berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa. Setiap bidang dalam dunia ini mempunyai pakar-pakarnya sendiri. Sama bagi bidang penterjemahan ini, terdapat pakar-pakarnya yang juga telah menetapkan empat panduan utama untuk menjadi seorang penterjemah yang baik. Empat panduan tersebuat adalah seperti berikut:-
5.
BUDAYA
MASALAH PERIBADI DALAM TERJEMAHAN Masalah-masalah peribadi yang dialami penterjemah seringkali berhubung rapat dengan subjek, bahasa penerima, ciri-ciri komunikasi dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan. Di antara masalah-masalahnya ialah:-
dengan perenggan malah kalau boleh seluruh wacana. Sekiranya ini gagal dilakukan kita akan terlupa tentang adanya unsur-unsur peralihan di antara ayat. Struktur seluruh karangan itu mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dapat dipadukan menjadi suatu kesatuan yang bermakna.
CIRI-CIRI TERJEMAHAN Penterjemahan Pada Suatu Masa Dulu Para penterjemah memberikan keutamaan pada bentuk maklumat dalam kerja-kerja penterjemahan. Ciri-ciri luaran seperti bentuk-bentuk stilistik yang istimewa pada teks sumber, termasuk unsur-unsur seperti rima, rentak, mainan perkataan, pengulangan bunyi atau bentuk-bentuk nahu dalam teks tersebut dikekalkan. Impaknya, terjemahan yang dihasilkan oleh mereka mengandungi banyak unsur yang mudah disalahtafsirkan oleh pembaca serta cukup mengelirukan disamping mengandungi bentuk-bentuk bahasa yang "berat" baik disebabkan dengan adanya perkataan-perkataan yang tidak biasa digunakan dalam bahasa penerima ataupun oleh kehadiran bentuk-bentuk tatabahasa yang sukar dan asing. Contoh-contoh terjemahan yang sudah lumrah ialah ujian di atas pokok kacang dan berbuka di atas tamar. Contoh binaan yang asing dan janggal serta sukar ditafsirkan dalam bahasa melayu adalah seperti : (Adalah mungkin perkara itu telah tidak berlaku.) Terdapat dua bahaya yang mungkin timbul dalam terjemahan yang mengutamakan bentuk-bentuk teks sumber. Pertama, pembaca mungkin tidak dapat memahami terjemahan tersebut. Kedua , pembaca mungkin salah faham. Berikut ialah contoh-contoh yang dipetik daripada terjemahan al-Quran: Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan menjelaskan.67:62 (Terjemahan oleh Dept. Agama R.I Pustaka Antara). yang
Petikan tersebut tidak dapat membuat pembaca faham apa yang dibaca. Manakala dalam contoh berikut pula pemahaman pembaca mungkin terseleweng sama sekali: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah) mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api. 2:174 (Terjemahan oleh Dept. Agama R.I Pustaka Antara) Pada pemahaman pembaca biasa, petikan di atas melarang seseorang daripada meletakkan Al-Quran di tempat-tempat tersembunyi atau menjualkannya dengan harga murah.
Penterjemahan Pada Masa Sekarang Para penterjemah lebih memberikan keutamaan pada reaksi pembaca terhadap terjemahan tersebut iaitu supaya reaksi mereka serupa dengan reaksi yang dialami oleh pembaca teks sumber. Pada masa ini, terdapat kepelbagaian defenisi tentang penterjemahan dan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah banyaknya jenis bahan yang diterjemah, tujuan bahan-bahan itu diterjemah dan keperluan pembaca yang menjadi sasaran terjemahan-terjemahan itu dilakukan. Tiga faktor terdapat pelbagai jenis terjemahan: i. Jenis teks yang diterjemah Surat-surat rasmi, surat undang-undang, bahan akademik, novel, puisi, bahan bacaan kanak-kanak, buku agama dan lain-lain ii. Tujuan atau maklumat penulis asal dan penterjemah Sama ada untuk mempengaruhi pembaca, mendapat simpati pembaca, mengubah sikap pembaca, melarang pembaca daripada berbuat sesuatu, mengajar dan lain-lain. iii. Jenis pembaca terjemahan Adakah terdiri daripada golongan pakar, berdasarkan pelajaran mereka sama ada tinggi, sederhana atau rendah serta bidang minat mereka, umur mereka, tempat asal mereka, loghat bahasa dan lain-lain.
PANDUAN MENTERJEMAH Sebelum kerja-kerja terjemahan dilaksanakan, penterjemah hendaklah mengkaji jenis teks yang akan diterjemahkan, apakah maksud penulis asal dan kumpulan pembaca sasaran. Terdapat pelbagai bentuk kumpulan pembaca sasaran. Bagi para pembaca pakar, kita boleh menggunakan istilah-istilah teknikal ataupun jargon kerana mereka memahami maksud perkataan tersebut. Namun, untuk golongan bukan pakar, iaitu orang-orang awam, penterjemah tidak boleh menggunakan istilah-istilah teknikal kerana ini akan menyebabkan pembaca sasaran tidak dapat memahami mesej yang terkandung di dalam teks tersebut. Begitu juga bagi pembaca yang berpelajaran, kita boleh menggunakan bahasa yang sukar dan ayat-ayat yang panjang, tetapi untuk pembaca yang hanya mempunyai pelajaran rendah penterjemah mestilah menggunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah difahami. Terdapat beberapa sebab bagaimana idea yang kita anggap mudah dan senang untuk dimengerti dalam sesuatu bahasa menjadi sukar difahami oleh pembaca dalam bahasa lain. Misalnya, teks Inggeris dengan mudah dapat difahami oleh orang Inggeris, tetapi apabila sudah diterjemah ke dalam bahasa Melayu, orang Melayu yang membacanya mungkin tidak faham. Faktor-faktor berlakunya kekeliruan dan cara-cara mengatasinya
i.
Faktor utama ialah adanya maklumat kebudayaan yang terkandung secara tersirat dalam teks itu. Pembaca teks asal tahu tentang latar belakang kebudayaan teks itu, sedikit sebanyak tentang penulis tersebut, keadaan yang menyebabkan teks tersebut ditulis, dan barangkali pembaca itu ialah anggota dalam masyarakat dan kelompok kebudayaan yang sama dengan penulis. Namun demikian, semua latar belakang itu belum tentu dimilki oleh pembaca terjemahan. Jadi dia tidak tahu akan perkara yang menyebabkan pembaca teks terjemahan tidak dapat memahami teks yang telah diterjemah itu. Dalam hal ini, maklumat yang tersirat hendaklah dijelaskan oleh pembaca teks asal supaya jelas untuk dibaca oleh pembaca teks terjemahan. Terjemahan yang harafiah tidak menjelaskan maklumat yang tersirat pada teks asal. Oleh itu pembaca tidak dapat memahami teks terjemahan tersebut. Terjemahan yang harafiah cuma menterjemah teks asal supaya jumlah perkataannya sama banyak. Dalam terjemahan dinamis, yang perlu serupa bukanlah jumlah perkataan, tetapi jumlah idea iaitu jumlah maklumatnya perlu sama iaitu tidak ada maklumat yang tertinggal atau ditokok-tambah dalam terjemahan tersebut. Faktor lain yang boleh menghasilkan pelbagai jenis terjemahan ialah tujuan penterjemah melakukan terjemahan tersebut. Seharusnya
ii.
iii.
penterjemah mempunyai tujuan yang sama atau sekurang-kurangnya secocok dengan tujuan penulis teks asal. Tetapi hal ini tidak semestinya berlaku. Perbezaan tujuan menyebabkan penterjemah memilih caracara yang tertentu pula untuk menyampaikan idea pada teks asal. Tujuan-tujuan penterjemahan
i.
Tujuan utama penterjemah adalah untuk memberikan maklumat berkenaan dengan idea dalam teks asal serta bentuk teks asal tersebut. Terjemahan yang mengutamakan maklumat sudah tentu akan mengetepikan reaksi perasaan pembacanya. Terjemahan seperti ini mengutamakan kefahaman pembaca lebih daripada yang lain. Sebagai contoh, penterjemahan laporan ekonomi atau laporan kajian saintifik. Adakalanya penterjemah mempunyai tujuan yang bukan hanya untuk memberikan informasi; misalnya dia mahu pembaca melakukan sesuatu setelah membaca terjemahan tersebut. Dalam hal seperti ini penterjemah akan berusaha untuk menghasilkan pemahaman yang sempurna dan oleh yang demikian, penterjemah akan melakukan penyesuaian semula dengan terperinci supaya pembaca faham akan idea yang terkandung di dalamnya. Contoh terjemahan seperti ini ialah terjemahan keterangan pada luar botol ubat, alat elektrik dan barangan lain-lain yang mungkin berbahaya. Sekiranya teks yang diterjemah mengandungi tujuan imperatif, penterjemah harus melakukan lebih banyak penyesuaian semula. Tujuan imperatif adalah dengan menegah, menghalang atau memerintah sesuatu perbuatan tertentu. Di sini, penterjemah bukan setakat menyarankan sesuatu reaksi tertentu kepada pembaca, tetapi berusaha supaya mendesak atau memaksa pembaca bertindak terhadap reaksi tersebut. Penterjemah bukan setakat mahu pembaca memahami maksudnya, tetapi dia akan menterjemah dengan menggunakan caracara tertentu sehingga tidak mungkin pembaca akan terkeliru. Contoh terjemahan seperti ini ialah surat amaran, tindakan saman mahkamah, surat ugutan, surat arahan disiplin dan sebagainya. Salah satu cara cara untuk untuk mendapatkan terjemahan yang baik adalah dengan menyoal pembaca sasaran tentang sejauh mana fahaman mereka tentang teks terjemahan tersebut. CIRI-CIRI TERJEMAHAN YANG BAIK
ii.
iii.
Contoh: The Malaysian shooters put the nightmare of their equipment delay behind them... The Star 10/12/2003 Perkataan nightmare di sini bukanlah bermaksud mimpi buruk yang biasa dialami oleh manusia tetapi lebih kepada kejadian buruk yang menimpa kepada pasukan menembak Malaysia tentang kelewatan peralatan mereka menjelang perlawanan di Sukan Sea 2003 di Vietnam.
1.
ETIENE DOLET (1509-1546) Individu yang mula-mula mengemukakan teori terjemahan ialahn Etiene Dolet (1509-1546). Beliau telah menerbitkan prinsip-prinsipnya pada tahun 1540. Prinsipprinsip itu ialah:-
2.
DRYDEN (1680) Prinsip Dryden wujud pada tahun 1680 selepas menentang pendapat Abraham Cowley (1656) dan menamakan terjemahan Cowley sebagai tiruan. Dryden telah mengemukakan tiga jenis terjemahan:-
i. Metafrasa
Penterjemahan perkataan demi perkataan dan baris demi baris.
ii. Parafrasa
Terjemahan yang mengikuti karya asal dengan rapat, tetapi yang diikuti ialah maknanya bukan perkataannya.
iii. Tiruan
Penterjemah mengambil sikap bebas, bukan setakat mengubah perkataan dan ayat, tetapi kedua-duanya sekali bila dirasakan hal itu perlu demi kepentingan semangat teks tersebut.
3.
GEORGE CAMPBELL (1759) Pada tahun 1789, George Cambell telah menulis sebuah buku yang menerangkan sejarah dan teori terjemahan. Secara ringkas beliau telah mengemukakan tiga prinsip dalam kaedah penterjemahan:
i.
Penterjemah hendaklah mengekalkan makna yang terkandung dalam teks asal dan mengekalkan unsur-unsur seperti perkataan, struktur ayat dan stail kepengarangan penulis asal Penterjemah juga mesti mengekalkan sifat-sifat teks asal tetapi dengan cara penterjemah menggunakan ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada bahasa penerima
ii.
iii.
Penterjemah hendaklah memastikan supaya penterjemahan itu terasa seolah-olah sebuah karya asli, mudah dibaca, senang difahami serta gaya bahasa yang bersahaja. ALEXENDER FRASER TYTLER Pada tahun berikutnya, 1790, Alexender Fraser Tytler, melalui bukunya berjudul "The Principle of Translation", Tytler mengemukakan tiga prinsip terjemahan:
4.
5.
EUGENE A.NIDA
Nida merupakan tokoh yang paling berpengaruh dalam bidang teori dan amali terjemahan dinamis yang dikemukan oleh Nida. Dia telah mengutamakan 6 aspek penting dalam terjemahan. Definisi yang dikemukannya perterjemahan ialah penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan yang terdekat dan sejadi, pertama dari segi makna dan kedua dari segi stailnya.
10
Aspek-aspek tersebut ialah: i. Penyalinan semula maklumat Nida menegaskan tugas terpenting perterjemah ialah menyalin semula maklumat ke dalam bahasa penerima. Untuk memenuhi tugas penyalinan semula maklumat, banyak penyesuaian tatabahasa dan perkataan mesti dilakukan. Justeru, implikasi prinsip ini ialah mengekalkan makna apabila terpaksa gaya penulis asalnya boleh diubah. Contoh : Keep clear simpan kosong kosongkan Scared stiff takut kaku sgt takut Persamaan bukan keserupaan Semasa menterjemah, penterjemah diingatkan supaya mencari bentukbentuk yang sama kerana tugas perterjemahan ialah menyalin maklumat bukan menyalin bentuk bagaimana maklumat diungkap. Contohnya : ungkapan empat kepala kambing dalam bahasa Arab diterjemah menjadi empat ekor kambing dalam bahasa Melayu dengan itu barulah kedua-dua ungkapan itu menjadi seerti. Persamaan yang bersahaja Menurut Nida, dari segi bahasa, terjemahan yang baik ialah terjemahan yang langsung tidak berbau terjemahan. Ini bererti penterjemahan hendaklah menggunakan cir-ciri asli yang dimiliki oleh bahasa penerima. Persamaan terdekat Tidak ada dua perkataan yang betul-betul serupa maknanya di antara bahasa yang berlainan. Penterjemah hanya boleh menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya. Contohnya : Ungkapan dirasuk hantu mungkin dirasakan betul apabila diterjemah menjadi 'mentally distressed'. Namun begitu mentally distressed bukanlah persamaan terdekat untuk dirasuk hantu oleh sebab mentally distressed ialah satu tafsiran kebudayaan yang tidak mengambil kira ciri-ciri kebudayaan berbagai- bagai jenis semangat hantu. v. Keutamaan makna Terjemahan mengutamakan isi atau maklumat yang terkandung dalam teks asal. Justeru perterjemah wajib membuat perubahan yang radikal supaya maklumat asal kekal dalam bahasa penerima.
ii.
iii.
iv.
11
Contoh : He has a family tak sepatutnya diterjemah menjadi Dia mempunyai keluarga, tetapi diterjemah dia sudah berumahtangga. vi. Kepentingan gaya Walaupun makna lebih utama daripada gaya namun aspek stail yang mempunyai aspek tersendiri Penterjemah perlu memastikan gaya yang diterap dalam penterjemahnya dapat membangkitkan reaksi yang serupa sekiranya membaca karya asal.
Enam aspek penterjemahan yang dikemukakan oleh Nida menghasilkan empat pedoman untuk memandu para penterjemah memilih apa yang wajar dalam situasi-situasi tertentu. Pedoman-pedoman tersebut ialah :
i.
Keselarasan konteks lebih diutamakan daripada keselarasan cara sesuatu maklumat itu dikemukan, atau keselarasan perkataan demi perkataan. Persamaan dinamis hendaklah lebih diutamakan daripada keselarasan formal. Bentuk - bentuk bahasa yang didengar hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk-bentuk yang ditulis. Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk-bentuk bahasa. Tugas seseorang penterjemah karya sastera dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kekecewaan kerana sebenarnya tugas itu tugas yang hampir mustahil. Ini kerana tidak ada terjemahan yang menyerupai karya asal. Faktor-faktor yang paling utama ialah kenyataan bahawa tidak ada dua bahasa di dunia ini yang sama bentuknya, iaitu sama jumlah perbendaharaan katanya, dan sama peraturan nahunya. Unsur-unsur bahasa yang sering kali berbeza antara satu bahasa dengan bahasa lain ialah: i. Unit-unit nahu Contohnya dalam bahasa Inggeris ada tiga ganti nama iaitu he, she dan it. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Sebaliknya dalam bahasa Melayu hanya ada dua ganti nama dalam jenis tersebut iaitu dia dan ia. Penggunaannya tidak serupa dengan peraturan dalam Bahasa Inggeris.
12
ii.
Penggunaan perkataan Contohnya perkataan you dalam bahasa Inggeris boleh digunakan kepada sesiapa sahaja.. Tetapi dalam bahasa Melayu kita tidak boleh menggunakan awak dengan bebas. Awak hanya boleh digunakan kepada orang sedarjat atau lebih rendah.
iii.
Persamaan bidang makna perkataan Contohnya perkataan durian, keris, songkok dan lain-lain tidak terdapat dalam bahasa Inggeris. Ada pula perkataan yang hampir-hampir sama maknanya seperti 'tajak' dalam bahasa Melayu dengan hoe dalam bahasa Inggeris. Tajak dengan hoe tidak sama bentuknya tetapi mempunyai fungsi yang serupa.
iv.
Rima dan rentak Unsur rima dan rentak dalam sesuatu bahasa tidak sama antara satu sama lain, itulah sebabnya sukar untuk menterjemah karya seperti pantun yang sangat bergantung pada rima dan rentak ke dalam bahasa lain.
v.
Permainan perkataan Sesuatu perkataan yang digunakan itu disusun dan diulang secara yang istimewa dan unik. Ciri-ciri unik ini biasanya tidak dapat dipindahkan ke dalam bahasa lain.
vi.
Penggunaan struktur nahu yang menyimpang daripada kebiasaan Faktor kedua yang menyebabkan penterjemah terpaksa melakukan perubahan ialah kelainan kebudayaan karya asal dengan kebudayaan bahasa penerima. Semakin luas perbezaan antara kedua-duanya, semakin banyak perubahan yang terpaksa dibuat.
13
14