Anda di halaman 1dari 3

POKOK KACANG PANJANG RENEK

PENGENALAN KACANG panjang jenis renik dipercayai berasal dari Filipina dan dibawa masuk ke selatan Thailand sebelum dibawa ke utara negeri Kedah. Ia adalah kacukan antara kacang panjang jenis memanjat dengan cowpea (cv. Group unguculata) menghasilkan kacang panjang renek. Bilangan lengai setiap pokok antara 10 dan 12 tangkai, panjang lengai antara antara 25 dan 45 sentimeter (sm). Hasil dituai selepas lima atau enam minggu penanaman dan penuaian berterusan hingga tiga atau empat minggu dan jangka hayat ialah antara lapan dan 10 minggu. Anggaran hasil sehektar ialah antara sembilan dan 11 tan. Tanaman kacang panjang boleh diusahakan di pelbagai tanah dari ringan berpasir hingga tanah liat atau gambut. Tanah yang gembur berpasir dan mempunyai saliran yang baik adalah yang paling sesuai, pH tanah ialah antara antara 5.5 dan 6.6. Bajak dan gemburkan tanah sedalam antara 15 dan 30 sm supaya menjamin pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas berukuran 60 hingga 100 sm (lebar), 25 sm tinggi dan panjang batas mengikut kesesuaian kawasan. Tanaman boleh juga di tanam di dalam pasu atau polibeg, gunakan tanah campuran tiga bahagian tanah atas, dua bahagian bahan ystem , satu bahagian pasir dan campuran sabut kelapa. Permukaan batas ditambak dengan bahan organik atau kompos dengan kadar satu hingga tiga kg/meter persegi, permukaan batas boleh ditutup dengan ystem politin hitam atau 'agrosheet' bagi mengurangkan rumpai. Penanaman kacang panjang renik tidak banyak berbeza dengan kacang panjang jenis memanjat. Tanaman boleh dirapatkan kerana ia tidak memerlukan junjung.

POKOK KACANG PANJANG RENEK

POKOK KACANG PANJANG RENEK

KEKUATAN ( S) 1. Kacang Panjang Renek adalah dari baka OP yang tidak memanjat. 2. Tidak perlukan pancang, jadi pokok ini sesuai ditanam dalam pasu kecil. 3. Sesuai untuk dijadikan aktiviti menanam untuk kanak-kanak. 4. Mudah disemai dan di tanam sama ada di dalam pasu, polibag atau secara batasan. 5. Saiznya yang rendah sesuai ditanam dipersekitaran rumah atau flat. 6. Pemangkasan tidak perlu dilakukan sepanjang pembesaran kacang panjang renek kecuali bila terdapat kerosakan akibat serangan perosak atau penyakit.

KELEMAHAN ( W ) 1. Mudah diserang penyakit seperti serangan pelombong daun (Liriomyza sp), Lelompat daun(Empoasca fabae), Karat daun (Uromyces vignae) dan Bintik berpusar (Colletotrichum lindemuthianum). 2. Memerlukan semburan racun yang sesuai sahaja. 3. Memerlukan penjagaan yang rapi. 4. Mudah layu dan perlu pencahayaan serta air yang cukup.

PELUANG ( O) 1. Sokongan serta bimbingan dari pihak kerajaan. 2. Benih pokok mudah diperolehi dengan harga yang murah. 3. Banyak kawasan yang boleh di guna pakai untuk tujuan tanaman.

ANCAMAN ( T ) 1. Kurang pengetahuan tentang cara penanaman serta penjagaan pokok. 2. Masalah kewangan untuk membeli baja serta racun yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai