegasan terus dan jika ia cuba

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 9

memanjangkan bar ia dipanggil tegasan tegangan dan jika ia cuba memampatkan bar pula ia dipanggil tegasan mampatan. Terdapat 3 jenis tegasan iaitu:-

Tegasan Tegangan (Tensile Stress) Tegasan Mampatan (Compressive Stress) Tegasan Ricih (Shear Stress)

Tegasan bergantung kepada magnitud dan arah daya yang dikenakan dan juga luas keratan rentas bahan tersebut, iaitu tegasan () ialah nisbah daya (P) dengan luas keratan rentas (A)

tegasan =

beban yang dikenakan , luas keratan rentas

P A

Pers. 1

Unit bagi tegasan ialah N / m2 Contoh 1.1 Rajah C1.1 menunjukkan satu bar keluli mempunyai keratan rentas segiempat tepat berukuran 25 mm x 20 mm. Bar tersebut dibebankan dengan satu beban tegangan paksi bernilai 30 kN. Dapatkan tegasan tegangan yang terhasil pada keratan tersebut.

30 kN

25 mm 30 kN

Penyelesaian. Luas keratan rentas bar, A = 25 x 20

20 mm Rajah C 1.1: Bar Yang Dikenakan Beban Tegangan = 500 mm2 = 500 x 10-6 m2

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 10

Oleh itu tegasan tegangan =

Daya Luas P = A 30 103 500 10 6 = 60 106 N/m 2 =

1.5

TERIKAN TERUS / TERIKAN NORMAL Sekiranya berlaku pemanjangan atau pemendekan akibat daya P maka keterikan ( ) ditakrifkan sebagai pemanjangan atau pemendekan yang berlaku bagi ukuran se unit panjang bar itu. Keterikan di beri :panjang akhir - panjang asal perubahan panjang = panjang asal panjang asal L L

= Contoh 1.2

Satu bar sepanjang 50 mm dikenakan daya tegangan. Tentukan terikan yang berlaku keatas bar tersebut jika panjang akhirnya ialah 50.03 mm. Penyelesaian. keterikan = panjang akhir - panjang asal perubahan panjang = panjang asal panjang asal L L 50.03 50 50 = 60 x 10-4

AKTIVITI 1

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 11

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA.

1.1

Padankan antara simbol dan keterangan yang diberikan dibawah. SIMBOL A D D E P G L U L (Epsilon) (phi) (rho) (sigma) (tau) (nu) Daya Diameter akhir Ketumpatan Luas keratan rentas Modulus Ketegaran Modulus Young atau Modulus Keanjalan Nisbah Poisson Perubahan panjang Tegasan ricih Tegasan terus Tenaga terikan Terikan ricih Terikan terus KETERANGAN

1.2 Penuhkan ruang kosong dibawah dengan jawapan yang sesuai. a) b) Beban yang tidak berubah dikenali sebagai .. Beban yang bertindak . secara serta merta dikenali sebagai

1.3

Nyatakan 3 jenis tegasan:-

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 12

i. . ii. .. iii. .

1.4

Sebatang bar seperti Rajah 1 dikenakan beban mampatan 30 kN. Tentukan tegasan didalam bar tersebut.

20 mm 30 kN 200 mm

50 mm

30 kN

Rajah 1: Bar Yang Dikenakan Beban Mampatan

MAKLUM BALAS 1

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 13

TAHNIAH KERANA ANDA TELAH MENCUBA.!!!!!!!!!

1.1 SIMBOL A D D E F G L U L (Epsilon) (phi) (rho) (sigma) (tau) (nu) 1.2 a) b) Beban yang tidak berubah dikenali Beban statik sebagai .. Beban hentaman Beban yang bertindak secara serta merta dikenali sebagai . KETERANGAN Luas keratan rentas Diameter asal Diameter akhir Modulus Young atau Modulus Keanjalan Daya Modulus Ketegaran Panjang asal Tenaga terikan Perubahan panjang Terikan terus Terikan ricih Ketumpatan Tegasan terus Tegasan ricih Nisbah Poisson

1.3

Nyatakan 3 jenis tegasan:-

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 14

i) ii) iii)

Tegasan Tegangan (Tensile Stress) Tegasan Mampatan (Compressive Stress) Tegasan Ricih (Shear Stress)

1.4 Tegasan dalam bar, P A

30 x 103 = ( 50 x 10-3 x 20 x 10- 3 ) = 30 MN/m 2

PENILAIAN KENDIRI

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 15

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda dari pensyarah modul anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya !!!!!!!!!!!!! 1. Berikan perbezaan diantara tegasan dan terikan. 2. Sebatang rod keluli yang berdiameter 25 mm dikenakan daya pada paksinya sebanyak 2 kN (Rajah 1). Tentukan tegasan yang terjadi dalam rod tersebut.

2 kN

2 kN

3.

Rajah 1: Rod Yang Mengalami Daya Tegangan Sebatang bar mempunyai keratan rentas 50 mm x 30 mm dikenakan daya 500 kN. Kirakan tegasan dalam bar ini. Pemanjangan yang berlaku dalam satu bar 3 m panjang ialah 0.5 mm. Kirakan keterikan yang berlaku. Beban sebanyak W kN digantung dari dawai AB dan AC seperti Rajah 2. Jika tegasan dalam AB dan AC masing-masing tidak melebihi 100 MN/m2 dan 150 MN/m2, cari nilai W. Luas keratan rentas AB dan AC adalah masing-masing 400 mm2 dan 200 mm2. B 300 A 450 C

4.

5.

W
Rajah 2: Beban Yang Digantung Pada Dawai Yang Berbeza Saiz

DAYA DAYA PADA BAHAN

J3009/ 1/ 16

MAKLUM BALAS KENDIRI


Adakah anda telah mencuba ? Jika Ya, sila semak jawapan anda.
Jawapan 1. Tegasan Apabila sesuatu bahan dikenakan daya, maka daya itu akan menyebabkan perubahan dan bahan tersebut berada dalam keadaan tegasan.

Terikan Sekiranya berlaku pemanjangan atau pemendekan akibat daya P maka keterikan ( ) ditakrifkan sebagai pemanjangan atau pemendekan yang berlaku bagi ukuran se unit panjang bar itu. 2. 3. 4. 5. Tegasan, = 4073 kN/m 2

Tegasan = 333.33 MN/m2 Keterikan = 1.67 x 10-2 W = 33.5 kN