Anda di halaman 1dari 19

Bab 6

CADANGAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

77

76

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan


Ambigapathy Pandian, Hazita Azman, Balakrishnan Muniandy, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Harshita Aini Haroon, Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah dan Ratna Roshida Abdul Razak

Berdasarkan dapatan yang telah dinyatakan (sila rujuk Bab 5), berikut ialah cadangan yang dapat membantu pihak berkenaan mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah sains dan teknologi maklumat. Cadangan yang dikemukakan juga dijangka dapat memperkembang kemahiran literasi tempat kerja, yang diperlukan oleh para siswazah untuk menjadi lebih berdaya saing pada masa ini.

Cadangan untuk Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi Latihan Industri (i) (ii) Meningkatkan peratus komponen latihan industri dalam sesuatu program (40 hingga 60 peratus). Tempoh latihan industri dipanjangkan (enam bulan) dan pelajar ditempatkan di tempat yang sesuai. Objektif latihan industri perlulah disampaikan dengan jelas kepada pihak industri. Latihan industri diadakan setiap tahun pengajian di organisasi yang sama. Pada tahun pertama pengajian, pelajar perlu mengikuti rancangan orientasi di industri berkaitan, untuk mempelajari tentang struktur dan suasana industri. Pengisian orientasi bertambah mengikut tahun dengan kemuncak pengalaman ini dioperasikan dalam bentuk latihan industri dalam erti kata sebenar. Dalam hal ini, pelajar benar-benar boleh menyumbang sesuatu kepada organisasi, bukan saja terhad kepada penulisan laporan pengalamannya, atau untuk mencukupkan jam kredit pengajian sematamata. Semua IPTA perlu berbincang untuk merancang sistem penggiliran latihan industri demi mengelakkan semua pelajar mengikuti latihan ini pada masa yang sama. Hal ini akan menjamin semua pelajar yang terlibat mendapat tempat dan peluang untuk menjalankan latihan industri dengan sempurna. Skop latihan industri perlu diperluas untuk merangkumi penglibatan industri kecil dan sederhana. Penglibatan usahawan persendirian juga perlu diteliti kerana penglibatan ini dapat mendedahkan pelajar IPTA kepada aspek keusahawanan. Memberi insentif melalui Kementerian Kewangan (contoh: pengecualian cukai) kepada industri bagi menggalakkan pembabitan industri tersebut dalam latihan industri pelajar IPTA berdasarkan nisbah. Pihak kerajaan harus memberikan insentif kepada industri yang menunjukkan komitmen dalam program latihan industri. Ada baiknya pihak kementerian mewujudkan satu jawatankuasa yang memantau penglibatan pihak industri dalam program
77

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

Ambigapathy Pandian et al.

latihan industri. Jawatankuasa ini boleh mewujudkan satu rangkaian kerjasama perkongsian bijak sementara memantau kualiti pengalaman latihan industri yang dilalui oleh pelajar. Semakan Kurikulum Kurikulum universiti abad ke-21 perlu mengamati ciri-ciri 21st Century Literacy Skills yang merentas kurikulum dan bidang pengajian. Kurikulum seperti di atas perlu bagi mengatasi kelompangan integrasi kemahiran asas dan kecekapan berkomunikasi dalam pendekatan pembelajaran berasaskan bidang pengajian (ways of communicating the content knowledge) yang diakui tidak wujud dalam kurikulum universiti yang sedia ada. Pensyarah perlu diberikan latihan dalam mengintegrasikan kecekapan berasaskan pembelajaran kandungan dan literasi (content and literacy competence based learning) dalam pengajaran dan penilaian. Satu modul perlu diwujudkan dan siri latihan dibentuk untuk melatih pensyarah dalam perkara ini. Perubahan pendekatan pengajaran daripada yang berpusatkan pensyarah kepada yang berpusatkan pelajar berada pada tahap kritis pada masa ini. Oleh sebab itu, langkah-langkah untuk melatih pensyarah perlu diambil dengan segera. (i) Kurangkan kursus atau kandungan yang kurang relevan dalam sesuatu program tetapi selitkan kandungan kursus yang boleh mengasah kemahiran pelajar (contoh Kemahiran Abad ke-21). Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa terdapat keseimbangan antara pengetahuan teknikal dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka bekerja secara bersaing. Langkah ini juga penting untuk memastikan siswazah mempunyai kemahiran mengadaptasi (adaptability). Pendekatan pembelajaran perlu lebih menjurus kepada penyelesaian masalah, kajian kes dan sebagainya. Dua kebaikan pendekatan seperti ini ialah pelajar akan didedahkan kepada kes-kes sebenar dalam industri dan pelajar akan dapat mengasah kemahiran kreativiti, pemikiran aras tinggi, pengambilan risiko, penaakulan wajar, kerja berpasukan (kemahiran pemikiran inventif) yang amat diperlukan dalam dunia sebenar. Penilaian perlu lebih fokus untuk mengembangkan kemahiran pemikiran aras tinggi dalam kalangan pelajar dan kemahiran abad ke-21 yang lain, seperti kemahiran kerja berpasukan, membentang kertas cadangan dan sebagainya (tidak terhad hanya kepada penilaian perkara pokok). Penekanan perlu diberikan kepada latihan kemahiran berkomunikasi melalui pembentangan dan kerja berkumpulan. Dicadangkan setiap pembentangan dan kerja berkumpulan diberi penilaian yang berpatutan, bukan sekadar lima hingga 10 peratus. Latihan sebegini penting dilaksanakan, terutama dalam kalangan pelajar yang terhasil daripada amalan yang berorientasikan peperiksaan. Menjadikan tempoh pengajian lebih fleksibel supaya pelajar boleh mengikut pengajian berdasarkan kemampuan diri. Hal ini mengambil kira gaya

(ii)

(iii)

(iv)

78

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan

pembelajaran individu yang berbeza dan memberikan peluang pelajar mengambil masanya sendiri dalam meneroka bidang pembelajarannya. (v) IPTA diberikan autonomi untuk mengemas kini kurikulumnya berdasarkan proses jaminan kualiti sekiranya tiada implikasi kewangan dan infrastruktur yang terlibat. Struktur kurikulum universiti: Kandungan kursus (120 unit) dan tempoh pengajian tiga tahun didapati terlalu padat untuk pelajar. Pihak yang berkenaan perlu menyemak semula program tiga tahun dan struktur kurikulum perlu memberikan ruang untuk kursus-kursus yang boleh mengembangkan pemantapan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam kecekapan yang berkaitan dengan kebolehpasaran.

(vi)

(vii) Mewajibkan pengajaran, pembelajaran dan penilaian sepenuhnya dalam bahasa Inggeris secara beransur-ansur pada setiap peringkat program tertentu di semua IPTA. Kecekapan Bahasa Inggeris (i) Penekanan perlu diberikan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam penyampaian dan aplikasi ilmu bidang pengajian untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah. Tindakan rasmi harus diambil dalam usaha mewajibkan pensyarah menggunakan bahasa Inggeris yang lebih baik dan lebih luas dalam bidang pengajian. Pelajar perlu kelayakan minimum Band 4 MUET untuk masuk ke universiti. Pelajar yang gagal memenuhi kriteria ini diberikan tawaran kemasukan bersyarat, iaitu mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris selama satu semester sebelum memulakan pengajian mereka. Kecekapan bahasa Inggeris (pelajar): Penguasaan bahasa Inggeris yang baik dijadikan syarat wajib pengijazahan bagi semua pelajar. Sehubungan dengan itu, satu ujian nasional yang mengambil kira kemahiran bahasa tempat kerja perlu diwujudkan. Kecekapan bahasa Inggeris (pensyarah): Semua pensyarah IPTA wajib meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masing-masing. Bagi pensyarah yang baru berkhidmat, mereka diwajibkan menduduki ujian kecekapan bahasa Inggeris (English Language Proficiency Test). Mereka yang gagal mencapai tahap minimum yang ditetapkan, diwajibkan mengikuti kursus bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat.

(ii)

(iii)

(iv)

Pendekatan Pengajaran (i) Pendekatan pengajaran program pengajian perlu mengintegrasikan kemahiran berkomunikasi dengan literasi abad ke-21. Satu modul perlu dibentuk bagi membantu dan melatih para pensyarah dalam menggubal sukatan pelajaran dan pendekatan pengajaran.
79

Ambigapathy Pandian et al.

Program Kerjaya (i) Kursus kerjaya perlu diwujudkan di semua universiti dan diwajibkan untuk semua pelajar sepanjang tempoh pengajian supaya pelajar dapat memberikan fokus kepada sasaran kerjaya masing-masing. Kursus kerjaya ini seharusnya berkait rapat dengan program orientasi industri [sila rujuk Latihan Industri (c)]. Setiap pelajar mempunyai folio perkembangan profesional diri sepanjang tempoh pengajian yang boleh diguna pakai semasa temu duga. Folio ini juga membolehkan pelajar membuat penilaian tentang diri sendiri; lantas dapat membantu mereka mengambil tindakan sewajarnya. Wajibkan program pembangunan profesional mahasiswa (di luar daripada bilangan jam kredit) untuk semua IPTA dan pemantauan oleh pegawai perkembangan kerjaya. Program-program ini bertujuan untuk membentuk hala tuju pelajar dan membantu mereka mengenali kekuatan dan kelemahan diri masing-masing, supaya penambahbaikan boleh dibuat untuk memastikan kesediaan mereka menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

(ii)

(iii)

Memperkasa Pelajar (i) Membuka ruang kepada pelajar untuk membuat kerja sambilan di universiti (contoh help desk di kluster komputer, pembantu perpustakaan dan sebagainya). Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama bahasa) dan kemahiran komunikasi efektif. Waktu pekerjaan bergantung kepada PNGK pelajar (Contoh: PNGK 2.5 ke bawah: tiga hingga lima jam seminggu dan PNGK 2.5 ke atas: empat hingga lapan jam seminggu). Semua pelajar diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama kesedaran global), kemahiran komunikasi efektif dan kemahiran pemikiran inventif melalui pembabitan mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan.

(ii)

Cadangan untuk Tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia Semakan Kurikulum (i) Pendekatan pembelajaran perlu dijuruskan kepada perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta boleh menghasilkan pelajar yang berdikari. Kandungan kurikulum juga perlu mula memasukkan unsur-unsur kreativiti dan pemikiran kritis dan tidak terhad kepada fakta semata-mata. Kaunselor sekolah perlu mengintegrasikan komponen dunia pekerjaan dalam program-program kerjaya sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah untuk membantu mereka menentukan hala tuju kerjaya mereka. Pada
80

(ii)

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan

peringkat operasinya, melalui program ini, pelajar dapat mencontohi seseorang (shadowing), ataupun bekerja (tempoh jam seminggu ditetapkan) untuk mendapat gambaran tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Hal ini juga dapat membantu pelajar memfokuskan fikiran mereka kepada bidang pengajian tertentu. Kecekapan Bahasa Inggeris (i) Penilaian bahasa Inggeris di sekolah perlu lebih tertumpu kepada kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris. Selaras dengan itu, penilaian perlulah memperuntukkan komponen peratusan yang memadai dalam penilaian subjek tersebut (sekarang hanya lima peratus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia hasilnya pelajar boleh mendapat 1A dalam bahasa Inggeris tetapi tidak boleh bertutur).

Cadangan untuk Tindakan IPTA Latihan Industri (i) (ii) Meningkatkan peratus komponen latihan industri dalam sesuatu program (40 hingga 60 peratus). Tempoh latihan industri dipanjangkan (enam bulan) dan pelajar ditempatkan di tempat yang sesuai. Objektif latihan industri perlulah disampaikan dengan jelas kepada pihak industri. IPTA bekerjasama dengan industri bagi memastikan keberkesanan latihan industri kepada pelajar. Usaha sama universiti dengan industri perlu lebih tersusun (contoh: matlamat, objektif, perancangan termasuk penempatan untuk latihan industri).

(iii)

Semakan Kurikulum (i) IPTA diberikan autonomi untuk mengemas kini kurikulum berdasarkan proses jaminan kualiti sekiranya tiada implikasi kewangan dan infrastruktur yang terlibat. Struktur kurikulum universiti: Kandungan kursus (melebihi 120 unit) dan tempoh pengajian tiga tahun didapati terlalu padat untuk pelajar. Pihak yang berkenaan perlu menyemak semula program tiga tahun dan struktur kurikulum perlu memberi ruang untuk kursus-kursus yang boleh mengembangkan pemantapan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam kecekapan berkaitan dengan kebolehpasaran. Mewajibkan pengajaran, pembelajaran dan penilaian sepenuhnya dalam bahasa Inggeris secara beransur-ansur pada setiap peringkat program tertentu di semua IPTA.
81

(ii)

(iii)

Ambigapathy Pandian et al.

Kecekapan Bahasa Inggeris (i) Kecekapan bahasa Inggeris (pelajar): Penguasaan bahasa Inggeris yang baik dijadikan syarat wajib pengijazahan bagi semua pelajar. Sehubungan dengan itu, satu ujian nasional yang mengambil kira kemahiran bahasa tempat kerja perlu diwujudkan. Kecekapan bahasa Inggeris (pensyarah): Semua pensyarah IPTA wajib meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masing-masing. Bagi pensyarah yang baru berkhidmat, mereka diwajibkan menduduki ujian kecekapan bahasa Inggeris (English Language Proficiency Test). Mereka yang gagal mencapai tahap minimum yang ditetapkan, diwajibkan mengikuti kursus bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat.

(ii)

Cadangan untuk Tindakan Agensi Lain Latihan Industri (i) Memberi insentif melalui Kementerian Kewangan (contoh: pengecualian cukai) kepada industri bagi menggalakkan pembabitan dalam latihan industri pelajar IPTA berdasarkan nisbah. Pihak kerajaan harus memberikan insentif kepada industri yang menunjukkan komitmen dalam program latihan industri. Ada baiknya pihak kementerian mewujudkan satu jawatankuasa yang memantau penglibatan pihak industri dalam program latihan industri. Jawatankuasa ini boleh mewujudkan satu rangkaian kerjasama perkongsian pintar sementara memantau kualiti pengalaman latihan industri yang dilalui oleh pelajar.

Cadangan untuk Tindakan Industri Latihan Industri (i) Industri bekerjasama dengan IPTA bagi memastikan keberkesanan latihan industri kepada pelajar. Usaha sama universiti dengan industri perlu dirancang secara lebih tersusun (contoh: matlamat, objektif, perancangan, termasuk penempatan untuk latihan industri). Memberi insentif kepada pelajar yang terlibat dalam latihan industri (contoh elaun) untuk menunjukkan komitmen dan sokongan pihak majikan terhadap program latihan industri dan membantu untuk meringankan beban perbelanjaan pelajar sepanjang tempoh latihan. Wujudkan bidang industri baharu, seperti bioteknologi dan kejuruteraan genetik agar tenaga sumber manusia terlatih dapat diserap ke dalam bidangbidang ini.

(ii)

(iii)

82

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan

Jadual 6.1: Rumusan: Masalah, cadangan dan tindakan


Masalah 1. Kemahiran literasi alaf digital, khususnya kebolehan berbahasa Inggeris dalam kalangan siswazah adalah lemah sehingga menghalang mereka mengutarakan pendapat dan idea semasa temu duga. Cadangan a. Pelajar perlu kelayakan minimum Band 4 MUET untuk masuk ke universiti. Pelajar yang gagal memenuhi kriteria ini diberikan tawaran kemasukan bersyarat, iaitu mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris selama satu semester sebelum memulakan pengajian mereka. b. Kecekapan bahasa Inggeris (pelajar): Menjadikan kecekapan berbahasa Inggeris sebagai syarat pengijazahan bagi semua pelajar. Sehubungan dengan itu, satu ujian nasional yang mengambil kira kemahiran bahasa tempat kerja perlu diwujudkan. a. Pendekatan pengajaran program pengajian perlu mengintegrasikan kemahiran berkomunikasi dan literasi abad ke-21. Satu modul perlu dibentuk bagi membantu dan melatih para pensyarah dalam menggubal sukatan pelajaran dan pendekatan pengajaran untuk berbuat demikian. b. Semua pelajar diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama kesedaran global), kemahiran komunikasi efektif dan kemahiran pemikiran inventif melalui pembabitan mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan. c. Kurikulum universiti abad ke-21 perlu mengamati ciri-ciri 21st Century Literacy Skills yang merentas kurikulum dan bidang pengajian. Kurikulum seperti di atas perlu bagi mengatasi kelompangan integrasi kemahiran asas dan kecekapan berkomunikasi dalam pendekatan pembelajaran bidang pengajian (ways of communicating the content knowledge) yang diakui tidak wujud dalam kurikulum universiti yang sedia ada. Pensyarah perlu diberikan latihan dalam mengintegrasikan pembelajaran berasaskan kandungan dan kompetensi literasi dalam pengajaran dan penilaian. Satu modul perlu diwujudkan dan siri latihan dibentuk untuk melatih pensyarah dalam perkara 83 Tindakan KPT/KPM

KPT/IPTA

2. Siswazah menghadapi masalah dalam kemahiran komunikasi efektif, mungkin disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dan rasa kurang yakin pada diri sendiri.

KPT/IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA

Ambigapathy Pandian et al. ini. Perubahan kepada pendekatan pengajaran daripada yang berpusatkan pensyarah (lecturer centered) kepada yang berpusatkan pelajar (learner centered) berada pada tahap kritis pada masa ini. Oleh sebab itu, langkah-langkah yang wajar perlu diambil dengan segera. 3. Pihak industri amat mementingkan kemahiran daya pengeluaran yang tinggi. Perkara ini dikaitkan dengan latihan industri yang diperlukan agar siswazah dapat menunjukkan daya pengeluaran yang tinggi. Kebanyakan majikan juga mendapati bahawa siswazah tempatan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk membina keyakinan dan kemahiran dalam bidang pekerjaan mereka. Dalam tempoh enam bulan tersebut, sebilangan siswazah ini menghadapi banyak masalah yang kadangkadang menyebabkan mereka menyerah kalah dan meletak jawatan. a. Peratus komponen latihan industri dalam sesuatu program perlu ditingkatkan dalam lingkungan 40 hingga 60 peratus. Tempoh latihan industri dipanjangkan (enam bulan) dan pelajar ditempatkan di tempat yang sesuai. Objektif latihan industri perlulah disampaikan dengan jelas kepada pihak industri. b. Latihan industri diadakan setiap tahun pengajian. Pada tahun pertama pengajian, pelajar perlu mengikuti rancangan orientasi di industri berkaitan untuk mempelajari tentang struktur dan suasana industri. Pengisian orientasi bertambah mengikut tahun dengan kemuncak pengalaman ini dioperasikan dalam bentuk latihan industri dalam erti kata sebenar apabila pelajar benarbenar boleh menyumbang sesuatu kepada organisasi, bukan saja terhad kepada penulisan laporan pengalamannya, atau untuk mencukupkan jam kredit pengajian semata-mata. c. Semua IPTA perlu berbincang untuk merancang sistem penggiliran latihan industri bagi mengelakkan semua pelajar mengikuti latihan ini pada masa yang sama. Hal ini akan menjamin semua pelajar yang terlibat mendapat tempat dan peluang untuk menjalankan latihan industri dengan sempurna. Skop latihan industri juga perlu diperluas merangkumi penglibatan industri kecil dan sederhana (IKS). Penglibatan usahawan persendirian juga perlu diteliti kerana hal ini dapat mendedahkan pelajar IPTA kepada keusahawanan, dan hal ini sekali gus mengurangkan tekanan kepada industri tradisional dalam konteks latihan industri. d. Insentif melalui Kementerian Kewangan (contoh: pengecualian cukai) diberikan kepada industri bagi menggalakkan pembabitan dalam latihan KPT/IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA/Kementerian Kewangan

84

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan industri pelajar IPTA berdasarkan kepada nisbah. Pihak kerajaan harus memberikan insentif kepada industri yang menunjukkan komitmen yang jitu dalam program latihan industri. Ada baiknya sekiranya pihak kementerian mewujudkan satu jawatankuasa yang memantau penglibatan pihak industri dalam program latihan industri. Jawatankuasa ini boleh mewujudkan satu rangkaian kerjasama perkongsian bijak (smart partnership) sementara memantau kualiti pengalaman latihan industri yang dilalui oleh pelajar. 4. Pemikiran tradisional yang menetapkan universiti sebagai satu gedung ilmu yang hanya bertanggungjawab menyalurkan ilmu perlu diubah agar siswazah peka dengan keperluan terhadap kemahiran tempat kerja. 5. Penyemakan semula kurikulum universiti tidak dijalankan dengan kerap dan cepat untuk memenuhi keperluan tempat kerja yang mengalami perubahan yang dinamik. 6. Hubungan kerjasama industri dengan IPTA dalam perubahan kurikulum mengambil masa yang lama dan pihak industri lebih suka bekerjasama dengan universiti swasta atau kolej swasta kerana mereka sanggup a. Kurangkan kursus atau kandungan yang kurang relevan dalam sesuatu program tetapi selitkan kandungan kursus yang boleh mengasah kemahiran pelajar (contoh: Kemahiran Abad ke-21). Langkah ini dilaksanakan untuk memastikan bahawa terdapat keseimbangan antara pengetahuan teknikal dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka bekerja secara berdaya saing. Langkah ini juga penting untuk memastikan siswazah mempunyai kemahiran mengadaptasi (adaptability). KPT/IPTA

a. Penyemakan semula kurikulum universiti diperlukan dari masa ke masa untuk menghadapi keperluan tempat kerja. Pihak universiti perlu mengetahui jenis kemahiran yang diperlukan oleh industri semasa menjalankan penyemakan semula kurikulum.

KPT/IPTA

a. Proses penyemakan kurikulum perlu dijalankan dengan lebih cepat agar cabaran tempat kerja dapat dihadapi dengan berkesan.

KPT/IPTA

85

Ambigapathy Pandian et al. menukar kurikulum dengan cepat mengikut acuan yang dikehendaki oleh industri. 7. Hubungan kerjasama industri dengan IPTA bermasalah disebabkan ideologi yang berbeza berhubung dengan keperluan pasaran pekerjaan. 8. Kurikulum universiti menyediakan kemahiran tinggi yang amat baik kepada para siswazah, tetapi kekurangan pembelajaran ini terletak dari segi aktiviti praktikal yang membolehkan siswazah mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam kemahiran tinggi. 9. Hubung kait sekolah dengan universiti dalam penyediaan pelajar yang memenuhi keperluan tempat kerja tidak diteliti. a. Pertemuan dan perbincangan antara IPTA dengan industri diusahakan lebih kerap dan teliti untuk menghasilkan pertukaran idea dan kerjasama yang produktif yang boleh membantu perkembangan kemahiran pelajar. KPT/IPTA

a. Pendekatan pembelajaran perlu lebih menjurus kepada penyelesaian masalah (problem-based learning), kajian kes dan sebagainya. Dua kebaikan pendekatan seperti ini ialah pelajar akan didedahkan kepada kes-kes sebenar dalam industri dan pelajar akan dapat mengasah kemahiran kreativiti, kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order thinking), risk-taking, sound reasoning, team work (kemahiran pemikiran inventif) yang amat diperlukan dalam dunia sebenar.

KPT/IPTA

a. Kaunselor sekolah perlu mengintegrasikan komponen dunia pekerjaan dalam program-program kerjaya sekolah yang melibatkan dalam kalangan pelajar sekolah menengah supaya dapat membantu mereka menentukan hala tuju kerjaya mereka. Pada peringkat operasinya, melalui program ini, pelajar dapat mengikuti seseorang (shadowing), ataupun bekerja (tempoh jam seminggu ditetapkan) untuk mendapat gambaran tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Hal ini juga dapat membantu pelajar memfokuskan fikiran mereka kepada bidang pengajian tertentu.

KPT/KPM/IPTA

86

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan 10. Soal kebolehpasaran siswazah merupakan tanggungjawab yang kolektif (collective responsibility), yakni bukan universiti sahaja, tetapi pihak industri dan masyarakat bertanggungjawab dalam menyediakan tempat dan peluang pekerjaan yang memadai untuk siswazah. a. Memberi insentif melalui Kementerian Kewangan (contoh: pengecualian cukai) kepada industri bagi menggalakkan pembabitan industri berkenaan dalam latihan industri pelajar IPTA berdasarkan kepada nisbah. Pihak kerajaan harus memberikan insentif kepada industri yang menunjukkan komitmen yang jitu dalam program latihan industri. Ada baiknya sekiranya pihak kementerian mewujudkan satu jawatankuasa yang memantau penglibatan pihak industri dalam program latihan industri. Jawatankuasa ini boleh mewujudkan satu rangkaian kerjasama perkongsian bijak (smart partnership) sementara memantau kualiti pengalaman latihan industri yang dilalui oleh pelajar. KPT/IPTA/Kementerian Kewangan

11. Tempoh pengajian di universiti yang pendek dan jumlah keluaran siswazah universiti yang tinggi pada setiap tahun menyebabkan pihak industri sukar menyerap siswazah ke dalam sistem pekerjaan. Di samping itu, tempoh ini tidak memberikan peluang kepada pelajar untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 12. Penyemakan semula kurikulum menghadapi beberapa kekangan, seperti menyesuaikan kurikulum universiti mengikut kehendak industri; proses penyemakan

a. Struktur kurikulum universiti: Kandungan kursus (120 unit) dan tempoh pengajian tiga tahun didapati terlalu padat untuk pelajar. Pihak yang berkenaan perlu menyemak semula program tiga tahun dan struktur kurikulum perlu memberi ruang untuk kursus-kursus yang boleh mengembangkan pemantapan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam kecekapan yang berkaitan dengan kebolehpasaran.

KPT/IPTA

a. Pendekatan pembelajaran perlu dijuruskan kepada perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan yang boleh menghasilkan pelajar yang berdikari (independent learners). Kandungan kurikulum juga perlu mula memasukkan unsur-unsur kreativiti dan pemikiran kritis, tidak terhad kepada fakta semata-mata.

KPT/IPTA

87

Ambigapathy Pandian et al. semula kurikulum kerana prosedur yang mengambil masa yang lama dan struktur kurikulum yang menggunakan bilangan jumlah kredit yang terhad dari segi pemantapan ilmu pengetahuan serta terjejasnya pengamatan kemahiran dalam kecekapan berkaitan dengan kebolehpasaran. 13. Siswazah lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris.

b. IPTA diberikan autonomi untuk mengemas kini kurikulumnya melalui proses jaminan kualiti sekiranya tiada implikasi kewangan dan infrastruktur yang terlibat. c. Struktur kurikulum universiti: Kandungan kursus (120 unit) dan tempoh pengajian tiga tahun didapati terlalu padat untuk pelajar. Pihak yang berkenaan perlu menyemak semula program tiga tahun dan struktur kurikulum perlu memberikan ruang untuk kursus-kursus yang boleh mengembangkan pemantapan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam kecekapan yang berkaitan dengan kebolehpasaran.

KPT/IPTA

KPT/IPTA

a. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran perlu ditekankan di universiti. Keupayaan pensyarah sains dan teknologi maklumat mengajar dalam bahasa Inggeris adalah amat penting kerana mereka boleh dijadikan model untuk mendedahkan pelajar kepada amalan-amalan tempat kerja semasa. b. Mewajibkan pengajaran, pembelajaran dan penilaian sepenuhnya dalam bahasa Inggeris secara beransur-ansur pada setiap peringkat program tertentu di semua IPTA.

KPT/IPTA

KPT/IPTA

14. Siswazah menghadapi kelemahan dalam kemahiran komunikasi efektif, khususnya kemahiran interpersonal dan kemahiran interaktif; kedua-duanya didapati berkait rapat dengan kemahiran siswazah menggunakan bahasa Inggeris dan tahap keyakinan diri

a. Pendekatan pembelajaran perlu lebih menjurus kepada penyelesaian masalah, kajian kes dan sebagainya. Dua kebaikan pendekatan seperti ini ialah pelajar akan didedahkan kepada kes-kes sebenar dalam industri dan pelajar akan dapat mengasah kemahiran kreativiti, kemahiran berfikir aras tinggi, pengambilan risiko, penaakulan wajar, kerja berpasukan (kemahiran pemikiran inventif) yang amat diperlukan dalam dunia sebenar. b. Penilaian perlu lebih fokus untuk memperkembang kemahiran berfikir aras tinggi, dalam kalangan pelajar dan juga kemahiran abad ke-21 yang lain seperti kemahiran kerja berpasukan, membentang kertas cadangan dan sebagainya (tidak terhad hanya kepada penilaian perkara pokok). Penekanan

KPT/IPTA

KPT/IPTA

88

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan mereka. perlu diberikan kepada latihan kemahiran berkomunikasi melalui pembentangan dan kerja berkumpulan. Dicadangkan setiap pembentangan dan kerja berkumpulan diberikan penilaian yang berpatutan, bukan sekadar lima hingga 10 peratus sahaja. Hal ini amat penting dilaksanakan terutama dalam kalangan pelajar yang terhasil daripada amalan yang berorientasikan peperiksaan. a. Pendekatan pembelajaran perlu lebih menjurus kepada penyelesaian masalah, kajian tugas, kajian kes dan sebagainya. Dua kebaikan pendekatan seperti ini ialah pelajar akan didedahkan kepada kes-kes sebenar dalam industri dan pelajar akan dapat mengasah kemahiran kreativiti, kemahiran berfikir aras tinggi, pengambilan risiko, penaakulan wajar, kerja berpasukan (kemahiran pemikiran inventif) yang amat diperlukan dalam dunia sebenar. Pembelajaran ini juga mendedahkan pelajar kepada penggunaan bahasa Inggeris di alam realiti di samping mengembangkan keyakinan diri dan penampilan diri. a. Meningkatkan peratus komponen amali/latihan industri dalam sesuatu program (40 hingga 60 peratus). b. Tempoh latihan industri dipanjangkan (enam bulan) dan pelajar ditempatkan di tempat yang sesuai. Objektif latihan industri perlulah disampaikan dengan jelas kepada pihak industri. c. Latihan industri diadakan pada setiap tahun pengajian. Pada tahun pertama pengajian, pelajar perlu mengikuti rancangan orientasi di industri berkaitan, untuk mempelajari tentang struktur dan suasana industri. Pengisian orientasi bertambah mengikut tahun dengan kemuncak pengalaman ini dioperasikan dalam bentuk latihan industri dalam erti kata sebenar, iaitu pelajar benarbenar boleh menyumbang sesuatu kepada organisasi, bukan saja terhad kepada penulisan laporan pengalamannya, atau untuk mencukupkan jam kredit pengajian semata-mata. KPT/IPTA

15. Keyakinan diri dikaitkan dengan ketidakmampuan para siswazah menonjolkan ketrampilan diri mereka kepada majikan. Kurang keyakinan diri juga dikaitkan dengan kelemahan mereka berbahasa Inggeris. 16. Majikan dikatakan selalu mahukan siswazah yang berpengalaman dan yang telah menjalani latihan industri secara baik untuk diambil bekerja.

KPT/IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA

89

Ambigapathy Pandian et al.

d. Semua IPTA perlu berbincang untuk merancang sistem penggiliran latihan industri untuk memastikan semua pelajar tidak mengikuti latihan ini serentak. Hal ini akan menjamin semua pelajar yang terlibat mendapat tempat dan peluang untuk menjalankan latihan industri dengan sempurna. e. Skop latihan industri perlu diperluas untuk merangkumi penglibatan industri kecil dan sederhana (IKS). Penglibatan usahawan persendirian juga perlu diteliti kerana hal ini dapat mendedahkan pelajar IPTA kepada keusahawanan. f. Memberi insentif melalui Kementerian Kewangan (contoh: pengecualian cukai) kepada industri bagi menggalakkan pembabitan industri berkenaan dalam latihan industri pelajar IPTA berdasarkan nisbah. Pihak kerajaan harus memberikan insentif kepada industri yang menunjukkan komitmen yang jitu dalam program latihan industri. Ada baiknya pihak kementerian mewujudkan satu jawatankuasa yang memantau penglibatan pihak industri dalam program latihan industri. Jawatankuasa ini boleh mewujudkan satu rangkaian kerjasama pintar sementara memantau kualiti pengalaman latihan industri yang dilalui oleh pelajar. 17. Dalam sesi temu duga, pihak siswazah mendapati pihak industri meneliti kesesuaian kursus yang dipelajari di universiti dengan kerja yang ditawarkan dan latihan industri. Para siswazah mendapati kadangkala terdapat ketidakpadanan antara kursus yang diambil oleh mereka dengan yang a. Kurikulum universiti abad ke-21 perlu mengamati ciri-ciri 21st Century Literacy Skills, yakni merentas kurikulum dan bidang pengajian. Kurikulum ini perlu bagi mengatasi kelompangan integrasi kemahiran asas dan kompetens berkomunikasi dalam pendekatan pembelajaran bidang pengajian (ways of communicating the content knowledge) yang diakui tidak wujud dalam kurikulum universiti yang sedia ada. Pensyarah perlu diberikan latihan dalam mengintegrasikan pembelajaran berasaskan kandungan dan kompetens literasi dalam pengajaran dan penilaian. Satu modul perlu diwujudkan dan siri latihan dibentuk untuk melatih pensyarah dalam perkara ini. Perubahan kepada pendekatan pengajaran daripada yang berpusatkan pensyarah kepada yang berpusatkan pelajar berada pada tahap kritis pada masa ini. Oleh

KPT/IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA/Kementerian Kewangan

KPT/IPTA

90

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan diharapkan oleh industri berdasarkan nama ijazah yang diperoleh. sebab itu langkah-langkah untuk melatih pensyarah perlu diambil dengan segera. b. Kurangkan kursus atau kandungan yang kurang relevan dalam sesuatu program tetapi selitkan kandungan kursus yang boleh mengasah kemahiran pelajar (contoh: Kemahiran Abad ke-21). Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa terdapat keseimbangan antara kemahiran teknikal (perkara pokok) dengan kemahiran yang membolehkan mereka bekerja dengan kompetitif. Langkah ini juga penting untuk memastikan siswazah mempunyai kemahiran adaptasi. c. Pendekatan pembelajaran perlu lebih menjurus kepada penyelesaian masalah, kajian kes dan sebagainya. Dua kebaikan pendekatan seperti ini adalah: pertama, pelajar akan didedahkan kepada kes-kes sebenar dalam industri, dan kedua, pelajar akan dapat mengasah kemahiran kreativiti, kemahiran berfikir aras tinggi, pengambilan risiko, penaakulan wajar, kerja berpasukan (kemahiran pemikiran inventif) yang amat diperlukan dalam dunia sebenar. d. Penilaian perlu lebih fokus untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran aras tinggi dalam kalangan pelajar dan juga kemahiran abad ke-21 yang lain seperti kemahiran kerja berpasukan, membentang kertas cadangan dan sebagainya (tidak terhad hanya kepada penilaian perkara pokok). Penekanan perlu diberikan kepada latihan kemahiran berkomunikasi melalui pembentangan dan kerja berkumpulan. Dicadangkan setiap pembentangan dan kerja berkumpulan diberikan penilaian yang berpatutan, bukan sekadar lima hingga 10 peratus sahaja. Hal ini amat penting dilaksanakan terutama dalam kalangan pelajar yang terhasil daripada amalan yang berorientasikan peperiksaan e. Menjadikan tempoh pengajian lebih fleksibel supaya pelajar boleh mengikut pengajian berdasarkan kemampuan diri. Hal ini mengambil kira gaya pembelajaran individu yang berbeza dan memberikan peluang pelajar mengambil masanya sendiri dalam menerokai bidang pembelajarannya. KPT/IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA

91

Ambigapathy Pandian et al.

f. Struktur kurikulum universiti: Kandungan kursus (120 unit) dan tempoh pengajian tiga tahun didapati terlalu padat untuk pelajar. Pihak yang berkenaan perlu menyemak semula program tiga tahun dan struktur kurikulum perlu memberikan ruang untuk kursus-kursus yang boleh mengembangkan pemantapan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam kecekapan berkaitan dengan kebolehpasaran. g. Mewajibkan pengajaran, pembelajaran dan penilaian sepenuhnya dalam bahasa Inggeris secara beransur-ansur pada setiap peringkat program tertentu di semua IPTA. 18. Tiadanya latihan industri atau tempoh latihan industri yang pendek yang menyumbang kepada kelemahan siswazah dalam kemahiran literasi alaf digital (seperti literasi teknologi dan literasi maklumat) dan kemahiran komunikasi efektif, yang mengurangkan peluang pekerjaan mereka. 19. Siswazah mendapati pendedahan kepada bahasa Inggeris terhad di universiti. a. Latihan industri diadakan pada setiap tahun pengajian. Pada tahun pertama pengajian, pelajar perlu mengikuti rancangan orientasi di industri berkaitan, untuk mempelajari tentang struktur dan suasana industri. Pengisian orientasi bertambah mengikut tahun dengan kemuncak pengalaman ini dioperasikan dalam bentuk latihan industri dalam erti kata sebenar, iaitu pelajar benarbenar boleh menyumbang sesuatu kepada organisasi, dan bukan saja terhad kepada penulisan laporan pengalamannya atau untuk mencukupkan jam kredit pengajian semata-mata.

KPT/IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA/Agensi luar

a. Penekanan perlu diberikan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam penyampaian dan aplikasi ilmu bidang pengajian untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah. Tindakan rasmi harus diambil dalam menuntut pensyarah menggunakan bahasa Inggeris yang lebih baik dan lebih luas dalam bidang pengajian. b. Kecekapan bahasa Inggeris (pensyarah): Penilaian kecekapan berbahasa Inggeris (Academic Language Proficiency) bagi pensyarah-pensyarah IPTA

KPT/IPTA

KPT/IPTA

92

Cadangan dan Tindakan Penambahbaikan secara berperingkat-peringkat (contoh: pensyarah baharu yang mula berkhidmat). Pensyarah-pensyarah yang tidak mencapai tahap minimum diwajibkan mengambil kursus bahasa Inggeris.

93

Anda mungkin juga menyukai