Anda di halaman 1dari 14

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

2 5

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Aiman dan adiknya sedang bermain bola ketika berkelah di tepi pantai. 2. Seorang budak lelaki sedang berlari untuk menaikkan layang-layangnya. 3. Peniaga aiskrim membunyikan loceng untuk menarik perhatian orang ramai. 4. Encik Rajan dan keluarganya hendak menikmati hidangan yang mereka bawa. 5. Albert Lee dan adiknya membina istana pasir dengan menggunakan sebuah baldi.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

3 1 2

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Swee Lan memasukkan sepucuk surat ke dalam peti surat di pejabat pos. 2. Puan Siti berbaris menunggu gilirannya untuk berurusan di kaunter pos itu. 3. Encik Sukinder Singh hendak membeli wang pos di kaunter kiriman wang itu. 4. Ahmad Fadhil menunggu giliran untuk membeli setem di sebuah kaunter pos. 5. Pegawai pos itu sedang melayan pelanggannya dengan mesra dan bersopan.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

3 5 4

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Beberapa orang pekerja sedang memikul besi panjang di sebuah tapak projek. 2. Jentera berat sedang meratakan tapak di kawasan projek perumahan tersebut. 3. Beberapa orang pekerja sedang menyiapkan sebuah bangunan yang agak besar. 4. Beberapa buah rumah teras sudah siap dibina oleh pemaju projek perumahan itu. 5. Beberapa pintu kedai runcit turut dibina bagi kemudahan para peniaga di taman itu.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
4. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

1 2

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Encik Norman sedang berjalan kaki menuju ke Taman Tasik Permaisuri. 2. Noren memegang tangan ibunya ketika menuju ke Taman Tasik Permaisuri. 3. Philips dan keluarganya melawat Zoo Negara pada hujung minggu yang lalu. 4. Seekor zirafah telah menarik perhatian para pengunjung yang melawat zoo itu. 5. Anak gajah adalah antara haiwan liar yang terdapat di zoo itu yang boleh kita lihat.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
5. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

1 2

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Dua orang penternak ikan air tawar sedang menangkap ikan peliharaan mereka. 2. Mereka menggunakan jaring untuk menangkap ikan-ikan di dalam sebuah kolam. 3. Ikan-ikan yang telah ditangkap akan dijual kepada para pembeli dan orang ramai. 4. Para pembeli gemar membeli ikan air tawar kerana ikan itu masih hidup dan segar. 5. Tiga orang pembeli hendak membeli ikan dan tawar-menawar harga ikan tersebut.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
6. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

2 1

4 5 3

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Abdul Halim dan adiknya sedang bermain guli di halaman rumah mereka. 2. Nurdiana dan Farahnini sedang bermain anak patung sambil berbual-bual. 3. Hamdan bermain papan gelongsor kerana permainan itu menghiburkan hatinya. 4. Mohan sedang berjoging di taman itu untuk kesihatan dan kecergasan badannya. 5. Mei Lan bermain buaian di taman permainan dengan perasaan riang dan gembira.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
7. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

2 1

POLIS

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Beberapa orang murid kehujanan ketika mereka pulang dari sekolah. 2. Beberapa buah rumah papan telah dinaiki air banjir di sebuah kampung. 3. Polis memberi bantuan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat. 4. Seorang budak lelaki memikul sebuntil bungkusan ketika mengharungi air bah. 5. Seorang lelaki memikul segulung permaidani kerana kampungnya dilanda banjir.

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
8. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

1 2 3

5 4

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Pak Mamat membakar lemang untuk dijual kepada pelanggannya. 2. Wak Mizi sedang merebus ketupat di dalam sebuah periuk yang besar. 3. Shahrul memasukkan beberapa biji ketupat untuk direbus ke dalam periuk. 4. Seorang pelayan restoran membawa hidangan yang dipesan oleh pelanggannya. 5. Sepasang suami isteri sedang menunggu hidangan istimewa yang mereka pesan.

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
9. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

3 1

4 5

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Nurul Suzana hendak menjaringkan bola ke dalam gol bola jaring itu. 2. Salimah cuba menghalang bola yang hendak dijaringkan oleh Nurul Suzana. 3. Arif Haikal dan kawan-kawannya bermain bola sepak di padang sekolah mereka. 4. Abdul Rahman sedang menjalani latihan lompat tinggi bersama-sama kawannya. 5. Cikgu Zainal memegang fail sambil mencatat sesuatu semasa acara lompat tinggi.

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

10

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
10. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

1 2

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Harjit Singh berasa terlalu panas dan dahaga ketika pulang dari sekolah. 2. Dia membeli minuman sejuk di sebuah gerai untuk menghilangkan dahaga. 3. Penjual yang mengusahakan gerai itu tidak menjaga kebersihan gerai tersebut. 4. Harjit Singh mengalami sakit perut kerana dia minum air yang telah dicemari lalat. 5. Ibunya membawa Harjit Singh ke klinik berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

11

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
11. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. Amirul Aizat hendak menangkap rama-rama dengan menggunakan jaring. 2. Amirul Aizat mengejar beberapa ekor rama-rama yang sedang berterbangan. 3. Dia terlanggar seketul batu besar ketika sedang berlari mengejar rama-rama itu. 4. Ayahnya merawat dan membersihkan luka pada bahgian lutut kanan Amirul Aizat. 5. Amirul Aizat terasa sakit dan pedih pada bahagian lukanya itu apabila terkena ubat.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

12

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

BAHAGIAN A
12. Tulis lima ayat yang lengkap gambar di bawah.

1 2

4 5 3

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

1. David Lee sedang berjalan kaki semasa pulang dari sekolah pada hari itu. 2. David Lee terpandang seorang buta yang hendak melintas jalan ketika itu. 3. Dia memimpin tangan orang buta itu dan membantunya untuk melintas jalan. 4. Orang buta itu melintas jalan dengan bantuan David Lee yang sungguh baik hati. 5. Orang buta itu berasa gembira dan berterima kasih atas bantuan David kepadanya.

10

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

13

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

KOSA KATA (GRAFIK SATU) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

KOSA KATA (GRAFIK DUA)

aiskrim pelampung mandi-manda menarik tangan menjamu selera menimang anak memasang payung membina istana pasir bermain layang-layang menggolek tiup tayar kereta

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

kaunter berbaris berdisiplin berurusan bil setempat kiriman wang memasukkan membeli setem tingkap serahan mengepos surat

KOSA KATA (GRAFIK TIGA)

KOSA KATA (GRAFIK EMPAT) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

memikul pangsapuri menyiapkan rumah teres rumah kedai jentera berat tenaga buruh bahan binaan meratakan tapak projek perumahan

jeriji belalai gembira kandang memerhati melancung bersiar-siar taman haiwan berleher panjang pengalaman manis

KOSA KATA (GRAFIK LIMA)

KOSA KATA (GRAFIK ENAM)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

membeli menjaring ikan segar kolam ikan harga patut penjual ikan para pembeli ikan air tawar tawar-menawar menangkap ikan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

buaian berjoging kecergasan bersembang anak patung bermain guli menghiburkan halaman rumah papan gelongsor padang permainan

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

14

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran

KOMPAS 1 2 3

KOSA KATA (GRAFIK TUJUH)

KOSA KATA (GRAFIK LAPAN)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

berpindah kehujanan dinaiki bah meredah banjir bot penyelamat menaiki sampan mendukung anak memberi bantuan sebuntil bungkusan segulung permaidani

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

hidangan unggun api periuk besar air mendidih buluh lemang merebus ketupat pelayan restoran daun kelapa muda membakar lemang menikmati hidangan

KOSA KATA (GRAFIK SEMBILAN)

KOSA KATA (GRAFIK SEPULUH)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

bermain mencatat memegang menghalang menggelecek menjaringkan padang sekolah menjalani latihan menunggu giliran semangat kesukanan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

berpeluh merokok tercemar jururawat sakit perut panas terik terasa dahaga dihinggapi lalat berjumpa doktor menerima rawatan

KOSA KATA (GRAFIK SEBELAS)

KOSA KATA (GRAFIK DUA BELAS)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

jaring merawat mengejar terlanggar batu besar tersembam menangkap berterbangan lutut berdarah mengalami kecederaan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

terlihat bertongkat bersalaman berjalan kaki melintas jalan mengalas beg berterima kasih memimpin tangan orang kurang upaya memberi pertolongan

Hak Cipta Inovasi : Encik Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)

15