Kisah dalam slide ini boleh digunakan oleh anda sekiranya anda memerlukan perubahan di dalam kehidupan . Pilihlah apa yang ingin ada ubah demi kebaikan diri sendiri.
Helang dikatakan mempunyai jangka hayat yang terpanjang dalam kalangan spesisnya
Helang boleh hidup hingga 70 tahun Tetapi untuk mencapai usia ini, helang harus membuat pilihan ketika berusia 40-an
Ketika itu kukunya yang panjang dan fleksibel tidak lagi dapat berfungsi menyambar mangsa untuk makanan
Semakin usia meningkat, kepak menjadi semakin berat kerana bulu yang menebal dan melekat ke dada menyukarkannya untuk terbang
Sampai masanya, helang hanya ada 2 pilihan : mati atau menjalani 1 proses perubahan yang menyakitkan selama 150 hari.
Di situ helang tersebut mengetuk paruhnya ke batu sampai pecah dan tercabut. Kemudian, helang harus menunggu paruh baru tumbuh dan menggunakan paruh barunya untuk mencabut pula kukukukunya
Apabila kuku-kuku barunya tumbuh, helang mulai mencarik-carikkan serta mencakar bulu badannya bagi menipiskannya
Dan setelah lima bulan, helang mula terbang megah bagai kelahiran semula dan hidup untuk ... 30 tahun lagi
SEMOGA KISAH HIDUP HELANG INI DAPAT MEMBERI SATU INSPIRASI KEPADA ANDA SEMUA UNTUK MEMASTIKAN MENINGKATKAN SEMULA KUALITI HIDUP ANDA. PERUBAHAN YANG TERPAKSA DILAKUKAN AKAN MEMBAWA LEBIH KEBAIKAN KEPADA ANDA PADA MASA AKAN DATANG. BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN ???