Anda di halaman 1dari 8

Kaum muslimin pada hari ini bahkan sejak permulaan kurun kehidupan kita, menjalani kehidupan secara berpuak-puak

dan berselisih pendapat, sehingga hilangnya kekuatan bahkan mereka dalam keadaan binasa, kebimbangan dan kekeliruan. Semua ini ada kalanya disebabkan oleh kongkongan musuh yang berhasad dengki dan zalim kepada mereka dan ada ketikanya, kaum muslimin sendiri yang menempah bahaya itu lantaran jauhnya mereka dari manhaj Islam. Lalu mereka hidup didalam tamadun yang mundur, yang tidak selayaknya dengan watak mereka yang dinisbahkan kepada agama yang paling lengkap dan sempurna (agama Islam); agama yang telah membina tamadun tertinggi dari segi kesyumulan dan keupayaannya untuk menghayati nilai kemuliaan insan, memelihara hakhaknya dan mengurus kehidupan manusiawi yang mulia untuk hidup di dunia dan di akhirat. Dari kerana ini kami merasa terpanggil untuk menerbitkan tulisan kecil ini yang bertujuan menyingkap kembali bagaimana usaha yang telah dijalankan oleh asy-syahid Hassan alBanna dalam usaha menyatu padukan kekuatan umat Islam dan sebagai gerakan Islam yang pertama wujud selepas kejatuhan daulah Uthmaniyyah.di Turki. Selain itu juga, bagi meninjau sejauhmanakah impak gerakan ini terhadap dunia Islam khususnya di Malaysia. 1.0 Pengenalan Menyoroti kelahiran gerakan Ikhwanul Muslimin (IM), Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 di Ismailiah, Mesir akibat daripada kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah Turki telah menjadi model dan inspirasi kepada kewujudan gerakan dan parti politik Islam di seluruh dunia. Diantara matlamat besar Ikhwan ialah untuk mengembalikan semula sistem Khalifah Islam yang telah dirungkai oleh kuasa Barat dan membebaskan negara umat Islam yang dijajah oleh kuasa Barat seperti Mesir, Nigeria, Sudan, Palestin, Iran, Iraq dan Tanah Melayu yang telah dijajah oleh British. Algeria, Syria, Turnisia dan Morocco yang dijajah oleh kuasa Perancis, Indonesia yang dijajah oleh Belanda dan Libya yang dijajah oleh Itali. Pengasas dan Pembina utama IM ialah Hassan al-Banna, seorang guru yang mendapat pendidikan di Dar Ulum, Mesir dan Hassan al-Banna begitu terkesan apabila melihat dekadensi moral yang begitu parah di kalangan rakyat Mesir apabila mereka mengalami zaman penjajahan Barat. Pada waktu itu juga amalan khurafat dan bidah menjalar dalam amalan keagamaan orang Mesir manakala kalangan ahli sufi mengambil sikap kurang acuh terhadap penyelewengan yang terjadi dalam masyarakat. Hassan al-Banna dan rakan-rakannya telah meghidupkan kegiatan pendidikan sebagaimana yang diadakan di zaman klasik Islam iaitu kumpulan belajar atau halaqah ilmu yang dinamakan usrah. Melalui proses usrah inilah proses indoktrinisasi berlaku kepada mengikut-pengikut Ikhwan dan menyemai semangat perpaduan, kebersamaan dan kesetiaan kepada dikalangan mereka untuk memperjuangkan matlamat serta citra Ikhwanul Muslimin. Untuk matlamat pengkaderan dan pembinaan ahli-ahli, Ikhwan juga telah meyusun program kaderisasi seperti tamrin, daurah, mukhayyam, jaulah dan pelbagai program yang lain. Untuk memperluaskan pengaruh dan pemikiran gerakan ini, Hasan alBanna telah mengalih pusat pentadbiran gerakan ini ke Kaherah pada tahun 1936 yang mana perkiraan paling besar untuk dipindahkan markas operasinya ialah kerana di kota besar seperti Kaherah itu mempunyai ramai penduduk terutama golongan intelektual, para pelajar universiti al-Azhar yang penuntutnya datang dari seluruh pelusuk dunia.

Kerancakan ilmu di Kaherah membuka potensi yang besar kepada Ikhwanul Muslimin dan Hasan al-Banna sendiri merupakan daya pikat utama masyarakat kepada Ikhwan terutama gaya pidato dan pemikirannya tentang sistem Islam dan nilainya yang wajib ditegakkan. Di Kaherah inilah ramai pelajar-pelajar luar Mesir termasuk Tanah Melayu yang mengikuti dari dekat program kaderisasi dan pemikiran Ikhwanul Muslimin. Mereka adalah seperti Prof. Zulkifli Mohamad dan Ustaz Yaakob Yussuf Zaki. Pelajar-pelajar inilah yang telah membawa balik ke Malaysia corak pemikiran al-Ikhwan apabila mereka terlibat di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ideolog utama Ikhwanul Muslimin, Hasan al-Banna telah mati dibunuh oleh regim Mesir pada tahun 1948 dan bermulalah zaman-zaman sukar Ikhwan tetapi gerakan ini dengan cepat mendapat seorang tokoh baru yang juga tajam pandangan dan pemikirannya iaitu Syed Qutb. Syed Qutb telah menulis karya besar iaitu Malim Fi al Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) dan karya ini menyebabkan beliau dihumban ke penjara dengan alasan untuk menggulingkan pemerintah dan mengkafirkan pemerintah Mesir. Melalui geriji dan galang penjara, Syed Qutb telah menulis tafsir Fi Zilalul Quran (Di Bawah Naungan alQuran) yang cukup terkenal dan tersohor di seluruh dunia Islam di mana ianya menjadi rujukan kepada ahli-ahli gerakan Islam termasuk ahli PAS di sepanjang sejarah kewujudannya. Selain Hasan al-Banna dan Syed Qutb, Ikhwan juga telah membariskan ramai pemikir dan penulis yang telah menghasilkan karya yang mempunyai nilai kesarjanaan yang tinggi seperti Said hawwa, Dr. Mustapha Mashyur, Dr. Mustapha as Sibaie, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Munir Gathban, Dr. Said Ramadhan dan lain-lain lagi.1 2.0 Kerangka Teori Penulis mendapati terdapat banyak kajian yang dibuat terhadap ikhwanul Muslimin sebagai sebuah gerakan Islam yang muncul selepas kajatuhan empayar Uthmaniah (1924). Pengkaji-pengkaji ini sama ada yang datang dari Barat atau dari Timur perpaksa mengakui bahawa gerakan ini sangat berpengaruh dan telah memberi kesan yang besar kepada perjalanan sejarah . Maryam Jameelah (1984) secara deskriptif banyak menceritakan tentang hambatan, cabaran, tekanan yang dikenakan kepada pendokong Ikhwanul Muslimin disepanjang sejarah perjuangannya untuk menyebarkan dakwahnya di bumi Mesir. Hamdan Mohamad (1984) juga banyak mengisahkan perjalanan getir gerakan ini termasuk pembunuhan pemimpin utamanya seperti Hasan al-banna, Syed Qutb, Abdul Kadir Audah dan lain-lain lagi. Seorang lagi pengkaji yang dikira paling berautoriti dalam membicarakan pergerakan Ikhwan dan terasuh dalam sistem tarbiah Ikhwan ialah Dr. Ali Abdul Halim (1997) yang telah memaparkan dokumen-dokumen penting Ikhwan seperti muktamar, peristiwa penting seperti persaingan kuasa dengan regim Mesir. Ali Abdul Halim juga memuatkan komentar tentang Ikhwan. Manakala dalam kajian lain Ali Abdul Halim (1999) telah memperincikan pula tentang peringkat-peringkat tarbiah Ikhwanul Muslimin seperti matlamat tarbiah dan program kaderisasi seperti usrah, katibah, rehlah, mukhaiyyam, daurah, nadwah serta muktamar.

Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap Parti Islam Se-Malysia (PAS) m/s 3-5, Cetakan Pertama 2004, Riduan Mohd Nor.

Dalam bidang kajian pemikiran Ikhwan dan tokoh pula, antara yang paling artikulatif ialah Said Hawwa (1987) dan Abdullah al Khatib (2001). Mereka telah menekuni pemikiran Hasan al-Banna dengan begitu mendalam terhadap fikrah perjuangan.2 2.1 Pemikiran Islam Dalam bidang ilmu politik khususnya, soalan-soalan yang dibangkitkan dan difikirkan oleh pemikir dan ahli falsafah adalah tentang negara dan bagaimana negara diwujud, disusun dan diuruskan. Para pemikir kadang-kadang juga memberi nasihat kepada para pemerintah atau negarawan untuk menyelesaikan masalah-masalah politik, pemerintahan dan kekuasaan tertentu. Ilmu politik sering disifatkan sebagai satu pengetahuan sistematik mengenai negara. Aristotle, yang menciptakan istilah ini menetapkan pengertiannya sebagai ilmu tentang komuniti. Oleh itu tidak hairanlah bahawa hampir semua pemikir politik dari masa lampau hingga masa kini pernah dan sedangmemerhatikan masalah kewujudan dan kemajuan negara. Mereka sering bertanya: Kenapakah negara wujud?, Apakah maksud dan tujuannya?, Bagaimanakah orang mematuhinya?. Soalan-soalan sebegini timbul kerana negara merupakan organisasi bermasyarakat yang terbesar serta medan penglibatan dan pengalaman bagi umat manusia yang begitu meyeluruh dan berkesan. Secara ringkasnya negara meliputi dan mempengaruhi setiap aspek kehidupan manusia. Oleh itu tidak hairanlah bahawa ahli-ahli falsafah politik dari zaman klasik Yunani sehingga zaman ini, terus membincangkan negara sebagai suatu masalah falsafah yang amat penting. Faedah mempelajari falsafah politik juga tidak patut dinilai dari segi sejarah, dengan andaian bahawa idea-idea yang terdapat itu mewakili zaman itu. Pemikiran politik, seperti juga pemikiran yang lain, hanya difahami sepenuhnya dengan mengaitkannya dengan konteks masa, personaliti dan tempat ia berlaku. Kepentingan idea-idea terkenal juga tidak hanya terletak pada pengaruh mereka terhadap peristiwa besar, walaupun idea-idea dan peristiwa-peristiwa yang saling bertindak itu ialah satu daripada masalah kajian sejarah yang lebih mempesonakan. (David Thompson 1990,9) Secara dasarnya sejarah aliran pemikiran Islam sejak awal kemunculannya adalah merupakan sejarah aliran atau mazhab dan firqah. Dengan kemunculan zaman moden, masalah aliran menjadi lebih rumit apabila umat Islam dihadapkan dengan cabaran-cabaran kolonialisme dan modenisme dengan segala unsur dan bawaannya. Dalam konteks inilah Dr. Yusuf Qardawi telah menegaskan bahawa adalah suatu realiti bahawa dikalangan umat Islam terdapat berbagai-bagai gerakan pemikiran. Ada gerakan kiri (radikal), kanan atau liberal atau ada yang berbau komunis dan ada yang sekular. Malah ada aliran yang berasal dari Islam, tetapi kemudiannya melawan Islam seperti aliran Ahmadiyah Qadiani dan Bahai. Di zaman moden ini tiga aliran pemikiran semasa ialah tradisional, modernisme dan reformisme. Dalam kajian ini penekanan akan diberikan kepada aliran reformisme yang menjadi ciri utama kepada perjuangan Islamyang bersalutkan islah dan tajdid untuk memaut masyarakat Islam supaya kembali kepada ketulenan ajaran Islam yang syumul.

Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap Parti Islam Se-Malysia (PAS) m/s 12-13, Cetakan Pertama 2004, Riduan Mohd Nor.

Pada hakikatnya sejarah pemikiran Islam sejak awal pertumbuhannya lagi adalah merupakan sejarah aliran atau mazhab dan firqah. Dengan itu baik dalam bidang ilmu kalam, ilmu fiqh atau ilmu tasawuf, semuanya menjurus kepada persoalan aliran atau mazhab. Sebagai suatu kajian yang menyangkut persoalan aliran atau pola-pola pemikiran, maka perlu dilihat terlebih dahulu mengenai aliran-aliran yang terdapat dalam pemikiran Islam. 2.1.1 Tradisionalisme Tradisionalisme membawa erti yang sama dengan sifat konservatif atau mempertahankan yang lama.Dari suatu segi, memeng benar aliran ini cuba mempertahankan tradisi yang asal dan tulen. Bagaimanapun keaslian dan ketulinannya dalam konteks ini lebih merujuk kepada ajaran-ajaran para ulama mazhabiyah atau yang bertaqlid kepada imam-imam mazhab yang empat. Penyakit taqlid sebenarnya bermula sejak abad ke-4 Hijrah apabila bani Abbasiyyah didominasi oleh bangsa-bangsa asing, tetapi diburukkan lagi dengan kejatuhannya di tangan kaum Mongol pada tahun 1258 M. inilah diantara lain ciri-ciri asasi aliran tradisionalisme seperti yang difahami dan diterima oleh kebanyakkan pihak. 2.1.2 Modernisme Munurut Roger Garaudy yang dikatakan modernisme itu tidak lain adalah Westernisme, yakni aliran yang diasaskan kebudayaan dan pemikiran Barat moden yang timbul daripada pengalaman sejarah masyarakat Islam selama empat abad yang terakhir. Diantara ciri-ciri modernisme atau Westernisme itu ialah nasionalisme, kapitalisme, sistem parlimen dan sebagainya. Diantara ciri-ciri mordenisme tersebut yang dianggap cukup penting ialah sekularisme atau penolakan terhadap peranan agama. Begitu pentingnya sekularisme hingga selalunya ia disebut bersama-sama dengan modernisme. Sebagaimana yang disebut oleh Dr. Muhammad al-Bahi, sekularisme itu ada yang sederhana (moderate) dan ada yang ekstrim atau radikal. Sekiranya sekularisme radikal itu sampai memusuhi agama, seumpama Marxisme, maka sekularisme moderate melihat agama sebagai urusan peribadi yang berkaitan dengan masalah-masalah rohani manusia dan kerana itu tidak boleh mencampuri urusan keduniaan atau politik. Bagaimanapun juga kedua-duannya tetap menolak perana agama dalam kehidupan. Sebab itu bagi Dr. Amien Rais, baik sekulaisme radikal mahupun sekularisme moderate, ianya tidak memiliki tempat di dalam Islam. 2.1.3 Reformisme Akhirnya tentang aliran reformisme, ciri utamanya ialah semangat puritanisme, iaitu penekana kepada ajaran Islam yang tulen (pristine). Jadi disini terdapat semacam persamaan dengan aliran tradisionalisme yang menekankan ajaran Islam yang ortodoks atau asli. Bertolak dari semangat puratinisme, aliran reformisme sangat menekankan usaha-usaha islah dan tajdid. Dengan islah disini dimaksudkan sebagai memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Sedangkan tajdid pula ialah memperbaharui atau menyegarkan semula fahaman dan komitmen terhadap ajaran-ajaran agama sesuai dengan tuntutan zaman.

Aliran pemikiran reformis ini juga digelar sebagai aliran fundamentalis, dimana Mohamad Abu Bakar (1987, 28) telah mentakrifkan aliran ini sebagai kumpulan yang berpegang kepada kepercayaan bahawa Islam adalah suatu agama yang lengkap dan sempurna dan Islam tidak patut diubahsuai mengikut kehendak atau tuntutan zaman lagi. Hanya manusia dan masyarakat sahaja yang sewajibnya membentuk peribadi dan pelakuannya mengikut arahan dan saranan yang terkandung didalam syariat. Oleh itu setiap penganut Islam dilarang mengkompromikan prinsip hidup keislaman mereka dengan mana-mana isme atau fahaman. Adapun yang menjadi cirri-ciri utama gerakan fundamentalis ialah yang pertamanya kedaulatan kuasa Allah dan kedudukannya di tempat yang sewajarnya dalam masyarakat. Aspek kedua ialah penolakan sikap dan tindak tanduk membenarkan Islam disesuaikan mengikut keperluan masa atau membiarkan Islam dijajah oleh fahaman dan isme lain atas nama kemajuan masyarakat . aspek ketiga ialah perjuangan membentuk individu dan masyarakat mengikut model asli yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW dan contoh-contoh yang ditunjukkan oleh karajaan Khulafa Ar Rasyiddin. Golongan fundamentalis ini juga dapat dibahagikan kepada dua golongan, yang pertama kelompok radikal yang tidak melalui sistem yang ada seperti menolak penyertaan di dalam pilihan raya. Kelompok kedua pula berpartisipasi dengan sistem yang ada dan menyertai proses pilihan raya, kelompok ini diketegorikan sebagai reformis seperti gerakan-gerakan Islam masa kini contohnya Ikhwanul Muslimin, jamiat Islami, Masyhumi, PAS dan lain-lain lagi. Namun kedua kelompok ini mempunyai matlamat yang sama iaitu menegakkan negara Islam berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.3 3.0 Pemikiran Ikhwanul Muslimin 3.1 Islam adalah cara hidup yang syumul Penubuhan Ikhwan adalah dilatari oleh serbuan pemikiran sesat di zaman moden iaitu sekulaisme yang ditandai oleh kejatuhan kerajaan Islam Turki dan penjajahan barat yang bertungkus lumus menyerapkan fahaman ini kepada masyarakat Islam yang dijajah. Lahirnya generasi baru yang menerima fahaman ini terutama yang terdidik melalui sistem pendidikan barat. Fenomena sekularisme ini diperkukuhkan lagi dengan kerakusan Mustapha Kamal yang telah berusaha memadamkan amalan dan syiar Islam di Turki. Ikhwan telah ditubuhkan selepas empat tahun kejatuhan Khalifah Islam di Turki dan Hasan al-Banna dan pengikutnya mula meneriakkan kembali gagasan kesyumulan Islam ditengah-tengah arus sekularisme yang melanda dunia Islam. Kuasa barat seperti British telah menyuntik racun sekularisme ini melalui sistem pentadbiran dan pendidikan. Hasan al-Banna telah magasaskan kembali makna kesempurnaan Islam yang telah disalahanggap oleh sebahagian besar umat Islam akibat penjajahan kuasa Barat. Beliau menegaskan : Sesungguhnya Islam adalah aqidah dan ibadah, tanahair dan warganegaranya, toleransi dan kekuatan, akhlak dan kebendaan, kebudayaan dan undang-undang, sesungguhnya seseorang itu dituntut untuk mengambil berat terhadap Islam iaitu hal ehwal umatnya.

Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap Parti Islam Se-Malysia (PAS) m/s 14-18, Cetakan Pertama 2004, Riduan Mohd Nor

3.2 Perundangan Islam Ikhwan adalah merupakan perkumpulan Islam yang pertama selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki yang menyeru ditegakkan kembali sistem perundangan Islam samaada di Mesir atau diseluruh dunia. Dalam sejarahnya, telah muncul seorang tokoh undang-undang yang tersohor dari kalangan Ikhwan, bukan sahaja di Mesir tetapi di seluruh dunia iaitu Dr. Abdul Kadir Audah. Beliau merupakan tangan kanan kepada Hasan al-Banna, yang mana beliau turut mencorakkan pergerakan tersebut untuk menyeru melaksanakan undangundang Islam di Mesir. Dr. Abdul Kadir Audah turut mengakhiri riwayatnya dengan penuh tragis apabila Jamal Abdul Naseer, Presiden Mesir telah memerintahkan supaya beliau dan lima rakannya yang lain dihukum gantung sampai mati pada 8 Disember 1954. Walaupun meninggal pada tahun 1954, namun pelbagai karya beliau dalam pelbagai bidang terutamanya perundangan Islam telah diterbitkan, diedarkan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa serta disebarkan keseluruh dunia termasuk dijadikan teks di universiti-universiti. Antara lain didalam penulisannya beliau menulis; Bahawa Allah menyuruh dengan mengikut syariat Islam dan melarang untuk mentaati apa yang menyalahinya, maka kerana itu orang Islam tidak boleh mengambil lain dari syariat Allah itu sebagai undang-undang. Tuhan telah membahagi urusan syariat yang telah dijadikanNya para Rasul setia kepada syariat itu dan Tuhan menyuruh kaum Muslimin untuk mengikut syariat itu. Bahawa sesungguhnya Allah tidak sudi orang-orang mukmin itu rela dengan yang lain daripada hukum Allah atau berhukum kepada yang lain daripada hukum Allah. Ikhwan telah mengkritik dengan lantang undang-undang Mesir yang membelakangkan syariat Islam dan berusaha keras bagi menggantikan undang-undang Mesir meskipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Manusia tidak boleh mengecualikan diri daripada undang-undang dan peraturan Allah dengan cara tunduk dan patuh kepada peraturan dan undang-undang yang lain dari peraturan dan undang-undang Allah yang mengatur perjalanan alam dan dunia ini seluruhnya. 3.3 Jihad Ikhwan telah memberikan penekanan yang berat didalam persoalan jihad, malah menggunakan slogan Jihad Adalah Jalan Kami untuk merangsang dan memangkin daya juang penyokong-penyokongnya. Ini dilatari oleh penjajahan Inggeris keatas Mesir dan usaha kuasa Barat dan Yahudi untuk memecahkan bumi Palestine bagi mewujudkan negara haram Israel. Menurut Syed Qutb; Sesungguhnya dakwah ini boleh berjuang melalui penerangan secara lisan dan pena sahaja ketika ia bebas berbicara dan berdialog dengan setiap orang dalam suasana penuh kebebasan dan kemerdekaan, tanpa dihalang dan disekat oleh sesuatu apa pun. Ketika itulah baru dianggap berlakunya perintah dan dasar tiada paksaan dalam agama. Adapun bila ada halangan berupa benda, maka hendaklah terlebih dahulu halangan itu dihapuskan dengan kekerasan dan paksaan, supaya dakwah boleh mengetuk pintu hati dan fikiran umat manusia dengan bebas, tanpa gangguan. Jihad dan gangguan adalah syarat utama bagi perjalanan dakwah ini, kerana tujuan dan matlamatnya ialah

memproklamirkan kebebasan umum umat manusia hingga ia mampu menghadapi reality dari segenap segi. Hassan al-Banna cuba untuk memberikan gambaran sebenar tentang jihad apabila musuhmusuh Islam cuba untuk mengelirukan pandangan sebenar tentang jhad. Antaranya bekas gabenor Mesir yang juga seorang misionari Kristian iaitu Cromer pernah menyatakn bahawa; Jihad adalah semata-mata fikrah permusuhan dan Islam telah mencelupnya dengan acuan syara agar seseorang muslim dapat mempertahankan dirinya dari serangan musuh, sedangkan pada masa aman ia merupakan fikrah permusuhan terhadap jiwa, harta dan maruah. Ia adalah pemikiran yang khianat dan menggalakkan permusuhan. Menurut Hasan al-Banna, jihad ialah jiwa yang kuat dan hidup kearah mencintai kemuliaan Islam dan kegemilangannya serta menginginkan kekuasaan Islam. Disertai pengorbanan sebahagian waktu, harta dan beberapa tuntutan jiwa sendiri semata-mata untuk kemaslahatan Islam dan membangunkan kaum muslimin. Termasuk di dalam perkara jihad ialah menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara munkar dan memberi nasihat kerana Allah dan Rasulullah SAW. 3.4 Sistem Pemerintahan Islam Menurut Hasan al-Banna, Islam menganggap pemerintahan sebagai satu dasar sistem sosial yang dibuat untuk manusia. Islam tidak menghendaki kekacauan dan tidak membiarkan satu jamaah tanpa pemimpin kerana Nabi SAW telah bersabda; Jika kamu singgah di satu negara dan tidak ada penguasanya, maka keluarlah dari sana. Jadi orang yang menganggap bahawa Islam tidak memberi penjelasan tentang politik atau politik bukan bidang perbahasannya, maka ia telah mengkhianati dirinya dan juga mengkhianati Islam. Munurut Hasan al-Banna, negara Islam hanya akan berdiri atas dasar dakwah sehingga menjadi negara risalah bukan negara materialis yang tidak berjiwa. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, pemerintahan dalam Islam hanya merupakan alat bukan sebagai tujuan, alat yang aktif yang dapat menyampaikan kepada tujuan tertentu yang menjadi tujuan yang hendak dicapai oleh pemerintahan dalam Islam. Tujuan pemerintahan dalam Islam ialah untuk memelihara agama dan mengatur urusan dunia. Said Hawwa mentakrifkan pemerintahan Islam itu sebagai sebuah kerajaan Islam yang adil ialah kerajaan dimana pemimpin dan pegawai pentadbir agensinya terdiri daripada orangorang Islam yang beriltizam dengan Islam. Kerajaan ini berusaha melaksanakan Islam di dalam dan luar negerinya. Sikap atau pendirian dalam dan luar negeri adalah Islam, patuh secara mutlak kepada hukum Allah. Matlamatnya samaada di dalam atau di luar negeri adalah semata-mata untuk Islam, syiarnya ialah menegakkan kerajaan Allah, menyatukan ummah, menghidupkan sunnah Rasulullah, memenangkan syariat Allah dan berjihad pada jalan Allah sehingga kalimah Allah menjadi tertinggi di dunia. 3.5 Dakwah dan pendidikan Islam Dalam perjuangan dan kaedah penyebaran idea perjuangan Ikhwan, aspek dakwah adalah sangat dititik beratkan dan menjadi agenda utama pergerakan Ikhwan dalam Risalah

Dawatuna (Misi Dakwah Kami) yang merupakan risalah lama, Imam Hasan al-Banna telah mengemukakan perbahasan di bawah tajuk Islam kami; saudara, dengarkan, bahawa dakwah kita adalah dakwah yang utuh yang dapat dikatakan Islami yang memberi pengertian yang luas, bukan pengertian sempit yang difahami oleh kebanyakkan orang. Sebab kita meyakini bahawa Islam mempunyai pengertian universal yang mengatur seluruh bidang kehidupan dan memberi jalan bagi semua persoalan kehidupan dengan meletakkan secara detail untuk memperbaiki kehidupan manusia. Ikhwan meyakini bahawa dakwah merupakan teras kepada perjuangan untuk mengembalikan semula kekuatan dan kemulian Islam. Kemulian ini mereka terjemahkan melalui pelbagai program yang telah mereka susun untuk masyarakat dan juga untuk organisasi mereka sendiri. Syed Qutb memperincikan keperluan dakwah terhadap manusia dengan berkata bahawa ; Peranan dakwah sekarang ialah untuk menarik orang-orang yang ketagih jahiliah itu ke pangkuan Islam dan membentuk mereka menjadi orang Islam semula. Kita mendakwah umat manusia ke jalan Islam bukanlah dengan tujuan mencari sebarang upah dan tanda jasa, bukan juga untuk memancing pangkat dan bintang kebesaran. Kita tidak mengharapkan apa pun bentuk balasan untuk diri kita. Kita mendakwah manusia ke jalan Islam justeru kerana kita cinta dan kasihkan mereka. Juga kerana kita inginkan mereka beroleh kebajikan dan kebahagiaan. Ikhwan sangat menekankan soal dakwah termasuklah dakwah fardiyyah (individu), lebihlebih lagi apabila terdapat banyak halangan dan hambatan daripada pihak pemerintah yang berusaha menghalang dakwah secara am dijalankan. Mustapha Mahsyur mengatakan bahawa ; Berdakwah kepada Allah merupakan peringkat terpenting dalam amal-amal Islam yang serius. Ia merupakan peringkat penyebaran sebelum melangkah ke peringkat pembentukan dan tarbiyah. Dalam peringkat penyebaran ini, dakwah dilaksanakan secara umum dalam bentuk majlis-majlis ceramah, kelas-kelas pengajian, penggunaan media massa seperti buku, akhbar, majalah dan kaset. Selain daripada bentuk-bentuk dan wasilah dakwah yang telah disebutkan, dakwah fardiyyah adalah penting dan perlu dititik beratkan. 3.6 Rumusan Pemikiran dan perjuangan Ikhwanul Muslimin telah memberikan garis panduan kepada gerakan Islam yang muncul pada abad ke-20 di seluruh dunia. Gerakan ini bukan sahaja menggariskan manual operasi yang perlu dilakukan oleh gerakan Islam, tetapi telah meninggalkan khazanah keilmuan yang cukup berharga untuk tatapan umat Islam yang kehilangan arah apabila kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924.4

Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin Terhadap Parti Islam Se-Malysia (PAS) m/s 36-44, Cetakan Pertama 2004, Riduan Mohd Nor