Anda di halaman 1dari 14

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

3 4

2 1

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Rita Mary bermain buaian bersama-sama kawannya pada petang itu. 2. Susan Loh sedang asyik bermain papan gelongsor di taman permainan itu. 3. Aiman juga hendak bermain papan gelongsor, dia berada di belakang Susan. 4. Empat orang budak lelaki sedang bermain jongkang-jongket sambil ketawa riang. 5. Albert Tan dan Micheal Tan sedang main kejar-kejar di dalam sebuah gelung simen.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

5 4 2

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Abdul Wahid hendak menurunkan sebuah peti sejuk dari sebuah lori. 2. Dua orang pemuda mengangkat sebuah kotak besar yang berisi sesuatu. 3. Puan Mahani sedang memerhatikan suami dan jirannya mengangkat barang. 4. Rohaizat mengangkat sebuah peti televisyen jirannya yang baru berpindah rumah. 5. Lori digunakan untuk membawa perkakas rumah seperti almari, katil dan peti sejuk.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

5 4

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Sebuah van berhenti di persimpangan jalan kerana lampu isyarat berwarna merah. 2. Seorang pemuda menunggang motosikal berkuasa tinggi untuk ke tempat kerjanya. 3. Seorang ibu memimpin tangan anaknya semasa mereka melintas jalan yang sibuk. 4. Lampu isyarat mesti dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya demi keselamatan. 5. Bas mini adalah antara kenderaan yang menggunakan jalan raya pada setiap hari.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
4. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

3 5

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Seorang pemain hendak menendang bola agar dapat membolosi gawang gol. 2. Penjaga gol itu sedang beraksi menangkap bola yang ditendang oleh kawannya. 3. Kamaruddin sedang bermain layang-layang bersama-sama kawannya di padang. 4. Khairul Jamal membawa layang-layang untuk dinaikkan ke udara pada petang itu. 5. Nik Mizan berasa sedih kerana layang-layangnya tidak berjaya dinaikkan ke udara.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
5. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

1 2

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Ramli membaca buku sambil bersandar pada tiang pondok perhentian bas. 2. Sarina sedang membaca surat khabar ketika menunggu bas pada petang itu. 3. Tan Ai Mei dan kawannya sedang menunggu bas sambil membaca buku cerita. 4. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya dalam pelajaran. 5. Siti Suhana menerima hadiah kecemerlangan akademik daripada Guru Besarnya.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
6. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

3 1

5 4

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Sebuah van telah terlanggar seorang murid sekolah di sebatang jalan raya. 2. Murid itu mengalami kecederaan yang parah dan terbaring di atas jalan raya. 3. Beberapa orang rakannya memberi pertolongan semasa kemalangan berlaku. 4. Murid yang cedera itu diusung ke dalam ambulans yang tiba di tempat kejadian. 5. Kakitangan hospital membawa mangsa kemalangan itu bagi mendapatkan rawatan.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
7. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Rizal menghulurkan tangan kepada kawannya untuk menaiki sampan. 2. Firdaus membantu Rizal menaiki sampan untuk memancing di sungai itu. 3. Sampan yang mereka naiki terbalik dan karam di tengah-tengah sungai itu. 4. Rizal tidak pandai berenang dan dia hampir-hampir lemas di dalam sungai itu. 5. Dua orang pemuda menyelamatkan Rizal dan Fidaus daripada lemas di sungai itu.

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
8. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

2 3

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Dua orang peniaga sedang menurunkan barang peniagaannya dari sebuah lori. 2. Peniaga muda itu menyusun buah-buahan yang hendak dijualnya di atas meja. 3. Dua orang peniaga sedang menguruskan kuih-muih dan lauk-pauk di gerainya. 4. Budak perempuan itu memegang sebiji belon yang dibelinya dari sebuah gerai. 5. Seorang peniaga sedang menghulurkan sebungkus mi goreng kepada Haslam.

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
9. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Bot berenjin digunakan oleh para nelayan untuk menangkap ikan di laut. 2. Beberapa orang nelayan sedang bersiap-siap untuk menangkap ikan di laut. 3. Dua orang pengusaha kolam ikan sedang menangkap ikan di sebuah kolam. 4. Beberapa orang kaki pancing mengambil bahagian dalam pertandingan memancing. 5. Seorang peserta pertandingan memancing mendapat seekor ikan yang agak besar.

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

10

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
10. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Beberapa orang murid turun dari bas apabila sampai di Cameron Highlands. 2. Peserta rombongan tertarik dan terpegun melihat bunga yang berwarna-warni. 3. Zanzilee dan Hasnan hendak membeli buah-buahan segar dari sebuah gerai. 4. Seorang peniaga menunjukkan isi buah tembikai yang merah dan manis rasanya. 5. Bas yang mereka naiki meninggalkan Cameron Highlands setelah selesai lawatan.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

11

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
11. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

2 1 3

4 5

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Mahadi hendak ke rumah kawannya dengan menunggang sebuah basikal. 2. Seekor anjing garang menyalak serta mengejar Mahadi dari arah belakang. 3. Mahadi terperanjat dan ketakutan, dia mengayuh basikalnya dengan laju sekali. 4. Mahadi tidak dapat mengawal basikalnya, dia terbabas dan terjatuh di bahu jalan. 5. Seorang pemuda memberi bantuan kepada Mahadi yang mengalami kecederaan.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

12

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
12. Tulis lima ayat yang lengkap gambar di bawah.

1 2

3 4

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Hakimi masih menonton televisyen walaupun dia sudah amat mengantuk. 2. Hakimi lewat tidur malam itu kerana menyaksikan rancangan kegemarannya. 3. Hakimi tidur lena dan tidak terjaga serta dia terlewat bangun tidur pada pagi itu. 4. Hakimi tergesa-gesa bersiap untuk ke sekolah dan menunggu bas pada pagi itu. 5. Hakimi tidak bernasib baik pada pagi itu kerana dia ketinggalan bas sekolahnya.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

13

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

KOSA KATA (GRAFIK SATU)

KOSA KATA (GRAFIK DUA)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

buaian bermain ketawa riang waktu petang gelung simen riang gembira papan gelongsor jongkang-jongket taman permainan menjaga kebersihan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

membawa menurunkan mengangkat pindah rumah memerhatikan perkakas rumah bantu-membantu semangat kejiranan memupuk perpaduan budaya bertegur sapa

KOSA KATA (GRAFIK TIGA)

KOSA KATA (GRAFIK EMPAT) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

bas mini motosikal memimpin kenderaan menunggang lampu isyarat melintas jalan berkuasa tinggi mematuhi peraturan menjaga keselamatan

membolosi gawang gol menangkap menendang mengelecek waktu petang layang-layang kawasan lapang dinaikkan ke udara mengisi masa terluang

KOSA KATA (GRAFIK LIMA)

KOSA KATA (GRAFIK ENAM)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

bersandar menerima menunggu surat khabar menunggu bas perhentian bas menyampaikan kecemerlangan mengurus masa budaya gemar membaca

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

diusung terbaring ambulans terlanggar kecederaan pertolongan berwaspada tempat kejadian mendapatkan rawatan menghulurkan bantuan

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

14

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

KOSA KATA (GRAFIK TUJUH)

KOSA KATA (GRAFIK LAPAN)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

lemas karam terbalik berenang membantu memancing hampir lemas menyelamatkan menaiki sampan pengalaman ngeri

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

gerai peniaga menyusun memegang menurunkan payung besar menguruskan menghulurkan kualiti barangan harga berpatutan

KOSA KATA (GRAFIK SEMBILAN)

KOSA KATA (GRAFIK SEPULUH)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

nelayan mendapat ikan segar kolam ikan bot berenjin kaki pancing memelihara ikan sumber pendapatan mengambil bahagian pertandingan memancing

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

tertarik peniaga membeli terpegun tanah tinggi cuaca sejuk menunjukkan meninggalkan buah-buahan segar lawatan sambil belajar

KOSA KATA (GRAFIK SEBELAS)

KOSA KATA (GRAFIK DUA BELAS)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

terbabas mengejar menyalak mengawal bahu jalan mengayuh terperanjat menunggang memberi bantuan mengalami kecederaan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

terlewat menonton rancangan menunggu mengantuk ketinggalan tergesa-gesa menyaksikan bernasib baik mengurus masa

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

15