Anda di halaman 1dari 4

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

JAWAPAN PRAKTIS PENULISAN

BAHAGIAN A - PRAKTIS (1) 1. Seorang lelaki sedang membersihkan sawang di luar dewan tersebut. 2. Seorang lelaki sedang membersihkan longkang dengan meggunakan penyapu. 3. Seorang lelaki sedang memasukkan sampah sarap ke dalam sebuah karung plastik. 4. Seorang perempuan menyediakan kuih-muih untuk jamuan gotoyong-royong tersebut. 5. Seorang pemuda menolak sampah sarap dengan menggunakan sebuah kereta sorong.

BAHAGIAN A - PRAKTIS (2) 1. Sekolah tersebut mengadakan majlis sambutan Hari Guru. 2. Seorang perempuan tua berjalan dengan menggunakan tongkat. 3. Dua orang lelaki sedang memegang sebilah tombak di atas pentas. 4. Pentas sekolah itu dihias dengan kain rentang bunga raya dan pasu bunga. 5. Banyak penonton menyaksikan pementasan drama sempena sambutan Hari Guru itu.

AUTOBIOGRAFI - PRAKTIS (1) 1. badan 6. berlari 2. kertas 7. menemai 3. ekor 8. kencang 4. kencang 9. angin 5. padang 10. haluan

AUTOBIOGRAFI - PRAKTIS BULANAN (1) Aku Sebuah Jam Tangan Aku dilahirkan di sebuah kilang elektronik yang terkenal di negara Itali. Nama komersialku ialah Rolex, jam tangan yang menjadi lambang kehebatan para pemakainya. Warna keseluruhan diriku ialah kuning keemasan. Raut wajahku juga dipenuhi batu permata yang cantik dan berkilauan. Setelah sempurna kelahiranku, aku diisi ke dalam sebuah kotak yang cantik lagi menarik. Aku kemudiannya dikumpulkan bersama-sama rakanku yang lain untuk dihantar ke seluruh pelosok dunia. Khidmatku amat diperlukan sebagai penunjuk waktu kepada seluruh masyarakat dunia. Aku dan rakan-rakanku sudah siap sedia untuk diterbangkan ke Malaysia. Di Malaysia aku telah ditempatkan di sebuah pasar raya. Aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca yang cantik bersamasama rakanku yang lain. Kami menjadi tarikan para pengunjung pasar raya tersebut. Pada suatu hari, aku didatangi oleh sepasangan suami isteri. Mereka berminat untuk melamar aku menjadi anggota keluarga mereka. Aku bernasib baik kerana pasangan tersebut bersetuju untuk membeli aku seterusnya memiliki diriku. Setelah Datok Malek bersetuju membayar aku dengan harga RM2,500.00, kini aku telah dimiliki oleh isterinya, Datin Maria. Aku sungguh bertuah kerana tuan baruku amat mengambil berat akan diriku. Aku senantiasa menemani datin ke mana-mana sahaja beliau pergi. Pada suatu hari, tuan aku ada urusan penting. Datin tergesa-gesa mencapai aku, aku terlepas dari tangannya lalu jatuh terhempas di atas lantai. Mukaku pecah, aku menjerit kesakitan tetapi jeritanku tiada siapa yang mendengarnya. Aku terpaksa di hantar ke klinik pakar jam untuk menjalani rawatan pemulihan. Aku berasa terlalu sedih. Seminggu telah berlalu, aku berjaya dipulihkan, wajahku kembali ceria. Tuan aku memakai aku semula malahan, kini beliau lebih berhati-hati agar peristiwa lalu tidak berulang kembali.

PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

AUTOBIOGRAFI - PRAKTIS BULANAN (2) Aku Sebatang Sungai Aku ialah sebatang sungai, namaku ialah Sungai Kinta. aku berasal dari kawasan tanah tinggi di bahagian tengah negeri Perak. Di sepanjang perjalanan, aku melalui jurang, jeram, air terjun, ceruncerun bukit dan kawasan lurah yang curam dan dalam. Pepohon rimbun yang menghijau di kiri kananku sungguh mendamaikan hati dan perasaan. Di dalam perutku terkandung banyak air. Air ini merupakan sumber utama kepada manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Di perutku juga terkandung pelbagai khazanah yang sangat berguna kepada haiwan, tumbuhan, perindustrian, dan pertanian di muka bumi ini. Para bijak pandai juga telah dapat memanfaat air yang terdapat di dalam perutku untuk tujuan pembangunan. Air mampu membekalkan sumber tenaga elektrik hidro kepada manusia. Selain itu, aku juga dibangunkan sebagai tempat rekreasi atau taman tema air untuk menjalankan aktiviti seperti mandimanda, berkelah, dan berkayak. Sebahagian para nelayan bergantung rezeki daripada khazanah dalam perutku. Di dalam perutku terdapat pelbagai jenis ikan, udang, ketam dan sebagainya. Hidupan air ini merupakan sumber protein dan makanan utama rakyat Malaysia. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir manusia telah menyebabkan khazanah laut seperti hidupan akuatik dan tumbuh-tumbuhan sungai semakin pupus. Kini aliranku menjadi lesu dan tidak bermaya kerana longgokkan sampah sarap yang bertimbun-timbun. Aku sudah tidak selamat lagi untuk digunakan kerana dicemari oleh sisa-sisa toksik yang beracun. Wajahku tidak sejernih dahulu, aliranku juga sudah tidak sederas dahulu. Bauku yang segar telah bertukar menjadi busuk dan hanyir. Aku berasa sungguh sedih ketika meneruskan perjalanan ke muara. Bagaimanakah kesudahan nasibku? Aku mengharapkan masih ada insan yang sudi dan mahu mendengar rintihanku Cintailah Sungai Kita. CERITA / CEREKA - PRAKTIS (1) 1. jualan 6. meriah 2. hati 7. potongan 3. menarik 8. kaunter 4. digantung 9. layanan 5. bijak 10. permainan

CERITA / CEREKA - PRAKTIS BULANAN (1) Kenangan Manis dan Pahit Bersamamu Aku mula berkenalan dengan sahabat baikku Zaira semenjak di tahun tiga lagi. Dia selalu membantuku apabila aku berada dalam kesusahan. Dia amat mengambil berat tentang diriku. Kami berkawan tanpa pernah berselisih faham. Pada waktu lapang, kami sering ke pusat sumber sekolah untuk mengulang kaji pelajaran. Ada kalanya kami mengunjungi pusat akses internet di sekolah kami untuk mendapatkan inforamasi tentang pembelajaran. Walaupun Zaira tampak gembira, tetapi sebenarnya dia mengidap penyakit kronik. Pada peperiksaan akhir tahun, Zaira telah dinobatkan sebagai murid terbaik seluruh tahun empat. Dia telah membuktikan kemampuannya walaupun berhadapan dengan penyakit jantung berlubang yang dialaminya selama ini. Guru-guru dan rakan-rakan mengucapkan tahniah atas kejayaannya. Keriangan yang dialami oleh Zaira tidak kekal lama. Dua minggu selepas itu, Zaira terpaksa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Hatiku sungguh sedih sekali. Kini dia telah jauh dariku. Sebelum berpisah dia sempat memberiku hadiah jam tangan sebagai tanda persahabatan kami. Demi masa, janganlah awak lupakan saya, walau apa-apa pun terjadi ... itulah ungkapan akhir daripada sahabat baikku, Zaira. Aku tidak mampu menahan sebak yang melanda hatiku. Air mataku bercucuran membasi pipi. Dia merupakan sahabatku yang paling rapat dan paling baik denganku. Sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya. Aku mendapat khabar tentang pembedahan yang dijalaninya telah gagal. Zaira pergi menyambut panggilan Ilahi, dia pergi buat selama-lamanya. Aku menangis tersedu-sedu sambil mengenggam erat jam tangan pemberiannya. Kata-kata akhirnya tetap bersemadi di sanubariku sampai bila-bila. Doaku, semoga rohmu damai di sisi Ilahi.

PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

CERITA / CEREKA - PRAKTIS BULANAN (2) Rumah Jiranku Terbakar Ketika aku sedang menjamah pisang goreng panas, tiba-tiba aku terdengar satu letupan yang kuat dari arah luar rumahku. Tanpa berlengah lagi aku terus keluar dari rumahku untuk mencari kepastian. Aku tercari-cari punca dan arah letupan itu berlaku. Sedang aku tercari-cari punca kejadian, aku terdengar suara jiranku Saiful, menjerit Api! Api! Api!. Aku terus meluru ke arahnya. Dia menceritakan bahawa rumah jirannya Haji Bakri telah terbakar. Dia keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada jiran-jiran terdekat. Aku segera berlari ke arah rumah Haji Bakri. Aku lihat asap tebal mula memenuhi ruang angkasa. Ketika aku tiba di rumah Haji Bakri, aku lihat beberapa orang jiranku berusaha untuk memadamkan api. Namun, usaha mereka tidak berjaya meredakan api itu. Api semakin bertambah marak. Tanpa berlengah, aku terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk memohon bantuan. Aku melaporkan kejadian tersebut. Sepuluh minit kemudian pihak bomba pun tiba. Dengan kemahiran dan kepakaran pihak bomba, akhirnya mereka dapat memadamkan api tersebut daripada terus merebak. Aku lihat sebahagian daripada rumah Haji Bakri hangus dijilat api. Menurut Haji Bakri, punca kebakaran itu bermula daripada litar pintas yang berlaku di bahagain dapur rumahnya. Ketika itu anak sulungnya sedang menjerang air menggunkan cerek elektrik. Tiba-tiba, kabel elektrik di bahagian siling dapurnya mengeluarkan percikan api dan api terus merebak. Di uar rumah, kelihatan Hajah Rafidah menangis kesedihan mengenangkan nasib keluarganya. Beberapa orang rakannya cuba mententeramkannya. Aku tidak sanggup untuk melihat kesedihannya yang mereka alami. Aku mengatur langkah lesu untuk pulang ke rumah. Hajat hati untuk bermain layanglayang pada petang itu terpaksa aku batalkan apabila mengenangkan peristiwa malang itu.

FAKTA / RENCANA - PRAKTIS (1) 1. menerapkan 6. menyertai 2. mengisi 7. terhindar 3. program 8. kepimpinan 4. berkenalan 9. dihormati 5. pendapat 10. mempelajari

FAKTA / RENCANA - PRAKTIS BULANAN (1) Kebaikan Makan Buah-buahan Tempetan Buah-buahan merupakan sumber makanan yang memberi banyak zat kepada manusia. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan tempatan di negara kita. Buah-buahan ini ada yang bermusim dan ada yang berbuah sepanjang tahun Antara buah-buahan tempatan yang popular ialah durian, rambutan, manggis, langsat, dan sebagainya. Buah-buahan ini banyak didapati di ladang-ladang atau di dusun. Buah-buhan ini mudah didapati dan dijual di merata-rata tempat dengan harga yang berpatutan. Buah-buahan tempatan banyak mengandungi vitamin dan zat. Vitamin paling banyak terdapat di dalam buah-buahan seperti betik, limau, belimbing dan tembikai. Selain itu, Buah-buahan tempatan juga mengandungi kalsium dan serat yang tinngi. Buah-buahan tempatan banyak dan mudah didapati, oleh itu, kita tidak sepatutnya mengagungagungkan buah-buahan luar negara. Jika dibandingkan buah jambu batu dengan epal misalnya, buah jambu batu mengandungi zat yang lebih banyak. Selain itu, buah-buahan tempatan juga dijual dengan harga yang lebih berpatutan. Perbandingan harga sungguh ketara dengan buah-buahan import seperti buah ceri, anggur, dan kiwi yang lebih mahal. Oleh itu, kita seharusnya dapat berjimat untuk mendapatkan kebaikan yang serupa. Makanlah buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini mempunyai banyak kelebihan. Selain segar dan berkhasiat, harganya juga lebih murah. Sokongan yang kita berikan dapat membantu para petani pengembangkan idustrian pertaninan di negara kita.

PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

FAKTA / RENCANA - PRAKTIS BULANAN (2) Langkah-langkah Mengatasi Keracunan Makanan Saban hari kita membaca di dada-dada akhbar atau menonton televisyen tentang kes orang ramai yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku disebabkan kekotoran semasa penyediaan makanan tersebut. Amat berbahaya sekali jika keracunan yang berlaku disebabkan oleh penyalahgunaan bahan kimia seperti asid borik. Beberapa langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya, bahan makanan yang dibeli hendaklah dipastikan dan ditentukan terlebih dahulu mutu kandungannya. Jangan membeli barangan yang sudah rosak atau tinnya sudah kemek. Semasa membeli barangan juga kita hendaklah melihat tarikh luput sesuatu barangan. Ini dapat menjauhkan diri kita daripada keracunan. Kita juga hendaklah membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum kita memakannya. Kemungkinan sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut disembur dengan racun serangga. Sisa racun serangga ini akan menyebabkan kita sikit perut dan cirit-birit. Makanan yang sudah dimasak hendaklah dimakan secepat mungkin. Jika makanan tersebut berlebihan, kita hendaklah menyimpannya di dalam tempat yang tertutup seperti di bawah tudung saji atau di dalam peti sejuk. Ini bertujuan untuk menghindarkan makanan tersebut dihingapi lalat yang akan mencemarkan dan mengotorkan makanan berkenaan. Peralatan dapur yang sudah digunakan hendaklah dibasuh secepat mungkin. Peralatan dapur ini hendaklah dibersihkan dan dicuci selepas digunakan setiap kali. Jika kita biarkan peralatan tersebut terdedah lama, berkemungkinan kuman akan merebak. Kesimpulannya, keracunan makanan adalah antara penyebab seseorang ditimpa penyakit. Kita sebagai pengguna hendaklah bijak memilih makanan, seperti kata pepatah berhati-hati sebelum kena, beringat sebelum habis. Pilihlah makanan yang berkhasiat, bersih penyediaannya, dan baik kualitinya.

BAHAGIAN C - PRAKTIS (1) Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama membersihkan kawasan rumah. Selain itu, kita sepatutnya menjaga kebersihan seperti mencuci longkang dan menyapu sampah. Seterusnya, kita haruslah prihatin seperti mengelakkan pembakaran terbuka yang akan mencemarkan udara. Oleh itu, kita dikehendaki rajin atau ringan tulang menceriakan kawasan rumah kita. Akhirnya, kita juga sewajarnya menjaga alam sekitar seperti menanam pokok-pokok bunga di kawasan rumah kita.

BAHAGIAN C - PRAKTIS (2) Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ... kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya prihatin menjaga kebersihan beradab sopan keselamatan kesungguhan bangun awal setiap pagi mengemas bilik tidurnya mohon restu ibu bapanya semasa berada di dalam bas beri tumpuan semasa belajar

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah prihatin seperti bangun awal setiap pagi untuk pergi ke sekolah. Selain itu, kita sepatutnya menjaga kebersihan dengan mengemas bilik tidur sendiri. Seterusnya, kita haruslah beradab sopan seperti besalaman dengan ibu bapa untuk memohon restu mereka sebelum kita pergi ke sekolah. Oleh itu, kita dikehendaki menjaga keselamatan diri semasa berada di dalam bas sekolah. Akhirnya, kita juga sewajarnya mempunyai kesungguhan dan memberi tumpuan semasa guru mengajar.

PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012