Anda di halaman 1dari 12

1

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Panduan Model Praktis UPSR

Bahagian A

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Situasi Aktiviti

KUNCI ITEM / SOALAN Akan Sedang Telah

MEMPERLUAS AYAT {A.T.M} Alasan 4/5 Tempat 2/3 Masa 1

FORMAT ITEM / SOALAN

Item memindahkan maklumat, grafiknya merujuk kepada arahan {umum / situasi / aktiviti}. KUNCI ITEM / SOALAN Arahan item merujuk kepada grafik {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku}. MEMPERLUAS AYAT {A. T. M} Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk kepada {alasan / tempat / masa}. Jika memperluas ayat bagi ayat pertama merujuk kepada masa, tuliskan nombor 1 pada ruang masa. Jika memperluas ayat bagi ayat kedua merujuk kepada tempat, tuliskan nombor 2 pada ruang tempat dan cara yang sama bagi ayat ketiga hingga ayat kelima.

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}


siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

KAEDAH A. T. M {Alasan / Tempat / Masa} Siapa merujuk kepada manusia sementara apa merujuk kepada benda. Buat apa merujuk kepada kata kerja sementara mengapa merujuk kepada kata adjektif. Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk kepada {Alasan / Tempat / Masa}.

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Persiapan Temasya Sukan Olahraga

Gambar di bawah menunjukkan persiapan bagi temasya sukan olahraga di sebuah sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar di bawah ini.

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Situasi Aktiviti

KUNCI ITEM / SOALAN Akan Sedang Telah

MEMPERLUAS AYAT {A.T.M} Alasan 3/5 Tempat 2/4 Masa 1

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}


siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

1. Beberapa orang murid sedang menghias rumah sukan masing-masing pada hari itu. 2. Beberapa orang murid sedang menyusun sofa dan kerusi di khemah tetamu. 3. Dua orang murid lelaki sedang membawa bakul besar yang berisi bola getah. 4. Dua orang murid lelaki sedang mendirikan tiang bendera di tengah padang. 5. Dua orang guru menyukat jarak di atas trek balapan dengan menggunakan pita.

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Kemalangan Jalan Raya

Gambar di bawah menunjukkan suatu tragedi yang berlaku kepada seseorang di jalan raya. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Situasi Aktiviti

KUNCI ITEM / SOALAN Akan Sedang Telah

MEMPERLUAS AYAT {A.T.M} Alasan 2/3 Tempat 4/5 Masa 1

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}


siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

1. Thomas dan kawan-kawannya berbasikal untuk pergi ke sekolah petang itu. 2. Seorang penunggang motosikal membelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba. 3. Penunggang motosikal itu dilanggar sebuah teksi kerana kecuaiannya di jalan raya. 4. Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital. 5. Thomas dan kawan-kawannya melawat penunggang motosikal itu di hospital.

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Mengemas Peralatan Hari kantin

Gambar beberapa orang murid dan guru sedang mengemas peralatan Hari Kantin Sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Situasi Aktiviti

KUNCI ITEM / SOALAN Akan Sedang Telah

MEMPERLUAS AYAT {A.T.M} Alasan 4/5 Tempat 1/2 Masa 3

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}


siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

1. Seorang budak lelaki sedang menanggalkan label harga di sebuah gerai. 2. Dua orang murid lelaki sedang mengangkat meja dari sebuah gerai jualan. 3. Tiga orang murid lelaki sedang mengangkat kerusi plastik pada masa itu. 4. Dua orang guru perempuan mengemas dan mengangkat periuk nasi elektrik. 5. Seorang guru lelaki sedang menolak sebuah tong gas dengan menggunakan troli.

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Barangan Berasaskan Kelapa

Gambar di bawah menunjukkan beberapa kegunaan pokok kelapa kepada kita. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Situasi Aktiviti

KUNCI ITEM / SOALAN Akan Sedang Telah

MEMPERLUAS AYAT {A.T.M} Alasan 1/2/4/5 Tempat 3 Masa

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}


siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

1. Kelapa muda sungguh enak dijadikan minuman bagi menghilangkan dahaga. 2. Daun kelapa yang masih muda pula sangat sesuai untuk dibuat sarung ketupat. 3. Batang kelapa juga sesuai dijadikan titi untuk kemudahan menyeberangi parit. 4. Isi kelapa boleh dijadikan bahan kosmetik seperti sabun wangi atau sabun mandi. 5. Isi kelapa juga boleh diproses untuk dijadikan produk makanan seperti marjerin.

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Panduan Model Praktis UPSR

Bahagian B

FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan

KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali

MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

FORMAT ITEM / SOALAN Item menulis karangan terbahagi kepada dua format iaitu {format umum / format khusus}. KUNCI ITEM / SOALAN Arahan item merujuk kepada idea yang mesti ditulis berdasarkan peristiwa semasa atau isi karangan yang {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku / terkecuali}. Terkecuali pula tidak merujuk mana-mana kata bantu {akan / sedang / telah} semasa murid memperluas ayat atau merangaki ayat melalui {Teknik I. C. I.}. MEMPERLUAS AYAT {I. C. I} Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk kepada {idea / contoh / impak}. Jika memperluas ayat bagi mana-mana format karangan sesuai dengan {Teknik I. C. I.}, tandakan () dalam petak yang berkenaan seperti di atas. KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup idea pendahuluan contoh idea pendahuluan impak idea pendahuluan idea isi pertama contoh kepada isi pertama impak kepada isi pertama idea isi kedua contoh kepada isi kedua impak kepada isi kedua idea isi ketiga contoh kepada isi ketiga impak kepada isi ketiga idea isi keempat contoh kepada isi keempat impak kepada isi keempat idea penutup contoh kepada idea penutup impak kepada idea penutup

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Perbincangan

Semua jenis makanan ringan dilarang dijual di semua kantin sekolah. Namun, kanak-kanak dapat membelinya di kedai-kedai. Bincangkan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup makanan yang disukai kanak-kanak contoh makanan ringan senang didapati pengiklanan harus dikurangkan pengaruh iklan fakta yang diiklankan tidak tepat mengandungi pewarna, perasa kimia berbahaya boleh merosakkan sistem saraf kebersihan tidak terjamin tidak mengikut peraturan berlaku keracunan makanan pengaruh, cara pembungkusan tawaran hadiah permainan jualan laris di pasaran penegahan membeli makanan ringan kesan negatif perlu disedarkan keburukan

Kesan Buruk Makan Ringan Kepada Kesihatan Makanan ringan merupakan makanan yang amat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan seperti keropok udang, kerepik kentang, gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan ringan ini pula mudah didapati di mana-mana sahaja. Pengiklanan produk makanan ringan di akhbar dan di televisyen seharusnya dikurangkan. Iklan-iklan ini akan mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli makanan ringan tersebut. Hal ini demikian kerana iklan yang disebarkan telah memperdaya kanak-kanak dengan fakta yang tidak tepat. Selain itu, makanan ringan juga mempunyai pewarna dan perasa tiruan yang berlebihan. Bahan pewarna dan perasa tiruan ini pula mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang. Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya. Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, ada sahaja kes-kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan ringan. Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan laris di pasaran. Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan. Makanan ringan juga kurang baik untuk rumbesaran kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik bagi menjelaskan tentang keburukan memakan makan ringan.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Syarahan

Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah Hidup Sepakat Membawa Berkat. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.
FORMAT ITEM / SOALAN Umum Khusus Akan KUNCI ITEM / SOALAN Sedang Telah Terkecuali MEMPERLUAS AYAT Idea Contoh Impak

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Format Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup kata alu-aluan, bertatasusila beri salam, ucap selamat penegasan tajuk syarahan maksud ungkapan, tajuk kerjasama perlu diamal dalam semua aspek kehidupan amalan maufakat, ringan tulang semangat bergotong-royong nilai murni sejagat rakyat pelbagai kaum harmoni, hidup bekerjasama jadikan satu amalan harian amalan saling membantu menjana semangat kejiranan bangun bersama rakyat ungkapan, wajar dihayati, segenap masyarakat merealisasikan banyak kebaikan

Hidup Sepakat Membawa Berkat Yang saya hormati Saudara Peneraju Agenda, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, para hakim penentu juara, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Hidup Sepakat Membawa Berkat. Begitulah bunyi tajuk syarahan saya pada pagi ini. Hidup Sepakat Membawa Berkat. Merujuk kamus dewan edisi ketiga, hidup sepakat membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini serasi dan sinonim dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan keturunan. Amalan bermuafakat dan ringan tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Bergotong-royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh semangat permuafakatan dalam masyarakat. Amalan sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat. Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, mereka hidup dalam keadaan yang harmoni kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya menjana semangat kejiranan. Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk faedah semua rakyat. Oleh sebab itu, ungkapan Hidup Sepakat Membawa Berkat wajarlah dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana mendatangkan banyak kebaikan. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.
Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Idea Contoh Impak

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Panduan Model Praktis UPSR

Bahagian C

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

ITEM / SOALAN Item ulasan terbahagi kepada tiga aspek nilai iaitu {pengajaran / amalan baik / nilai murni}. JUMLAH ASPEK NILAI Jumlah aspek nilai mesti merujuk kepada arahan item yang diberi {lima / enam / tujuh}. BILANGAN PERKATAAN Bilangan perkataan pula mesti merujuk kepada arahan item {kurang 50 / lebih 50}. Ikut kehendak item {kurang 50} tandakan () dalam petak yang berkenaan {lebih 50} tandakan () dalam petak yang berkenaan seperti di atas.

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

Bagi (Penanda Wacana) dan (Kata Bantu) murid-murid mesti mengingatnya/menghafalnya sementara, (Aspek Nilai) dan (Idea Teks / Merujuk Petikan) murid-murid mesti mencarinya sendiri berpandukan teks/petikan secara {Aplikasi I. D. C. D} {Ingat Dua Cari Dua}.

10

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Ulasan Pengajaran (Dialog)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ahmad Naufal

Maafkan saya cikgu kerana terlewat sampai ke sekolah. Semasa dalam perjalanan tadi, rantai basikal saya terputus. Saya terpaksa singgah di kedai basikal untuk membaiki rantai basikal saya itu. Kelewatan kamu bersebab, cikgu maafkan kamu. Walaupun rantai basikal kamu putus, kamu tetap berikhtiar untuk samapi ke sekolah. Kamu seorang murid yang rajin dan mengutamakan pelajaran. Terima kasih cikgu. Izinkan saya masuk ke kelas untuk meneruskan pelajaran saya. Silalah masuk ke kelas kamu. Beritahu guru yang sedang mengajar di kelas kamu itu tentang masalah kamu datang lewat hari ini. Baiklah, cikgu.

Cikgu Zainal

Ahmad Naufal Cikgu Zainal Ahmad Naufal

: : :

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

mohon maaf berdikari rajin bersopan pemaaf

terlewat datang ke sekolah mencari bengkel basikal mengutamakan pelajaran meminta izin daripada guru sedia memaafkan kesalahan

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah memohon maaf kepada guru bertugas kerana terlewat tiba di sekolah. Selain itu, kita sepatutnya berdikari untuk membaiki rantai basikal yang terputus. Seterusnya, kita haruslah mengamalkan budaya rajin serta mengutamakan pelajaran walaupun berhadapan dengan masalah. Oleh itu, kita dikehendaki bersopan satun, seperti Ahmad Naufal yang meminta izin daripada guru bertugas untuk masuk ke kelasnya. Akhirnya, kita sewajarnya bersikap pemaaf dan sedia memaafkan kesalahan yang tidak disengajakan oleh seseorang.

11

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Ulasan Pengajaran (Pantun)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Palpa rumbia dibuat sagu, Sagu diadun dijadikan lepat; Hati sedih bertambah sayu, Banjir kilat longkang tersumbat. Panjat kelapa menggunakan sigai, Sigai dicipta oleh Pak Nayan; Sisa toksik berlimpahan di sungai, Pembangunan meragut rezeki nelayan. Gula melaka si nira tebu, Lopes enak menambat selera; Ozon menipis menebal jerebu, Mencemaran udara, musnah belantara.

Bunga mawar berwarna-warni, Mawar merah jadi pilihan; Inikah budi masyarakat madani, Pentingkan laba musnahkan keindahan. Putat, pegaga dibuat ulam, Tumbuh subur di tepi jemuran; Marilah teman mencintai alam, Jaga kebersihan elakkan pencemaran.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

prihatin bertanggungjawab menjaga kesihatan rasional mencintai alam

mengelakkan banjir kilat tidak mengotori sungai menngelakan pencemaran udara menjaga keindahan alam menjaga kebersihan persekitaran

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah prihatin dan berusaha mengelakan banjir kilat berlaku. Selain itu, kita sepatutnya bertanggungjawab menjaga sungai supaya tidak dicemari. Seterusnya, kita haruslah menjaga kesihatan dengan mengelakan pencemaran udara berlaku. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap rasional dan memulihara serta menjaga keindahan alam sekitar. Akhirnya, kita sewajarnya mencintai alam seperti menjaga kebersihan persekitaran daripada sebarang pencemaran.

12

Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR

Ulasan Nilai Murni (Cerita)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu menyuruh Haleda pergi ke kedai Pak Hamid untuk membeli tepung dan gula. Tanpa membantah dan membuang masa, Haleda segera pergi ke kedai Pak Hamid dengan menunggang basikalnya. Dia mengayuh basikal dengan berhati-hati kerana jalan raya ke kedai itu kurang baik. Lagipun ada sesetengah anak muda di kampungnya itu yang suka menunggang motosikal dengan laju. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Setelah urusan tersebut selesai, dia terus balik tanpa singgah di mana-mana. Sampai di rumah, dia menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Ibunya memuji Haleda kerana cepat pulang bersama-sama barangan yang dipesan. Ibunya juga memulangkan wang baki itu kepada Haleda. Haleda mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke dalam tabung. Haleda tersenyum keriangan kerana duit tabungannya bertambah.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

taat / patuh berwaspada amanah pemurah berjimat-cermat

suruhan ibunya semasa menunggnag basikal menyerahkan wang baki memberi wang kepada anaknya menabung wang

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah patuh atau taat terhadap suruhan ibu untuk membeli barangan dapur. Selain itu, kita sepatutnya berwaspada semasa menunggang basikal melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Seterusnya, kita haruslah amanah dan menyerahkan wang baki berbelanja kepada ibu kita. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap pemurah seperti Puan Haleda yang memberi wang baki membeli tepung dan gula kepada anaknya. Akhirnya, kita sewajarnya membudayakan sikap gemar berjimat cermat dengan cara menabung.