Anda di halaman 1dari 5

.

B/L/01/01

TAJUK : AMALAN MENABUNG OBJEKTIF : Pada akhir latihan saya akan dapat : Membaca dan memahami teks yang dibaca. Memberi komen tentang cara datuk menabung ARAHAN : Baca dan fahami petikan teks yang disediakan. Kenal pasti isi utama dalam petikan. Mencatat tentang kaedah datuk menabung Semak jawapan kamu.

HP 6.5 Aras 1

i. Membaca dan mencari fakta yang relevan

AKTIVITI Baca teks di bawah dan catatkan isi penting. Kawan kawan, pada hari ini saya ingin bercerita tentang cara cara orang dahulu menabung. Menurut ayah saya, arwah datuk saya rajin menabung. Itulah sebab arwah datuk saya dapat membeli beberapa bidang tanah yang diwarisi sehingga kini. Datuk saya pandai merancang perbelanjaannya. Belia menyimpan sebahagian pendapatanya. Beliau menggunakan tabung buluh untuk menyimpan wang syiling. Datuk saya mempunyai banyak tabung buluh. Wang kertas pula disimpan didalam bantal, di bawah tilam dan di dalam almari khas. Datuk saya tidak menyimpan wang di dalam bank kerana bank terletak jauh di Bandar. Sekiranya datuk memerlukan wang yang banyak, beliau akan memecahkan tabung buluh tersebut. Walaupun datuk menyimpan wang di rumah, datuk tidak pernah dirompak. Datuk begitu yakin wang itu selamat . Cara yang dilakukan oleh datuk saya sebenarnya tidak boleh menjadi ikutan. Kita boleh mencontohi sikap jimat cermatnya itu tetapi kita perlu mencari jalan untuk menyimpan wang dengan selamat.

HP 6.5 Aras 1 ii. Membaca dan mencari fakta yang relevan

Latihan 1. Berikan penndapat kamu tentang teks dengan menggunakan rajah yang

sesuai. _______________________________________________________________ _ _______________________________________________________________ _ _______________________________________________________________ _ _______________________________________________________________ _ 2. Catatkan isi penting dalam teks dengan menggunakan rajah yang sesuai.

Cara Datuk Fahmi Menabung

HP 6.5 Aras 1 ii. Membaca dan mencari fakta yang relevan

Cadangan Jawapan 1. Amalan menabung yang dilakukan oleh datuk Fahmi sangat baik. Walau bagaimanapun, cara yang diamalkan adalah kurang selamat. Beliau perlu menyimpan wang tersebut di dalam bank.

2. Mencatat isi penting

Tabung buluh

Bawah tilam

Cara Datuk Fahmi Menabung

Dalam bantal

Dalam almari

HP 6.5 Aras 1

ii) Membaca dan mencari fakta yang relevan