Anda di halaman 1dari 1

Panitia Pendidikan Moral

PRACTICE MAKE PERFECT

LATIH TUBI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5 TAHUN 2013 JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH.

Bersih, Cekap dan Amanah


1. Slogan di atas merupakan slogan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1982. Bincangkan slogan ini berdasarkan dua nilai moral yang sewajarnya diamalkan oleh pegawai kerajaan. [10m] SATU MALAYSIA Berdiri Dalam capai satu tujuan teguh di bumi Tanggungjawab kita semua Nyata pupuk semangat satu Malaysia Jadi teras bangsa mulia Sepakat rakyat didahulukan Kita bina Satu Malaysia Pencapaian diutamakan Perpaduan mendapat rahmat Toleransi kaum amalan bersama Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia Satu Malaysia jadi pegangan Rukun negara teras panduan Satu Malaysia benteng negara Rakyat Malaysia taat setia Satu Malaysia untuk semua

2. Huraikan dua nilai yang harus diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia. [10 markah] 3.

ZOPFAN Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali

Melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb November 1971, Malaysia telah menyarankan diwujudkan ZOPFAN di Asia Tenggara. Cadangan ini telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh Malaysia yang telah menyarankan konsep ZOPFAN untuk ASEAN. [10 markah] 4. Soalan Struktur: Logo ASEAN di bawah melambangkan konsep ASEAN yang perlu dipertahankan oleh negara anggota sejak pertubuhan serantau itu ditubuhkan pada tahun 1967. a. Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh negara anggota ASEAN dalam mendukung konsep ZOPFAN. [4 markah] b. Berikan dua sebab negara anggota ASEAN mengamalkan dasar berkecuali. [2 markah] c. Nyatakan dua ciri yang perlu diamalkan oleh setiap pemimpin ASEAN yang berpegang teguh kepada konsep tersebut. [2 markah] d. Sarankan dua perkara yang boleh dilakukan oleh negara anggota untuk memelihara hubungan baik antara negara ASEAN. [2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT SEMOGA MENJAWAB.

Soalan disediakan oleh WC Teo @ 2013