OBJEKTIF Selepas mempelajari unit ini, pelajar dapat : .i .ii .iii .iv Menyatakan kepentingan dan kegunaan sistem pneumatik dalam industri. Mengenalpasti kegunaan, fungsi serta simbol komponen pneumatik.
Menerangkan serta menganalisis perjalanan dalam litar pneumatik mudah. Mengatasi masalah yang wujud dalam litar penumatik mudah. PENDAHULUAN Sistem pneumatik adalah sistem yang menggunakan gas termampat yang lazimnya udara, untuk menghantar dan mengawal kuasa. Kos untuk menjana sistem pneumatik ini sebenarnya jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan sistem hidraulik. Ini kerana udara yang digunakan oleh sistem ini boleh diperolehi dengan percuma. Walau bagaimanapun, udara perlulah dimampatkan terlebih dahulu oleh pemampat. Dalam sistem pneumatik, udara termampat digunakan sebagai tenaga. Udara dari atmosfera dimampatkan oleh pemampat kepada tekanan yang tinggi dan disimpan dalam tangki. Udara termampat ini digunakan untuk menghasilkan kerja yang digerakkan oleh alatan pengerak linear atau putaran. Secara amalinya, sistem pneumatik selalunya digunakan untuk kerja-kerja yang ringan. Ini disebabkan oleh ketumpatan udara adalah jauh lebih rendah berbanding minyak. Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh sifat udara yang boleh mampat. Ini menyebabkan penghantaran beban bagi sistem pneumatik menjadi kurang tepat berbanding dengan sistem hidraulik. Di samping itu juga, peralatan sistem pneumatik lebih cepat menghaus. Ini disebabkan kurangnya pelinciran antara komponen sistem tersebut yang bergesel. Untuk mengurangkan masalah ini, sistem pneumatik memerlukan sedikit bahan pelincir.
Sistem pneumatik memerlukan udara termampat daripada 40 l/min sehingga 20 000 l/min hantaran udara bebas piawai. Hantaran udara bebas piawai (standard free air delivery) merujuk kepada udara bebas di atmosfera yang berada pada tekanan atmosfera 1.013 bar (mutlak) dan suhu persekitaran pada 20oC yang telah dimampatkan oleh pemampat dan ia disimpan di dalam penerima. Walau bagaimanapun, kadar alir udara yang selalunya digunakan ialah 800 l/min hantaran udara bebas piawai. Kalau dibandingkan dengan sistem hidraulik, bendalir kerja sistem hidraulik akan dipamkan dari tangki menuju ke sistem. Bunyi bising akan keluar dari pam semasa beroperasi. Walaupun sistem pneumatik ini mempunyai pemampat yang disimpan di tempat lain (selalunya tidak diletakkan bersama dengan alat kerja) tetapi semasa operasinya, injap atau komponen lain sistem pneumatik ini akan mengeluarkan bunyi akibat pelepasan udara ke atmosfera. Walaupun begitu, penyenyap akan digunakan untuk mengurangkan masalah bunyi bising ini. Sistem pneumatik digunakan secara meluas dalam industri pembuatan yang banyak menggunakan peralatan ringan atau seperti peralatan mesin canai mudah alih, pemutar sepana soket, sistem automasi dalam industri pemasangan komponen elektronik dan sistem robotik yang digunakan pada mesin larik CNC. Kegunaan pneumatik .i .ii .iii .iv .v .vi .vii .viii Mengangkat dan memindahkan objek. Memotong, mengecap, mengapit dan membentuk komponen. Membungkus. Memindahkan bahan atau barangan (ambil dan letak). Menyusun peralatan. Sistem pintu bas. Penyemburan cat. Robot.
Kelebihan dan kekurangan pneumatik Pneumatik banyak digunakan kerana mempunyai kelebihan. Di antara kelebihan menggunakan pneumatik ialah: a. Sistem pneumatik dapat dikerjakan dan dipraktikkan. Kecekapannya tinggi pada suhu bawah 120 o C. b. Sistem ini bersih dan selamat, jika berlaku kebocoran paip, ia tidak menimbulkan masalah pencemaran alam kerana ia hanya menggunakan udara. c. Pergerakan linear (linear actuator) dapat beroperasi dalam kelajuan yang tinggi. d. Injap pneumatik sesuai untuk fungsi logik dan digunakan untuk turutan yang kompleks dan kombinasi mesin. e. Elemen-elemen dan perkakasnya mudah dan ini menjadikannya ia murah f. Mudah untuk diselenggarakan. Namun begitu pneumatik mempunyai kekurangan. Di antara kelemahan sistem pneumatik ialah: i. ii. iii. iv. v. Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkannya. Memerlukan pembersihan udara. Daya angkat yang rendah iaitu 25 kN. Kedudukan perantaraan yang susah untuk diubah. Pencemaran bunyi dan memerlukan penyerap bunyi. Risiko menggunakan pneumatik. Semua udara bertekanan adalah merbahaya. Udara yang bertekanan tinggi dan nitrogen adalah beracun tetapi tidak mudah terbakar. Oleh itu ia perlulah dikendalikan dengan penuh berhati-hati. Ada diantara sistem pneumatik yang beroperasi pada udara yang mempunyai tekanan 3000 psi. Udara yang bertekanan tinggi ini boleh menyebabkan
kecederaan pada tubuh badan dan merosakkan harta benda. Beribu-ribu orang pekerja telah sesak nafas dan buta mata kerana kecuaian semasa mengendalikan peralatan pneumatik. Gas nitrogen yang terdapat didalam udara yang telah dimampatkan tidak dapat membantu untuk pernafasan apabila ia dilepaskan pada udara sekeliling. Gas nitrogen yang banyak akan menyebabkan 'asphyxia' iaitu kurangnya kandungan gas oksigen dan bertambahnya kandungan gas karbon dioksida di dalam darah. Langkah-langkah keselamatan Kecederaan menggunakan dan kemusnahan pneumatik harta dengan benda menitik dapat dikurangkan semasa
peralatan
beratkan
langkah-langkah
keselamatan semasa mengendalikannya. Diantara langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi ialah: i. ii. Jangan menggunakan udara bertekanan tinggi untuk membersihkan tubuh badan dan pakaian. Jangan sesekali membaikpulih kebocoran semasa udara masih dalam keadaan bertekanan tinggi. Sentiasa meletakkkan tag bahaya pada alatan yang sedang dalam pembaikan. iii. iv. Elakkan haba yang panas terkena pada sistem saliran paip atau komponen dan elakkan mengalirkan udara yang bertekanan tinggi pada paip secara mendadak. Elakkan membuka injap dengan cepat. Haba yang terhasil daripada tekanan yang mendadak pada saliran paip yang kosong boleh menyebabkan berlakunya letupan jika terdapat minyak di dalam saliran paip. Injap sepatutnya dibuka perlahan-lahan sehinggalah tekanan dikedua-dua belah bahagian seimbang. Nilai purata tekanan udara sepatutnya dikekalkan pada 200 psi persaat jika boleh. Selepas itu barulah injap dibuka sepenuhnya. v. vi. Jangan sesekali menyuntik gas nitrogen dengan banyak secara mendadak ruang yang kosong. Jangan sesekali meletakkan selinder gas yang bertekanan tinggi pada suhu melebihi 130F.
PNEUMATIK Definisi Satu sistem kawalan yang menggunakan udara yang bertekanan tinggi dengan injap tertentu melakukan kerja (pergerakan). Secara ringkasnya:-
Udara mampat
Injap
Kerja
Carta Alir 1 : Sistem Kawalan Pneumatik Perbezaan antara pnuematik dan hidraulik PNEUMATIK Peralatan yang digunakan bersaiz kecil Tekanan rendah (2 10 bar) Mengunakan udara mampat Melakukan tugas ringan Pergerakan cepat Bersih Kos yang lebih rendah Melakukan beban ringan & pertengahan HIDRAULIK Peralatannya besar dan berat Tekanan tinggi ( lebih daripada 10 bar) Menggunakan bendalir hidraulik Melakukan tugas berat Pergerakan lambat / perlahan Berminyak Kosnya mahal Mengangkat beban yang berat
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Sistem pneumatik terdiri daripada komponen seperti pemampat, penerima, penapis, pengatur tekanan, pengering, penyenyap, injap kawalan berarah, injap kawalan aliran dan silinder seperti dalam Rajah 2.
Komponen-komponen ini mempunyai kegunaan dan fungsinya yang tertentu untuk memastikan supaya sesuatu sistem pneumatik dapat digunakan untuk melakukan sesuatu kerja yang ditentukan.
Dalam sistem pneumatik, pemampat udara berfungsi meningkatkan tekanan udara atmosfera kepada udara termampat bertekanan tinggi. Rajah 3 menunjukkan contoh sebuah pemampat udara jenis omboh. Pada pemampat udara jenis omboh, motor elektrik digunakan untuk memutarkan aci engkol yang dipasang pada omboh bagi menghasilkan gerakan turun dan naik omboh. Penghasilan udara termampat berlaku apabila omboh bergerak ke bawah. Rajah 4 (a). Ketika ini, udara dari atmosfera disedut masuk melalui injap sedutan. Pada lejangan omboh ke atas, Rajah 4 (b) udara yang berada dalam silinder omboh akan ditolak ke atas. Ini menyebabkan injap sedutan tertutup dan injap hantaran terbuka. Seterusnya udara akan dihantar ke tangki tekanan tinggi. Proses ini berlaku berulang kali dengan setiap putaran aci engkol sehingga menyebabkan udara termampat yang dihasilkan mencapai nilai tekanan yang dikehendaki.
A Rajah 4 : Menunjukkan gerakan omboh pada lejangan a) Rajah A - Gerakan omboh pada lejangan ke bawah b)Rajah B - : Gerakan omboh pada lejangan ke atas Jenis 1: Pemampat satu omboh
Rajah 4.6: Pergerakan pemampat helical .pdf) 1.2.2 Penerima Penerima udara termampat diperbuat daripada kepingan keluli yang tahan tekanan tinggi, dan dalam bentuk silinder dengan kedua-dua hujungnya ditutup dengan semisfera seperti dalam Rajah 5.
Rajah 5 : Penerima dan bahagian utamanya Fungsi utamanya adalah untuk menyimpan serta menstabilkan tekanan udara termampat yang dihasilkan oleh pemampat. Penerima juga mengasingkan lembapan dan minyak yang wujud akibat proses pemeluwapan semasa proses mampatan udara dijalankan. Penerima dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan seperti injap keselamatan, tolok tekanan, saliran keluar dan penutup yang digunakan untuk tujuan pemeriksaan dan kerja kerja pembersihan dalaman tangki penerima.
1.2.3
Pengering Fungsi utama pengering, Rajah 6, adalah untuk menyerap lembapan daripada
udara termampat. Lembapan yang ada dalam udara termampat boleh merosakkan komponen-komponen dalam sistem pneumatik. Terdapat beberapa jenis operasi
pengering yang digunakan dalam sistem pneumatik yang beroperasi secara pengering serapan dan proses serapan penyejukan.
1.2.4
Penapis Udara Sistem pneumatik menggunakan udara persekitaran sebagai sumber udara untuk
menghasilkan udara termampat. Udara atmosfera mengandungi bendasing dan habuk. Oleh itu, penapis, Rajah 7(a), digunakan untuk menapis bendasing dan habuk atau butiran pasir daripada memasuki sistem pneumatik kerana ia boleh mengakibatkan
rentas penapis yang dilengkapi dengan elemen penapis yang mampu menapis bendasing
a) : Penapis
1.2.5
Tekanan udara termampat perlu dilaraskan pada had yang betul dan sesuai bagi memastikan sistem pneumatik dapat berfungsi dengan sempurna. Tekanan yang terlalu rendah mengakibatkan sistem pneumatik tidak dapat beroperasi dengan
berkesan. Pengatur tekanan perlu digunakan untuk melaraskan serta mengimbangi tekanan yang hendak digunakan dalam sistem. Skru pelaras [Rajah 8(a)] akan dilaraskan bagi membuka injap utama untuk membenarkan tekanan udara termampat yang dikehendaki sahaja masuk kedalam sistem pneumatik [Rajah 8(b)] . Tolok tekanan digunakan bagi menunjukkan nilai tekanan yang dilaraskan oleh pengatur tekanan untuk kegunaan dalam sistem.
Rajah 8 (b) : Keratan rentas pengatur tekanan 1.2.6 Alat Pelincir Kebanyakan komponen dalam sistem pneumatik memerlukan pelincir untuk membolehkannya berfungsi dengan lancar serta memanjangkan hayatnya. Alat pelincir, Rajah 9, berfungsi dengan menyembur pelincir dalam bentuk kabus kepada udara termampat. Ini berlaku apabila udara termampat dialirkan masuk ke dalam
balang alat pelincir, seterusnya memberikan tekanan kepada cecair pelincir dalam balang. Pelincir akan mengalir naik melalui tiub suapan dan keluar melalui pendikit minyak. Di sinilah aliran pelincir akan bertukar kepada semburan kabus dan bercampur dengan udara termampat. Walau bagaimanapun, tidak semua sistem pneumatik yang memerlukan penggunaan pelincir. Atas sebab-sebab kebersihan, industri pengeluaran makanan dan ubatan tidak menggunakan pelincir dalam sistem pneumatiknya.
1.2.7
Kegunaan injap kawalan berarah, Rajah 10, adalah sama seperti injap kawalan berarah pada sistem hidraulik (mengawal arah aliran). Perbezaannya adalah dari segi fizikal iaitu saiz injap kawalan berarah pneumatik lebih kecil berbanding injap kawalan berarah hidraulik.
Rajah 10 : Injap kawalan berarah 3/2. Rajah 11 menunjukkan bagaimana injap kawalan berarah 3/2 berfungsi. Pada kedudukan pertama, liang aliran masuk udara (P) ditutup oleh kili. Pada kedudukan ini, tiada udara termampat yang dapat melalui injap, manakala pada kedudukan kedua (kili ditolak ke kanan) liang laluan P ke A akan terbuka dan seterusnya membenarkan udara termampat masuk ke sistem. Kedudukan kili boleh digerakkan dengan mengenakan daya pada hujung kili. Kedudukan kili tersebut boleh digerakkan secara insani (cth: Push Button, Lever, Pedal dsb) atau gerakan solenoid. Penyambungan aliran pada sistem pneumatik dikenalpasti dengan tandaan huruf-huruf besar seperti: A dan B untuk aliran operasi atau bekalan aliran ke silinder P untuk sumber tekanan udara termampat. R dan S untuk arah aliran keluar tekanan.
1.2.7.1
Gerakan insani ialah kawalan yang dikenakan ke atas kili injap kawalan berarah secara manual. Kili injap akan digerakkan menggunakan samaada butang tekan, tombol berputar, tuil atau kunci. Contoh kili injap kawalan berarah insani dengan butang tekan adalah seperti dalam Rajah 12(a), dan Rajah 12(b) menunjukkan keratan rentas injap kawalan berarah 5/2.
1.2.7.2
Injap kawalan berarah gerakan solenoid [Rajah 5.29(a)] menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan kili dalam injap. Kuasa elektrik yang dibekalkan ke lingkaran solenoid akan membentuk daya medan magnet. Daya medan magnet yang terhasil akan menarik atau menolak angker yang disambungkan ke kili yang berfungsi membuka atau menutup liang laluan udara termampat seperti dalam Rajah 5.29(b).
Rajah 13(b) : Keratan rentas injap kawalan berarah 3/2 gerakan solenoid tunggal
1.2.8
Penyenyap
Aliran udara termampat yang mengalir dalam saluran paip dan melalui komponen-komponen sistem pneumatik seperti injap kawalan berarah, silinder, alat pelincir dan pengering adalah dalam kadar halaju yang tinggi. Kelajuan ini menghasilkan bunyi yang kuat dan bising. Oleh itu, penyenyap dipasangkan pada sistem tersebut bagi mengurangkan bunyi bising yang mengganggu pengguna. Rujuk Rajah 14(a) dan (b).
1.2.9
Injap kawalan aliran Rajah 15(a) berfungsi mengawal kadar aliran udara termampat yang memasuki silinder pneumatik. Rajah 15(b) menunjukkan skru pendikit yang boleh dilaraskan bagi mengawal kemasukan udara termampat ke dalam silinder bagi mengawal kelajuan gerakan silinder pneumatik.
1.2.9
Silinder
Bagi sistem pneumatik, kerja yang dilakukan oleh penggerak berlaku dengan cara gerakan linear atau berputar. Silinder biasanya digunakan untuk penggerak gerakan linear. Silinder boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: Silinder tindakan searah (Single Acting Cylinder) Silinder tindakan dua arah (Double Acting Cylinder)
1.2.10.1
Silinder ini mempunyai satu liang masukan udara termampat [Rajah 16(a)]. Udara termampat yang memasuki liang tersebut akan menghasilkan daya yang bertindak menolak omboh ke depan. Situasi ini berlaku apabila daya yang terhasil mengatasi daya pegas di bahagian hadapan omboh. Untuk mengembalikan omboh ke kedudukan asal (ke belakang), bekalan udara termampat mestilah dihentikan. Daya pegas akah menolak omboh ke kedudukan asalnya.
1.2.10.2
Silinder tindakan dua arah mempunyai dua liang aliran udara bagi menghasilkan daya lejangan keluar dan masuk [Rajah 17(a)]. Jika udara termampat dialirkan ke liang hadapan melalui A, omboh rod akan bergerak ke luar. Apabila udara termampat dialirkan ke liang B, omboh akan bergerak masuk [Rajah 17(b)]. Rajah 17(c) pula menunjukkan gerakan silinder yang bergantung pada aliran udara termampat yang dialirkan ke liang silinder.
Rajah 17 (b) : Aliran udara melalui B menyebabkan omboh dan rod masuk
Rajah 17 (c) : Aliran udara termampat melalui A menyebabkan omboh dan rod keluar
Penggerak (Actuator)
Fungsi setiap bahagian Pemampat (Compressor) i. Punca bekalan kuasa pneumatik iaitu dengan memampatkan udara. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu :a. Displesment - terdiri daripada jenis piston dan diafram. b. Dynamic - terdiri daripada linear compressor dan compressor (pemampat).
Elemen Masukan (Input Element) i. Elemen yamg mula-mula sekali menerima arahan atau maklumat kepada sistem kawalan. c. Contohnya ialah punat tekan (push button), suis had (limit switch), niddle, roller (pengelek, pengguling, penggulung), sensor (penderia) dan lain-lain. Elemen Proses (Prosessing Element ) i. Bertanggungjawab memproses maklumat yang diterima dari elemen masukan (input element). ii. Contoh bagi bahagian ini ialah :Injap pengatur laluan (Flow control valve) Injap dua tekanan (Flow two pressure valve) Injap olak-alik (Shuttle valve) Injap ekzos cepat (Quick exhaust valve) Injap sehala (One way valve) Elemen Keluaran (Output Element) i. Elemen yang menentukan atau mengeluarkan arahan bagi tindakan seterusnya. ii. Contohnya ialah injap kawalan aras (Directional Control Valve). DCV terbahagi kepada dua :Single pilot Double pilot Jenis-jenisnya terbahagi kepada 4 iaitu : 5 / 2 control valve 4 / 2 control valve 3 / 2 control valve 2 / 2 control valve
Penggerak (Actuator) i. Elemen yang melakukan kerja ii. Contoh penggerak ialah motor udara dan piston. Bahagian ini menukarkan tekanan mampat kepada kerja.
Actuator bergerak
1. Pergerakkan pneumatik adalah secara linear dan berputar. Pergerakkan linear ini adalah hasil tindakan omboh (piston). Terbahagi kepada dua jenis iaitu :a. Selinder satu tindakan (single action) - Mempunyai satu lubang udara masuk dan menghasilkan lejang kuasa dalam satu arah. b. Selinder dua tindakan (double action) - Mempunyai dua lubang udara masuk dan menghasilkan lejang kuasa dalam dua arah. Mempunyai kuasa yang lebih tinggi dan sesuai untuk semua kegunaan.
Injap (valve)
1. Injap digerakkan untuk mengawal dan memindahkan pergerakan tekanan udara atau bendalir. Injap didaftarkan di bawah ISO 1219. Contoh jenis-jenis Injap:5 / 2 way valve 4 / 2 way valve 3 / 2 way valve 2 / 2 way valve
Simbol bagi Injap CONNECTION Supply port Outlet port ISO 1219 P A,B ISO 5599 1 2,4 FUNGSI Membekalkan udara mampat dari punca udara mampat Saluran yang mengeluarkan udara mampat kepada actuator untuk membolehkan Exhaust port Control port R,S Y,Z 3,5 12,14 pergerakan. Ekzos - saluran yang mengeluarkan udara yang tidak diperlukan Saluran yang berfungsi sebagai penanda arah kawalan sesuatu injap,udara yang dibekalkan dimampat. Jadual 2 : Simbol-simbol Bagi Injap
PENYATAAN/ TEORI BERKAITAN PNEUMATIK Bagi memudahkan penerangan fungsi, komponen dan simbol sistem pneumatik, ia boleh dikelompokkan kepada empat bahagian utama iaitu :i) ii) iii) iv) Bahagian perkhidmatan pembekalan Bahagian pengawalan pneumatik Bahagian penggerak atau penukar Bahagian pemindahan tenaga / penghantar
Bahagian ini berfungsi menyediakan udara mampat daripada sumber udara di atmosfera. Udara ini kemudiannya dimampatkan oleh pemampat dan disimpan dalam tangki penerima udara. Isipadu dan tekanan udara mestilah mampu menampung keseluruhan litar pneumatik.Komponen utama bahagian ini adalah :a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) Motor elektrik Pemampat Penyejuk Penapis minyak dan air Tangki (penerima udara) Pengering Penapis udara Pelicin Tolok tekanan Alat atur tekanan
Bahagian ini berfungsi mangawal tekanan, kadar aliran dan arah udara termampat. Kawalan ini dilakukan oleh injap tertentu. Komponen yang digunakan bahagian ini adalah :simbol Function 3/2 Normal Closed (N.C) memberi tekanan atau luaran A 3/2 Normal Open (N.O) memberi tekanan atau luaran A 5/2 ; Penukaran antara output A dan B, tanpa exhaut berbeza Aliplkasi Silinder satu tindakan (Jenis pneumatik Silinder satu tindakan (jenis pneumatik songsang Silinder dua tindakan
Bahagian penggerak atau penukar Penggerak dinamakan juga penukar iaitu bahagian yang menukar tenaga pneumatik menjadi tenaga mekanikal. Beban yang dipasang pada penggerak bagi melakukan kerja. Mengangkut, menolak, atau memutar seperti motor. Komponen yang digunakan ialah :a) b) Silinder satu tindakan (Single Acting Cylinder). Berfungsi mengerakkan beban satu arah. Silinder ini mempunyai satu spring kembali (pegas) Silinder dua tindakan (Double Acting Cylinder). Berfungsi mengerakkan beban dua arah. Silinder ini mempunyai satu rod, dua liang tanpa pegas Bahagian Pemindahan Tenaga
Bahagian ini memindahkan udara termampat yang terdapat dibahagian perkhidmatan bekalan yang dialihkan ke dalam litar perpaipan. Paip ini lazimnya diperbuat daripada besi khas. Semakin kecil paip itu bererti semakin kecil tenaga dihasilkan dan ianya sesuai digunakan jika tekanannya sederhana. Komponen yang digunakan bahagian ini adalah :a) Secara insani (langsung) melalui anggota manusia iaitu punat tekan (push button). Berfungsi dengan kawalan paling mudah dengan menekan punat tekan.
b)
Secara mekanik iaitu limiting switch.Berfungsi berupa roda yang mudah berputar.
PENGGERAK PNEUMATIK
INJAP PNEUMATIK