Anda di halaman 1dari 4

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN TIGA (SK)

KEMAHIRAN

Membaca

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar ditutur, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR

B2 DB1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat.

EVIDENS

B2 DB1 E1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan Menyediakan petikan bacaan.

TajukPetikan : Kura-kura dan Arnab Langkah Pentaksiran 1. Murid membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2. Murid dapat menyenaraikan secara lisan 8 daripada 12 perkataan yang mempunyai imbuhan awalan dari petikan yang dibaca dengan betul.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 3


NAMA: ................................................................ KELAS: ............................................. RUJUKAN: B2 DB1 E1 ARAHAN: Baca petikan di bawah dengan teliti. Sebutkan perkataan yang mempunyai imbuhan awalan yang terdapat dalam teks. TARIKH: ............................

Kura-kura dan Arnab Di sebuah hutan, tinggal seekor arnab yang sangat sombong. Arnab selalu menyatakan dirinyalah haiwan yang terpantas di hutan itu. Pada suatu hari, si arnab ingin menunjukkan kehandalannya kepada semua haiwan. Arnab mencabar kurakura untuk berlumba lari dengannya. Pada hari pertandingan, semua haiwan berkumpul untuk menyaksikan pertandingan antara arnab dan kura-kura. Apabila wisel dibunyikan, arnab terus berlari dengan pantas meninggalkan kura-kura. Setelah pasti kura-kura sudah jauh ketinggalan di belakang, arnab yang sombong itu pun berhenti untuk berehat seketika dan akhir tertidur. Apabila terjaga, arnab menyedari bahawa dia telah lama tidur dan telah dikalahkan oleh kura-kura. Arnab berasa sangat malu dan tidak mahu lagi bersikap sombong.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN TIGA (SK)

KEMAHIRAN

Mendengar dan Bertutur

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila.

DESKRIPTOR

B6 DL1 Berbincang dan mengemukakan pendapat yang dapat mempengaruhi khalayak secara bertatasusila.

EVIDENS

B6 DL1 E2 Berbincang dan menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara yang dapat mempengaruhi khalayak secara bertatasusila.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan Menyediakan satu situasi. Tajuk Situasi : Ibuku Langkah Pentaksiran 1. Murid melihat lampiran situasi yang diedarkan oleh guru. 2. Murid mendengar situasi yang diberikan oleh guru. 3. Murid menyatakan pendapat berpandukan soalan yang diberikan oleh guru mengenai situasi tersebut.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 3


NAMA: ................................................................ KELAS: ............................................. RUJUKAN: B6 DL1 E2 ARAHAN: Rujuk situasi yang diedarkan oleh guru dan dengar dengan teliti situasi yang dibacakan oleh guru. TARIKH: ............................

Situasi : Ibuku Pagi itu aku bergaduh dan meninggikan suara pada ibu hanya kerana ibu tidak sempat untuk menyiapkan sarapan untukku. Aku terus pergi ke sekolah dengan perasaan marah tanpa sedikit pun memandang wajah ibu dan mencium tangan ibu. Apabila pulang dari sekolah, aku hairan kerana ramai orang di rumah. Aku segera masuk ke dalam rumah dan ku lihat sekujur tubuh terbaring kaku. Rupa rupanya tubuh yang terbaring kaku itu tubuh ibu! Secara tiba tiba hatiku menjadi pedih dan sedih sekali. Aku sedar ibu telah pergi meninggalkan aku buat selama lamanya. Yang paling aku sesali, kali terakhir aku bersama ibu, aku telah melukakan hati ibu! Semuanya sudah terlambat.. sekarang tangan ibu sudah pun sejuk dan kakumata ibu pun sudah terpejam tidak dapatlah lagi aku memandang ibu.

Soalan : 1. Adakah sikap Aku di dalam situasi satu sikap yang baik? Berikan alasan untuk jawapan. 2. Berikan dua contoh sikap anak yang baik. 3. Pada pendapat kamu, apakah pengajaran yang terdapat dalam situasi di atas? 4. Bincangkan secara kumpulan empat ciri-ciri anak yang baik dan bentangkan di hadapan kelas.