Anda di halaman 1dari 1

Akhbar KOSMO, Isnin 10.12.

12 Syarikat Petronas menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menghulurkan pelbagai bantuan asas kepada 1,500 keluarga yang tidak bernasib baik di Sungai Petani, Kedah. Antara bantuan yang dihulurkan adalah melalui program Sentuhan Harapan yang dilakukan oleh Petronas dalam usaha untuk membasmi kemiskinan. Menurut Datuk Muhammad Medan Abdullah yang merupakan Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Petronas, menerusi program yang dilaksanakan golongan sasar akan diberi bantuan bekalan makanan asas bernilai RM80 sebulan dalam tempoh dua tahun. Menurutnya lagi, sebanyak 8,000 keluarga terpilih di seluruh negara menerima bantuan melalui program tersebut.

Anda mungkin juga menyukai