Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK RAJA MAHADI 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Pengarang Terbitan Telaga Biru sdn.

bhd Sinopsis : Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Menerusi latih anak kemahiran diri ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar. Melalui latih anak kemahiran bermasyarakat anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besamasama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik. Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anakanak positif berjaya. Kod Sekolah: BEA0091

Mohd Aiman Nazmi B. Mohamed Nor Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna Hassan 3. Bidang: Motivasi 5. Muka Surat:104

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

1 0

Kesimpulan Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contohcontoh dari al Quran, al Sunnah serta kontemporari, ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan

Disediakan Oleh : .. Mohd Aiman Nazmi B. Mohamed Nor

Anda mungkin juga menyukai