Anda di halaman 1dari 2

Reka bentuk kajian Kajian ini dijalankan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut : Peringkat

pertama : Mengenalpasti isu dan masalah yang dikaji Mengenalpasti isu dan masalah yang hendak dikaji iaitu, kajian tentang gaya pengajaran guru memainkan peranan penting dalam dalam meningkatkan pemahaman serta pencapaian akademik pelajar. Kajian juga melihat kepada strategi dan kaedah penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam usaha mereka untuk membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya.

Peringkat kedua : Merancang dan pelaksanaan tindakan Sebanyak 60 borang soal selidik akan diedarkan kepada seramai 60 orang pelajar tingkatan empat untuk mengetahui gaya pengajaran guru yang biasa digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kami akan menjalankan kaedah pemerhatian di dalam kelas untuk memantau proses pembelajaran pelajar. Melalui pemerhatian di dalam kelas kami dapat mengenalpasti dan melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Kami akan menemubual guru mata pelajaran perdagangan untuk mengetahuai gaya pengajaran yang biasa digunakan oleh mereka. Kami juga akan menjalankan kaedah pemerhatian ke atas pelajar tingkatan empat tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gaya pengajaran guru yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat ketiga : Pemerhatian dan menganalisis data Kami akan menganalisis data berdasarkan jawapan daripada soal selidik pelajar. Ia akan dianalisis dalam bentuk jadual supaya dapat mengenal pasti masalah dengan mudah.

Peringkat keempat : Refleksi dan penilaian Hasil daripada kajian ini membuktikan bahawa gaya pengajaran guru yang efektif dapat membantu pelajar menguasai matapelajaran perdagangan. Manakala guru dapat mengenal

pasti dan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan pelajar-pelajar dapat memahami dengan mudah matapelajaran perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai