Anda di halaman 1dari 2

PEKA SAINS TINGKATAN 1.

Topik : JIrim Objektif: : Memahami konsep ketumpatan Arahan: 1.Jalankan ekperimen berikut. Air ,petrol ,pasir dan gabus diletakkan di dalam silinder penyukat .Lukis pemerhatian dan jawab semua soalan di bawah. 2. Menulis laporan Laporan yang ditulis perlu mengandungi format-format berikut:

1. Tajuk:.Ketumpatan dan keapungan objek. 2. Tujuan : Mengkaji ketumpatan dan keapungan objek.
3. Senarai pemboleh ubah. 4. Hipotesis:

5. Radas/bahan : 6. Prosedur :
7. Pemerhatian dan keputusan .(Lukis rajah eksperimen )

8. Perbincangan (Jawab soalan yang diberi) i) Adakah air ,petrol ,pasir dan gabus merupakan jirim?
ii) Berdasarkan contoh yang diberi, yang manakah contoh a) pepejal b) cecair

iii) Bahan manakah yang akan terapung dan bahan manakah yang tenggelam dalam air?
iv) Apakah yang mempengaruhi keapungan bahan? v) Apakah yang akan terjadi jika gabus dilekatkan dengan paku?Kenapa?

vi) Apakah bahan yang terapung di atas petrol? Kenapa? vii) Susun bahan mengikut susunan menaik berdasarkan ketumpatannya dengan merujuk
pada hasil eksperimen.

viii)

Apakah inferens bagi eksperimen ini?

ix) Apakah yang boleh dikatakan mengenai ketumpatan bahan yang terapung dalam
cecair yang lebih padat?

Bahan Merkuri Ais Petrol Pasir Air Gabus 9.Analisis:

Ketumpatan [gcm-3] 13.6 0.92 0.75 2.6 1.0 0.25 Jadual 1

i) Berdasarkan maklumat di rajah 1 , ramalkan posisi ais dan merkuri jika diletakkan bersama di dalam satu bekas. ii) Lukis rajah yang sesuai bagi rajah 1 mengikut ketumpatan. 10 i) Berdasarkan keputusan di rajah 1 , kelaskan bahan-bahan mengikut kategori berikut Terapung atas air Tidak terapung atas air

ii) Selain dari keapungannya atas air , bahan-bahan boleh juga dikategorikan mengikut keapungannya atas ___________.(lukiskan jadual seperti di 10i)

9. Kesimpulan.

Anda mungkin juga menyukai