Anda di halaman 1dari 37

NOVEL PAPA AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!

[ DEANA YUSOF]

NAMA : NUR AIRIN SYAHIRAH BT. RAMLI TINGKATAN : 4


-0-

TAJUK Sinopsis Bab ( 1-24 ) Tema Persoalan Binaan plot Watak dab perwatakan A. Watak utama : Intan Julia B. Watak sampingan Jeffri / papa Intan Maliana Mak Cik Noraini Rasylan Aisyah Latar A. Latar tempat B. Latar masa C. Latar masyarakat Teknik plot A. B. C. D. E. Dialog Pemerian Monolog dalaman Imbas kembali Unsur saspen

HALAMAN 2 17 18 18 - 19 20 - 22 23 - 29

23-24 25 26 27 28 29 30 - 32 30 31 32 33 - 34 33 33 33 34 34 35 36 36

Gaya Bahasa Nilai Pengajaran

-1-

BAB 1
Selepas berehat di dalam biliknya, Julia turun ke tingkat bawah lalu terus menuju ke dapur. Dia melihat Mak Cik Noraini, pembantu di rumahnya sedang sibuk membancuh kopi dan menggoreng karipap yang di beli oleh mamanya semalam.Mak Cik Noraini menyuruh Julia makan seketul sahaja dan tinggalkan yang selebihnya untuk mama dan papa Julia. Sambil menghidangkankopi O kepada Julia, pandangan Mak Cik Noraini tertumpu kea rah tingkap. Julia turut mengikuti perlakuan pembantunya itu. Di luar, papa Julia iaitu Encik Jeffri dan mama Julia iaitu Intan Marliana sedang mengerjakan kebun sayur-sayuran mereka di bawah panas matahari petang. Hubungan mesra,intim dan bahagia terjalin erat antara mereka. Perbualan mereka berkisar tentang kacang panjang yang di tanam oleh mereka sama ada mencukupi untuk mereka berempat. Papa mahu mama memasak lauk pada malam nanti kerana baginya masakan mama amat sedap dan sentiasa memenuhi seleranya. Kemudian, mama bertanya kepada papa tentang tanaman jagung. Menurut papa, jagung yang di tanamnya perlu menunggu selama dua atau tiga minggu sebelum jagung tersebut matang. Bagi mama, jagung yang belum masak boleh di buat bubur jagung, iaitu makanan kegemaran papa.Papa sempat mengusiknya mengatakan bahawa dia hanya suka makan bubur jagung yang di masak oleh mama sahaja. Mama pula merjuk seketika sebelum mereka berdua masuk ke dalam dapur untuk menikmati minuman petang yang telah di sediakan oleh Mak Cik Noraini. Kasih sayang papa kepada mama amat di kagumi oleh Julia. Dia sendiri sentiasa berasa bahagia dan harmoni tinggal di sisi mereka berdua yang saling menyanagi. Kadang kala Julia berasa malu berdepan degan situasi papa dan mama yang tidak segan silu memperlihatkan belaian kasih sayang antara mereka di hadapan dirinya kerana baginya, dia sudah menjadi seorang remaja belasan tahun.

-2-

Bab 2
Julia terpaksa pulang sendiri dari sekolah kerana mamanya sakit. Papa membawa mama ke klinik. Petang itu Julia dan Mak Cik Noraini sahaja di rumah. Mak Cik Noraini menghidangkan semangkuk bubur jagung yang kebiasaannya menjadi kegemaran papa kepada Julia. Setelah itu, Mak Cik Noraini menceritakan kisah silam tentang bagaimana papa dan mama bertemu di Sekolah Seri Gading dulu ketika mereka masih mengajar di sekolah yang sama.Tatkala itu, Julia pula terkenang satu peristiwa apabila jari mama terhiris pisau. Muka mama pucat lesi kerana takut akan darah dan papa telah memberikan mama pertolongan cemas sebelum menghantar mama ke klinik yang berdekatan . Lamunan Julia terhenti apabila Mak Cik Noraini menegurnya dan bercerita tentang kisah pertemuan papa dan mama Julia suatu ketika dahulu.Papa merupakan seorang guru Sains Pertanian dan sentiasa menasihati para pelajarnya berbudi kepada tanah. Papa pernah gagal dalam percintaan ketika menuntut di universiti dan bekas kekasihnya seorang pelajar kedoktoran yang merupakan empat tahun lebih tua daripadanya. Dia tinggalkan papa kerana terpikat dengan seorang lelaki berbangsa Itali dan terus mendirikan rumahtangga bersamanya.Setelah itu, papa juga pernah jatuh hati pada seorang doctor yang berkhidmat di Hospital Desa, Bidor tetapi gagal kerana wanita itu telahpun bertunang. Sebenarnya papa menyintai mama namun dia menafikannya dan akhirnya cinta mereka bertaut juga. Bunyi enjin dan hon kereta papa kedengaran di pintu hadapan secara tidak langsung percakapan Mak Cik Noraini tidak sempat di habiskan. Julia segera berlari unruk menyambut kepulangan mereka. Julia memeluk mama erat dan tidak sabar untuk mengetahui penyakit yang dihidapi oleh mama. Papa memberitahu Julia bahawa mama mengandung.Julia amat gembira kerana bakal menerima adik di rumah itu tidak lama lagi. Namun, tidak bagi Mak Cik Noraini. Dia berasa amat bimbang mendegar mama mengandung kerana mama pernah mengalami komplikasi ketika melahirkan Julia dahulu. Mak Cik Noraini berasa bimbang akan keselamatan mama dan bayi yang bakal di kandungnya. Bagi mama pula, dia telah bersedia menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhnya semasa melahirkan anak nati.

-3-

BAB 3
Ketika pulang ke sekolah, Julia terdengar antara mama dan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini mengingatkan peristiwa semasa mama melahirkan Julia. Mama koma akibat kehilanganbanyak darah. Selepas Julia dilahirkan pula, Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah pada susu tepung bayi. Namun, menurut mama seorang isteri perlu melakukan pengorbanan demi membahagiakan seorang suami.Oleh sebab papa menginginkan anak lagi, mama sanggup mengadaikan nyawanya. Yang pasti, mama akan menjaga kandungannya dan tidak akan mengugurkannya walaupun dirinya akan menghadapi risiko. Papa pulang tidak lama selepas itu. Julia mengajak papanya bermain tenis di Kelana Jaya. Pada mulanya, papa enggan tetapi akhirnya papa terpaksa akur kerana tidak mahu membabitkan mama yang sedang mengandung. Papa ialah seorang pemain tenis yang handal. Justeru , banyak orang terutamanya gadis tergilagilakannya. Ketika Julia mengimbas kembali tentang suatu peristiwa, secara tidak sengaja bola tenis yang dibaling oleh papa telah terkena muka Julia. Semasa papa sedang menuam muka Julia, seorang peljar papa di university yang bernama Aisyah datang menegur papa. Lantas papa mengenalkan Aisyah kepada Julia. Selepas bermain tenis, papa mengajak Aisyah minum di kantin. Namun Julia tidak berasa selesa dengan kehadiran Aisyah. Julia mengajak papanya pulang kerana risau akan mamanya yang bersendirian di rumah padahal itu hanya sebagai helah. Dalam perjalanan, Julia bertanyakan pendapat papa tentang Aisyah. Papa memberitahu Julia bahawa Aisyah ialah anak orang berada. Papa hanya menganggap Aisyah sebagai penuntutnya dan mereka hanya berbincang tentang pelajaran.

BAB 4
Selepas waktu sekolah, mama merungut kerana lama menuggu Julia. Julia menjelaskan bahawa ada beberapa orang rakan sekelasnya yang ingin meminjam buku nota Geografinya mama memberitahu Julia bahawa dia terpaksa menghanta Cikhu Suzie ke bengkel kereta di Seksyen 14 untuk mengambilnya keretanya yang telah siap dibaiki. Dalam perjalanan, Cikgu Suzie bertanya tentang hasrat mama untuk mengandung lagi. Cikgu Suzie mengungkit kisah silam mama yang koma semasa melahirkan Julia. Julia pula menghidapi penyakit jaundis. Cikgu Suzie berasa khuatir perkara yang sama akan berulang kepada kandungannya kali ini. Namun, mama masih bertegas untuk tidak mengugurkan kandungannya. Mama menegaskan bahawa dia amat mencintai papa dan akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan papa walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko. Julia berasa bangga terhadap sikap tabah, sabar dan pengorbanan mama.

-4-

BAB 5
Kandungan mama kian membesar. Menurut papa, mama akan melahirkan anak kembar dalam masa empat bulan lagi. Julia berasa amat gembira kerana akan menerima kehadiran adik-adiknya. Kini, papa bertanggungjawab untuk menghantar dan mengambil mama dan Julia di sekolah setiap hari. Semasa sedang duduk di ruang tamu, mama menyuarakan perasaannya kepada papa, iaitu jika kejadian lama berulang lagi, apa yang akan dilakukan oleh papa. Papa mengatakan bahawa dia telah bersedia untuk menghadapi apa jua masalah. Papa menasihati mama agar sentiasa menurut arahan doktor dan makan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor tepat pada masanya. Papa juga bertanyakan mama sama ada mama meyesal atas keputusannya itu. Apa yang dikhuatirinya ialah komplikasi yang bakal dialami oleh mama. Ketika Di dapur Julia berbual-bual dengan Mak Cik Noraini dan bertanyakan keadaan mama semasa melahirkannya dahulu.Mak Cik Noraini menceritakan segala-galanya kepada Julia dan memberitahu bahawa dialah yang banyak menjaga Julia. Oleh sebab dirinya bertanggungjawab menjaga Julia sejak kecil lagi, dia amat menyayangi Julia dan amat rapat dengan Julia.

BAB 6
Di kolej tempat papa mengajar itu, salah seorang daripada pelajarnya, Aisyah amat meminati pengajaran papa. Kadangkala, papa akan menumoangkan Aisyah hingga ke rumahnya di Seksyen 7, Kelana Jaya. Aisyah sering memperlawa papa minum di warung yang berhampiran dengan kolej. Namun, sebagai suami yang setia papa tidak memenuhi pelawaan Aisyah itu kerana tidak mahu menimbulkan salh faham antara mama, dia dan Julia. Bagi Julia, Aisyah seorang gadis yang jelita badannya lebih berisi dan lebih besar daripada mama serta dirinya. Daripada papa, Julia mengetahui bahawa Aisyah akan tamat pengajiannya pada tahun itu. Sebagai seorang anak kepada seorang hartawan yang kaya, kehidupan Aisyah terjamin selesa dan mewah dengan harta ayahnya yang menggunung. Oleh itu, pencapaiaan akademik bukan penetu masa depannya. Pernah Julia menduga kalau-kalau papa berminat untuk menjadikan Aisyah sebagai kekasihnya dan seterusnya isteri keduanya. Namun, papa memberitahu Julia bahawa dia tidak berniat untuk menjalin hubungan erat denga Aisyah. Dia berpuas hati dengan keadaan keluarganya ketika itu. Kasihnya terhadap mama tidak berbelah bahagi. Dia tidak ingin melihat mama berkongsi kasihnya dengan orang lain. Lagipun, mama tidak akan mengizinkannya untuk beristeri dua. Sambil bergurau, papa menyakinkan Julia bahawa dirinya tidak akan menduakan isterinya.

-5-

BAB 7
Papa telah menyediakan pelbagai kelengkapan untuk anak kembar lelakinya. Tindakan papa itu ditegur oleh Mak Cik Noraini keran baginya tidak elok membeli barangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Papa memarahi Mak Cik Noraini kerana terlalu mempercayai perkara yang karut-marut. Bagi papa semuanya terpulang pada takdir. Pada pukul empat pagi, semua orang dikejutkan oleh papa kerana sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Julia membantu papa memapah mama menuruni anak tangga. Mama menahan kesakitan. Matanya terpejam, mulutnya terkumat-kamit dan dahinya berpeluh mama mengeluh beberapa kali menyatakan kesakitannya. Selepas memasukkan mama ke dalam kereta, Juli a cuba menenteramkan perasaan mama. Papa pula masuk ke dalam rumah untuk menyalin pakaian sebelum menghatar mama ke hospital. Mama di hatar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras untuk menerima rawatan. Bagi papa, kelengkapan di hospital kerajaan lebih baik berbanding kelengkapan di hospital swasta. Apabila sampai di hospital, beberapa pembantu hospital segera menolak stretcher untuk membawa mama. Semasa mama ditolak ke bilik pembedahan, mama sempat berpesan kepada papa agar reda dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Mama juga memohon maaf kepada papa atas segala kesalahan dan kesilapannya.

BAB 8
Mama telah di masukkan ke dalam bilik pembedahan. Papa, Julia dan Mak Cik Noraini menuggu di luar bilik pembedahan dengan penuh keresahan. Tidak lama kemudian, papa didatangi oleh seorang doktor dan diminta untuk menandatangani surat pembedahan untuk menjalankan pembedahan ke atas mama kerana ada komplikasi terhadap kandungan kembar mama. Selepas tiga jam berlalu, doktor yang bertanggungjawab untuk membedah mama memberitahu papa bahawa anak kembar lelakiyang dikandungi oleh mama ialah anak kembar siam Bahagian belakang kepala hingga ke punggung mereka didapati melekat. Namun, mereka telah meniggal dunia sewaktu dalam kandungan lagi. Julia dan papa berasa amat sedih atas kehilangan itu. Menurut doktor, mama telahkehilangan darah yang banyak. Mama Berjaya diselamatkan tetapi berada dalam keadaan koma. Walaupun papa berasa sedih tetapi dia langsung tidak menitiskan air mata. Julia berasa kagum dengan ketabahan dan kesabaran papa dalam menghadapi ujian Tuhan tersebut. Papa telah mengisi borang permohonan untuk membawa mayat kedua-duaanak kembarnya pulang untuk disemadikan. Papa menamakan mereka Ahmad dan Muhammad. Julia dan Mak Cik Noraini menagis teresak-esak melihatkan mayat kedua-dua anak kembar itu. Rumah papa dikunjungi oleh para guru dari Sekolah Menengah Seri Gading dan rombongan university tempat papa mengajar. Aisyah juga sempat menasihati papa agar tabah menghadapi cabaran tersebut. -6-

BAB 9
Kini tugas menghantar dan mengambil Julia diambil oleh papa. Papa sempat mencium pipi Julia sebelum meninggalkannya. Ketika di dalam kelas, Julia disapa oleh seorang pelajar baru bernama Rasylan. Rasylan mengatakan bahawa Julia begitu bertuah memiliki seorang bapa yang begitu penyayang dan prihatin terhadap dirnya. Ketika disebut tentang mama, Julia menangis. Ternyata dirinya merindui belaian dan kasih-sayang mama yang ketika itu sedang koma. Rasylan,tanpa mengetahui hal sebenar disebalik kesedihan Julia itu, telah memohon maaf kepada Julia. Jikalau perkataan telah menyinggung perasaan Julia. Walaubagaimanapun, Julia tidak memberitahu Rasylan tentang hal sebenar dan tentang nasib mama. Selepas mengajar, Cikgu Suziyah sempat memberitahu Julia tentang hasratnya untuk menziarahi mama di hospital selepas waktu sekolah. Beliau turut mempelawa Julia agar pergi bersama-samanya. Julia memberitahu bahawa dia akan pergi bersama-sama papa. Julia mencadangkan Cikgu Suziyah agar mengikuti kereta papa dari belakang. Selepasas waktu rehat, Julia dan rakan-rakan sekelasnya ketiadaan guru Sejarah kerana Cigu RaymondBrian tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Ketika itulah, Rasylan menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Julia di perpustakaan selepas waktu sekolah pada hari itu. Namun Julia terpaksa menolak pelawaan itu kerana dia mahu pergi ke hospital untuk menjenguk mamanya yang masih koma.

-7-

BAB 10
Apabila sampai di hospital, papa, Julia dan Cikgu Suziyah berjalan menuju ke wad ICU yang terletak di tingkat tujuh. Sebelum memasuki bilik ICU, mereka terpaksa menyalin pakaian khas yang diberikan oleh pihak hospital.Papa sempat mencium pipi mama yang masih tidak sedar lagi. Papa menyatakan hasratnya untuk melihat mama cepat sembuh kerana amat merinduinya. Julia berasa terharu mendengar kata-kata papa itu. Ketika Julia menelaah buku dalam bilik bacaannya, dia melihat foto papa, mama dan dirinya. Pelbagai kenangan manis tenggelam timbul dalam benak fikirannya. Dia melihat gambar papa dan mama semasa berkahwin,semasa dia dilahirkan dan semasa menyambut hari jadinya yang pertama. Kemudian Julia mencapai sepucuk surat yang di berikan oleh papa kepada mama lalu membaca kandungannya. Dalam surat tersebut papa mencurahkan perasaan kasih dan sayangnya terhadap mama yang begitu mendalam sekali. Papa berterima kasih kerana mama selalu member nasihat, dorongan, semangat dan galakan kepada dirinya setiap kali dia menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Papa bersyukur kepada Tuhan dan bangga memiliki isteri seperti mama. Kemudian Mak Cik Noraini mengajak Julia kr dapur untuk makan bersama-samanya.Bagi Julia, Mak Cik Noraini sudah seperti ibu keduanya kerana dialah yang telah menjaga Julia sejak dilahirkan lagi.Mak Cik Noraini ialah sepupu papa. Namun dia kehilang suami dan anak-anaknya dalam kejadian sepuluh tahun yang lalu akibat kemalanganketika dalam perjalanan daro Johor Bahru ke Bidor. Hanya Mak Cik Noraini saja yang Berjaya diselamatkan. Untuk membantunya, papa telah membawanya untuk tinggal bersama-sama mereka. Pada mulanya, Mak Cik Noraini asyik sahaja menagis terkenangkan keluarganya yang telah tiada sehinggalah kelahiran Julia. Tanggungjawab untuk menjaga Julia telah diberikan oleh papa kepadanya. Sejak itulah dia menjaga Julia denga penuh kasih-sayang.

-8-

BAB 11
Keadaan mama masih juga seperti dahulu. Pada suatu petang, sekembalinya Julia dari menduduki peperiksaan Matematik untuk peperiksaan SPMnya, dia sempat mendengar perbualan papa dan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin kagi. Dia tidak sampai hati melihat papa hidup kesunyian dan tidak seceria dahulu. Namun, papa mengatakan bahawa dia sanggup menanti mama pulih dan sukarnya baginya untuk mencari pengganti mama. Lebih-lebih lagi dia perlu menjaga perasaan Julia. Papa bertanykan Julia tentang peperiksaannya pada hari itu. Menurut Julia dia dapat menjawab soalan0soalan peperiksaan dengan tenang dan yakin sekali. Julia turut meminta kebenaran untuk pergi ke rumah Rasylan di Taman Sri Andalas. Klang selepas dia menduduki peperiksaan Geografi pada esok harinya. Pada pandangan papa, Julia patut membawa Rasylan datng ke rumah untuk bertemu dengan papa terlebuh dahulu sebelum pergi ke rumah Rasylan di Klang agar maruahnya sebagai perempuan terjaga. Kata-kata papa itu telah menyedarkannya supaya membuat pertimbangan yang wajar sebelum membuat keputusan.

Bab 12
Pada keesokan hari, sekembalinya Julia dari sekolah, dia mendapati bahawa sebuah ambulan berada di halaman rumahnya. Mama telah dihantar pulang ke rumah setelah mendapat kebenaran daripada doktor. Mama ditempatkan di sebuah bilik yang dilengkapai dengan peralatan perubatan. Julia berasa gembira kerana dapat berdampingan dengan ibunya lagi. Petang itu, Julia telah mengikuti Kak Aisyah bermain tenis di Kelab Kelana Jaya. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk pergi kerana dia mahu menemani mamanya. Namun, papa menggesanya untuk pergi kerana dia telah berjanji dengan Kak Aisyah. Ketika dalam perjalanan, Kak Aisyah sempat bertanya Julia sama ada dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Julia, dia berniat untuk melanjutkan pelajarannya namun terpaksa menangguhkan hasratnya kerana dia ingin menjaga mama. Namun, Kak Aisyah memberi nasihat supaya Julialebih memberi tumpuan kepada pembelajarannya kerana itulah tanggungjawab Julia.Biarkanlah papa yang memikul tanggungjawab untuk menjaga mama, bukan Julia. Selepas bermain tenis, Kak Aisyah membawa Julia ke rumah banglonya dan memperkenalkan Julia kepada ibu dan bapanya. Bapa Kak Aisyah bernama Datuk Mazahar Sheikh Mohammad, iaitu seorang tokoh korporat dalam bidang pengiklanan. Julia dan ibu Kak Aisyah sempat berbual-bual. Beliau bertanyakan khabar mama. Julia memberitahu bahawa papa telah membawa mama pulang. Dia akan menjaga mama sementara menunggu keputusan SPMnya.

-9-

Bab 13
Sudah hampir lapan bulan mama koma. Keputusan peperiksaan SPM Julia pula akan diumumkan tidak lama lagi. Papa tetap mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada mama. Papa berjanji akan menemani mama sehingga saat saat mama sedar. Selepas beberapa minggu menduduki peperiksaan , Rasylan berkunjung ke rumah Julia dan diperkenalkan kepada papa. Rasylan memberitahu papa bahawa dia tinggal bersama ibu dan bapa angkatnya di Klang. Menurutnya lagi, bapa angkatnya bernama Datuk Mustakim bin Bahadar. Sebelum dijadikan anak angkat dia ialah anak yatim di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Papa sebenarnya telah berkenalan dengan Datuk Mustakim. Menurut papa, ketika Julia berusia empat tahun, kereta yang dipandu oleh Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapanya. Kemalangan itu telah menyebabkan bapa papa meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Menurut papa, Datuk Mustakim tidak memberhentikan kereta setelah melanggar ibu dan bapanya. Perasaan itu mungkin didorong oleh perasaan takut dibelasah oleh penduduk kampung. Papa memberitahu Rasylan bahawa ibunya telah lumpuh selepas kemalangan itu. Datuk Mustakim pula telah membiayai kesemua kos rawatan ibu papa termasuk pampas an sebanyak RM500 setiap bulan kepada papa. Papa turut menyifatkan Datuk Mustakim sebagai seorang manusia yang mempunyai dua watak. Hatinya baik tetapi dia bersifat penakut. Papa mempelawa Datuk Mustakim agar mereka bersemuka tetapi telah ditolak. Dia terus menderma kepada ibu papa selama dua tahun sebelum ibu papa meninggal dunia. Rasylan bersedia mengaturkan pertemuan papa dengan Datuk Mustakim tetapi papa enggan. Bagi Julia, kemungkinan papa masih lagi berasa marah terhadap Datuk Mustakim yang telah mengakibatkan kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

Bab 14
Hubungan Julia dan Rasylan kian bertambah intim dan mesra. Nyatalah Julia menaruh hati terhadap Rasylan. Setelah pulang ke rumah, Julia ditegur oleh papa kerana pulang lewat. Papa tidak senang hati apabila Julia bersahabat dengan Rasylan. Pendirian papaitu amat mengejutkan dan menyedihkan Julia. Dia sendiri berasa keliru dan kecewa dengan perasaan papa. Petang itu, Julia sempat bertnya papa tentang sebab-sebab papa tidak merestui hubungan persahabatannya dengan Rasylan. Menurut papa, latar belakang Rasylan tidak begitu jelas. Malahan, ibu dan bapa angkatnya tidak menunjukkan cirri-ciri yang mulia. Namun bagi Julia, Rasylan baik orangnya. Rasylan bukan sahaja memiliki nilai kemanusiaan yang murni malah pandai menyesuaikan diri. Walaubagaimanapun, demi menjaga hubungan baiknya dengan papa, Julia berjanji kan merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.

- 10 -

Bab 15
Keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan. Julia dan Rasylan memperoleh keputusan yang cemerlang. Papa amat gembira dengan keputusan Julia yang amat cemerlang. Selepas mendapat keputusan, Julia membawa Rasylan meraikan kejayaan mereka bersama-sama. Di Starbucks Coffee, Julia terserempak papa bersama seorang perempuan sedang menikmati pizza sambil berbual mesra. Keadaan itu menyebabkan Julia berasa kurang selesa. Sekembalinya ke rumah, papa menyambut kepulangan Julia dengan mesra. Papa turut bertanya kepada Julia tentang perancangannya selepas ini. Julia memberitahu papa bahawa dia mahu melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan ekonomi. Bagi Julia, UIA menitikberatkan ajaran dan didikan agama yang dapat mendorong dirinya menjadi insane yang mulia. Di samping itu, dia ingin menjadi ahli ekonomi yang disegani ramai.

Bab 16
Permohonon Julia untuk memasuki Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa telah diluluskan. Sebelum meninggalkan rumah, Julia ingin memaklumkan perkara itu kepada mama. Di luar bilik mama, Julia sempat melihat papa berbual-bual dengan mama. Papa sedang memberitahu mama tentang keputusan Julia untuk meyambung pelajaran ke matrikulasi UIA. Papa akan berasa kehilangan tanpa Julia disisinya. Dia turut menyuarakn harapannya supaya mama capat sedar dan dapat menemani papa seperti dahulu.. Papa menghantar Julia ke UIA untuk pendaftaran hari pertama. Julia telah ditempatkan di asrama Siti Khadijah. Rasylan turut diterima di Universiti yang sama dan ditempatkan di asrama Usman bin Affan. Selepas sesi pendaftaran, Julia dan Rasylan bertemu dan berbual.Rasylan menyatakna cemburunya terhadap hubungan mesra Julia dengan papa. Dia sendiri tidak akan dapat menikmati hubungan semesra itu bersamsama ibu dan bapa angkatnya. Malahan, hubungan antara mereka kini mula renggang. Mereka tidak menemani Rasylan untuk sesi pendaftaran kerana ke Kuala Kangsar. Rasylan berasa kesal terhadap sikap mereka itu. Pada keesokan hari, Julia dan Rasylan telah pergi ke kedai buku MPH untuk membeli buku. Selepas itu, mereka ke Starbucks Coffee untuk menikmati kopi dan muffin kesukaan Julia. Secara kebetulan, Julia terserempak dengan papa dan Kak Aisyah lagi. Mereka begitu mesra berbual-bual. Ini kali kedua Julia terserempak dengan mereka berdua.

- 11 -

Bab 17
Peristiwa Julia terserempak dengan papa dan Kak Aisyah tempoh hari amat merungsingkan Julia. Dia ingin bertanya papa tentang hubungan mereka berdua apabila dia pulang ke rumah pada hari sabtu nanti. Pada petang sabtu, Julia pulang ke rumah. Papa sedang duduk di ruang tamu ketika Julia masuk ke dalam rumah. Julia bertanyakan keadaan mama. Papa memberitahu Julia bahawa keadaan mama sama sahaja. Ketika berada di dalam bilik, Julia memikirkan tentang hubungan papa dengan Kak Aisyah. Dia sendiri agak keliru dengan hubungan mereka. Baginya, papa mungkin memerlukan seorang pengganti untuk meluahkan perasaan dan fikirannya. Akhirnya, Julia membuat keputusan bahawa apa yang dilihat dan disangkanya itu adalah tidak benar. Pada keesokan hari, papa menghantar Julia pulang ke Kolej Matrikulasi UIA. Papa juga turut memberika Julia wang saku yang agak banyak memandangkan Julia tidak akan pulang pada minggu yang berikutnya kerana ada tugasdan kursus yang perlu dibereskan. Pad hari minggu, papa menelefon Julia. Pada mulanya , Julia keberatan untuk menjawab panggilan telefon itu. Namun, selepas memikirkan kalau-kalau papa membawa berita tentang mama, Julia terus menjawab panggilan itu. Selepas diberitahu papa bahawa mama tidak menunjukkan sebarang tindak balas, Julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab panggilan itu. Tanpa disedarinya, dia telah melukakan hati papa dengan melontarkan soalan yang tidak patut ditanya olehnya. Julia sempat memohon maaf atas sikapnya itu. Rasylan mempelawa Julia untuk menjamu selera di Restoran A&W di Amcorp Mall. Dalam perjalanan , Rasylan sempat memberitahu Julia tentang Encik Muaz al-Khalibi yang memintanya untuk menjalani pemeriksaan DNA kerana mengesyaki Rasylan adalah anak kandungnya. Julia pula terpaksa merahsiakan hubungannya dengan Rasylan daripada papa kerana papa tidak merestui hubungan mereka dan tidak mahu ada pertalian persaudaraan dengan Datuk Mustakim. Ketika mereka tiba di pusar beli-belah itu, Julia terlihat kereta papa. Di suatu sudut dalam Restoran A&W, Julia mendapati papa sedang berbual-bual dengan Kak Aisyah. Hatinya kecewa dan sedih melihat telatah mereka berdua itu. Kemudian Julia mengajak Rasylan supaya mereka beredar dari restoran itu supya kehadiran mereka tidak diketahui papa.

- 12 -

Bab 18
Julia pulang ke rumahnya. Semasa di pintu masuk, Julia terdengar perbualan antar papa dengan Mak Cik Noraini yang menyokong keputusan papa untuk berkahwin lagi. Ketika Julia masuk ke dalam rumah, papa yang sedang mambaca majalah menyambut kepulangan Julia dengan senyuman. Kemudian, Julia duduk di ruang tamu dan cuba membangkitkan isu tentang niat papa untuk berkahwin lagi. Julia memberitahu papa bahawa dia telah terserempak dengan papa dan Kak Aisyah sebanyak tiga kali, iaitu petama di Restoran Pizza Hut. Kedua di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley dan kali ketiga pada minggu lepas di Restoran Pandu Lalu A&W, Seksyen 17. Julia cuba menyedarkan papa bahawa mama masih hidup lagi. Dia tidak sanggup melihat papa menjadi suami yang tidak setia terhadap mamanya. Dia menganggap papa sebgaia seorang pengkhianat dan suami yang curang. Dakwaan Julia itu benar-benar membangkitkan kemarahan papa. Papa telah menampar muka Julia. Julia berasa terkejut dan sedih dengan tindakan papa sebegitu kerana papa tidak pernak melayaninya sebegitu rupa. Pada keesokan hari, Julia pulang ke kampusnya. Pelawaan papa agar bersarapan pagi bersamasamanya telah ditolak oleh Julia. Ketika melangkah keluar, Julia sempat melihat wajah papa yang jelas mempamerkan kekesalannya terhadap apa yang berlaku.

Bab 19
Rasylan cuba menasihati Julia agar menerima kenyataan bahawa papa ingin berkahwin lagi. Bagi Rasylan, papa juga seperti manusia yang lain, inigin mempunyai seorang teman untuk berkongsi pengalaman hidup dengannya. Namun, Julia tetap tegas dengan pendiriannya kerana dia tidak mahu berkongsi papa dengan perempua lain. Kemudian, Julia bertanya kepada Rasylan sama ada dia telah menjalani ujian DNA sperti mana yang diminta oleh Encik Muaz al-Khalibi. Rasylan memberitahu bahawa dia telah menjalani pemeriksaan itu dan keputudannya positif. Rasylan ialah anak kandun Encik Muaz. Namun, Rasylan tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya ialah anak luar nikah.Dia juga keliru dengan tindakan Encik Muaz menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dia masih kecil lagi. Dia langsung tidak mnedga perkara sebegitu akan berlaku terhadap dirinya. Julia bertemu dengan Rasylan di Laman Budaya. Rasylan pula ketika itu sedang berbual-bual dengan Encik Muaz Al-Khalibi. Kemudian, Rasylan memberitahu Julia bahawa papa sedang menunggu di luar kampus. Dengan perasaan yang serba salah dan berat hati, Julia melangkah menuju ke luar kampus untuk bertemu dengan papa. Papa mempelawa Julia minum bersamanya kerana ada hal penting yang hendak dibincangkan oleh papa dengan Julia. Papa membawa Julia ke Hotel Paya Serai yang terletak di PJ New Town, iaitu tempat kebiasaan di mana Julia, papa dan mama sering menjamu selera pada suatu ketika dahulu. Mereka menjamu selera di Coffee House hotel itu. - 13 -

Papa menerangkan situasi yang sedang dihadapinya sekarang ini. Sebagai seorang lelaki, dia memerlukan seorang teman sejati untuk berkongsi pengalaman hidupnya. Dia juga turut bersa sunyi sejak mama koma. Kesihatan papa juga kian merosot. Dia memerlukan seorang teman untuk mengingatkan jadual makan ubat dan menemaninya berjumpa dengan doktor. Namun, Julia mendakwa bahawa papalah punya penyakit mama itu. Dakwaan Julia itu mengejutkan papa. Namun, papa tetap bersabar menghadapi kerenah Julia itu dengan memberitahu bahawa dirinya tetap bersabar sekian lama kerana terhutang budi kepada mama. Penjelasan papa itu benar-benar membimbangkan Julia. Dia berasa khuatir akan kesihatan papa. Akhirnya, Julia merestui keinginan papanya untuk berkahwin lagi. Dia ingin melihat papa bahagia, bukan sebaliknya.

Bab 20
Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai anak luar nikah hasil hubungan Encik Muaz Al-Khalibi dengan seorang warga Indonesia. Namun, semasa ibunya mnegandungkannya, Encik Muaz meninggalkan Malaysia. Selepas dilahirkan , dia ditinggalkan oleh ibunya di longkang besar di Bandar Klang kerana tidak sanggup menahan malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, bapa kandungnya ialah Encik Mustakim. Emosi Rasylan itu menyebabkan Julia terfikir tentang keikhlasan hatinya mengizinkan papa untuk berkahwin dengan Kak Aisyah. Apa yang di khuatirkannya ialah kasih sayang papa terhadap dirinya akan berkurangan. Dalam hatinya dia benar-benar mengharap agar mamanya cepat sedar dan keluarganya akan kembali bahagia dengan kehadiran mama seperti dahulu. Hari itu, papa menelofon Julia dan mempelawanya minum di luar untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada Julia. Julia terpaksa akur demi menjaga perasaan papa. Papa meminta Julia agar memanggil Kak Aisyah mak cik. Julia sudah lama berkenalan dengan Kak Aisyah dan pertemuan itu sebenarnya bukan kali pertama mereka bertemu. Pada hujung minggu itu, papa meminta Julia agar pulang ke rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan papa dengan Kak Aisyah. Namun, Julia enggan dan memberi alasan ingin menjaga mama di rumah. Ketika melihat Julia menangis, papa berniat untuk membatalkan majlis pernikahan itu. Namun, Julia meminta papa agar meneruskannya kerana majlis itu telah lama dirancang dan banyak orang pula sedang menuggu papa. Melihatkan pemergian papa, fikiran Julia jadi berkecamuk.

- 14 -

Bab 21
Julia mengalami demam panas yang agak serius dan dihantar oleh papa ke hospital. Ketika terlantar di katil hospital, Julia telah bermimpi tentang seorang lelaki yang seiras wajah papa dan bernama Jeffri. Wajah Jeffri lebih muda daripada papa. Dalam mimpi itu, Jeffri cuba memujuk Julia agar merelakan keputusan papa untuk berkahwin lagi. Itulah satu-satunya cara untuk membahagiakan papa.Walau bagaimanapun, Julia tetap berat hati untuk menerima Mak Cik Aisyah sebagai ibu tirinya bagi menggantikan tempat mama. Dia enggan berkongsi kasih sayang papa dengan perempuan lain. Julia ingin terus memonopoli kasih sayang papa seperti dahulu kala. Ketika Julia tersedar, dia mmendapati papa dan Mak Cik Aisyah sedang duduk memandangnya sambil tersenyum. Kemudian doktor menyuntik ubat ke dalam badan Julia. Sejurus selepas itu, Julia tidak sedarkan diri.

Bab 22
Tiga hari Julia terlantar di hospital. Pada hari ketiga, Julia didatangani oleh Doktor Razif, Doktor yang merawatnya sepanjang dia terlantar di hospital. Beliau cuba bertanyakan sebab-sabab Julia jatuh sakit. Namun, Julia tidak memberitahu perkara yang sebenar. Julia mengatakan bahawa dia mengalami masalah jiwa dan emosi sehingga menganggu kesihatannya. Beliau menasihati Julia agar tabah dan sabar menghadapi segala cabaran hidup yang bakal dihadapinya. Papa dan Mak Cik Aisyah datang untuk menjemput Julia pulang ke rumah. Mak Cik AI syah meminta Julia agar mengemaskan rambutnya namuntidak diendahkan oleh Julia. Walau bagaimanapun, akhirnya Mak Cik Aisyah berjaya memujuk Julia Selepas Julia mengemaskan rambutnya, dia pun mengenakan gincu di bibirnya. Cuti pertengahan semester Julia telah tamat dan dia akan pulang ke kampusnya. Sebelum melangkah turun dari kereta papa, Julia sempat bertanya kepada papa tentang bilakah agaknya mama akan sedar daripada koma. Papa sendiri tidak mengetahui jawapannya. Julia akan menduduki peperiksaan akhir semester yang mnejadi penentu sama ada dia akan ditawarkan tempat di kampus induk UIA di Gombak kelak atau tidak.Dia dan Rasylan begitu bersungguhsungguh menduduki peperiksaan itu agar mereka memperoleh keputusan akademik yang cemerlang. Selepas lapan minggu Julia dan Rasylan belajar bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu, akhirnya mereka diberi pelepasan selama beberapa hari untuk merehatkan minda mereka. Rasylan mengajak Julia ke Mid Valley bersama-samanya. Selepas peperoksaan semester kedua, Julia pulang ke rumahnya. Dia dan Rasylan berasa yakin bahawa mereka akan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Semasa dudduk di ruang tamu bersama-sama papa dan Mak Cik Aisyah, Julia sempat bertanya kepada papa tentang perancangan bulan madu mereka. Namun, papa tidak menjawab pertanyaan Julia

- 15 -

itu, sebaliknya dia bertanya tentang peperiksaan yang sudah diduduki oleh Julia. Julia memeberitahu papa bahawa keputusan peperiksaan itu akan diumumkan dua minggu sebelum akhir tahun. Ketika Julia berjalan melepasi bilik bacaan papa, dia terdengar pertelingkahan antara papa dan Mak Cik Aisyah. Papa menegur perbuatan Mak Cik Aisyah yang masuk ke dalam bilik mama. Papa cuba menyedarkan Mak Cik Aisyah bahawa mama ialah orang yang amat penting dalam kehidupannya dan Julia. Daripada perbualan mereka,Julia sempat mengetahui bahawa Mak Cik Aisyah sudah mengandung. Dia berbesar hati untuk mengetahui kedudukan mama dan dirinya dalam hati papa. Perbuatan Julia yang mencuri dengar perbualan orang tuanya ditegur oleh Mak Cik Noraini. Ketika berada di meja makan, Julia menceritakan peristiwa papa memarahi Mak Cik Aisyah kerana ada kemungkinan Mak Cik Aisyah akan cuba meracuni mama. Mak Cik Aisyah berasa sungguh sedih mendegarkan dakwaan Julia itu. Julia memohon maaf kepada Mak Cik Aisyah kerana dia telah terlanjur kata. Julia menyatakan kerelaannya untuk menerima Mak Cik Aisyah dengan hati yang ikhlas. Mak Cik Aisyah berterima kasih kepada Julia kerana sedia menerima kehadirannya dalam keluarga itu dan berjanji akan menjaga Julia dan papa dengan baik.

Bab 23
Hubungan antara Julia dengan Rasylan bertambah intim. Kekacakan Rasylan pula kian terserlah. Tidak kira ke mana mereka berdua berda di dalam kampus, kemunculan Rasylan akan menarik perhatian sesetengah warga kampus. Kadang kala, Julia berasa kurang selesa dipandang oleh orang lain begitu sahaja. Dia cuba meluahkan ketidakselesaannya itu untuk makluman Rasylan. Namun di luar dugaannya, perakara itu menimbulkan rungutan dan perasaan cemburu pada diri Rasylan. Menurur Rasylan, dia pernah terserempak semasa Julia ditegur dan didampingi pelajar senior yang kacak. Julia pula cubamengungkit kenyataan bahawa Rasylan juga sering didampingi oleh pelajar-pelajar perempuan, tidak kira sama ada junior atau senior. Namun, dia tidak pernah memarahi Rasylan berhubung soal itu. Pertengkaran mereka itu berhenti apabila salah seorang paelajar perempuan yang lebih senior memberi salam kepada mereka. Dengan cepat Rasylan menjawab salmnya. Bagi Julia, tiada gunanya jika dia berasa cemburu terhadap kebebasan Rasylan untuk bertegur sapa dengan pelajar perempuan yang lain. Apa yang lebih diutamakannya ialah usahanya untuk menimba ilmu pengetahuan. Rasylan dan Julia pulang bersama-sama dengan menaiki bas awam semasa cuti pertengahan semester bermula. Dalam perjalanan, Julia sempat bertanya Rasylan sama ada Datuk Mustakim sudah mengetahui tentang tawaran Encik Muaz Al-Khalibi kepadanya atau tidak. Oleh sebab Rasylan tidak menjawab pertanyaan itu, Julia menenyakan soalan lain sama ada dia menerima tawaran Encik Muaz itu. Namun menurut Rasylan dia akan menolak tawaran tersebut. Dalam hatinya dia tetap tidak dapat memaafkan Enci Muaz yang sanggup mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa semasa dia masih kecil. Sebaliknya, Rasylan amat berterima kasih kepada Datuk Mustakim kerana pada saat dia - 16 -

memerlukan pertolongan, Datuk Mustakim muncul dan menjadikannya anak angkat. Rasylan berasa amat terhutang budi kepada beliau. Julia menasihati Rasylan agar memberi peluang kepada Encik Muaz untuk menebus kesalahannya. Namun, nasihat itu sia-sia sahaja. Julia berjanji kepada Rasylan bahawa dia akan tetap bersama Rasylan walau apapun keputusan yang dibuatnya. Bagi Rasylan, janji yang dibuat oleh Julia itu masih terlalu awal kerana dia sendiri tidak tahu apa akan terjadi pada kemudian hari. Namun, Julia tetap menegaskan bahawa dia akan tetap berpegang teguh terhadap janjinya itu.

Bab 24
Apabila Julia tiba di rumah, suasana rumahnya kelihatan lengang. Papa dan Mak Cik Aisyah tidak ada di rumah. Menurut kata Mak Cik Noraini, papa pergi ke rumah Mak Cik Aisyah di Kelana Jaya. Julia berasa gembira menunggu saat kelahiran adiknya tidak lama lagi yang bakal menggantikan Ahmand dan Muhammad yang telah meninggal dunia. Papa pula kini semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan. Semasa di ruang tamu, Mak Cik Aisyah bertanyakan masalah Julia dan mahu berkongsi masalah itu. Akhirnya, Julia menceritakan masalah cintanya dengan Rasylan. Dia juga bertanyakan Mak Cik Aisyah sama ada pernah mengalami masalah yang sama ketika menuntut di universiti dahulu. Menurut Mak Cik Aisyah, papalah orang yang dicintainya semasa di universiti. Seterusnya, Mak Cik Aisyah menasihati Julia agar sabar menghadapi kerenah teman lelaki kerana perasaan cemburu merupakan perkara biasa dalam perhubungan. Perbualan mereka terhenti apabila papa membreitahu bahawa Rasylan menelefon Julia. Pada mulanya, Julia enggan menjawab panggilan tersebut. Namun, papa telah menasihati Julia agar menyelesaikan masalah antara mereka dengan menjawab panggilan tersebut. Akhirnya, Julia akur. Rasylan mengajak Julia keluar untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi Julia menolak pelawaan Rasylan itu. Selesai sembahyang maghrib, papa dan Julia pergi ke bikik mama. Tanpa disangka, mama membuka matanya, menggerak-gerakkan jarinya dan mulutnya kelihatan terkumat-kamit seolah-olah mengatakan sesuatu. Julia dan papa berasa gembira dengan perkembangan mama itu. Namun, kemunculan Mak Cik Aisyah menghairankan mama. Papa cuba mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan Mak Cik Aisyah kepada mama dan menerangkan sebab dia memperisteri Mak Cik Aisyah. Namun, mama sukar menerima kenyataan itu. Dalam tangisan, mama menghembuskan nafas terakhirnya. Papa tidak dapat menahan air matanya atas pemergian mama itu. Papa berasa satu kehilangan yang amat sangat. Bagi Julia, papa kini benar-benar tewas akibat kehilangan isteri yang begitu dicintainya. - 17 -

Tema
Novel Papa akhirnya kau tewas jua! Bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga yang menjadi asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, kasih sayang suami terhadap isteri dan anaknya menjadi kunci kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.

Persoalan
1. Persoalan ketabahandalam menharungi cabaran dan dugaan hidup
Persoalan ini ditimbulkan apabila papa terpaksa menerima realiti bahawa mama telah koma manakala anak kembar siamnya telah meninggal dunia. Kebahagiaan hidup keluarganya tibatiba sahaja diragut oleh nasib malang yang langsung tidak diduganya sama sekali. Walaupun begitu, papa tetap tabah menghadapi liku-liku hidup tersebut. Papa langsung tidak menitiskan air matanya apabila dia berdepan dengan cabaran tersebut. Julia sendiri berasa kagum dengan ketabahan papanya itu.

2. Persoalan kegigihan dalam proses penimbaan ilmu pengetahuan demi kecemerlangan hidup pada masa hadapan
Julia begitu gigih mengulang kaji pelajarannya sebagai persediaannya untuk menghadapi peperikselahaan SPM. Dia sentiasa membuat persediaan awal demi peperiksaannya. Berkat kegigihannya, dia lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan mengikuti pangajian Kolej Matrikulasi Universiti Antarabangsa (UIA). Ketika di universiti, dia begitu gigih menyiapkan tugasan kursus yang diberi oleh pensyarahnya bersama-sama Rasylan.

3. Persoalan poligami dalam sesebuah keluarga


Apabila mama jatuh koma, papa tep tabah dan menanti saat-saat untuk mama sedar kembali. Namun, penantian yang begitu lama telah membuatkan papa kesepian dan keishatannya semakin merosot. Papa telah membuat keputusan untuk memperisteri Aisyah. Pada mulanya, keinginan papa itu dibantahi oleh Julia. Bagi Julia papa patut menyayangi mama, bukan menduakan isterinya. Julia juga turut enggan berkongsi kasih sayang papanya dengan perempuan lain. Namun, papa berjaya memujuk Julia agar menerima Aisyah dengan alasanalasan yang munasabah.

4. Persoalan sifat sanggup berkorban demi kabahagiaan orang yang disayangi.


Mama sanggup hamil sekali lagi atas permintaan papa dan sanggup berdepan dengan risiko menghadapi komplikasi sekali lagi ketika melahirkan anak. Hal ini demikian kerana, mama pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Demi kabahagiaan papa, mama sanggup berkorban menghadapi komplikasi sekali lagi ketika melahirkan anak kembar siam yang dikandungnya. Selepas dibedah, mama koma dan anak kembar siamnya pula meninggal dunia. - 18 -

5. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa terhadap anak.


Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi lingkang besar selepas dia dilahirkan. Nasibnya baik kerana dia telah diselamatkan oleh orang lain. Sejak itu, dia dia membesar di rumah anak yatim sehingga dirinya dijadikan anak angkat oleh Datuk Mustakim. Kemunculan bapa kandungnya, Encik Muaz Al-Khalibi di kampus telah menyedarkan dirinya tentang latar belakang hidupnya. Menurut Encik Muaz, Rasylan ialah anak luar nikah hasil daripada hubungannya dengan seorang wanita Indonesia. Realiti itu banyak mempengaruhi emosi Rasylan sehingga dia berpendirian tegas untuk tidak menerima Encik Muaz Al-Khalibi sebagai bapa kandungnya.

- 19 -

Plot Novel Papa Akhirnya kau tewas jua! Mengikut kronologi.

Peringkat eksposisi
Keadaan keluarga Julia, Papa( Jeffri) dan Mama ( Intan Maliana) digambarkan begitu bahagia. Kasih sayang antara papa dan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan kehidupan mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut berasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.

Peringkat perkembangan
Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mamaakan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Juliamenghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susumama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama.Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam padaitu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa. Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru dikelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, CikguSuzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak inginmelaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan. Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun,mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawa anak kembar yang dilahirkan mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktukandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawapulang untuk dikebumikan.

- 20 -

Konflik
Konflik perasaan selepas kehilangan anak kandung Anak kembar siam yang dikandugkan oleh Mama meninggal dunia selepas dilahirkan. Julia berasa amat sedih atas kehilangan kedua-dua adik kembarnya itu. Papa turut berasa sedih, namun dia tidak menitiskan air mata.

Perkembangan
Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakangkeluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yangmelanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskanrasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antaramereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan Rasylanmembuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka. Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurangceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorangpelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra diRestoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama-sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwindengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar denganpapa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telahmeregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap dikampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.

Konflik
Konflik hubungan antara bapa dan anak Keputusan papa untuk memperisteri Aisyah dibantahi oleh Julia yang tidak mahu melihat papanya menduakan isterinya. Dia juga tidak ingin berkongsi keasih sayang papa degan perempuan lain. Keadaan itu menyebabkan Julia bertelingkah dengan papa. Akibatnya, papa telah menampar muka Julia buat kali yang pertama dalam hidupnya. Tamparan papa meninggalkan kesan emosi yang kuat dalam diri Julia. Julia memprotes perbuatan papa itu dengan membuat keputusan enggan pulang pada hujung minggu. Konflik emosi berikutan latar belakang diri akibat sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab Rasylan berasa kecil hati selepas mengetahui latar belakang dirinya yang sebenar. Ibu dan bapa kandungnya telah meninggalkan dirinya sejak dia dilahirkan. Malahan, ibu dan bapa kandungnya cukup tidak bertanggungjawab kerana sanggup meninggalkan Rasylan di tepi longkang semasa Rsaylan masih

- 21 -

bayi. Keadaan itu menyebabkan Rasylan enggan menerima kehadiran bapa kandungnya, Encik Muaz AlKhalibi dalam hidupnya walaupun puas dipujuk.

Perkembangan
Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz alKhalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah hasil hubungan Encik Muaz dan seorang wanita iaitu pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagaianak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namunRasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muazmembuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan. Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demimembahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung.Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza.Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.

PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalamtangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

- 22 -

A. WATAK UTAMA :
INTAN JULIA Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialahseorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima.Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya,keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya.Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut. . Sebagai seorang pelajar, Julia gigih menimba ilmu kerana baginya ilmu pengetahuan menjadi penjamin masa hadapannya. Berkat kesungguhan dan ketekunannya dalam menimba ilmu, dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM lalu ditawar melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Keputusan bapanya untuk berkahwin sekali lagi tidak dipersetujui olehnya. Keadaan itu telah mencetuskan perselisihan faham antara Julia dan papanya.Walau bagaimanapun, kasih sayang Julia mengatasi segala perasaan tidak puas hati. Akhirnya Julia merestui bapanya untuk mengahwini Aisyah. Dia menerima kehadiran Aisyah dalam keluarganya dengan hati yang terbuka. Julia berasa kehilang sangat apabila ibu yang dikasihinya meninggal dunia.

Perwatakan Intan Julia : PENYAYANG

Sebagai seorang anak, Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasamendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiapkali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya.Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah. Hal ini demikian kerana, dia berasa bimbang terhadap tahap kesihatan bapanya yang kian merosot sejak mamanya koma. KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN

Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, diaBerjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Semasa menuntut ilmu di menara gading,dia turut gigih dan tekun menyiapkan segala tugasan serta kerja kursus yang diberi oleh pensyarahnya.

- 23 -

KETABAHAN

Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuhkoma, kematian adikberadik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwinlagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSUR

Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia akhirnya bertolak ansur dan membenarkan papa berkahwin lagi kerana risaukan kesihatan dan kabahagiaan papa.

- 24 -

B .WATAK SAMPINGAN : JEFFRI / papa


Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik.Kasih sayangnya terhadap isterinya Intan Maliana tidak pernah berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Dalam novel tersebut, watak Jeffri lebih dikenali sebagai papa. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Apabila mama koma, papa berasa sedih dan kesunyian.Dalam kesunyian itulah Papa menjalin hubungan dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di kampus. Akhirnya, papa telah mengahwini Aisyah kerana baginya Aisyah dapat berkongsi segala suka dan dukanya. Perwatakan Jeffri / papa : PENYAYANG

Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan denganRasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik. BERPENDIRIAN TEGAS

Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan Rasylan baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cubamemujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya. TABAH MENGHARUNGI CABARAN

Papa amat tabah menghadapi cabaran dalam kehidupannya. Ketika berdepan dengan kematian anak kembar siamnya, papa mampu menahan air matanya daripada berlinangan. Malahan, papa turut tabah menghadapi kenyataan bahawa mama jatuh koma selepas melahirkan anak kembar siamnya. PRIHATIN

Papa prihatin terhadap Julia apabila dia meminta pandangan anaknya dan sanggup berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Dia memaklumkan kepada Julia tentang sebab-sebab dia ingin berkahwin lagi sehingga mendorong Julia untuk merestui keputusannya itu, walaupun pada mulanya Julia membantah keinginannya itu.

- 25 -

INTAN MALIANA / mama


Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dansanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Mama sanggup mengandung lagi walaupun dia sedar bahawa dirinya akan menghadapi komplikasi sebagaimana yang pernah dialaminya semasa melahirkan Julia 16 tahun dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di SekolahMenengah Seri Gading. Sebagai seorang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab, mama amat disukai oleh pelajar-pelajarnya. Selepas peringkat perkembangan, mama digambarkan berada dalam koma. Pada peringkat peleraian, mama dikatakan sedar kembali. Walaupun begitu, selepas dimaklumkan bahawa papa telah berkahwin dengan Aisyah, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir. Perwatakan Intan Maliana / mama : SANGGUP BERKORBAN

Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak yang kedua, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya. Mama telah memperlihatkan sifat sanggup bekorban seorang isteri kepada suaminya. TEGAS PENDIRIAN

Mama tetap berpendirian tegas untuk melahirkan anak walaupun dirinya puas dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie tentan risiko yang mungkin menimpa dirinya berikutan keputusannya itu. Hal ini demikian kerana, papa sudah lama menginginkan anak selepas mama melahirkan Julia. Mama tidak mahu menghampakan hasrat papa. BERTANGGUNGJAWAB

Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha membertunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakansentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya. PENYAYANG

Mama amat menyayangi Papa dan Julia. Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa menyebabkannya sanggup mengandung sekali lagi walaupun risiko dia akan mengalami komplikasi telahpun diketahui dan keputusannya itu ditentang dengan keras oleh Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie, iaitu rakan sekerjanya di Sekolah Seri Gading. Mereka berasa risau terhadap keadaan mama kerana dia pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia 16 tahun yang lalu.

- 26 -

MAK CIK NORAINI


Mak Cik Noraini ialah sepupu Papa. Dia ialah seorang janda. Suami dan dua orang anaknya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Bidor. Kereta yang dipandu oleh suaminya bertembung dengan sebuah lori tangki. Hanya Mak Cik Noraini sahaja Berjaya diselamatkan. Sejak Julia dilahirkan, dialah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Julia. Perwatakan Mak Cik Noraini PANDAI MASAK

Mak Cik Noraini pandai memasak sebarang jenis masakan. Julia amat menyukai bubur kacang yang dimasak olehnya. PENYAYANG

Dia amat menyayangi Julia kerana Julia dilahirkan, dialah orang yang menjaganya dengan penuh kasih sayang PRIHATIN

Dia amat prihatin terhadap keadaan mama yang mengandung sekali lagi. Dia berasa bimbang sekiranya mama akan mengalami komplikasi selepas melahirkan anak yang keduanya. KESOPANAN

Dia turut mementingkan kesopanan kerana dia menyedarkan papa dan Julia bahawa tidak kira betapa mesranya hubungan antara mereka, nilai kesopanan tidak boleh diabaikan memandangkan Julia sudah menigkat usia remaja. Baginya memang tidak sopan bagi Julia duduk begitu rapat dengan papa ketika mereka bersembang di ruang tamu. BERTANGGUNGJAWAB

Mak Cik Noraini turut memikul tanggungjawab untuk menjaga mama semasa mama jatuh koma.

- 27 -

RASYLAN
Rasylan ialah rakan sekelas Julia ketika dia menuntut ilmu di sekolah menengah. Fizikalnya digambarkan begitu tampan dan ketampanannya Berjaya menarik perhatian Julia.Dia ialah anak angkat kepada Datuk Mustakim. Bapa kandungnya ialah Encik Muaz Al-Khalibi. Dia merupakan anak luar nikah antara Encik Muaz Al-Khalibi dengan seorang pengemas biliknya berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan telah ditinggalkan oleh ibunya di lingkang besar yang berhampiran dengan sebuah masjid di bandar Klang. Bapa kandungnya pula kembali ke negara asalnya tanpa mengetahui hal tersebut. Rasylan menjalin hubungan percintaan dengan Julia. Namun, hubungan antara mereka tidak direstui oleh papa Julia sehingga memaksa mereka menjalinkan hubungan secara sulit. Perwatakan Rasylan : GIGIH

Rasylan gigih, tekun, dan rajin menimba ilmu pengetahuan sehingga akhirnya dia ditawarkan mengikuti pengajian dalam peringkat matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa. BERPENDIRIAN TEGAS

Dia enggan menerima Encik Muaz al-Khalibi sebagai bapa kandungnya kerana diia menganggap bapa kanungnya tidak bertanggungjawab dan tidak layak diterima sebagai seorang bapa. Dia berpendirian tegas dalam hal tersebut. PENYAYANG

Rasylan amat menyayangi Julia. Kehadiran Julia di sisinya mampu membahagiakan dan menggembirakan hatinya. MUDAH CEMBURU

Dia berasa cemburu apabila terserempak Julia berbual-bual dengan penuntut lelaki lain di dalm kampus universiti. Mereka sering berselisih gaham tentang hal tersebut.

- 28 -

Aisyah ( TANGGUH)

- 29 -

A. LATAR TEMPAT Sekolah Menengah Seri Gading >>>tempat Intan Maliana mengajar >>>tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall >>>tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung >>>tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras >>>tempat mama dibedah >>>tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor >>>tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai >>>tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannyadengan Aisyah.
- 30 -

B. LATAR MASA

ZAMAN MODEN >>>zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital dan sebagainya >>> (sekitar 2000-an)

TEMPOH MASA >>>>>bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)

16 TAHUN DAHULU >>>sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

- 31 -

C. LATAR MASYARAKAT

Masyarakat Moden >>>sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatancanggih di hospital

Masyarakat Pendidik >>>Papa merupakan pensyarah bidang ekonom i>>>Mama merupakan guru Matematik

Masyarakat anak angkat >>>Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim

Masyarakat Berpoligami >>>Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma

- 32 -

DIALOG Teknik ini muncul ketika papa berbual-bual dengan Julia, ketika mama bercakap dengan papa, semasa Julia bercakap dengan Mak Cik Noraini, perbualan antara papa dan Mak Cik Aisyah dan sebagainya. Contoh : "Apa you buat dalam bilik tu tadi?" Diam. Tiada jawapan yang ku dengar. "Aisyah, I'm talking to you, please answer me!" Ulang papa sekali lagidan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku dapat mengenali suarapapa. Rasa-rasanya dia sedang marah. "Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke?"

PEMERIAN Penulis mengambarkan keadaan papa dan mama yang sedang berada di kebun tanaman kacang panjang dan jagung. Kemesraan dan kasih sayang antara mereka begitu ketara dalam plot itu. Contoh : Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian.Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika mama ditemaniangin petang yang bertiup lembut.

MONOLOG DALAMAN Teknik monolog dapat dikesan apabila Julia terserempak dengan papa yang sedang menjamu selera dengan Aisyah sehingga ada kemungkinan papa akan berkahwin dengannya dan menjadi ibu tirinya. Contoh : Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu? Oh,tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak dengannya.

- 33 -

IMBAS KEMBALI Dalam novel ini, teknik imbas kembali dapat dikesan apabila Julia mengimbas kembali tentang larangan papa agar mama tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Contoh : Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripadamulut papa ketika dia melarang mama daripada berbelanjasewenang-wenangnya. "Betullah macam apa yang you kata, tapi duit tu bukannya daun kering yang bersepah di tepi jalan,"

UNSUR SASPEN Penulis menggunakan unsur aspen ketika mama dikejarkan ke hospital kerana tiba masa untuk bersalin. Pembaca akan tertarik untuk mengetahui sama ada mama akan menghadapi komplikasi sekali lagi sebagaimana yang dihadapinya ketika melahirkan Julia enam belas tahun yang lalu. Keadaan papa, Julia dan Mak Cik Noraini yang begitu bimbang menambahkan lagi ketegangan suasana dalam peristiwa itu. Contoh : Papa, Mak Cik Noraini dan aku masih menunggu di luar bilik bedah. Kami resah. Dengan kemunculan seorang doctor dari dalm bilik bedah itu, kami diberitahu bahawa mama terpaksa melalui pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya. Papa kelihatan pucat bila mendegar penerangan itu disampaikan kepadanya apabila doctor menghulurkan sekeping boring untuk ditandatangani oleh papa. Sebaik sahaja doctor itu masuk semula ke dalam bilik pembedahan, papa kelihatan menadah tangannya ke langit, memohon restu dari Ilahi agar mama diselamatkan. Peluhpeluh dingin mula memercik keluar dari dahi papa.

- 34 -

GAYA BAHASA
Penggunaan Bahasa Inggeris "Have you think it over ?" (m/s 38)" Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU !" kata Papa denganmuka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

Ungkapan Bahasa Cina Macam kata orang Cina,car beh liau, iaitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

Sinkof "Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)

Simile Renungan mata papa amat tajam setajam tombak hulubalang yang mengawal istana. (m/s 44)

Peribahasa Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit,akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)

Personifikasi Di luar sana, cahaya matahari mula menyinarkan cahayanya dan mencuri-curi masuk ke dalam kawasan hospital

Simbolik Subuh yang tadinya hanya diterangi oleh lampu-lampu neon yang tegak berdiri kini sudahmula diterangi oleh lampu ciptaan Tuhan yang paling besar dan itu menandakan hari sudah menjelang siang.

- 35 -

NILAI
Tabah Julia dan papa tabahmenghadapi realiti bahawa anak kembar yangdilahirkan mama meninggal dunia manakala mama jatuh koma. Kasih Sayang Kasih sayang antara papa, mama dan Julia tidak berbelah bahagi. Merekasaling menyayangi dan mengambil berat. Gigih Julia begitu gigih belajar sehingga dia berjaya memperoleh keputusancemerlang dalam SPM. Saling Membantu Mama membantu Cikgu Suzie dengan menghantarnya ke bengkel kereta diSeksyen 14. Papa pula membantu Mak Cik Noraini yang kehilangan ahlikeluarganya. Berdikari Julia hidup berdikari semasa menuntut ilmu di UIA.

PENGAJARAN Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain. Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri

- 36 -