Anda di halaman 1dari 5

TEORI PEMBELAJARAN Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli

psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, pengajar akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajarnya bagaimana belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pada asasnya, teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga teori utama iaitu Teori Behaviourisme, Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme. Teori behaviorisme dikenali teori tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran fizikal yang tidak mengambil kira proses pemikiran yang berlaku dalam minda. Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia berasaskan situasi-situasi ditetapkan. Ahli behaviorisme berpendapat, pembelajaran adalah proses luaran atau tingkah laku yang dapat dilihat dan diamati. Tingkah laku dapat diramal dan dikawal. Oleh itu, tingkah laku mempunyai hubungan antara sebab-sebab dan akibat atau rangsangan dan gerak balas adalah asas berlakunya pembelajaran. Nama yang terkenal dalam perkembangan teori Behaviorisme adalah Pavlov, Watson, (teori pelaziman klasik) Thorndike, Skinner (teori pelaziman operan). Pavlov (1894-1936) dikaitkan dengan konsep pelaziman klasik atau penukar gantian ransangan yang membuat eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur).Watson pula mengatakan aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya daripada unsur-unsur dalaman. Idea-idea Watson telah mengembangkan pendekatan behaviourisme yang menekan bahawa tingkah laku dan proses menta adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini tingkah laku adalah satu siri gerak balas yang beraku dengan wujudnya rangsangan dan pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G . Thorndike (1874-1949) memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya atau Theory of

Trial and Error Conditiong. Baginya, prinsip asas pembelajaran adalah pengaruh ganjaran
dan denda. Organisma akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya, organisma berkenaan akan mengelak daripada melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri. Menurut Thorndike, ganjaran akan

mendorong organisma mengulangi sesuatu gerak balas manakala denda pula boleh menyekat organisma daripada melakukan gerak balas. Thorndike melabelkan jenis pembelajaran ini sebagai Pembelajaran Instrumental atau Operan yang diperluaskan kemudian oleh B.F. Skinner. Skinner (1904-1990) pula terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan. Beliau telah membuat eksperimennya ke atas tikus dan juga merpati. Dalam eksperimennya yang terkawal beliau dapat mengukur proses pembelajaran dengan cara menukar frekuensi ganjaran dan dendaan. Melalui gambaran yang diberikan oleh teori ini, jelas wujudnya implikasi dalam proses pembelajaran bidang pendidikan iaitu gerak balas terlazim menjadi bertambah kukuh melalui latihan dan ulangan. Guru perlu membuat latihan dan pengukuhan kemahiran pelajar dengan subjek. Guru perlu melihat kepentingan faktor motivasi bagi menghasilkan gerak balas dalam kalangan pelajar. Salah satu cara merangsang tindak balas pelajar ialah dengan memberikan ganjaran. Guru perlu memberikan ganjaran segera bagi menghasilkan tindak balas pelajarnya. Contohnya, memberi pujian supaya pelajar merasakan terdorong membuat sesuatu latihan yang diberi. Pelajar merasa bertuah apabila memperoleh pujian dari gurunya berbanding guru lain yang jarang memberi pujian. Pujian yang diberikan ini menyebabkan pelajar lain terdorong melakukan yang terbaik bagi memperoleh ganjaran dari guru mereka. Pendekatan kongnitivisme atau kognitif ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti ahli-ahli psikologi Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Jika teori behaviorisme berasaskan tingkah laku, tetapi teori kognitif berasaskan proses pemikiran di sebalik tingkah laku. Perubahan tingkah laku digunakan sebagai petunjuk terhadap proses yang berlaku dalam fikiran pelajar. Pendekatan kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus berkaitan proses-proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognitif, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain. Ahli teori kognitif mengenal pasti bahawa pembelajaran melibatkan hubungan atau perkaitan yang dijalin melalui amalan terus-menerus dan ulangan. Pengukuhan adalah penting tetapi peranannya untuk memberi maklum balas seperti motivasi ditekankan. Teori kognitif memandang pembelajaran sebagai mendapatkan atau penyusunan semula struktur

kognitif di mana manusia memproses dan menyimpan maklumat(Good and Brophy, 1990). Revolusi kognitif menjadi jelas dalam tahun 1950an (Saettler, 1990). Beberapa tokoh yang terlibat dalam perkembangan kognitisme adalah seperti Jean Piaget (1920), Miller dan Brunner (1963). Miller dan Bruner mengasaskan Harvard Center for Cognitive Studies. Untuk mengaplikasikan teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan pelajar secara aktif. Contohnya memberi kawalan kepada pelajar dan memastikan pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa. Selain itu, guru juga perlu memberikan perhatian kepada penstrukturan dan organisasi maklumat untuk memudahkan pemprosesan.

Konstruktivisme dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan construct yang


bermaksud membina. Teori konstruktivisme dipelopori oleh Jerome Brunner pada tahun 1966. Tema utama teori ini mengutarakan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif yang mana pelajar membina pengetahuan atau konsep baru berasaskan pengalaman. Pelajar dikatakan membina pengetahuan menggunakan struktur kognitifnya. Struktur kognitif (termasuklah skema dan kerangka mental) memberikan makna dan organisasi kepada pengalaman pelajar dan membolehkan pelajar belajar lebih daripada maklumat yang diberikan. Mengikut Moshman (1982), konstruktivisme boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu konstruktivisme endogenous yang menekankan proses pembinaan pengetahuan pelajar, guru memudah cara disequilibrium dengan memberi pengalaman yang sesuai. Konstruktivisme exogenous pula merupakan pengajaran formal dapat membentuk perwakilan pengetahuan yang boleh diakomodasi ke dalam pengalaman yang diterima kemudian. Manakala Konstruktivisme dialektik pembelajaran berlaku melalui pengalaman realistic, pelajar memerlukan scaffolding (sokongan) oleh guru dan kolaborasi dengan rakan. Konstruktivisme berasaskan maksud bahawa kita membina perspektif alam kita sendiri melalui pengalaman dan skema. Fokus konstruktivisme adalah menyelesaikan masalah yang tidak jelas. Dalam pada itu,

konstruktivisme

menegaskan

kepentingan

membina

pengetahuan secara aktif melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Unsur teori konstruktivisme yang paling utama adalah seseorang itu dapat membina pengetahuannya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang perselisihan idea demi mencapai pemahaman baru.

Proses pembinaan pengetahuan juga berlaku dalam konteks sosial, seorang pelajar bertukar-tukar pendapat atau idea dengan rakan-rakannya. Proses ini berlaku sama ada dalam kumpulan kecil atau kelas yang besar. Selain daripada proses pembinaan pengetahuan, perkembangan proses metakognitif dipentingkan juga. Daripada prosesproses kognitif ini, pelajar perlu belajar merancang, menilai dan membuat refleksi tentang pembelajaran mereka. Di samping itu, pelajar juga harus sedar tentang strategi pembelajarannya pembelajarannya. Perubahan dalam reka bentuk pengajaran dari behaviorisme ke kognitivisme tidaklah menyerlah seperti ke konstruktivisme. Behaviorisme ke kognitivisme bersifat objektif. Keduaduanya menyokong amalan menganalisis kerja atau tugas, memecahkannya ke chunks yang mudah dikenali, menyatakan objektif dan mengukur performance berasaskan objektif. Konstruktivisme pula mempertingkatkan pengalaman pembelajaran yang lebih terbuka. Kaedah dan hasil pembelajaran lebih sukar untuk diukur dan berbeza antara individu. Untuk membina pengetahuan, persekitaran pembelajaran haruslah menyediakan perwakilan berbilang (multiple) realiti iaitu menghindarkan pengajaran yang terlalu dipermudahkan dengan memberikan kekompleksan alam semula jadi ( the natural dan memikirkan cara-cara untuk mempertingkatkan lagi proses

complexity of the world). Pengajaran mestilah daripada pelbagai perspektif. Sebagai contoh
guru boleh menggunakan carta, histrogram untuk menerangkan sesuatu statistik. Persembahan tugas yang autentik dengan memberikan penerangan berserta konteks. Sebagai contoh seorang guru yang mengajar penemuan sains memberikan suasana bagaimana seorang saintis bekerja dengan pelajarnya. Guru boleh menyediakan persekitaran untuk pelajar berbincang dengan pakar melalui kumpulan diskusi atau forum dan internet. Corakkan persekitaran sebenar, berasaskan kes, berbanding susunan pengajaran yang telah ditentukan sebelumnya. Pupukkan amalam reflektif. Ini boleh dilakukan dengan memberikan suatu discrepant event supaya pelajar boleh melakukan refleksi sesuatu terhadap topic pembelajarannya. sesuai Membenarkan tahap pembinaan pengetahuan yang bergantung kepada kandungan dan konteks. Sebagai contoh seorang guru mengajar mestilah dengan pelajarnya. Menyokong pembinaan pengetahuan secara kolaboratif melalui rundingan social, bukan persaingan dalam kalangan pelajar untuk menjadi terkenal atau terbaik. Menyumbang persekitaran yang membolehkan pelajar belajar secara aktif. Sebagai contoh sediakan simulasi, penerokaan atau permainan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan perisian pembelajaran.

RUJUKAN Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam. Reka Bentuk

Perisian Multimedia. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Tazim. 2004


Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. Psikologi Pendidikan. Pts Professional Publishing Sdn. Bhd Kuala Lumpur,2006 Yahya Don. Psikologi Sosial Dalam Pendidikan. Pts Professional Publishing Sdn. Bhd Kuala Lumpur,2006

Anda mungkin juga menyukai