Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 PENGENALAN Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. 2.0 TUJUAN MBMMBI Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM 3.1 Tatacara Pelaksanaan Program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) adalah di bawah tanggungjawab Panitia Bahasa Inggeris Cikgu Adeline Wong Sy Hie telah dilantik sebagai penyelaras program. Kerjasama dan komitment semua ahli panitia telah membolehkan beberapa program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Panitia menyediakan Pelaksanaan Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris peringka tsekolah dengan mengikut garis panduan pelan tindakan dan peklan operasi yang dirancang pada awal tahun. Program-program atau aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan murid lemah,sederhana dan cemerlang. Perkongsian bijak dan sinergi antara guru digembeling bagi menjalankan program-program yang mantap dan berimpak. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid dan guru-guru Bahasa Inggeris serta warga sekolah.
5.0 TARIKH DAN JANGKA MASA PELAKSANAAN Pelaksanaan Program MBI dijakankan mulai Januari 2011 hingga kini. 6.0 STRATEGI MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS Terdapat pelbagai strategi yang dirancangkan untuk dijalankan di sekolah bagi memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru dan muridmurid. Strategi memperkukuhkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut: Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Asas Berbahasa (Back to Basics) Didik Hibur Modul Language Arts Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Penetapan Model Bahasa Inggeris Sumber P&P Makmal Komputer Guru: Contact Time Berkualiti Perkongsian dan Jaringan Guru Kepimpinan Sekolah 7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS i. Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris Peruntukan waktu Bahasa Inggeris Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. ii. Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Transformasi modular. iii. Asas berbahasa (Back to Basics) Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa. Kurikulum Bahasa Inggeris di sekolah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan
iv. v. Didik Hibur Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa vi. Inggeris pelbagai genre.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Kurikulum Bahasa Inggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenanan.
vii.
Penetapan Model Bahasa Inggeris Model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.
viii.
Sumber P&P Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya boleh sesuai. turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang
ix.
Guru Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru dengan murid, dua orang guru Bahasa Inggeris gred DG41 dilantik untuk mengajar Tahun 1 dan 2.
x.
Perkongsian dan Jaringan Guru Sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan. Mesyuarat dan perbincangan antara guru-guru BI dijalankan sekurang-kurangnya enam kali setahun.
xi.
Kepimpinan Sekolah
Guru Besar diberi lebih banyak pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Program seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan. xii. Early Reading Early Reading/ Bacaan Pagi dijalankan pada pukul 7:00a.m. hingga 7:15a.m. setiap hari Khamis. Tujuannya adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Dua orang murid dilantikkan sebagai mentor untuk membimbing rakan-rakan sekelas membaca bahan bacaan yang disediakan oleh guru BI. xiii. Penggunaan CD MBI Guru BI tahap 1 menggunakan CD MBI yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya sekali seminggu. Guru juga menggunakan bahan ICT dan persembahan power point dalam aktiviti P&P. Guru perlu membuat catatan tentang tarikh penggunaan dan pemulangan CD. xiv. Program Membaca Buku Cerita Bahasa Inggeris Murid-murid Tahun 1-6 mengambil giliran untuk membaca buku cerita Bahasa Inggeris semasa perhimpunan pada setiap hari Isnin. xv. Program Nilam Murid-murid mencatat dan membuat rumusan bagi buku cerita yang dibaca. Guru-guru BI perlu menyemak dan menandatangani buku rekod Nilam murid. xvi. Pertandingan Mendeklamasi sajak dan Word Maze Pertandingan Mendeklamasi sajak dan Word Maze diadakan pada hari Mufti. Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk memperkukuh penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Penutup Program memperkukuh Bahasa Inggeris dilaksanakan bagi memupuk minat murid kepada pelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris. Aktiviti yang dirangka mengambil kira empat komponen Bahasa Inggeris iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing.
Disamping penyampaian guru yang berkesan bagi mempekukuh penguasaan Bahasa Inggeris, program-progran sisipan yang mantap dan berkesan juga dapatmeningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan seterus pencapaian akademik murid.
Disediakan Oleh,
Disemakkan Oleh,