Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Mesyuarat Sasaran Kerja Utama (SKU/Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Kementerian Pendidikan pada 21 dan 22 Februari 1999 menyarankan supaya dilakukan penyemakan semula kurikulum sekolah menggunakan pendekatan keluaran (product approach). Kertas Cadangan Strategi Penyemakan Semula Kurikulum Persekolahan telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kementerian Pendidikan pada 1 Jun 1999.

1.1 TUJUAN

Penyemakan semula kurikulum Bahasa Melayu dibuat semula kerana:


a. memenuhi tuntutan semasa dan memastikan kurikulum Bahasa Melayu relevan dengan keadaan semasa dan kehidupan alaf baru yang dapat memenuhi hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Rukun Negara. b. menyediakan landasan untuk melahirkan insan yang celik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), berkemahiran mengakses, mengendalikan, memilih, menilai dan menggunakan maklumat secara efisien dengan teknologi canggih dalam era globalisasi.

c.

Memenuhi keperluan dan perkembangan individu (psikologi, kebolehan, bakat, dan minat) dari segi:
i. menyediakan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran serta mampu meneroka pelbagai bidang ilmu. Membuat adaptasi, modifikasi, dan inovasi dalam menghadapi dan menangani perubahan serta cabaran masa depan. ii. melahirkan insan yang mampu dan berupaya berkomunikasi, menggunakan bahasa dengan berkesan untuk tujuan ilmu, kerjaya, dan pembelajaran sepanjang hayat.

1.2

PRINSIP PENYEMAKAN

Prinsip yang digunakan dalam penyemakan kurikulum ialah: i. mengisi lompang yang ada dan memantapkan kemahiran yang telah dipelajari.

ii. mengekalkan kandungan yang sesuai dengan keperluan semasa dan yang akan datang serta memenuhi piawai kandungan.

iii. mencantas kandungan yang tidak sesuai, tidak selari dengan kehendak semasa dan bertindan.
iv. menambah unsur baru yang sesuai dengan keperluan semasa dan akan datang.