Bertanggungjawab kepada seseorang, terhadap tindakan, keputusan & bersedia beri penjelasan & justifikasi.
Berkait dgn disiplin & keperluan beri justifikasi & terima kebertanggungjawaban terhadap sesuatiu keputusan & tindakan yg diambil.
Akauntabiliti :Bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Berfokus kpd kualiti guru, pengajaran dan pencapaian pelajar.
Guru harus bertanggungjawab terhadap pekerjaannya ataupun perkara yang ditugaskan kepadanya. Guru haruslah memahami selengkap lengkapnya dengan isi, dan ilmu yang berkaitan dengan dengan mata pelajaran yang diajar. Bagi melaksanakan tugas dengan sempurna dan tanpa melakukan sebarang kesilapan,seseorang guru itu haruslah memahami kurikulum sekolah secara mendalam
Pengajaran mengikut kurikulum yang ditugaskan kepada seseorang guru itu adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya Guru juga haruslah merancang dan melaksanakan sepenuhnya strategi dalam aktiviti pengajaran supaya dapat mencapai objektif pengajaran yang maksimum. Fakta yang betul dan tepat haruslah di ajarkan kepada murid murid supaya murid murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu yang betul.
Tempat seseorang guru bertugas adalah di sekolah Segala tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah kepada seseorang guru haruslah diterima dan ditanggung oleh guru itu sendiri Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah
Tugas guru bukan sekadar mengajar sahaja,tetapi guru juga memikul tugas tugas lain seperti GuruDisiplin,Setiusaha peperiksaan,Kaunselor dan lain lain lagi. Malahan, kadangkala guru juga bertanggungjawab dalam aspek aspek keceriaan sekolah seperti berkebun di sekolah ataupun melukis mural di dinding-dinding sekolah. Berat kan tugas guru??
Contoh teladan kepada murid murid adalah tingkah laku guru itu sendiri. Oleh itu,guru haruslah mempunyai sifat sifat yang terpuji yang boleh dijadikan tauladan kepada murid murid untuk di contohi. Seperti contoh guru haruslah berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun,berbudi bahasa,sentiasa menepati masa,rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang diamanahkan.
Penglibatan guru di dalam aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah amat perlu kerana ia dapat mencerminkan perilaku guru yang baik dandapat di contohi pelajarnya Guru juga haruslah pandai mengawal emosinya supaya dapat membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa. Jaga kesihatan, kawal kewangan secara bijak. Lengkapkan diri dgn ilmu, peka dgn peristiwa semasa. Kesimpulannya,guru haruslah berkelakuan seperti seorang guru, berpakaian seperti guru,bertindak seperti guru dan bertutur seperti guru.
Tugas dan tanggungjawab seorang guru tidak terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah muridmurid. Ia juga meliputi berbagai bagai aspek perkembangan potensi dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang.
Guru juga perlulah lebih peka dan mengutamakan hal hal yang berkaitan kebajikan dan keselamatan murid muridnya. Bimbing tanpa minta hadiah atau bayaran.
Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor faktor jasmani,mental,emosi,ekonomi,sosial, keturunan ataupun agama setiap pelajarnya Kesimpulannya guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap taraf pencapaian,kemajuan serta kelakuan murid murid yang diajarnya.
Sebagai seorang yang profesional,guru pula mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Contohnya,seperti mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang di ajarnya akan berjaya mencapai keputusan akademik seperti yang di harapkannya. Profesion perguruan menuntut supaya guru lebih peka terhadap keadaan sekelilingnya terutama yang berkaitan hal ehwal semasa kerana guru menjadi tempat rujukan muridnya
Guru juga haruslah melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas.Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain daripada buku teks.
Untuk menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna,guru haruslah berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya terutama sekali di dalam bidang pendidikan
Guru haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut cita dan matlamat sekolah,murid,ibu bapa, masyarakat dan negara. Selain itu, guru perlulah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang,sekolah,tingkah laku,murid dan profesion perguruan.