Anda di halaman 1dari 35

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 1

UJIAN BAHAN

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami proses-proses yang terdapat di dalam Ujian Bahan iaitu Ujian Musnah dan Ujian Tanpa Musnah.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat : Menjelaskan maksud Ujian Bahan. Menerangkan tujuan-tujuan Ujian Bahan. Menjelaskan maksud sifat-sifat mekanik bahan. Menjelaskan proses-proses Ujian Musnah. Menjelaskan proses-proses Ujian Tanpa Musnah.

INPUT

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 2

PENGENALAN

Ujian-ujian ke atas sesuatu bahan adalah perlu bagi tujuan-tujuan seperti berikut : Untuk menentukan mutu sesuatu bahan.Ini boleh menjadi satu aspek proses kawalan dalam loji pengeluaran. Untuk menentukan sifat-sifat mekanikal seperti kekuatan, kekerasan dan kemuluran. Untuk mengesan kecacatan dalam bahan komponen yang dihasilkan. Untuk menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu. Ini nyata sekali,tidak ada satu kaedah ujian boleh digunakan untuk memenuhi kesemua kehendak / tujuan di atas,maka berbagai kaedah ujian direka yang dikumpulkan : 9.1 Ujian Musnah (destructive testing). Ujian Tanpa Musnah (non-destructive testing). Sifat-Sifat Mekanikal Bahan Bahan yang digunakan dalam kerja kejuruteraan dipilih atas sifat-sifat yang diperolehinya. Sifat-sifat ini merupakan ciri-ciri hablur bahan itu dan boleh diperkuatkan lagi dengan proses rawatan haba, mengaloikannya dan kerja-kerja mekanikal yang lain. Kualiti sifat-sifat ini dinilaikan dalam sebutan darjah yang ditentukan oleh Ujian Musnah Piawaian. 1. Kemuluran (ductility) - kebolehan sesuatu bahan ditarik oleh daya tegangan tanpa putus. Sifat ini adalah penting dalam proses tarikan (drawing) dan tekanan (pressing). 2. Kebolehtempaan (malleability) - kemampuan sesuatu bahan menerima canggaan atau ubah-bentuk plastik oleh daya mampatan tanpa pecah. Sifat ini membolehkan bahan itu ditempa dan digelek. 3. Keliatan (toughness) - kebolehan sesuatu bahan menyerap tenaga dan mengalami ubah-bentuk plastik sebelum ianya patah semasa menerima hentaman dan kejutan. 4. Kerapuhan (brittleness) - ketidak mampuan sesuatu bahan mengalami ubah-bentuk plastik dan pecah jika dihentamkan secara mengejut. 5. Kekerasan (hardness) - kebolehan sesuatu bahan menentang cakaran, kehausan dan tembusan.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 3

9.2

Ujian Musnah 9.2.1 Ujian Kekerasan Ujian musnah merupakan satu pemeriksaan ujian bahan yang dijalankan ke atas bahan dan ia mungkin mengakibatkan kerosakan pada bahan itu. Ujian ini amat penting bagi menentukan sifat- sifat mekanikal sesuatu bahan seperti kekuatan, kekerasan dan kemuluran. Ia menentukan mutu atau kualiti sesuatu bahan . Ujian Musnah juga menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu. Kaedah ujian yang dijalankan ialah seperti berikut :-

Ujian Brinell. Ujian Vickers. Ujian Rockwell. Ujian Shore Soleroscope.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 4

9.2.1.1 Ujian Brinell Dalam ujian ini, satu bebola keluli keras ditekan oleh satu daya/beban yang tertentu dan melekukkan (indent) permukaan bahan yang diuji. Adalah perlu memilih kombinasi yang betul di antara saiz bebola dengan beban supaya bebola yang digunakan tidak terherot dan pengukuran dapat dijalankan merujuk Gambarajah 9.1. Sebagai contoh, bebola keluli boleh terbenam sepenuh dalam logam yang lembut seperti plumbum. Dari segi praktik beban P (kg) dan diameter pelekuk D (mm) dihubungkan dengan persamaan di bawah. K= P D2

Di mana K ialah konstant dengan nilai-nilai yang tertentu bagi bahan yang berlainan. Bahan Logam ferus Tembaga dan aloi tembaga Aluminium dan aloi aluminium Pb, Sn dan logam galas putih Nilai K 30 10 5 1

Nombor kekerasan Brinell boleh diukur dengan formula :

HB =

2 P (kg )

D( D D 2 d 2 )( mm 2 )

Gambarajah 9.1 menunjukkan dimensa-dimensa tertentu, D= d = P = Diameter bebola (mm) Diameter lekuk (mm) beban dalam unit kilogram daya (kg) dan 1 kg = 9.81 N. Beban Bebola pelekuk Spesimen
Gambarajah 9.1: Kedudukan bebola dan beban

D
Contoh 1 Contoh 1 d

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 5

Ujian Brinell menggunakan diameter bebola bersaiz 10 mm dan bahan digunakan ialah keluli di mana nilai K sebanyak 30. Selepas ujian Brinell dilakukan didapati nilai diameter lekuk yang terhasil ialah 2.5 mm. Hitungkan beban yang digunakan dan nilai kekerasan Brinell. Penyelesaian P = KD2 P = 30 x 102 = 3000 kg.

HB =

2 P (kg )

D( D D 2 d 2 )( mm 2 )
2(3000 )

HB =

.10 (10 10 2 2.5 2 )

6000 HB = 6000 HB = .10 (10 100 6.25 ) 63 .32


HB = 94 .76 kg / mm 2

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 6

Prinsip mengukur kekerasan Brinell bagi mendapatkan keputusan yang konsisten, langkah-langkah berikut hendaklah diambilkira. a) b) c) Tebal spesimen hendaklah sekurang-kurangnya tujuh kali ganda daripada dalam lekuk bebola yang dihasilkan. Jarak di antara pinggir spesimen yang terdekat dengan pinggir lekuk hendaklah tiga kali ganda garispusat bebola. Ujian yang dijalankan tidak melebihi 500 HB sebab bebola pelekuk boleh terherot.

Selain daripada nilai kekerasan, data lain yang boleh diperolehi daripada ujian ini ialah : a) Kebolehmesinan - Untuk alat pemotong jenis kelajuan tinggi, bagi mengelakkan daripada cepat tumpul dan rosak kekerasan bendakerja mestilah kurang daripada 350 HB. Bendakerja yang mempunyai nilai kekerasan kurang daripada 100 HB biasanya menghasilkan permukaan yang kurang baik atau 'terkoyak'. Kekuatan tegangan - Terdapat hubungan yang rapat di antara nilai kekerasan dengan kekuatan tegangan muktamad (UTS) sesuatu komponen. Nilai yang hampir adalah seperti berikut : Kebolehkerja-keras - Bahan-bahan yang belum dikerjakeras akan terkumpul disekeliling bebola pelekuk manakala bahan yang telah dikerja-keras akan terbenam disekeliling pelekuk seperti Gambarajah 9.2.

b)

c)

(a) Terkumpul

(b) Terbenam

Gambarajah 9.2: Perbezaan antara bahan yang belum dikerja keras dan yang telah dikerja keras.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 7

9.2.1.2 Ujian Vickers Ujian ini hendaklah diutamakan daripada ujian Brinell jika bahan yang diuji adalah alat pemotong dan komponen-komponen yang telah dirawat haba. Ujian dijalankan dengan melekukkan permukaan bahan dengan mata piramid berlian yang berdasar empatsegi sama. (Kekerasan berlian ialah lebih kurang 6000 HB). Sudut antara permukaan mata yang bertentangan ialah 136o. Beban tindakan adalah berbeza antara 5 - 120 kg sebab hanya pelekuk tunggal yang digunakan dan dikenakan selama 15 saat bergantung kepada kekerasan bahan yang diujikan. Beban yang piawai ialah 5, 10, 20, 30, 50, 100 kg. Adalah perlu memilih beban yang sesuai bagi menentukan nombor kekerasan Vickers. Lekuk yang dihasilkan oleh mata piramid berlian adalah terlalu kecil maka permukaan yang licin diperlukan sebelum ujian dijalankan. Ini bermakna ujian Vickers adalah lebih sesuai bagi komponen yang telah siap. Nilai kekerasan Vickers (HV ) diukurkan seperti berikut: HV = Beban (kg / mm 2 ) luas permukaan lekuk F = 2F sin 680 d2

HV =

( d / 2) sin 1 (136 ) 2
2 0

HV =

1.854F d2

di mana F = beban dalam kg d = jarak purata antara pepenjuru tajam dalam mm .

Jika nombor kekerasan Vickers yang diperolehi ialah 200, beban yang digunakan ialah 50 kg, angka kekerasan sepatutnya ditulis

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 8

seperti berikut : 200 HV/50. Ujian Vickers merupakan ujian yang boleh memberikan sekil kekerasan yang sesuai untuk bahan yang lembut sehingga bahan yang lebih keras. Gambarajah 9.3 menunjukkan kesan lekuk yang dikenakan oleh beban selepas ujian Vickers dilakukan. F F d

ujian

Gambarajah 9.3: Kesan lekuk yang dikenakan oleh beban selepas Vickers dilakukan

Contoh 1 Satu ujian Vicker dilakukan ke atas satu logam keluli dengan beban yang dikenakan sebanyak 30 kg. Selepas ujian itu dilakukan didapati jarak purata antara pepenjuru tajam dalam yang diperolehi ialah 0.243 mm. Hitungkan nilai kekerasan Vicker tersebut. Penyelesaian
HV = HV = 1.854F d2 1.854(30) 0.2432

HV = 943.3 kg/mm2

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 9

9.2.1.3 Ujian Rockwell Ujian ini tidak begitu boleh harap (reliable) jika dibandingkan dengan ujian Brinell dan Vickers. Tetapi dalam industri ujian ini sangat meluas digunakan sebab ianya mudah dan cepat dikendalikan. Ujian ini memberikan bacaan kekerasan terus atas sekil yang disediakan. Prinsip ujian ini ialah membandingkan kedalaman di antara lekuk akibat daripada beban pertama (minor load) dan beban utama atau kedua (major load). Nombor kekerasan Rockwell ( HR ) ialah: HR = ( E - e ) di mana, E = konstant, bergantung dengan pelekuk yang digunakan, e = pertambahan kedalaman lekuk akibat daripada beban tambahan (utama) yang dikenakan. Terdapat sembilan sekil bagi ujian Rockwell, A - K, tetapi sekil yang biasa digunakan ialah B dan C.Bagi bahan yang keras, ujian Rockwell tidak boleh memberikan perbezaan nilai kekerasan yang sedikit jika dibandingkan dengan ujian Vickers, tetapi ujiannya dapat dijalankan dengan cepat untuk komponen siap. Sekil C (ditulis sebagai HRC) biasanya digunakan untuk keluli yang dikeraskan, dan sekil B (HRB) adalah untuk keluli yang tidak dikeraskan atau aloi bukan ferus yang keras.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 10

Gambarajah 9.4 menunjukkan bagaimana prinsip pengukuran ujian Rockwell dilakukan iaitu ; (a) (b) (c) (a) Beban pertama dikenakan. Beban utama dikenakan. Beban utama dilepaskan. (b) (c)

Gambarajah 9.4: Prinsip pengukuran ujian Rockwell dilakukan

9.2.1.4 Ujian Shore Soleroscope Dalam ujian-ujian yang telah diterangkan spesimen yang diujikan adalah kecil dan boleh diletakkan pada alat ujian. Shore soleroscope adalah alat ujian yang mudah-alih dengan itu ianya mudah untuk menguji bahan yang lebih besar. Tukul bermata berlian yang tajam (diamomd-pointed hammer) seberat 2.5 g menghentam bahan ujian apabila dijatuhkan daripada ketinggian 250 mm. Indeks kekerasan adalah tinggi lantunan (rebound) yang pertama mata itu. Biasanya sekil kekerasan dibahagikan kepada 140 bahagian. Gambarajah 9.5 menunjukkan Alat Ujian Shore Soleroscope.

Gambarajah 9.5: Alat Ujian Shore Soleroscope

9.2.2 Ujian Hentaman (Impact test)

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 11

Ujian ini menentukan keliatan sesuatu bahan itu. Keliatan sesuatu bahan ialah kebolehan bahan itu menyerap tenaga hentaman dan mengalami ubah bentuk plastik sebelum patah. Sifat ini ialah gabungan antara kekuatan dan kemuluran. Kaedah yang biasa digunakan ialah ujian Izod atau ujian Charpy. Dalam dua kaedah ini, spesimen berukuran piawai yang berlekuk dihentamkan oleh sebuah penukul yang berayun atau pendulum lalu memecahkan spesimen itu. Tenaga hentaman yang diserap untuk memecahkan spesimen diukurkan oleh alat ujian itu selepas ayunan semula pendulum itu. Jika spesimen itu tidak pecah maka keseluruhan tenaga hentaman diserapkan dan jika spesimen itu pecah, tenaga hentaman yang digunakan untuk memecahkan spesimen itu boleh diukur dengan menandakan ketinggian ayunan semula pendulum itu. Dengan itu keliatan bahan dapat ditentukan dengan mengukur ketinggian ayunan semula pendulum itu selepas memecahkan spesimen. Semakin tinggi ayunan semula, semakin rendah darjah keliatan bahan itu. Gambarajah 9.6 menunjukkan kaedah ujian hentaman dilakukan.

Gambarajah 9.6: Kaedah ujian hentaman

9.2.2.1 Ujian Izod

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 12

Dalam ujian ini spesimen itu digapitkan satu hujungnya dengan ragum dan dihentamkan oleh penukul yang mempunyai tenaga kinetik berjumlah 162.72 J pada kelajuan 3.8 m/s. Bentuk dan ukuran pada lekuk seperti Gambarajah 9.7. 5o penukul

22.5o

22.5o

2
jejari lekuk 0.25

10o 28 22 s p e s i m e n

ukuran terperinci lekuk 10 70

8 ukuran keratan rentas pada lekuk.

10

ragum

kedudukan penukul Semua ukuran dalam mm.


Gambarajah 9.7: Kedudukan dan saiz spesimen bagi ujian Izod

9.2.2.2 Ujian Charpy Kaedah ujiannya serupa dengan Ujian Izod, tetapi spesimen tidak digapitkan pada hujungnya, hanya disokong sebagai rasuk. Spesimen itu dihentamkan oleh penukul yang mempunyai tenaga

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 13

kinetik berjumlah 298.3 J dengan kelajuan 5 m/s. Rajah berikut menunjukkan bagaimana ujian itu dijalan dan spesimen itu disokongkan seperti gambarajah 9.8. 10 penyokong spesimen 0.25 rad 10 20 30o 20 8
Keratan rentas pada lekuk spesimen

penukul

18

2.0 - 2.5 rad

Semua ukuran dalam mm


Gambarajah 9.8: Kedudukan dan saiz spesimen bagi ujian Charpy

Dalam ujian Charpy, terdapat juga bentuk lekuk-lekuk yang berlainan digunakan seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah 9.9 di bawah. 2

2,3 @ 5 R1.0 Lekuk - U R1.0

3@5

2 R1.0 Lekuk - V

Lekuk lubang kunci Semua ukuran dalam mm

Gambarajah 9.9: Bentuk lekuk-lekuk pada spesimen

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 14

9.2.2.2.1

Tafsiran daripada ujian hentaman Dalam kedua jenis ujian hentaman ini, lekuk merupakan tumpuan tegasan atau retak permulaan. Keputusan daripada ujian ini adalah dipengaruhi oleh bentuk dan ketajaman lekuk. Lebih tajam lekuk yang digunakan, lebih sedikit tenaga diperlukan untuk memecahkan spesimen. Bentuk lekuk yang berlainan pada spesimen dari bahan yang sama tidak akan memberi nilai tenaga hentaman yang sama, dengan itu untuk membandingkan nilai keliatan dari bahan yang berlainan maka spesimen-spesimen yang digunakan mestilah mempunyai bentuk dan ukuran yang serupa. Ujian hentaman selepas rawatan haba adalah penting bagi memastikan rawatan haba yang dijalankan terhadap komponen adalah mengikut kaedah yang betul. Tetapi ujian ini bukanlah merupakan ujian yang muktamad, ujian lain seperti ujian tegangan dan kekerasan juga perlu dijalankan. Hasil daripada ujian hentaman menunjukkan jumlah tenaga untuk memecah atau melenturkan spesimen. Pada ujian Charpy rupabentuk retak atau patah yang dihasilkan pada spesimen boleh memberikan beberapa keterangan berkenaan dengan sifat-sifat berikut: i. Logam rapuh - Bentuk patah yang bersih dan luas keratannya berkurangan. Struktur berbijian ditunjukkan pada permukaan patah. ii. Logam mulur - Bentuk patahnya kasar dan bergentian (fibrous) dan tidak begitu lengkap bagi logam yang lebih mulur. Spesimen itu bengkok dan logamnya seakan-akan terkoyak pada lekuk dengan luas keratan yang berkurangan. iii. Polimer rapuh - Permukaan patahnya adalah licin, berkilau dan retaknya boleh berkecai. iv. Polimer mulur - Tidak menunjukkan rupa bentuk patah yang tertentu tetapi luas keratan rentasnya berkurangan dan seakan-akan dikoyakkan.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 15

9.2.2.2.1

Kesan suhu dalam ujian hentaman. Suhu spesimen semasa ujian dijalankan boleh mempengaruhi nilai tenaga hentaman bagi mematahkan spesimen. Ini menunjukkan suhu boleh mengubahkan sifat-sifat mekanik sesuatu bahan. Sebagai contoh, keluli karbon rendah adalah liat dan mulur pada suhu lebih kurang 150oC tetapi pada suhu bawah 0oC ianya boleh menjadi bahan yang rapuh dan tidak stabil bila digunakan pada tempat yang sejuk. Tenaga (J) 160 120 80 40 0 -200 -100 0 100 200 Suhu oC

Kesan suhu terhadap keliatan pada ujian Charpy

????? ok

Adakah saya faham

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

AKTIVITI 9A

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 16

9.1

Apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat mekanik bahan di bawah ini. i. ii. iii. iv. Kekerasan. Kerapuhan. Keliatan. Kemuluran

9.2 9.3 9.4 9.5 9.6 9.7

Ujian Musnah bermaksud sebagai _______________________________. Namakan EMPAT jenis Ujian Kekerasan. Ujian kekerasan untuk menentukan sifat __________________. Namakan DUA (2) jenis Ujian Hentaman. Ujian Hentaman untuk menentukan sifat ___________________. Nyatakan TIGA (3) bentuk lekuk yang digunakan dalam Ujian Hentaman.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 17

MAKLUMBALAS 9A

9.1 i. ii. iii. iv. Kekerasan - kebolehan sesuatu bahan menentang cakaran, kehausan dan tembusan. Kerapuhan - ketidak mampuan sesuatu bahan mengalami ubah-bentuk plastik dan pecah jika dihentamkan secara mengejut. Keliatan - kebolehan sesuatu bahan menyerap tenaga dan mengalami ubahbentuk plastik sebelum ianya patah semasa menerima hentaman dan kejutan. Kemuluran - kebolehan sesuatu bahan ditarik oleh daya tegangan tanpa putus.

9.2 Ujian musnah bermaksud sebagai satu pemeriksaan ujian bahan yang dijalankan ke atas bahan dan ia mungkin mengakibatkan kerosakan pada bahan itu. Ujian ini amat 9.3 EMPAT jenis Ujian Kekerasan. i. ii. iii. iv. 9.4 Ujian kekerasan untuk menentukan sifat kekerasan. 9.5 Ujian Vickers. Ujian Brinell. Ujian Rockwell. Ujian Shore Soleroscope.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 18

DUA (2) jenis Ujian Hentaman. i. ii. 9.6 Ujian Hentaman untuk menentukan sifat keliatan. 9.7 TIGA (3) bentuk lekuk yang digunakan dalam Ujian Hentaman. i. ii. iii. Bentuk-U Bentuk-V Bentuk Lubang Kunci. Ujian Izod. Ujian Charpy.

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 19

INPUT
9.3 UJIAN TANPA MUSNAH Ujian musnah hanya berkemampuan mendedahkan maklumat sifat- sifat mekanikal sesuatu bahan sungguhpun ia dianggap penting dalam mengawal mutu komponen tetapi ini tidak mencukupi untuk mengesan kecacatan yang tenggelam seperti lubang hembus, keliangan dan penutup sejuk yang biasa terdapat dalam tuangan. Penggunaan UTM bertujuan mengawal mutu keselamatan dan penilaian atas sesuatu komponen bahan. UTM boleh dijalankan tanpa menyekat fungsi rekabentuk sesuatu komponen dan mempunyai kebolehharapan yang maksimum. Di samping itu, kaedah ujian tanpa memusnahkan komponen-komponen adalah lebih ekonomikal dalam memeriksa komponen yang besar, mahal dan penting seperti kapal terbang, turbin dan paip minyak yang perlu diperiksa secara individu dan terperinci. UTM merupakan satu ujian yang mahal yang membaitkan satu siri aturcara pemeriksaan yang rapi dan penggunaan alat-alat kelengkapan yang sofistikated dan juga kepakaran tinggi, namum begitu ia biasanya dijadikan satu titik pemeriksaan di peringkat pertengahan sesuatu proses pengeluaran untuk mengesan sebarang kecacatan. Ia juga dijalankan sebagai satu langkah penyenggaraan dalam pemeriksaan loji secara mendalam dalm perkhidmatan pada tempat itu dan boleh memberikan tanda-tanda amaran demi keselamatan loji. 9.3.1 Jenis Kecacatan Bahan yang telah dikerja atau dirawathaba dengan berbagai proses pengeluaran seperti penuangan dan pemesinan sudah pasti akan mengalami kecacatankecacatan akibat keterikan dalaman. Kecacatan seperti retak, penutup sejuk dan keliangan terjadi di atas atau bawah permukaan bendakerja itu dan berorientasikan dalam 2 atau 3 dimensi.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 20

Kecacatan boleh dikategori ke dalam 3 kategori : 1. 2. Kecacatan terwujud (inherent discontinuity)- kecacatan yang berhubung dengan proses pemejalan logam seperti tuangan. Kecacatan proses - kecacatan berhubung dengan berbagai proses seperti memesin, pembentukan (forming), tempaan, extrusi, menggelek, kimpalan dan rawatan haba. Kecacatan perkhidmatan - kecacatan berhubung dengan berbagai keadaan atau suasana perkhidmatan seperti kakisan, tegasan dan kelesuan.

3.

UTM boleh juga digunakan untuk membezakan bahan-bahan dari segi kandungan, rawatan haba dan kerja-kerja mekanikal dan juga dalam menentukan ketebalan dan dimensi komponen atau mengawal kualiti hasil kerja. 9.3.2 Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Kaedah UTM

Dalam memilih kaedah UTM yang sesuai bagi menyiasat sesuatu kecacatan yang tertentu perlu diingatkan bahawa beberapa kaedah UTM dapat saling membantu antara satu sama lain dan selalunya terdapat beberapa kaedah UTM yang berlainan yang boleh melakukan kerja yang sama. Pemilihan ini berdasarkan perkara-perkara berikut : a. b. c. d. e. Jenis dan asal kecacatan. Proses pembuatan komponen itu. Kebolehcapaian komponen itu. Alat-alat yang didapati. Tahap penerimaan yang dikehendakki.

Walau bagaimanapun, pemilihan pada peringkat awal/asas. Kebolehan sesuatu kaedah UTM dalam mengesan, mengenalpasti dan menentukan saiz atau bentuk kecacatan dipengaruhi oleh ciri-ciri berikut : Asal dan kedudukan kecacatan (pada permukaan, bawah permukaan atau dalaman). b. Orientasi (selari atau serenjang pada bijian). c. Bentuk (rata, bentuk tidak sekata atau spiral). d. Geometri komponen bahan. Kaedah Cecair Penusukan (Penetrant Method) a.

9.4

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 21

Penusuk cecair adalah kaedah ujian yang secara relatif lebih mudah dan murah untuk mengesan kecacatan pada permukaan bahan. Terlebih dahulu, semburkan Penentrant Remover pada permukaan bahan yang hendak diuji untuk mengelakkan kehadiran bendasing seperti minyak, habuk, air dan pengoksidaan logam. Cecair Penusuk (Red Dye Penentrant) yang terdiri daripada cecair yang rendah kelikatannya dapat meresap masuk 5 mm dari permukaan retak bahan. Cecair tersebut boleh dikenakan dengan cara menyembur, menggosok atau mencelup bahagian bahan yang hendak diuji. Cecair penusuk yang berlebihan pada permukaan bahan dikeluarkan selepas berlakunya penusukan yang lengkap selepas suatu selang masa tertentu. Kemudian permukaan bahan itu dicuci secara menyalutkannya dengan suatu lapisan serbuk penyerap yang halus. Bahan penyerap yang terdapat di atas kecacatan akan menyedut keluar cecair penusuk dari dalam kecacatan itu. Tanda-tanda merah pada permukaan penyerap menunjukkan kewujudan kecacatan. Semburkan Developer pada permukaan bahan bagi menjelaskan lagi kesan kecacatan itu. Kaedah ini boleh digunakan untuk sebarang bahan yang tak telap dan tak menyerap. Gambarajah 9.10 menunjukkan kaedah cecair penusukan dilakukan. Cecair penusuk Retakan Bahan 1. Permukaan bahan yang hendak diuji dilitupi dengan cecair penusuk. Bahan peresap 2. Permukaan bahan dicuci.

3. Bahan Peresap 4. Bentuk retakan terpamer dikenakan ke atas pada Bahan Peresap. bahan. Gambarajah 9.10: Kaedah ujian cecair penusukan

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 22

9.5

Kaedah Serbuk Magnet Kaedah ini sungguh pun murah dan boleharap, tetapi penggunaannya terhad kepada pengesahan retakan permukaan di atas bahan-bahan ferus seperti besi tuangan dan keluli. Teknik ini berdasarkan prinsip bahawa keretanan magnet (susceptibility) dalam kawasan sekitar sesuatu retakan tidaklah begitu berkesan seperti di sekeliling logam. Ciri ini akan mengherotkan agihan fluks magnet yang teraruh seperti yang ditunjukkan gambarajah 9.11. Herotan fluks ini biasanya dikesan dengan serbuk magnet (oksida besi) terampai dalam minyak atau paraffin. Ampaian serbuk merebak secara sekata ke seluruh permukaan komponen dan serbuk magnetik akan menggugus (bunches) di sekitaran retakan itu. Keberkesanan pengesanan sesuatu retakan bergantung pada orientasi retakan dengan garis-garis daya magnet dan yang paling baik sekali bersudut tepat di antara satu sama lain. Penyambungan garis daya magnet terganggu bila bertemu jurang udara (retakan) di mana ia akan menyesar dari laluan yang sepatutnya. Keadaan ini adalah seperti satu kutub tempatan yang dapat mengherotkan fluks magnet melaluinya. Jika orientasi jurang udara selari dengan garis-garis daya magnet, maka kesesaran garis daya dan herotan fluks magnet adalah minima dan ternyata. Medan magnet yang teraruh dalam komponen ujian adalah ditentukan oleh cara bagaimana ia diwujudkan. Terdapat dua jenis medan magnet yang dapat diwujudkan oleh berbagai cara pemagnetan iaitu medan magnet membujur dan medan magnet membulat.

Gambarajah 9.11 menujukkan kesan mengherotkan agihan fluks magnet yang teraruh.

9.5.1 Medan magnet membujur (longitudinal).

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 23

Medan magnet membujur boleh diaruh dalam komponen dengan menggunakan magnet kekal, elektromagnet, penyentuhan aliran arus di mana kedua-dua hujung komponen disambung atau dijadikan dua kutub magnet yang bertentangan. Garis-garis daya penyambungan kedua-dua kutub ini dan selari dengan paksi membujur komponen. Gegelung elektrik digelung pada ukurlilit komponen dan arus yang mengalir dalamnya akan mewujudkan satu fluks membujur seperti gambarajah 9.12.

Gambarajah 9.12: Arus yang mengalir dalamnya akan mewujudkan satu fluks membujur

Magnet kekal digunakan dalam memagnetkan komponen-komponen kecil yang mempunyai ciri pemagnetan yang baik dan berbentuk mudah. Medan magnet membujur boleh diaruh dalam komponen dengan menggunakan magnet kekal di mana kedua-dua hujung komponen disambung atau dijadikan dua kutub magnet yang bertentangan. Satu fluks magnet membujur seperti gambarajah 9.13 terhasil.

Gambarajah 9.13: Satu fluks magnet membujur

9.5.2 Medan magnet membulat (circular). Medan magnet membulat adalah fluks magnet yang mengelilingi ukurlilit sesuatu komponen. Ia dihasilkan dengan elektromagnet dan penyentuhan arus mengalir

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 24

secara langsung yang menyambung terus pada kedua-dua hujung komponen. Cara ini adalah lebih sesuai dan berkesan untuk komponen yang besar dan berbentuk lebih rumit. Gambarajah 9.14 menunjukkan arus elektrik melalui suatu konduktor yang ditempatkan secara sepaksi di dalam suatu bahan ujian yang berongga.

Gambarajah 9.14: Fluks magnet yang mengelilingi ukurlilit sesuatu komponen

Gambarajah 9.15 menunjukkan arus elektrik dialirkan yang mengaruhkan fluks magnet dalam bahan yang hendak diuji itu melalui bahan itu sendiri. Bahan ditempatkan di antara dua sentuhan yang berupa pengapit kuprum. Medan magnet yang teraruh pada permukaan bahan itu berbentuk bulatan yang merentasi panjang bahan. Dengan itu retakan dapat dikesan pada permukaan bahan tersebut.

Gambarajah 9.15: Arus elektrik dialirkan yang mengaruhkan fluks magnet dalam bahan yang hendak diuji

9.6

Kaedah Ultrasonik Kaedah ini sangat sesuai untuk mengesan kecacatan-kecacatan terutama sekali di bawah permukaan . Had maksima frekuensi bunyi dapat didengar oleh manusia ialah 15 kHz dan frekuensi melebihi nilai ini dikatakan sebagai bunyi ultrasonik.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 25

Julat frekuensi digunakan dalam ujian ultrasonik adalah di antara 0.5 MHz - 15 MHz. Pada asasnya alat ultrasonik menggunakan teknik gema-denyut. Denyutandenyutan yang berfrekuensi tinggi dijanakan secara elektronik dikaitkan dan disuapkan ke dalam satu transduser yang sesuai untuk menukarbentuk denyutan ke gelombang bunyi ultrasonik. Apabila gelombang ini merembat dari satu media, pantulan berlaku di antara muka, (pantulan boleh jadi 100% antara muka bahan logan dengan udara). Sebarang kecacatan seperti retakan dalaman, keliangan atau rangkuman bukan logam akan bertindak sebagai satu muka pantulan gelombang ultrasonik seperti gambarajah 9.16.

Gambarajah 9.16: Pantulan gelombang ultrasonik

Gelombang ultrasonik dihasilkan oleh kesan piezoelektrik. Denyutan elektrik dari arus ulangalik (AC) akan merangsang bahan-bahan piezoelektrik seperti kuartza, Barium Titanate dan Lead Niobate menghasilkan getaran frekuensi yang tinggi. Bahan ini direndam supaya hanya denyutan singkat diwujudkan untuk menghantar gelombang dan kemudiannya berdiam untuk menerima gema ultrasonik dan menukarkannya jadi isyarat elektrik. Maka bahan piezoelektrik digunakan untuk kedua-dua fungsi alat-alat penghantar dan penerima (transduser) gelombang ultrasonik. Oleh sebab bunyi ultrasonik menghilang dalam udara, jurang antara muka transduser dengan permukaan komponen ujian mesti diisi dengan media penghantaran berketumpatan tinggi yang dinamakan "couplant" (minyak atau air), supaya perembatan gelombang tidak terputus. Isyarat-isyarat gema ultrasonik yang dipantulkan akan dipamerkan bersama masa penghantaran denyutan di atas osiloskop yang memberikan maklumat berkenaan saiz, bentuk dan kedalaman kecacatan. Gambarajah 9.17 menunjukkan perbezaan pantulan dalam mengesan kecacatan.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 26

Prob Penghantar Retak

Prob penerima

Tiada kecacatan dikesan di C.R.O

Kecacatan dikesan di C.R.O

Gambarajah 9.17: Perbezaan pantulan dalam mengesan kecacatan

Kaedah ultrasonik ini mempunyai banyak kelebihan, diantaranya :i. ii. iii. iv. v. vi. Ia boleh digunakan ke atas bahan logam dan bukan logam. Berkebolehan mengesan ketebalan hingga 1.5 m. Berkesan dan boleh harap. Pemeriksaan boleh dilakukan atas tapak. Bersih dan tidak mencemarkan komponen-komponen. Senang dibawa kemana-mana.

Kekurangannya adalah :i. ii. iii. iv. v. Alat-alat mahal. Memerlukan kepakaran. Memerlukan couplant. Memerlukan rujukan untuk tentukuran. Permukaan kasar dan sangat nipis susah diperiksa.

9.7

Kaedah Sinar-X Ini adalah satu proses fotografik di mana bahan uji atau komponen didedahkan kepada sinaran-X atau Gamma. Kedua-dua ini merupakan jenis sinaran elektromagnetik frekuensi tinggi yang membolehkan penusukan yang lebih dalam terhadap pepejal logam. Apabila filem fotografi didedahkan di bawah sinaran-X atau Gamma,dan selepas dicuci, filem itu menjadi hitam atau gelap akibat tindakbalas kimia. Jika sesuatu benda pepejal terletak di antara punca sinaran dengan filem, bayangnya akan terbit di atas filem tadi. Kawasan yang dibayangkan pepejal kelihatan tidak segelap seperti kawasan dedahan penuh oleh sebab perbezaan keamatan sinaran di antara kedua-dua kawasan itu.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 27

Semakin tebal atau tumpat (padat) sesuatu bahan itu, semakin tinggi paras penyerapan sinarannya. Jika terdapat keronggan di dalamnya, paras penyerapan akan menjadi rendah pada tempat itu dan ianya akan kelihatan sebagai titik/kawasan/tampalan hitam/gelap di atas filem seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 9.18. Kecacatan yang paling kecil sekali yang dapat dikesan dengan mudah oleh fotografi sinaran-X adalah lebih kurang 2% daripada tebal keratan komponen. Lebih kecil daripada nilai ini, filem fotografi tidak berkemampuan menunjukkan perbezaan paras sinaran. Kaedah ini menjadi tidak begitu berkesan bagi komponen yang tebal. Dalam aspek ini, kaedah ultrasonik lebih diutamakan di samping dapat menjimatkan kos peralatan dan bahaya kesihatan tubuh badan. Akan tetapi, radiografik mempunyai kelebihan iaitu memberi satu rekod yang kekal bagi kecacatan dengan menunjukkan bentuk dan kedudukan yang tepat. Sinaran-X dijanakan secara elektrik dalam tiub luahan voltan tinggi. Cara janaan ini memberikan satu punca sinaran yang tetap dengan masa dedahan yang senang dikawal. Keamatan sinaran diresap oleh ketumpatan dan ketebalan bahan uji dengan itu julat ketebalan komponen yang boleh diperiksa dengan berkesan adalah berdasarkan ketebalan setengah nilai. Ketebalan setengah nilai ialah ketebalan sesuatu bahan di bawah pemeriksaan yang dapat mengurangkan keamatan sinaran ke setengah nilai tuju. Rajah di bawah membandingkan ketebalan setengah keluli lembut diperiksa dengan sinaran-X dan Gamma. Julat ketebalan yang boleh diperiksa dengan berkesan oleh sebarang punca sinaran terletak di antara 1 K.S.N dengan 8 K.S.N bagi bahan yang lebih tebal. Sinarannya berpunca dari bahan-bahan radioaktif seperti Cobalt 60 dan Iridium 192. Pancaran berterusan sinaran ini didedahkan melalui satu pembukaan dalam bekas plumbum yang dapat menyekat sinaran yang merbahaya pada tubuh operator. Punca radioktif tidak memberi pancaran yang tetap seperti sinaran-X. Tetapi ianya susut beransur-ansur secara eksponen. Hayat berguna bahan-bahan ini berbeza-beza. Iridium 192 berguna selama 40 hari manakala cobalt 60 ialah 5 tahun.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 28

Kawalan keselamatan yang ketat dan kod praktik mestilah diikuti dengan rapi bila menggunakan sinaran-X dan Gamma. Perlindungan dalam bentuk penapis, lapisan dan pakaian dalam zon dedahan sinaran mestilah dilengkapkan sepenuhnya. Kesihatan operator harus diutamakan , maka pengaliran udara yang baik dalam bilik ujian dan tempat menyimpan bahan radioaktif mestilah kuat dan boleh menyekat sinaran daripada menembusinya.

Gambarajah 9.18: Kaedah Ujian Sinar-X

????? ok

Adakah saya faham

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

AKTIVITI 9B

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 29

9.8 9.9 9.10 9.11 9.12 9.13

Ujian Tanpa Musnah ialah _________________________________________________. Namakan EMPAT (4) jenis Ujian Tanpa Musnah. Nyatakan TIGA (3) bentuk kecacatan yang biasa berlaku pada sesuatu bahan. Nyatakan EMPAT faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah UTM Namakan DUA (2) bentuk Ujian Serbuk Magnet. Nyatakan TIGA (3) kelebihan dan TIGA (3) kekurangan Ujian Ultrasonik.

MAKLUMBALAS 9B

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 30

9.8 Ujian Tanpa Musnah ialah ujian ke atas sesuatu barangan di mana barangan tersebut tidak mengalami kerosakan selepas ujian tersebut dilakukan. 9.9 EMPAT (4) jenis Ujian Tanpa Musnah. i. ii. iii. iv. 9.10 TIGA (3) bentuk kecacatan yang biasa berlaku pada sesuatu bahan. i. ii. iii. 9.11 EMPAT faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah UTM i. ii. iii. iv. Jenis dan asal kecacatan. Proses pembuatan komponen itu. Kebolehcapaian komponen itu. Tahap penerimaan yang dikehendakki. Kecacatan Terwujud. Kecacatan Proses. Kecacatan Perkhidmatan. Ujian Serbuk Magnet. Ujian Ultrasonik. Ujian Cecair Penusuk. Ujian Sinar-X.

9.12 DUA (2) bentuk Ujian Serbuk Magnet. i. ii. Ujian Serbuk Magnet Membujur. Ujian Serbuk Magnet Membulat.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 31

9.13 TIGA (3) kelebihan dan TIGA (3) kekurangan Ujian Ultrasonik. Kelebihan adalah ; i. ii. iii. Ia boleh digunakan ke atas bahan logam dan bukan logam. Berkebolehan mengesan ketebalan hingga 1.5 m. Senang dibawa kemana-mana.

Kekurangannya adalah ; i. ii. iii. Alat-alat mahal. Memerlukan kepakaran. Permukaan kasar dan sangat nipis susah diperiksa.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 32

PENILAIAN KENDIRI PENILAIAN KENDIRI


1. Nyatakan EMPAT (4) tujuan mengapa Ujian Bahan digunakan dalam industri pada masa kini. 2. Nyatakan jenis pelekuk yang digunakan bagi setiap ujian kekerasan seperti berikut. i. ii. iii. iv. 3. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, terangkan bagaimana DUA (2) ujian hentaman dilakukan ke atas sesuatu bahan. 4. Terangkan dengan lakaran yang sesuai proses Ujian Ultrasonik dilakukan bagi mengesan kecacatan sesuatu barangan yang hendak dipasarkan. Ujian Vickers. Ujian Brinell. Ujian Rockwell. Ujian Shore Soleroscope.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 33

MAKLUM BALAS MAKLUM BALAS

1. EMPAT (4) tujuan mengapa Ujian Bahan digunakan dalam industri pada masa kini. i. Untuk menentukan mutu sesuatu bahan.Ini boleh menjadi satu aspek proses kawalan dalam loji pengeluaran. ii. Untuk menentukan sifat-sifat mekanikal seperti kekuatan, kekerasan dan kemuluran. iii. Untuk mengesan kecacatan dalam bahan komponen yang dihasilkan. iv. Untuk menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu. 2. Jenis pelekuk yang digunakan bagi setiap ujian kekerasan. i. ii. iii. iv. Ujian Vickers mata pelekuk berlian. Ujian Brinell mata pelekuk bebola keluli. Ujian Rockwell - mata pelekuk berlian dan mata pelekuk bebola keluli Ujian Shore Soleroscope - mata pelekuk berlian.

3.

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 34

Ujian Izod Dalam ujian ini spesimen itu digapitkan satu hujungnya dengan ragum dan dihentamkan oleh penukul yang mempunyai tenaga kinetik berjumlah 162.72 J pada kelajuan 3.8 m/s. Bentuk dan ukuran pada lekuk. penukul 5o
22.5o 22.5o

2
jejari lekuk 0.25

10o 28 22 s p e s i m e n

ukuran terperinci lekuk 10 70

8 ukuran keratan rentas pada lekuk.

10

ragum

kedudukan penukul Semua ukuran dalam mm.

4. Ujian Ultrasonik

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/ 35

Kaedah ini sangat sesuai untuk mengesan kecacatan-kecacatan terutama sekali di bawah permukaan . Julat frekuensi digunakan dalam ujian ultrasonik adalah di antara 0.5 MHz - 15 MHz. Pada asasnya alat ultrasonik menggunakan teknik gema-denyut. Denyutan-denyutan yang berfrekuensi tinggi dijanakan secara elektronik dikaitkan dan disuapkan ke dalam satu transduser yang sesuai untuk menukarbentuk denyutan ke gelombang bunyi ultrasonik. Apabila gelombang ini merembat dari satu media, pantulan berlaku di antara muka, (pantulan boleh jadi 100% antara muka bahan logan dengan udara). Sebarang kecacatan seperti retakan dalaman, keliangan atau rangkuman bukan logam akan bertindak sebagai satu muka pantulan gelombang ultrasonik.

Tiada kecacatan dikesan di C.R.O

Kecacatan dikesan di C.R.O

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

Anda mungkin juga menyukai