Anda di halaman 1dari 96

Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD)

Pendahuluan
Konsep pendidikan lestari muncul ekoran kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan yang mencari keseimbangan di antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi.

Sejarah
1. 2. 3. 4. 5. Persidangan di Stockholm 1972 United Nation Environmental Programme (UNEP) 1973 The Belgrade Charter 1975 The Tbilisi Declaration and Recomendations 1977 PBB mengisytiharkan World Commission on Environment and Development 1983 (WCED)

6. Vienna Convention 1985 7. Montreal Protocol 1987 8.Brundtland Report 1987 Our Common Future 9. Earth Summit in Rio de Janeiro, June 1992 10. Kyoto Protocol, December 1997 11. World Summit on Sustainable Development, Johannesburg , 2002

12. Pengisytiharaan DEKAD ESD oleh PBB ,2005-2014 13. December 2009, COP15 at Copenhagen 14. December 2010 , Cancun Climate Conference

Konsep Pembangunan Lestari


Pendidikan untuk pembangunan lestari adalah luas dan menuntut usaha sepanjang hayat yang mencabar individu, institusi dan masyarakat untuk melihat hari esok sebagai kepunyaan kita bersama. Justeru, ia adalah pembelajaran yang diperlukan oleh manusia untuk membaiki dan mengekalkan kualiti kehidupan sekarang dan generasi akan datang.

Amalan-amalan dalam pendidikan untuk pembangunan lestari termasuklah penyertaan awam untuk membuat keputusan secara berkesan, kolaborasi dan rakan kongsi secara silang sektor, visi secara holistik, komitmen antara intra-generasi dalam menangani isu-isu keadilan sosial, kepelbagaian budaya bagi kelestarian akan datang; dan menyemak semula peranan sains dan pendidikan; serta menjalankan rundingan, penilaian dan tindakan bagi mencapai hasrat tersebut.

Segala usaha yang telah dijalankan adalah selaras dengan dengan pencapaian matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Dekad 2005-2014. Konsep ini telah di bincangkan titik tolak daripada kemunculan buku Our Common Future di Brundtland Report 1987.

Sources : http://web.usm.my/education/jppg2005/maklumat.htm

Pengisytiharaan Dekad ESD


Kesedaran berkaitan alam sekitar telah membuatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan Dekad ESD. Dekad ESD ini akan dilaksanakan sepanjang 9 tahun iaitu dari 2005 hingga 2014. Pengisytiharaan ini telah dipersetujui oleh negara-negara anggota PBB.

Dalam hal pengisytiharaan ini , negara-negara yang terlibat dikehendaki merealisasikan konsep pendidikan yang selaras dengan pembangunan pendidikan lestari . Ini membuktikan bahawa penjagaan alam sekitar juga boleh di terapkan kepada kanak-kanak melalui medium pendidikan.

Dalam hal ini pelbagai pihak yang datang dari pelbagai agensi boleh membantu menjayakan Dekad ESD. Namun pihak yang paling sesuai untuk menjayakan konsep ini ialah para pendidik. Mereka boleh menerapkan elemen pendidikan alam sekitar di dalam pengajaran mereka seharian .

Selain daripada itu , kita juga boleh mengadakan pameran dan ceramah berkaitan alam sekitar . Usaha yang sedikit akhirnya kelak akan membawa kepada hasil yang besar sejajar apa yang telah dihasratkan oleh PBB.

Contoh usaha : http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0615&p ub=utusan_malaysia&sec=timur&pg=wt_04.htm&arc=hive

Tujuan
Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan untuk mencari keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi dan alam sekitar.

Objektif
Untuk menggarap kerjasama di kalangan pengamal pendidikan bagi meningkatkan keupayaan bidang pendidikan negara sebagai pemangkin kepada pembangunan lestari. Untuk menjadi platform perbincangan dalam memperbaiki pendidikan asas bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran, nilai dan perspektif bagi mengekalkan kehidupan yang lestari. Untuk menjana idea bagi mengkaji dan menyemak semula program pendidikan bermula daripada prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi ke arah pendidikan pembangunan lestari.

Untuk mencari jalan melalui pendidikan bagi etika generasi masa kini dalam menghadapi salah laku terhadap penggunaan sumber secara berleluasa dalam menggugat kehidupan manusia yang menjadi punca kepada masalah alam sekitar. Untuk menggunakan sumber-sumber intelek bagi menggalakkan kefahaman yang lebih baik di kalangan generasi baru berkaitan dengan bahaya yang di hadapi oleh bumi. Sources : Bruntdland Report 1987. Our Common Future : The World Commision for the Environment . Madrid : Alianza Publication.

Bagaimanakah guru boleh membantu dalam Pendidikan Alam Sekitar ?


Berfikiran positif terhadap idea penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum. Meningkatkan pengetahuan tentang kurikulum, istilah, konsep dan masalah alam sekitar. Bersedia untuk meningkatkan pengetahuan tentang pedagogi pengajaran.

Membuat perancangan Melibatkan diri dengan program dan projek yang berkaitan dengan alam sekitar.

Sources : http://web.usm.my/education/publication/mohd%20zohir.pdf

Pendidikan lestari dapat membantu murid murid :


Mendapatkan pengetahuan dan makna tentang perkembangan lestari secara umum dan dalam profesion mereka. Dilatih dengan kemahiran dan cara bagi membantu profesion mereka. Memperkembangkan sikap positif ke arah kepentingan pembangunan lestari

Konsep hubungan manusia dengan Ketuhanan dan alam .


Manusia merupakan penyebab utama terjadinya kerosakan di permukaan bumi ini. Peningkatan jumlah penduduk dunia yang sangat pesat, telah mengakibatkan terjadinya eksploitasi intensif terhadap sumberdaya alam yang akibatnya terjadilah kerosakan dan degrasi sumber alam. Padahal alam merupakan sumber kepada semua benda hidup.

Semua agama di dunia ini sangat menitik beratkan akan penjagaan alam sekitar . Dalam pelbagai agama menyuruh semua penganutnya agar memelihara dan tidak merosakkan alam sekitar. Tetapi, kebanyakkan daripada kita terlalu rakus dalam mengejar pembangunan hingga mengabaikan dan merosakan alam ini. Sources : kanguzen.blogspot.com/.../kerusakan-lingkungandan-cara-pandang.html

Teologi hubungan manusia dengan alam.


Teologi dalam konteks hubungan manusia dengan alam ini dimaksudkan sebagai nilai atau ajaran agama yang berkaitan dengan eksistensi atau keberadaan Tuhan, tidak dimaksudkan sebagai suatu cabang dari ilmu-ilmu agama terutama yang membahas tentang ketuhanan. Makna bebas teologi dalam konteks ini adalah : cara menghadirkan Tuhan dalam setiap aspek kegiatan manusia, termasuk kegiatan manusia dalam berhubungan dengan alam, pemanfaatan sumber daya alam dan penjagaan alam sekitar serta pemuliharaan.

Konsep hubungan manusia dengan alam sebagaimana telah dikemukakan mengandungi makna bahawa perlindungan dan pemeliharaan alam merupakan kewajiban asasi manusia yang telah dipilh oleh Tuhan sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Konsep tersebut mengandung pula makna penghargaan dan penghormatan terhadap saling berkaitan setiap komponen dan aspek kehidupan di alam, pengakuan terhadap kesatuan penciptaan dan persaudaraan semua makhluk. Konsep tersebut menunjukkan pula bahwa etika (akhlak) harus menjadi landasan setiap perilaku manusia.

Dan berdasarkan teologi inilah, seharusnya sebagai manusia , kita perlu sedar akan tanggungjawab kite sebagai penjaga alam sekitar . Ini penting kerana generasi akan datang juga akan turut terjejas sekiranya alam sekitar terjejas. Ada kata kata yang berbunyi, kita tidak memiliki alam ini sepenuh nya , tetapi meminjam daripada cucu cicit kita . Jadi , kita mestilah menjaga alam sekitar bagi memenuhi tanggungjawab kita kepada mereka.

Konsep perseimbangan antara alam sekitar dan manusia.


Keperluan masyarakat dan keadilan untuk hidup yang lebih berkualiti. Dalam dunia serba moden kini tidak dinafikan semua negara giat meneraju pembangunan negara mereka . Begitu juga dengan manusia. Semua aktiviti harian kini melibatkan pelbagai teknologi. Namun hal ini juga mengakibatkan kerosakan alam tanpa kita sedari.

Antara langkah yang boleh kita ambil bagi menyeimbangkan alam dengan pembangunan ialah :
Mengurangkan penebangan pokok untuk menghasilkan kertas , sebaiknya menggunakan sahaja kertas yang telah di gunasemula. Mengurangkan penggunaan kenderaan bagi mengurangkan asap dengan menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorail Mengurangkan teknologi rumah hijau.

Komponen Dalam ESD


Masyarakat Persekitaran Ekonomi Budaya

Persekitaran
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar Kawalan bencana alam

Pengawalan iklim melampau

Urbanisasi terkawal

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar


Pembangunan lestari ialah adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan : membaik pulih sumber-sumber alam sekitar yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber itu pupus. Cth: air, hutan, tenaga, udara, dan mineral. Pemeliharaan : meliputi aspek-aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia.

Langkah perundangan

Aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Langkah bukan perundangan : -amalan pengurusan yang strategik -kempen dan pendidikan alam sekitar

Langkah Perundangan
Akta kualiti Alam Sekitar 1974 merupakan perundangan induk yang menjadi rujukan pihak berkuasa. Merupakan perundangan komprehensif yang memberikan asas undang-undang yang kukuh untuk melindungi, mengawal, dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, akta ini mempunyai peruntukan yang jelas tentang beberapa masalah pencemaran alam sekitar. Antaranya :

Pencemaran udara : (Seksyen 20) Pencemaran bunyi bising : (Seksyen 23) Pencemaran tanah : (Seksyen 24) Pencemaran perairan daratan : (Seksyen 25) Pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak ke dalam perairan Malaysia: (Seksyen 29)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dipertanggungjawabkan untuk menilai, memantau, dan mengawal segala aspek yang berkaitan dengan alam sekitar berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. JAS berkuasa menyaman, mengenakan kompaun, menyita premis, mengheret ke mahkamah dan lain-lain tindakan yang dibenarkan terhadap pesalah yang melanggar akta.

Perundangan Berkaitan Dengan Pemuliharaan Tanah


Akta Pemuliharaan Tanah (Bahagian III) tentang kawalan kelodak dan hakisan terutama kawasan tanah bukit. Cth: Seksyen 5, tanah bukit tidak boleh ditanam dengan tanaman jangka pendek, termasuk sayur-sayuran tanpa kebenaran Dasar Perhutanan Negara (1984). Cth: Jadual 1, Seksyen 2(1), Perkara 15 (b) menghendaki pemegang lesen membalak mengurangkan hakisan tanah di kawasan pembalakan. Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974 menghendaki ruang terbuka di dalam dan di sekeliling bangunan yang sedang dibina dilindungi secara bersesuaian daripada hakisan tanah.

Perundangan Berkaitan Pencemaran Air


Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974, Seksyen 55 (3) menyatakan bahawa sisa perdagangan tidak boleh memasuki sistem perairan tanpa kelulusan bertulis pihak berkuasa tempatan atau negeri. Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 69 menyatakan bahawa menjadi kesalahan bagi seseorang melakukan ganguan atau membuang kotoran di dalam atau tebing sungai, saluran, terusan, longkang dan sebagainya. Akta Perikanan 1985, seksyen 26 (1) bagi kawalan penggunaan racun dan bahan pencemar, dan bahan letupan bagi tujuan menangkap ikan.

Perundangan Berkaitan Pencemaran Udara


Akta Perhutanan Negara 1984, seksyen 82 (1) melarang sesiapapun daripada melakukan pembakaran dalam hutan simpan. Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 81 menyatakan tindakan terus boleh diambil bagi relau dan cerobong yang mengeluarkan asap serta ganguan kesihatan dan alam sekitar daripada debu oleh pengilangan dan perniagaan. Ordinan Lalu lintas Jalan Raya 1958, menyatakan tiada sesiapapun yang menggunakan kereta yang melepaskan asas dengan ketumpatan melebihi 50 unit asap hertridge atau yang setanding dengannya.

Lain-lain Perundangan
Akta Perhutanan Negara 1984, menitikberatkan soal pemuliharaan sumber jaya seperti hutan, air, serta hidupan liar. Cth: pengeluaran lesen pembalakan mestilah disertakan dengan rancangan peghutanan semula. Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 3 (1), memberi kuasa kepada menteri membuat peraturan halang pembunuhan hidupan liar, pembakaran dan penebangan pokok serta penjagaan taman negara. Akta Perikanan 1985, seksyen 38 (1) dan seksyen 41 (1) memberi kuasa kepada menteri laksana kaedah pengawalseliaan keatas penyu dan perikanan darat. Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusi 1984, melarang merosakkan dan mengeksploitasi sumber-sumber marin.

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)


Merupakan satu laporan yang berkaitan dengan jangkaan kesan alam sekitar dan langkah mengatasinya yang mesti disediakan oleh pemaju sebelum sesuatu projek itu diluluskan oleh pihak berkuasa. EIA adalah pendekatan menyeluruh kearah pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya. Supaya wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan dangan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berkualiti.

Langkah Bukan Perundangan


Amalan Pengurusan Strategik: Langkah pengurusan strategik melibatkan usaha jangka pendek dan juga jangka panjang untuk mengurangkan atau mengatasi permasalahan alam sekitar setempat. Ia merupakan langkah bukan perundangan atau langkah kestrukturan yang diambil bagi mengatasi kesan alam sekitar. Langkah ini berbeza mengikut kesan atau masalah yang wujud.

Hakisan tanah dan kelodakan: Cth: bagi kerja pemotongan, perataan dan peneresan bukit untuk pelbagai jenis tapak bina. Benteng konkrit, sangkar dawai batu, dan alur-alaur kecil sebagai laluan air dibina, tumbuhan tutup bumin ditanam, dan pemotongan cerun dihadkan kurang daripada 45. Pencemaran udara: Cth: kenderaan yang masuk ke gandar dikawal melalui galakan perkongsian kereta, penggunaan petroleum tanpa plumbum, menyediakan sistem penapisan asap kenderaan yang sempurna.

Kualiti dan kuantiti air bersih: Cth: aktiviti pembangunan di kawasan tadahan air seperti pembalakan dikawal disamping mewujudkan kawasan rezab tadahan air. Kawasan sumber kepelbagaian biologi daripada musnah dan pupus: Cth: program penghutanan semula (projek perladangan hutan) dilakukan selepas pokok-pokok balak ditebang, rawatan sivikultur dan kaedah tebangan terpilih, larangan penebangan pokok balak yang dikenal pasti hampir pupus.

Fenomena pemanasan global dan kesan rumah hijau: Penggunaan alat-alat yang boleh membebaskan kloroflorokarbon (CFC) seperti alat penghawa dingin, penyembur atau aerosol dan juga lain-lain bahan kimia dikurangkan sebaliknya alat yang bersifat mesra alam lebih diutamakan.

Melaksanakan pendidikan alam sekitar:


Pendidikan merupakan satu saluran yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran penduduk tenteng kepentingan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Pendidikan alam sekitar secara tidak formal banyak dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Sekitar (SAM).

Pendidikan tidak farmal adalah melalui media massa, seminar, forum, risalah dan penerbitan dan sebagainya. Contoh: majalah Era Hijau. JAS mengadakan pameran sempena perayaan tertentu seperti Hari Alam Sekitar Sedunia dengan menganjurkan peraduan menulis esei, perbahasan, dan peraduan fotografi.

Kempen kesedaran:
Kempen kesedaran banyak dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara NGO yang terlibat ialah: Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM). Sahabat Alam Sekitar (SAM). Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia (ENSERCH). Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Selain menerbitkan majalah dan buletin alam sekitar, badan-badan ngo ini turut mengadakan kempen dan program kesedaran seperti gotong-royong membersihkan sungai, parit, dan longkang, kempen penghijauan bumi,dan kempen cintai sungai kita.

Pengawalan Iklim Melampau


Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti suhu,hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35 tahun dan iklim meliputi skala yang luas seperti negara atau rantau, serta dalam tempoh masa yang luas.

1. Mewujudkan Kawasan Hijau: Menjalankan program penghijauan bandar (hutan batu) dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar seperti rizab jalan, rizab bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh mampu mengekalkan udara lembap disamping menyederhanakan suhu sekitar.

2. Mengawal aktiviti pelepasan gas-gas rumah hijau: Penguatkuasaan undang-undang mengawal pelepasan gas rumah hijau secara sewenang-wenagnya dari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka. 3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil: Menggunakan atau memenfaatkan sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidroelektrik menggantikan bahan api fosil yang banyak membebaskan haba dan gas-gas rumah hijau.

4. Mengurangkan penggunaan: Peralatan yang banyak membebaskan kloroflorokarbon (CFC) seperti alat pendinginhawa, peti sejuk, alat-alat semburan aerosol dan sebagainya yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon, sebaliknya menggunakan peralatan yang disahkan bersifat Mesra Alam.
5. Melaksanakan kempen kesedaran: Khususnya kepada penduduk bandar seperti kempen berkongsi kereta, menggunakan sistem pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT yang sudah pasti mampu mengurangkan perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.

Urbanisasi Terkawal
Pembandaran atau urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar ke bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi yang lebih besar dan bersifat kompleks seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya menjadi bandar raya. Konsep urbanisasi meliputi empat aspek.

1. Pertambahan Penduduk
Konsep penduduk optimum perlu dilaksanakan kerana keupayaan daya tampung sumber alam pada tempoh tertentu bergantung kepada jumlah penduduk sesebuah negara. Pengawalan terhadap kadar kelahiran penduduk akan membolehkan sumber-sumber yang ada menampung keperluan penduduk yang sedia ada.

2. Perluasan Saiz Bandar


Urbanisasi menyebabkan pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem jaringan pengangkutan serta pertambahan fungsi bandar. Pengurusan sumber alam yang cekap dan sistematik diperlukan untuk memastikan daya tampung sumber alam sentiasa berterusan. Dalam proses perluasan saiz bandar, sistem gomorfologi, hidrologi, atmosfera, dan ekologi tidak boleh diabaikan sesuai dengan kehendak pembangunan lestari.

3. Kegiatan Ekonomi
Pembandaran juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan struktur kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasan dari ekonomi tradisional (pertanian tradisional) kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan, perdagangan dan lain-lain. Malaysia menguruskan hutan secara lestari melalui projek perladanganhutan kompensatori dan rawatan silvikultur. Ia bagi menjamin keberterusan bekalan kayu untuk generasi masa hadapan, mengekalkan flora dan fauna, dan mengekalkan kawasan tadahan hujan sumber air bersih kepada penduduk.

4.

Perubahan Cara Hidup

Perubahan cara hidup penduduk daripada tradisional kepada nilai gaya hidup bandar yang lebih moden. Bagaimanapun, penduduk seharusnya mempunyai kesedaran mencintai alam sekitar dan mengamalkan sikap menjaga alam sekitar. Contohnya : Mengurangkan penggunaan barangan yang menjejaskan alam sekitar, sebaliknya menggunakan peralatan yang disahkan bersifat Mesra Alam, terlibat dengan aktiviti gotong-royong di kawasan tempat tinggal dan amalkan kitar semula.

Kawalan Bencana Alam


Malapetaka alam berlaku tidak dapat dielakkan oleh manusia kerana kejadian itu berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Contohnya, bencana alam yang sering berlaku ialah banjir ribut taufan,gempa bumi,tanah runtuh dan sebagainya. Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Bencana alam yang direkodkan di negara ini ialah banjir lumpur ,banjir kilat dan tanah runtuh.

Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower pada tahun 1993, Tragedi Ribut Greg di Sabah pada tahun 1996, kejadian tanah runtuh di Gombak pada tahun 2004 dan banyak lagi. Namun,tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004, taufan Nargis di Myanmar pada 2 Mei 2008 dan gempa bumi di Sichuan pada 12 Mei 2008 merupakan kejadian-kejadian yang berlaku dan tidak dapat kita semua lupakan.

Kawalan bencana: Mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Mengawal pembalakan dan pembakaran hutan. Pelupusan sampah yang terancang. Pertanian yang tidak mengancam alam sekitar. Logi tenaga dan bahan bakar dari sektor perindustrian perlu ditapis. Mengurangkan penggunaan barangan yang mengeluarkan kloroflorokarbon (CFC) dengan barangan mesra alam. Mengelakkan pembakaran terbuka. Kawalan asap kenderaan.

Ekonomi
Pengurangan kemiskinan Sektor ekonomi yang bertanggungjawab

Pembangunan ekonomi yang stabil

Pengurangan Kemiskinan
Pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan masalah kemiskinan serta taraf hidup penduduk menjadi rendah. Ia juga menyebabkan taraf sosial seperti taraf pendidikan dan taraf kesihatan penduduk merosot. Ia menjurus kepada keadaan masyarakat kurang kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar. Contohnya: kawasan setinggan yang padat dan sesak menjadi kotor persekitarannya dan menyumbang kepada penyakit yang sukar dikawal seperti malaria, denggi, taun dan lain-lain.

Pembangunan ekonomi yang stabil


Pembangunan ekonomi yang stabil adalah adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pembangunan ekonomi yang stabil boleh difahami dari dua sudut: 1. Nikmat pembangunan ekonomi sesebuah negara hendaklah berterusan dan menjamin kesejahteraan hidup generasi masa kini dan akan datang. 2. Prinsip pembangunan ekonomi yang mengadunkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar kesejahteraan hidup boleh dinikmati oleh semua penduduk.

Sektor Ekonomi yang Bertanggungjawab

Sektor Perindustrian
Terdapat 3 langkah dalam melestarikan pembangunan sektor perindustrian di Malaysia. i. ii. iii. Penguatkuasaan undang-undang. Amalan pengurusan alam sekitar industri yang celap dan berkesan. Kempen kesedaran kepada masyarakat industri.

1.

Penguatkuasaan undangundang

Hukuman dan denda maksimum dikenakan kepada pengusaha yang mencemarkan alam sekitar sepertimena termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Mengambil tindakan menggantung atau menarik balik lesen operasi dan menyita syarikat yang tidak menjaga kebersihan alam sekitar, Pemantauan lebih kerap dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan Standard Kualiti (SQ) yang ditetapkan. Mewajibkan pihak pengurusan kilang menyediakan laporan EIA dari semasa ke semasa.

2.

Amalan Pengurusan Alam Sekitar Industri

Mengurangkan sisa toksik dengan cekap dan berkesan: Terutama sisa pejal harus diurus dengan sistematik dan saintifik. Setiap kilang mesti menyediakan takungan khas untuk simpanan sisa toksik. Sisa-sisa toksik mesti dirawat terlebih dahulu. Bidang R&D dalam konteks pengurusan sisa pejal dan kitar semula bahan buangan kilang perlu dikembangluaskan oleh setiap syarikat.

Menguruskan bahan pencemaran udara: Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi Standard Kualiti (SQ) perlu mengambil langkah menggunakan sistem penapis di dalam serombong asap. Meninggikan serombong asap agar bahan pencemar tidak berkumpul dalam atmosfera setempat. Tidak melakukan pembakaran terbuka dalam industri pemprosesan kayu balak atau sekam padi. Bahan buangan tersebut boleh dikitar semula, dijadikan bahan mentah untuk industri atau dibiarkan reput sebagai baja kompos.

Beralih kepada teknologi industri yang mesra alam: Kebergantungan kepada bahan api fosil perlu dikurangkan. Gunakan tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti tenaga hidroelektrik, gas asli (NGV), atau menggunakan tenaga solar. Industri pencucian dan pelarut seboleh mungkin tidak menggunakan bahan mengandungi CFC, gantikan dengan bahan yang lebih bersih dan mesra alam seperti menggunakan air.

3. Kempen Kesedaran Kepada Masyarakat Industri


Menggiatkan kempen kesedaran terutama kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri tentang pentingnya pembangunan lestari. Contoh: projek penghijauan persekitaran industri, membersih dan menjaga sungai melalui aktiviti amal dan sosial, melaksanakan peraduan kilang mesra alam. Kempen menerusi media cetak, elektronik, atau bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar, hendaklah digerakkan oleh bahagian Teknologi dan Pendidikan Alam Sekitar dibawah Kementerian Sains dan Teknologi

Sektor Pertanian dan Penternakan


Bagi mengatasi kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar, kita boleh menggabungkan tiga langkah berikut: 1. 2. 3. langkah perundangan. amalan pengurusan yang cekap dan strategik. Kempen kesedaran serta pendidikan alam sekitar.

1. Penguatkuasaan Undang-undang
Undang-Undang dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dikuatkuasakan dengan lebih efektif. Kenakan tindakan kepada peneroka tanah bukit secara haram dengan melanggar arahan menggunakan jentera berat di kawasan tanah tinggi seperti yang terjadi di Cameron Highland. Jabatan Alam Sekitar perlu meningkatkan pemantauan terutamanya di tapak perladangan dan penternakan. Pengusaha sektor pertanian dan penternakan khususnya sektor perladangan perlu menyediakan laporan EIA.

2. Amalan Pengurusan Yang Cekap dan Strategik


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Sungkupan plastik Menanam tanaman tutup bumi Mengharamkan penggunaan jentera berat Membina benteng untuk menstabilkan cerun Memotong dan meneres cerun mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Menggantikan kaedah tebang dan bakar dengan kaedah tebang dan reput. Merawat dan membersihkan sungai yang tercemar dengan kelodak dan sisa racun. Membaiki tatacara atau prosedur penggunaan tanah pertanian terutama sekali di kawasan tanah tinggi.

Kaedah pertanian bercampur, tanaman bergilir, tanaman selingan atau tanaman luar musim diamalkan khususnya dalam sektor pertanian sara diri intensif. Ia bagi menjamin keseimbangan nutrien tanah dapat dipelihara dan dipulihara disamping dapat merehatkan tanah daripada terus digunakan dengan terlampau giat. Tanaman tutup bumi seperti kekacang mampu mengurangkan kadar hakisan tanah, malah menambahkan kandungan nitrat dalam tanah.

Amalan pertanian berteres mengikut kontur, serta membina sistem perparitan mampu mengurangkan kadar hakisan dan memperlahankan pergerakan larian air permukaan serta boleh mengelakkan banjir lumpur. Menggunakan kaedah kawalan biotik dan tidak terlalu bergantung kepada penggunaan racun serangga. Cth: guna burung hantu, helang, dan ular untuk mengawal tikus di sawah dan ladang. Penggunaan baka kompos menggantikan baja kimia dalam perkebunan sayuran. Menggalakkan penggunaan bioteknologi dan meningkatkan R&D. cth: penggunaan kaedah hidroponik yang bersifat mesra alam.

Mikro-organisme berkesan (EM) adalah satu teknologi yang telah terbukti berjaya menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk dari ladang ternakan sejak sekian lama. Ia menggunakan kaedah sejenis mikro-organisma yang 'baik' yang akan menguraikan bau gas amonia yang busuk dihasilkan daripada najis binatang ternakan kepada gas yang tidak berbau. Selain itu, penternak juga digalakkan menggunakan silaj sebagai makanan ternakan. Silaj dihasilkan daripada rumput, batang jagung, pelepah sawit dan lain-lain.

3. Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar


Menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada masyarakat pertanian seperti petani, pekebun, penternak, dan pengusaha ladang. Edar risalah, seminar, forum, dan program gotong-royong bagi menanam kesedaran dan keperihatinan kepada alam sekitar. Boleh dijalankan oleh Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar dan pihak swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

Sektor Perikanan
Langkah-langkah mengatasi kesan aktiviti perikanan: i. ii. iii. Langkah perundangan. Amalan pengurusan strategik. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

1. Langkah perundangan
Pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan, Polis Marin, dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu mengambil tindakan terhadap aktiviti pencerobohan kawasan perikanan pinggir pantai atau laut dalam. Penggunaan pukat tunda dan pukat harimau diharamkan sama sekali. Mengawal pembuangan sisa toksid dan tumpahan minyak.

Akta berkaitan perikanan di Malaysia: o Akta Kualiti Alam Sekitar o Akta Perikanan 1963 o Akta Pantai Sunda 1961 o Akta Persatuan Nelayan 1971 o Akta Pelantar Benua 1972 o Polisi pelesenan o Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

2. Amalan Pengurusan Strategik


Mewartakan lebih banyak taman-taman laut seperti Taman Laut Pulau Payar, Taman Laut Pulau Sipadan dan Ligitan, dan Taman Laut Pulau Tioman sebagai zon larangan bagi segala aktiviti penangkapan ikan. Memperluaskan kawasan tukun tiruan untuk menambah kawasan pembiakan ikan. Cth: tayar-tayar terpakai. Menjalankan usaha membersihkan kawasan laut daripada tumpahan minyak dan pembuangan sisa domestik dan enfluen kilang.

Mengurangkan pengambilan kawasan hutan bakau nipah secara besar-besaran untuk dijadikan kolam ternakan akuakultur. Mensyaratkan kolam ternakan marinkultur mestilah dibina sekurang-kurangnya 30 meter dari pinggir laut. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membaikpulih kawasan perairan yang tercemar. Menjalinkan kerjasaman antara negara jiran yang lebih kukuh.

3. Kempen Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar


Melibatkan usaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada nelayan dan penternak melalui pengedaran risalah, forum, seminar, dan dialog bersama yang melibatkan pihak kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) secara berterusan.

Sektor Perhutanan
Tiga aspek penting pembangunan lestari terhadap sektor perhutanan di Malaysia. i. ii. iii. Langkah perundangan Langkah pengurusan hutan strategik Kempenkesedaran dan pendidikan alam sekitar

1. Langkah Perundangan
Dasar Perhutanan Negara 1978 dibentuk bagi memastikan pengekalan sumber-sumber hutan dalam pembangunan lestari. Melaluinya, Hutan Simpan Kekal telah diisytiharkan, yang meliputi kedudukan, keluasan dan fungsi hutan tersebut. Antara tujuannya: Mewujudkan hutan perlindungan (keadaan iklim dan rupa bumi yang sempurna, bekalan air bersih, kesuburan tanah) Mewujudkan hutan berhasil (pengeluaran semua jenis hasil hutan untuk pertanian, kegunaan tempatan dan eksport) Mewujudkan hutan lipur (kawasan hutan untuk istirehat, serta penyelidikan dan pendidikan)

Larangan-larangan Akta Perhutanan Negara 1984 : Memasuki hutan simpan kekal. Menebang, memotong, menggelang, menanda atau menoreh pokok. Mengambil untuk pengilangan atau memindahkan sebarang hasil hutan atau mineral. Membersih atau membajak tanah untuk tanaman atau tujuan lain. Menggunakan bahan racun atau letupan di dalam air untuk menangkap ikan, memburu, menjerat atau menembak haiwan. Menceroboh dengan apa jua cara.

2. Langkah Pengurusan Hutan Strategik


Penebangan hutan mesti mengikut Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS). Kaedah silvikultur, cara pemuliharaan hutan yang melibatkan penubuhan ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan, dan penggantian satu dirian hutan dengan teratur. Cth : Ladang Hutan Kompensatori (CFPP), bertujuan membekalkan bahan kayu industri untuk memenuhi keperluan tempatan. Program Penyelidikan Penghutanan, bertujuan mengenalpasti spesies-spesies tempatan dan exotic untuk pembangunan ladang hutan. Cth: engkabang durian, mahogani dan batai.

Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D): Kerajaan menubuhkan Jawatan Kuasa Penyelaras Penyelidikan dan Pembangunan Ladang Hutan. Terdiri daripada tenaga pakar penyelidik dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JSPM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Bertanggungjawab menmenjalankan penyelidikan demi menjamin kejayaan program perladangan hutan terutama dalam bidang:
Pengurusan Baikpulih pokok Penyelidikan sifat dan penggunaan kayu

3. Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar


Pendidikan alam sekitar:
Peringkat sekolah sebagai kurikulum formal dalam mata pelajaran geografi, dan interdisiplin seperti sains Pendidikan ditujukan kepada orang ramai dalam konteks kempen kesedaran seperti kempen Cintailah Hutan Kita dan The Green World.

Kempen kesedaran oleh NGO, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM). Dana Sedunia Alam Semula Jadi Malaysia (WWF) mempunyai wakil dan pejabat di Kuala Lumpur dan Kuching untuk membantu usaha perancangan dan pengurusan alam sekitar.

Sektor Perlombongan dan Sumber Tenaga


Bagi memelihara dan memulihara alam sekitar akibat aktiviti perlombongan, terdapat tiga cara yang boleh diambil iaitu:

i. ii. iii.

Langkah perundangan Amalan pengurusan strategik Kempen dan pendidikan alam sekitar

1. Langkah Perundangan
Menghadkan kouta pengeluaran petroleum, pemberian lesen dan konsesi cari gali petroleum di kawasan berpotensi bagi memastikan simpanan sumber berterusan. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) perlu mengawal aktiviti cari gali sumber-sumber mineral seperti emas serta perlombongan kuari dan pecah batu melalui pemberian lesen dan syarat yang ketat. Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan dan penyeliaan terhadap aktiviti perlombongan yang menghasilkan pencemaran alam sekitar. Penyediaan laporan EIA oleh syarikat perlombongan.

2. Amalan Pengurusan Strategik


Syarikat yang mencemarkan alam sekitar perlu menjalankan kerja-kerja pembersihanalam sekitar dan menanggung semua kos tersebut dan mendapat khidmat kepakaran dan teknologi atau peralatan daripada JAS. Benteng kongkrit atau groin dan gabion perlu dibina untuk mengelakkan hakisan dan tanah runtuh di kawasan perlombongan.

Menyiramkan air di kawasan sekitar untuk mengelakkan perlepasan asap, debu dan habuk. Kawasan kilang pemprosesan gas asli dan kuari ditanam pokok untuk memerangkap habuk dan pengurangkan pemanasan setempat. Meningkatkan bebergunaan kawasan bekas lombong. Cth: jadikan kawasan pelancongan, aktiviti rekreasi, industri akuakultur (ternak udang harimau dan ikan air tawar), kawasan pertanian (limau bali, jambu batu), dijadikan kawasan perumahan.

Beralih kepada sumber tenaga gantian yang lebih murah, berterusan dan bersih (hidroelektrik, suria, biojisim, ombak). Kebergantungan kepada petroleum dan gas asli perlu dikurangkan. Teknologi penjanaan sumber tenaga gantian perlu diperluaskan dan ditingkatkan.

3. Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar


Kerjasama bersepadu agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam aktiviti bergotong-royong, mengedar risalah, kempen, seminar, forum bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab penjagaan alam sekitar.

Sektor Perkhidmatan
Sektor pelancongan; langkah-langkah mengatasi kesan aktiviti pelanconagan ialah: i. Langkah perundangan ii. Amalan penguursan strategik iii. Kempen kesedaran

1. Langkah Perundangan
Tindakan undang-undang menarik lesen pengusaha industri pelancongan yang tidak menjaga alam sekitar. JAS mengambil tindakan terhadap pengusaha hotel dan resort yang menyalurkan sisa kumbahan ke dalam laut, juga pengusaha restoran dan gerai makanan yang membuang sisa perniagaan ke dalam sungai. JAS mengarahkan pengusaha hotel yang berisiko tinggi mencemarkan alam sekitarvmenyediakan laporan EIA.

2. Amalan Pengurusan Strategik


Pengusaha perlu menyediakan sistem takungan tangki septik khas untuk menyalurkan sisa kumbahan. Jika pengusaha ingin menyalurkan sisa kumbahan ke laut, sisa tersebut perlu dirawat terlebih dahulu sehingga menjadi bersih dan kurang berisiko. Pembinaan benteng dan menanam rumput untuk mengawal hakisan cerun. Tanam lebih banyak pokok rhu sebagai pelindung pantai daripada hakisan angin dan ombak.

3. Kempen Kesedaran
Kempen kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar perlu diberikan kepada pengusaha sektor pelancongan dan pengunjung tempat pelancongan. Mengadakan pertandingan resort terbersih, resort lestari, atau gotong-royong menbersihkan alam sekitar. Risalah dan pemplet tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar perlu diedarkan kepada pengunjung tempat pelancongan.