Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013

PENDIDIKAN ABAD KE 21 KEMAHIRAN ABAD KE 21 PELAJAR ABAD KE 21 GURU ABAD KE 21

BIL 1. 2. 3. 4. 5.

NAMA MOHD AZAHARI BIN AHAMAD ROSNITA@AMOY BT ALBARI JAYALATCHUMIE A/P SIMADIRI STEPHANIE JOANNE AK BANGGAU DELINDA GRIET ANAK DAOR

NO. MATRIK PT122153CT PT122230CT PT122100CT PT122271CT PT122301CT

1.0

Pendidikan Abad Ke 21

Abad ke 21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang. Malah, abad Ke 21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam open sky technology membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan siaran melalui

Direct Broadcasting Services, aliran berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru
maklumat dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi, isu-isu ini kini tidak lagi begitu diperdebatkan. Sebaliknya, isu-isu komunikasi tanpa sempadan, masyarakat bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi ruang perbincangan di peringkat antarabangsa. Dunia abad Ke-21 adalah satu dunia baru. Dunia sekarang ini bukan lagi terkenal kerana ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia dengan sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global.

Kemajuan dalam bidang komunikasi ini juga telah memberikan pengaruh yang besar kepada keadaan sosial, pentadbiran, perubatan, hubungan antarabangsa, pengangkutan dan sebagainya. Malah, bidang pendidikan juga tidak terkecuali yang mana menjadi teras kepada perubahan dunia abad Ke-21 ini. Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan yang menjadi sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, New Zealand, Jerman dan Russia. Contohnya, di Amerika Syarikat seorang ahli Lembaga Penasihat bagi Sekolah abad ke-21 iaitu Dr Michael Wesch, membuat impak global pada 2 Ogos 2008 yang mana fenomena masyarakat sosial baru yang menyebabkan baru-baru ini dibangunnya banyak Web 2.0 seperti Jott, Twitter, YouTube (terdapat juga TeacherTube,

SchoolTube, dan StudentTube), Diigo dan Google Earth untuk kegunaan bilik darjah. Beliau
juga menerangkan cara penggunaan web 2.0 dalam bilik darjah serta menekankan amalannya di bilik darjah. Dengan ini, didapati bahawa bidang pendidikan abad Ke-21 di negara-negara maju sangat canggih kerana hanya berfokus kepada ICT, antaranya amalan web 2.0 di bilik darjah. Malah, di Asia Tenggara pendidikan abad ke -21 juga berfokus kepada Teknologi Maklumat (ICT). Yang mana ibu bapa sendiri inginkan penggunaan ICT yang meluas dalam penyampaian pendidikan supaya anak-anak mereka celik ICT dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat isu utama diberi tumpuan bagi membolehkan pengetua di rantau Asia Tenggara menikmati keseimbangan dalam memenuhi tuntutan persekitaran sekolah yang sentiasa berubah dan kehendak ibu bapa serta masyarakat yang semakin mendesak dalam Mesyuarat Meja Bulat Pegawai Pendidikan ASEAN kelima dan dalam Forum Pengetua Sekolah Asia Tenggara ketiga bertemakan `Perkongsian dan Mengguna Pakai Dinamisme Pemimpin Sekolah Asia Tenggara Ke Arah Pembangunan Modal Insan dan Inovasi Pendidikan Abad ke-21. Salah satu daripadanya, pengetua boleh memanfaatkan teknologi bagi menghubungkan pelbagai disiplin kepakaran, mengekalkan sekolah sebagai pusat pembelajaran dan memperkenalkan inovasi yang berbentuk mendidik. Ledakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), katanya, membawa banyak cabaran baru bagi pengetua, termasuk mencari keseimbangan dari segi capaian ke dunia luar tanpa menjejaskan nilai moral dan memastikan guru berada di landasan sama dengan pelajar dari segi kecekapan teknologi. Dengan ini, didapati bahawa guru-guru perlu bersedia dengan

kepakaran ICT yang tinggi supaya mereka dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar berhubung ICT kerana pelajar-pelajar kini sangat mahir dalam penggunaan ICT. Cabaran globalisasi dan liberalisasi masa kini juga membawa pelbagai perubahan gaya hidup melalui limpahan maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan komunikasi dan teknologi yang serba canggih. Oleh itu, kekuatan generasi muda masa kini banyak bergantung kepada kekuatan mental dan ilmu pengetahuan. Dengan ini, bidang pendidikan di Malaysia juga turut tercabar bagi menyediakan generasi akan datang yang mampu bersaing dipersada dunia terutama dalam aspek intelektual atau ilmu pengetahuan. Perubahan pesat dalam pelbagai bidang ini perlu ditangani oleh pelbagai pihak dengan sebaik mungkin. Bagi menangani cabaran ini, sistem pendidikan di Malaysia sememangnya telah bersedia dengan misinya tersendiri. Menyedari bahawa masa depan negara adalah bergantung kepada murid-murid sekolah pada hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempertingkatkan usaha dari pelbagai sudut bagi menghadapi masa akan datang yang semakin mencabar. Kementerian Pelajaran Malaysia telah semakin lama membina misi untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Akta Pendidikan 1996 jelas menyatakan; Dan bahawasanya adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti dan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. (Malaysia, 1996:11) Bagi memperkemaskan sistem pendidikan negara dalam menghadapi arus globalisasi ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah proaktif memperkasakan sekolahsekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010 (Malaysia, 2007). Antaranya, bagi mewujudkan sekolah kebangsaan yang mampu menyediakan generasi masa hadapan yang bersaing di persada antarabangsa. Selaras dengan perkembangan teknologi pula, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan seperti Projek Rintas Sekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan, Pembekalan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran, pengenalan mata pelajaran ICT, latihan ICT untuk guru-guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam Pendidikan ( Nor Asikin, 2009) . Dengan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia dapatlah mewujudkan suasana sekolah yang

berteknologi canggih dan membolehkan guruguru mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dengan menggunakan laptop, LCD, power point, internet, emel, video dan lain-lain. Malah, kini kaedah web 2.0 juga sedang meluas di Malaysia melalui penggunaan you tube, Wikipedia, blog, facebook dan edmodo di IPTA dan IPTS.

1.1

Kemahiran Abad Ke 21

Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke 21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke 21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Malah, sumber terbaik yang membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Di peringkat antarabangasa, LLC mengiktiraf keperluan kritikal untuk membangunkan kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa pendidikan

ini tidak menghadkan pembangunan profesional

dan reka bentuk kurikulum sedia ada.

Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui kurikulum, ia merupakan disiplin, bersepadu, berasaskan projek, dan banyak lagi, termasuk dalam kurikulum berasaskan projek dengan menggunakan tujuh kemahiran hidup yang diperjuangkan oleh Tony Wagner dalam bukunya, Jurang Pencapaian Global: Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah Kerjasama merentasi Rangkaian dan Memimpin oleh Pengaruh Ketangkasan dan Penyesuaian Inisiatif dan keusahawanan Komunikasi Berkesan Lisan dan Bertulis Mengakses dan Menganalisis Maklumat Rasa ingin tahu dan Imaginasi Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam negara Malaysia mampu memupuk kemahiran abad ke 21. Contohnya, topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek seperti ini, juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar dapat berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad ke-21 ini, mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media, budaya, maklumat, emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama dengan pelajar dari seluruh dunia dalam projek bermakna, kehidupan sebenar adalah alat yang diperlukan untuk membangunkan literasi ini. Pelajar boleh mempelajari bahawa melalui kerjasama, bukan persaingan, mereka boleh bekerjasama untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Pelajar akan menggunakan teknologi, termasuk Internet, dan kerjasama global untuk menyelesaikan isu-isu kritikal.

Jelas sekali, bahawa pembangunan abad ke 21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke 21.

1.2

Pelajar Abad Ke 21

Dalam abad ke 21, dunia menjadi seolah-olah semakin sempit dan pantas. Banyak aktiviti perlu dilakukan dalam masa yang sesingkat mungkin. Banyak aktiviti perlu dilakukan dalam masa yang singkat. Semua orang, di mana sahaja berada, boleh menghubungi antara satu sama lain dengan kemajuan yang cukup pantas dalam teknologi maklumat. Maklumat tertabur di meratarata. Teknologi kawalan dan automasi menjadikan dunia ini semakin mudah untuk diurus. Manusia menjadi semakin canggih dari masa ke semasa; pelajar juga tidak terkecuali daripada gelombang teknologi ini. Di kebanyakan negara-negara barat, pelajar hari ini dirujuk sebagai "digital natives", dan pendidik hari ini sebagai "digital immigrants". Guru bekerja dengan pelajar-pelajar yang seluruh kehidupan mereka telah ditenggelami dalam media budaya abad ke 21. Pelajar hari ini adalah pelajar digital, mereka benar-benar mengambil di dunia melalui penapis peranti pengkomputeran seperti telefon bimbit, peranti permainan tangan, PDA, dan komputer riba yang dibawa ke mana-mana, ditambah dengan komputer, TV, dan permainan di rumah. Satu kajian oleh Henry J. Kaiser Yayasan Keluarga mendapati bahawa golongan muda (umur 8-18) secara purata menggunakan media elektronik selama lebih daripada enam jam sehari. Ramai juga yang multi tasking seperti mendengar muzik semasa melayari web atau menghantar pesanan ringkas (sms) sambil bermain permainan video.

Malah kanak-kanak yang menggunakan multimedia dan Internet dengan menggunakan alat seperti permainan video pegang tangan seperti Leapster dan laman web seperti www.PBSkids.org dan www.Nick.com. Kanak-kanak prasekolah (termasuk kana-kanak berusia 2 tahun) mudah tertarik dengan media elektronik , sumber multimedia yang menyediakan permainan di mana mereka dapat belajar warna, nombor, huruf, ejaan, dan tugas-tugas yang lebih kompleks seperti mencampurkan warna asas untuk mencipta warna baru, aktiviti menyelesaikan masalah dan membaca (gambar 1.1) .

Gambar 1.1 : Kanak-kanak yang menggunakan komputer Menurut Dr Michael Wesch beliau berpendapat bahawa walaupun pelajar dalam abad ke 21 hari ini memahami bagaimana untuk mengakses dan menggunakan alat-alat ICT ini, ramai daripada mereka hanya menggunakan untuk tujuan hiburan sahaja dan pelajar tidak benar-benar celik media. Dr Wesch juga berpendapat guru mesti mengetahui bahawa bagaimana untuk menggunakan alat-alat untuk membolehkan pelajar-pelajar kita menjadi benar-benar celik media kerana mereka berfungsi dalam kerjasama dalam talian, berasaskan penyelidikan persekitaran - menyelidik, menganalisis, mensintesis, mengulas, menilai dan mewujudkan pengetahuan baru. Dari konteks Malaysia pula, perkara yang masa juga berlaku. Dahulu, jika kita bertanya hobi seorang pelajar maka selalunya pelajar akan menjawab membaca buku. Tetapi, kini

keadaan ini sudah berubah jika kita tanya seorang pelajar apakah hobinya maka dia akan menjawab melayari internet. Arus teknologi maklumat ini, telah mengubah struktur dunia ini dengan lebih pantas dan canggih (Mohd Yusof, 2005) . Pelajar Malaysia pada abad ke-21 ini juga sangat pantas dalam semua perkara, mereka lebih suka kepada maklumat segera (fast

information) dan sumber maya.


Pelajar ingin mengetahui sesuatu maklumat dengan segera. Mereka akan menggunakan perkhidmatan internet di sekolah dan di rumah bagi mendapatkan maklumat terkini yang dengan cepat dan mudah. Malah, mereka juga lebih gemar dengan pengajaran dan pembelajaran yang meliputi ICT seperti penggunaan video, audio, power point, you tube, yang menjadikan mereka lebih seronok berbanding pengajaran dan pembelajaran yang meliputi chalk and talk (gambar 1.2). Oleh itu, KPM sendiri menyarankan para guru supaya memperbanyakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Gambar 1.2 : Pengajaran dan pembelajaran dahulu dan sekarang

Selain iu, pelajar-pelajar kini juga celik IT. Mereka juga lebih mengetahui daripada gurugurunya sebab dalam zaman ini kegemaran mereka lebih kepada teknologi maklumat. Kebanyakkan daripada mereka memperolehi laptop sendiri, ipad, iphone dan broadband yang membolehkan mereka melayari internet di mana jua mereka berada dalam sekelip mata. Malah,

maklumat juga diperolehi dengan mudah dan pantas tanpa sebarang sekatan. Keadaan ini, membolehkan mereka jarang pergi ke perpustakaan. Mereka lebih rela melayari internet berbanding pergi ke perpustakaan.

1.3

Guru Abad Ke 21

Abad ke 21 adalah abad yang amat mencabar buat kita sekiranya kita bersedia dan berusaha untuk memahami implikasi yang akan berlaku kepada kita. Abad ke 21 adalah abad yang didominasi oleh Barat dalam agenda mereka untuk mendominasi dunia sama ada dari segi ekonomi, politik, sosial atau budaya. Abad ini juga menampakkan kemunculan pelbagai teknologi baru yang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya. Kita sebagai masyarakat global perlu mengoptimumkan penggunaan teknologi ini dan perlu menguasainya dengan baik. Dalam suasana sedemikian, guru sebagai seorang pendidik perlulah berusaha untuk membangunkan generasi yang celik teknologi, mantap dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Setiap hari pelajar-pelajar dari seluruh dunia bekerjasama dalam projek-projek penting. Laman web, ePals, adalah laman di mana guru dan pelajar boleh pergi untuk menyertai atau memulakan satu projek kerjasama dengan sesiapa sahaja di dunia. Menurut ePals, Inc, " Komuniti Global kami adalah komuniti terbesar talian K-12 pelajar, membolehkan lebih daripada 325,000 pendidik dan 126,000 bilik darjah di lebih 200 negara dan wilayah untuk selamat menyambung, pertukaran idea, serta dapat belajar bersama-sama. Kebanyakkan sekolahsekolah juga memenangi Anugerah SchoolBlog dan produk SchoolMail kerana ia digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Selain itu, Persatuan Antarabangsa Teknologi Pendidikan telah dikeluarkan semula Piawaian Teknologi Pendidikan untuk guru yang meliputi kemahiran abad ke 21. Piawaian ini termasuk kemahiran abad ke 21 seperti mencari dan menguruskan sumber, penerbitan di web, dan menghubungkan dengan rakan sekerja, pelajar, ibu bapa, dan masyarakat tempatan dan global (rajah 1.1) . Guru mesti mahir dalam kemahiran ini dalam usaha untuk memodelkan amalan yang baik untuk pelajar-pelajar mereka dan untuk membantu pelajar termasuk kemahiran untuk pembelajaran. Aktiviti-aktiviti ini akan memberikan guru peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam menggunakan beberapa alat berasaskan web yang biasa digunakan di dalam kelas dan untuk membincangkan idea-idea yang penting untuk menggunakan alat ini.

Rajah 1.1 : Guru berangkaian yang disarankan di peringkat dunia pada abad ke 21

Dari konteks negara barat, guru- guru dianggap sebagai fasilitator dalam mengendalikan pelajar. Mereka juga berpendapat bahawa guru merupakan pakar rujuk bagi pelajar khususnya dalam ICT. Dengan ini, guru di negara barat sangat berkreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kepada kelas maya, yang mana penggunaan pelbagai alat-alat ICT Schreck, M. K. (2009). Antara alat-alat ICT yang selalu digunakan ialah wikipedia, laman sosial, blogs, chat, video condeferences dan lain-lain (rujuk rajah 1.1) Mujurlah, kebanyakan alat ini adalah mudah untuk digunakan dan boleh menguasai dengan bantuan sedikit atau tidak ada. Alat-alat ini juga digunakan di negara-negara barat untuk aspek-aspek pedagogi dan untuk memulakan mewujudkan peluang bagi pelajar untuk menggunakan alatalat ini dalam pembelajaran mereka. Malah pelajar juga dibenarkan untuk menggunakan alat-alat ini kerana ia dapat memberi pelajar beberapa cara yang baru dan menarik yang mampu menunjukkan pembelajaran mereka, dan pada masa yang sama boleh memberikan alternatif untuk aktiviti pemadanan dengan gaya pembelajaran di samping menggalakkan kerjasama, perkongsian, dan bangunan komuniti pembelajaran. Contohnya, terdapat beberapa alat dalam talian yang sedang digunakan dengan jayanya oleh guru-guru di negara-negara barat khususnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (rujuk rajah 1.1) . Dari segi Malaysia juga pendidik dianggap sebagai lebih kreatif dalam usaha untuk menyampaikan ilmu mereka kepada pelajar. Guru-guru dalam era globalisasi ini sangat celik IT (gambar 1.3). Oleh itu,, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu perkara yang lumrah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyarankan bahawa semua guru perlu menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian dengan mengadakan pelbagai kursus ICT yang mampu menjadikan para guru di Malaysia lebih mahir seperti guru-guru di negara barat.

Gambar 1.3: Penggunaan laptop dan LCD oleh guru- guru di sekolah.

Dengan ini, guru di Malaysia lebih mementingkan penggunaan

teknologi yang

sepenuhnya dalam proses pengajaran. Antaranya, guru-guru dapat mempertengahkan kepada para pelajar kajian kes melalui komputer bagi mendapatkan maklumat tertentu dalam laman web. Pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat yang dikendalikan guru-guru dalam abad ke 21 ini sangat mudah kerana komputer dapat melakukan simulasi perkaraperkara yang tidak dapat diterangkan dengan penggunaan papan putih, malah dengan teknologi komputer juga guru-guru dapat membantu pelajar untuk berinovasi dan kreatif secara peribadi.

1.4

Kesimpulan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah merupakan aspek yang amat mencabar kepada warga pendidik. Ini disebabkan tujuan pengajaran bukanlah semata-mata untuk menghabiskan apa yang ada dalam sesuatu sukatan pelajaran, tetapi lebih dari itu ianya bertujuan untuk menambah ilmu dan juga keterampilan diri seseorang pelajar. Banyak kaedah pengajaran telah diajukan, sama ada yang berorientasikan peperiksaan ataupun yang berpusatkan pelajar. Namun tujuan asas kepada proses pengajaran (yakni menyampaikan ilmu) mestilah menjadi keutamaan kepada seorang pengajar.

Kini, pengajaran dan pembelajaran hanya berorientasikan peperiksaan. Tetapi sebenarnya keadaan ini perlu diubah dengan pengajaran bersifat untuk mencungkil kewibawaan pelajar untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Inilah realiti yang akan dihadapi oleh pelajar apabila mereka berada di alam pekerjaan setelah mereka menamatkan pengajian di sekolah mahupun di menara gading. Dengan, guru perlulah melatih pelajar untuk menggunakan tugasan-tugasan yang melibatkan ICT supaya pelajar lebih mahir dalam penggunaan ICT supaya dapat bersaing dalam peringkat antarabangsa. Guru merupakan agen penting dalam pengendalian pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar. Dalam era globalisasi, guru mestilah menggunakan alat-alat ICT yang canggih dan pelbagai sumber ICT yang lain yang mampu menarik minat pelajar supaya mereka lebih berminat untuk belajar. Contohnya, guru perlulah memperbanyakkan visual, audio, video, grafik dan animasi. Kaedah ini membolehkan pelajar mendengar, melihat, memahami dan dapat mengingat semula apa yang diajar oleh guru dengan cepat dan mudah. Malah, guru boleh menunjukkan contoh-contoh bagi tajuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan merujuk kepada laman web. Selain itu, guru juga boleh mengadakan pembelajaran berbantukan komputer seperti permainan pendidikan juga boleh dijalankan di bilik darjah. Antaranya, guru boleh menjalankan permainan pendidikan seperti siapa nak jadi jutawan, deal or no deal (power point), teka silang kata, kuiz, mix match dengan menggunakan perisian Hot Potateos. Dengan ini, p&p yang dijalankan oleh guru sangat menarik, efektif dan mampu menarik minat pelajar. Malah, guru juga boleh memberikan aktiviti yang melibatkan mencari maklumat bagi sesuatu topik. Kaedah ini, dapat melahirkan kemahiran mengakses dan menganalisis maklumat yang diperlukan dalam abad ke 21 ini. Guru boleh menggunakan kaedah ini bagi semua matapelajaran. Dengan cara ini, pelajar dapat mengakses internet bagi mendapat maklumat tentang topik yang diberikan oleh guru. Setelah itu, mereka perlulah menganalisis makluma yang mereka dapat dengan aktiviti pembacaan dan pengalaman yang sedia ada. Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan dalam abad ke 21 sangat mementingkan penggunaan ICT yang mampu menarik perhatian pelajar dengan pengaplikasian

pelbagai sumber dan alat-alat ICT. Malah, cara ini juga dapat melahirkan generasi akan datang yang berkualiti dan boleh bersaing dalam peringkat antarabangsa.

Rujukan

Balasandran. A (2009): Seminar Nasional Pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke-16 : Unit penerbitan Institut Aminuddin Baki, Pahang

Mohd Yusof Hj. Othman (2005): Mahasiswa Abad 21: Fakulti Pendidikan: Selangor

Schreck, M. K. (2009). Transformers: Guru Kreatif untuk abad ke-21. Thousand Oaks, CA: Corwin.

http://www.bharian.com.my/articles/Nilaisemulatugaspengetua/Article/ 1.11.2012

Sumber maklumat : Utusan Malaysia, 13 Mei 2011

Anda mungkin juga menyukai