Anda di halaman 1dari 24

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

Dimulakan dengan Bismillah , Disudahi dengan Alhamdulillah ; Begitulah sehari dalam hidup kita , Mudah-mudahan dirahmati Allah ;

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

ISI KANDUNGAN

TAJUK
PENGHARGAAN PENDAHULUAN KONSEP IBADAH DEFINISI IBADAH ASAS IBADAH PEMBAHAGIAN IBADAH TUJUAN IBADAH a. HATI, NIAT DAN IBADAH b. MUNAFIQ

MUKA SURAT
3 4 5 6 7 8 9

SOLAT a. BERJEMAAH IBADAH DAN AKHLAK KERJA DAN IBADAH a. ZUHUD FARDU AIN, FARDU KIFAYAH, IBADAH SUNAT KESIMPULAN RUJUKAN

13

17 19

20 21 23

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat kasihNya, dapat saya menyiapkan folio Pendidikan Agama Islam saya ini yang bertajuk Ibadah Dalam Kehidupan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada ustaz saya, Ustaz Shiham kerana telah memberikan tunjuk ajar dengan begitu menarik perhatian sekali sehingga berbekas pengajarannya, insyaAllah. Juga terima kasih kepada ustaz kerana memahami kami, memberikan tempoh masa yang sesuai untuk menyiapkan folio ini dengan sehabis-habisnya. Terima kasih juga kepada kawan-kawan saya yang sama-sama berjuang, menelaah pelajaran dan saling menolong menyiapkan tugasan ini. Memberi dorongan, sokongan dan pertolongan di kala memerlukan, terima kasih saya ucapkan. Di samping itu, ibu bapa saya, Muhamad Fauzi bin Muhamad dan Salwana Haji Ghazali , Terima kasih, untuk segala-galanya. Kerana membesarkan saya dan mendidik saya menjadi siapa saya sekarang, kerana memahami saya dan sentiasa menyokong keputusan saya namun masih memberi panduan dan contoh yang terbaik. Terima kasih tidak terhingga. Jasamu moga dibalasNya dengan yang setimpal. Kepada para pembaca, moga folio Ibadah Dalam Kehidupan ini memberi manfaat kepada anda, serta menambah ilmu serba sedikit di samping mampu menarik perhatian anda terhadap isu yang diketengahkan ini.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

PENDAHULUAN

Tujuan kita, manusia, dihidupkan dan dilahirkan di bumi ini, salah satunya adalah untuk beribadah kepada Allah, Tuhan sekalian alam .

Perkara pertama yang terbayang apabila berbicara tentang ibadah lazimnya ialah solat, berzikir, haji, puasa dan membaca Al-Quran. Inilah mentaliti masyarakat kita. Ibadah hanya dikaitkan dengan dengan amalan-amalan sedemikian, sempit dan terkongkong, sedangkan konsep ibadah adalah amat luas pada hakikatnya.

Jika ibadah-ibadah yang diperintahkan Allah, terutamanya ibadah khusus, dilaksanakan dengan sebenar-benarnya, nescaya banyak manfaat yang dapat diterima dan juga besar impaknya, bukan sahaja terhadap individu tersebut, malah akan memberi kesan kepada sesuatu masyarakat, dan seterusnya negara tersebut.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

KONSEP IBADAH
Ibadah dalam Islam adalah unik dan tiada yang sama dengannya. Konsep ibadah dalam Islam amatlah berlainan dengan konsep agama-agama atau kepercayaan lain. Bagi, kebanyakan agama, ibadah terbatas kepada tempat-tempat ibadah dan hari-hari yang tertentu sahaja, mempunyai perantaraan dan dewa-dewa yang dipilih, tanpa semua ini, ibadah atau amalan seseorang tersebut tidak akan diterima. Konsep mereka mengasingkan dan memisahkan perihal ibadah dan kepercayaan dengan urusanurusan duniawi. Hal ini amat bercanggah dengan syariat Islam. Islam mencela mereka yang mengatakan ibadah sebagai melakukan uzlah, menjauhi masyarakat untuk bertapa sementara masalah-masalah masyarakat yang masih belum selesai dibiarkan begitu sahaja. Malah, Islam sebenarnya bercirikan al-wasatiyyah (bersederhana). Islam tidak terlalu memfokuskan kepada spiritual sehingga melupakan material. Islam merangkumi semuanya, dunia dan juga akhirat, tidak terlalu menumpukan pada salah satu hingga mengambil ringan terhadap yang satu lagi, akan tetapi menempatkan dan menumpukan kedua-duanya betul dan tepat pada tempatnya. Islam tidak terlalu ekstrim dalam sesuatu perkara tetapi tegas apabila melibatkan prinsip. Kemaslahatan ummah atau orang ramai tidak boleh diabaikan demi kepentingan seseorang individu namun kemaslahatan tersebut tidak pula dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu. Agama Islam bersifat teguh dan tidak berubah pada prinsip, syariat Islam yang telah ditetapkan tidak akan berubah. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. AL-MAIDAH; 3

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

DEFINISI IBADAH
Dari segi bahasa, ibadah berasal daripada bahasa Arab yang terbentuk dari kata dasar Ain, Baa, dan Dal yang bererti merendah diri, tunduk, patuh taat, menyembah, menghina dan memperhambakan diri. Dari segi syarak, ibadah bermaksud taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah, bertaqarrub kepada-Nya dengan mentaati segala perintah Allah, berusaha menjauhi larangan Allah serta mengamalkan segala amalan yang mengikuti syariat Allah. Menurut Ibn Taimiyah, ibadah ialah semua yang disukai dan diredhai Allah, samada perkataan, perbuatan zahir dan batin

Rumusnya, ibadah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah kerana didorong dan digerakkan oleh aqidah tauhid. Kita, manusia, sebagai seorang hamba yang merasakan hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung dan layak untuk disembah dan diagung-agungkan, dengan melakukan perkara-perkara yang disukai dan diredhai-Nya. Itulah konsep ibadah yang sebenarnya.

Kemuncak bagi ibadah bukan apabila kita mengharapkan pahala kita bertambah, dosa kita berkurang dengan bertambahnya ibadah kita, baik yang khusus, umum, wajib mahupun sunat. Akan tetapi puncak tertinggi ibadah ialah apabila kita, manusia, makhluk yang hina, mengharap dengan setinggi tinggi pengharapan, bahawa suatu hari nanti, kita dapat bertemu dan melihat wajah Allah, dengan izin-Nya. insyaAllah.

Daripada sini, kita dapat lihat bahawa skop ibadah itu amatlah luas. Segala amalan yang dilakukan sehari-harian, selagi diniatkan kerana Allah, tidak melanggar syariat, boleh dikira sebagai ibadah. Sekirannya Muslim menyedari serta memahami hakikat ini, tentulah ramai yang akan berlumba-lumba ingin meningkatkan amalan dan ibadah, untuk mendapatkan keredhaan-Nya, samada dari aspek hati, lidah dan seluruh anggota serta segala amal perbuatannya.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

Sesetengah orang tidak melakukan ibadah kerana perasaan ini tidak hadir. Mereka merasakan bahawa mereka tidak memerlukan Allah dalam kehidupannya. Mereka tidak rasa, atau nampak akan keagungan, kekuatan, kekayaan, keilmuan mahupun mana-mana sifat kesempurnaan Allah. Hal ini berlaku pula kerana dia tidak terasa kekerdilan dan kedaifan dirinya. Akan tetapi, mereka berasa dirinya dan juga makhluk lain lebih besar, sehingga tidak memerlukan pergantungan dan pengharapan kepada Allah.

Nauzubillah

ASAS IBADAH
Ketundukan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Perkara ini berasaskan kesedaran terhadap keesaan Allah serta betapa berkuasanya Allah, lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan manusia yang kerdil, daif dan hina ini. Kecintaan kepatuhan beribadah lahir dari rasa cinta kepada-Nya. Hal ini berlaku apabila manusia, kita, sedar akan limpah kurnia Allah yang begitu luas, nikmat dan juga rahmatNya yang tidak terkira banyaknya. Juga makin kuat kecintaan kita kepada Pencipta kita apabila kita sedar, malah akan kagum akan kemuliaan dan kesempurnaan Allah yang tiada cacat celanya.

Katakanlah, Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, nescaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang. ALI IMRAN; 31

Segala puji bagiNya, Tuhan seluruh alam.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

PEMBAHAGIAN IBADAH
Perkara ini telah banyak dibincangkan para ilmuwan agama dan juga para ulama.

Terdapat para ulama yang membahagikan ibadah kepada ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah Khusus Sekumpulan perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam dan juga seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir, wirid, tilawah Al-Quran dan sebagainya. Ibadah Umum Segala pekerjaan selain dari ibadah khusus yang dilakukan sematamata ikhlas kerana mencari keredhaan Allah.

Sebahagian ulama pula berpendapat ibadah dalam Islam boleh dibahagikan kepada tiga : Ibadah Asas Segala yang berkaitan dengan rukun Islam dan rukun iman yang bersifat fardu ain. Ibadah Furuk atau Ibadah Cabang Ibadah dalam bentuk fardu kifayah seperti membangunkan ekonomi, pendidikan Islam, kebudayaan, malah perhubungan antarabangsa menurut Islam. Ibadah Fardhailuamal atau Ibadah Amalan Utama Semua amalan sunat, lahir dan batin. Merupakan amalan yang terbanyak dalam ajaran Islam seperti membaca AlQuran, sembahyang sunat, puasa sunat, wirid, zikir, dan sebagainya.

Ada juga ilmuwan Islam yang membahagikan ibadah kepada Ibadah Zahiriyah (Syariat) Amalan zahiriyah yang disyariatkan, samada wajib, sunat, mahupun meninggalkan perkara yang dilarang Allah. Terbahagi kepada dua bahagian : i. Hablum minallah; ibadah yang berhubungkait terus secara langsung dengan Allah ii. Hablum minannas; ibadah yang berkaitan dengan perkara muamalah, iaitu perhubungan langsung dengan manusia

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

Ibadah Batiniyah (Hakikat) Melakukan apa yang diperintahkan (mahmudah) dan meninggalkan yang dilarang-Nya (mazmumah) Juga terbahagi kepada dua bahagian : i. Akhlak dengan Allah ii. Akhlak dengan manusia

Kedua-dua jenis ibadah ini sangat penting dan saling melengkapi antara satu sama lain, bagai isi buah dan kulitnya, persis memakai kasut perlu seiring dengan memakai sarung kaki. Bagi melahirkan seorang Muslim sejati yang bertaqwa, kedua-duanya perlu diamalkan seiring dan sejalan. Jika diamalkan secara berasingan, ia boleh menyebabkan ketidaksempurnaan amal, maka menjadikan amalan tersebut sia-sia sahaja.

TUJUAN IBADAH
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu AZ-ZARIYAT; 57

Sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali FATHIR; 18

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, tatkala ia berkata kepada kaumnya: Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk) AL-ANKABUT; 6

Fitrah manusia ingin mengetahui dan mengikuti kebenaran, ingin mengenali dirinya sendiri dan juga Penciptanya. Namun, ia bukan sebuah perjalanan yang mudah dan boleh diambil remeh. Jika manusia tidak mengenali, siapakah dirinya yang telah diciptakan Pencipta-Nya, manakan mampu si manusia mengenali Penciptanya?

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

Lantas, kerna tujuan dan objektif untuk mengenali dan membuat refleksi diri serta lebih mengenali Sang Pencipta, ibadah-ibadah khusus disyariatkan Allah dan dijadikan medium untuk menghubungkan sang hamba dengan-Nya agar hamba-hambaNya taat melaksanakan perintah-Nya, di samping dapat bertaqarrub dengan-Nya dan merasakan limpahan rahmat dan kasihNya. Subhanallah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam

Ibadah dan beriman kepada Allah tidak akan memberi manfaat kepada manusia melainkan ditepati syarat-syarat berikut : Iman yang bersih daripada sebarang syirik Ibadah menurut cara yang ditetapkan syariat dan dilakukan dengan ikhlas Mematuhi hukum-hukum yang ditetapkan Allah

Sekiranya ibadah tidak lahir dari iman yang sejati, ia hanya akan menjadi seperti riadah badan tanpa memberi apa-apa makna mahupun impak. Iman yang sejati itu tidak diakui sekiranya tiada kepatuhan kepada perintah-Nya.

Lantas, dapat kita membuat kesimpulan bahawa iman dan ibadah mempunyai hubungan yang sangat erat kerana ibadah itu sendiri merupakan manifestasi keimanan seseorang, manakala dengan lahirnya keimanan itu sendiri adalah bukti kebesaran Allah di hadapan manusia sendiri. Keimanan juga melahirkan kepasrahan, ketaatan, ketundukan yang merupakan definisi dan asas ibadah.

HATI, NIAT DAN IBADAH

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, niat memainkan peranan penting bagi memastikan sesebuah pekerjaan yang dilakukan boleh dikira sebagai ibadah. Sekiranya amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas, perbuatan tersebut dikira sebagai ibadah. Andainya perkara ini disedari oleh ummah, alangkah beruntung dan bergesa semuanya ingin mempertingkatkan amalan soleh.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

10

Dari Abi Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa hendak tidur dan dia berniat akan melaksanakan qiamulllail dan solat, tetapi kemudian dia tertidur sehingga waktu Subuh, maka apa yang terjadi niatnya dicatat dan tidurnya dianggap sebagai sedekah dari Allah. (HR An-NasaI dan Ibnu Majah) Namun hal yang demikian, di sebalik rasa berlumba-berlumba dan bersemangat untuk meningkatkan ibadah setelah memahami betapa luas sebenarnya ibadah itu, satu persoalan muncul di benak fikiran, merangsang neuron-neuron otak untuk pantas berfikir merungkaikan persoalan ini.

Apakah tujuan ibadah sebenarnya ? Mengapa orang Islam banyak membuang masa untuk bersembahyang?

Mungkin kedengarakan kasar, namun sering dilontarkan oleh orang-orang bukan Islam. Mereka pelik, musykil mengapa dalam sehari, sebanyak 5 kali solat dilakukan sedangkan mereka hanya beribadah sekali-sekala, tidak sekerap Muslim dan tidak selama Muslim. Bagi mereka, 5 minit yang dilakukan boleh diisi untuk melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan produktiviti.

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu AZ-ZARIYAT; 57 Memang benar yang solat merupakan perintah Allah SWT, dan itulah hakikatnya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya daripada hamba itu sendiri. Itu menurut perspektif kita, yang beragama Islam. Bagaimana ingin menjawab persoalan ini sekiranya dilontarkan mereka yang tidak seagama dengan kita yang menerima sesuatu dengan logik dan rasional mengikut pemahaman dan perspektif mereka?

Menurut Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Jika mahu diibaratkan, teknologi, semakin canggih sesebuah alat teknologi, semakin kerap ia diselenggarakan untuk memastikan ia kekal efisien dan dalam keadaan yang baik, seperti kapal terbang, bullet train, telefon-telefon pintar dan sebagainya. Namun demikian jika mahu dibandingkan dengan manusia, tentulah manusia yang mencipta pelbagai teknologi ini lebih canggih daripada yang diciptakan. Maka tentulah lebih banyak penyelenggaraan

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

11

perlu dibuat untuk memastikan kecanggihan kita berada pada tahap yang baik. Bagi orang Islam, solat adalah cara maintenance yang dipraktikkan. Dan seseorang itu dikatakan menyelenggara dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenagkan fikirannya. Inilah yang berlaku sekiranya solat dilaksanakan dengan sempurna. (Pahrol Mohd Juoi, Beduk Diketuk) Tuntasnya, kita sebagai Muslim harus yakin dan percaya dengan janji Allah. Kita harus ingat bahawa amalan, perlakuan dan perbuatan kita di dunia ini akan memberi kesan kepada bagaimanakah kehidupan kita di akhirat kelak. Jika seseorang tidak mempercayai sedemikian, maka ada kemungkinan untuk rosak akidahnya. Malah, semua agama yang wujud mempercayai konsep kehidupan selepas kematian. Hanya yang tidak beragama sahaja yang berpegang kepada falsafah sains dan teknologi dan tidak mempercayai konsep ini, life after death. Mereka percaya yang teknologilah yang membangunkan sesebuah institusi ke tahap yang lebih tinggi.

Namun, setinggi dan semaju mana pun teknologi yang dibuat, tiada siapa yang dapat membangkang bahawa setiap yang bernyawa PASTI , akan mati suatu hari nanti apabila tibanya ajal, tiada siapa yang dapat menghalang.

MUNAFIQ

Mengikut istilah syarak ialah seseorang yang melindungi kekufuran yang bersemai di dalam jiwanya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya dengan lisan dan perbuatannya. Dia mengaku dan berikrar sebagai seorang Islam, tetapi dalam hatinya dia menolak kebenaran ajaran-ajaran yang dibawa Rasulullah SAW dalam syariat Islam. Orang munafiq tempatnya di neraka paling bawah sekali, paling azab seksanya

Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka AN-NISA; 145 Rasulullah SAW bersabda, Empat sifat, siapa yang bersifat dengannnya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu: Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia membuat perjanjian ia cabuli perjanjian itu, dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

12

(HR alSyaikhan dan Ibn Amir) Moga kita dijauhkan dari menjadi daripada golongan yang mendapat murkaNya Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri AR-RAD; 11

SOLAT
Doa, pengharapan, taat patuh, rohani dan jasmani. Semuanya terangkum dalam satu perkataan. Solat. Umum telah mengetahui bahawa solat itu ialah tiang agama, sebagaimana hakikatnya. Solat merupakan ibadah pertama yang diwajibkan Allah. Dan istimewanya solat ini, perintah solat diturunkan Allah kepada Nabi Muhamad SAW tanpa ada perantaraan dan secara langsung, iaitu ketika peristiwa Isra dan Mikraj. Peristiwa ini menunjukkan keutamaan dan betapa signifikannya ibadah solat di sisi Allah. Solat dalam kehidupan Muslim bagaikan alat penggerak, atau pemangkin kepada kecemerlangan ummah. Solat juga merupakan medium bagi si hamba yang kerdil berusaha menjalinkan hubungan dengan Penciptanya.

Sabda Rasulullah SAW, Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya (HR Al-Bukhari dan Muslim) Solat, merupakan pemisah yang membezakan seseorang individu itu sama ada Muslim ataupun tidak. Rasulullah SAW bersabda, Di antara seseorang dan kekufuran (batasannya) adalah meninggalkan solat.

Peliharalah segala solat (mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk. ALBAQARAH; 238

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

13

Yang pertama kali akan dihisab (diperiksa amalan) seorang hamba pada hari kiamat nanti ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah semua amalannya. Tetapi apabila solatnya rosak, maka rosaklah semua amalannya.

Sebenarnya, jika solat yang didirikan dilaksanakan dengan sebetul-betulnya, nescaya akan memberi impak yang besar kepada individu tersebut. Sebagaimana firman Allah,

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari AlQuran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan AL-ANKABUT; 45 Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyu dalam solatnya AL-MUKMINUN: 1-2 Namun, sesuatu yang pelik berlaku apabila meskipun ada yang mengerjakan solat, solat yang didirikan umpama tidak memberi kesan kepadanya, umpama solat itu tidak lain tidak bukan hanya merupakan adat yang sudah tidak mempunyai makna di sebaliknya.

Hanya menjadi ritual yang tidak membina spiritual, rutin yang tidak membina disiplin.

Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya AL-MAUN: 4-5

Salah satu kemungkinan mengapa perkara-perkara sebegini berlaku ialah dalam solat seseorang, perbuatan, bacaan dan penghayatannya kurang, tidak selari dan tidak bersepadu. Sekadar membaca surah-surah Al-Quran tanpa memahami dan menghayati. Badan melakukan pergerakan-pergerakan solat seperti rukuk, sujud, namun rasa kehambaan tidak hadir dalam hati. Menurut Imam Ghazali, rasa kehambaan ialah rasa kagum, takut, harap, hina dan malu seorang hamba ketika menyembah Tuhannya dalam solat. Jikalau rasa ini tiada atau tidak hadir, boleh diumpamakan bagai jasad tanpa roh, bangkai yang tidak bernyawa, yakni yang membezakan Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

14

antara solat yang sah dengan solat yang berkesan. Solat yang berkesan semestinya sah insyaAllah, namun tidak sebaliknya. Jika seorang Muslim itu benar-benar mendirikan solat dan menjaganya, akan terserlahlah peribadi dan perlakuan yang baik hasil solatnya itu. Solat itu adalah satu proses melahirkan output positif dalam perlakuan manusia. Solat ialah latihan bagi hati untuk fokus dan tertumpu dalam mengingati Allah. Begitu juga dengan kehidupan, kita mesti fokus kepada sesuatu matlamat dan tujuan. Jikalau seseorang menyalahi segala perintah Allah, menyalahi ajaran-ajaran Rasul, menjadikan Al-Quran di belakangnya, dan kemudian melonggarkan tali Islam sedikit demi sedikit hingga yang paling akhir, iaitu meninggalkan solat. Adakah dia masih berhak disebut sebagai seorang Muslim sejati? Hanya dengan sandaran seseorang yang menyatakan dan mengaku dia Muslim namun perlakuannya menunjukkan sebaliknya?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? AL-ANKABUUT: 2 Dari Anas bin Malik Rasulullah SAW bersabda; Barangsiapa mengerjakan solat tepat pada waktunya, menyempurnakan wuduknya, memanjangkan qiyamnya (berdirinya) disertai dengan khusyuk serta memanjangkan ruku dan sujudnya. Maka solat ini akan keluar dengan warna bersih dan bersinar, lalu berkata; semoga Allah menjaga kamu, seperti kamu menjaga saya. Dan barangsiapa yang mengerjakan solat tidak pada waktunya, tidak menyempurnakan wuduknya, tidak disertai dengan khusyuk juga tidak menyempurnakan ruku dan sujudnya. Maka solat itu akan keluar dengan warna hitam dan gelap, kemudian solat itu berkata; semoga Allah mensia-siakan kamu, seperti kamu mensia-siakan saya, dan akhirnya solat itu dilipat, seperti dilipatnya baju yang sudah tidak terpakai, kemudian dilemparkan ke mukanya. (HR Thabarani)

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

15

BERJEMAAH

Berdasarkan pada kajian-kajian yang telah dilakukan para saintis, ilmuwan dan para ulama sebelum ini, solat secara berjemaah membawa kesan yang berbeza dan lebih berbanding dengan solat secara bersendirian Sabda Rasulullah SAW, Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda) (HR al-Bukhari dan Muslim)

Bukan sahaja pahala solat bertambah, juga kesatuan dalam kalangan umat Islam dapat bertambah kuat. Ketika berjemaah, tiada pemisah dan perbezaan antara darjat, warna kulit, mahupun kekayaan. Semuanya berdiri dalam satu saf yang sama, hamba-hamba yang kerdil menghadap Tuhan Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa. Seperti apabila muazzin mengumandangkan seruannya;

Mari mengerjakan solat. Mari menuju kejayaan Diajak dan diseru kepada semua yang mendengar, semua yang diwajibkan menunaikan solat, tiada perbezaan apa-apa sekalipun. Pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jumlah Jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat. Solat Subuh berjemaah juga dijadikan penanda aras oleh Rasulullah SAW dalam mengukur siapa dalam kalangan penduduk Madinah yang serius dan siapa yang tidak dengan iman dan tauhidnya. Mari kita berfikir sejenak, isu baru-baru ini, apabila ada pihak mengeluarkan video yang menghina junjungan mulia, Rasulullah SAW. Pelbagai demonstrasi dan protes di seantero dunia dibuat. Semua melontarkan dan meluangkan rasa tidak puas hati terhadap pihak yang membuat video tersebut, membuat provokasi terhadap sensitiviti umat Islam. Malah Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

16

sehingga mengakibatkan keganasan dan pembunuhan. Sebelum ini juga pernah muncul, keluar video-video mahupun perbuatan-perbuatan seperti sedemikian. Dan protes-protes dilontarkan setiap kali. Akan tetapi, mengapa mereka, pihak ini, masih terus membuat perkara-perkara yang mengacau sensitiviti umat Islam sedangkan mereka tahu ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam?

Rasulullah SAW bersabda Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.Maka para sahabat r.a. pun bertanya, Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? Maka Baginda menjawab, Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut Sahabat bertanya lagi, Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut? Jawab Rasulullah SAW, Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn. Sahabat bertanya lagi, Apakah itu al-Wahn? Rasulullah SAW bersabda, Cintakan dunia dan takut akan kematian. (HR Thauban r.a.) Di pentas protes, takbir semangat dilaungkan, dilontarkan. Akan tetapi di masjid ketika waktu Subuh, tiada takbir mahupun laungan Allahuakbar kedengaran, sekalipun untuk bertakbiratulihram, kecuali dari Imam, Bilal, dan Tok Mudin masjid. Tidak salah melaungkan protes terhadap pihak yang menzalimi umat Islam, akan tetapi alangkah lebih baik jika kita terlebih dahulu membakar selimut syaitan yang menghalang kita daripada bangun solat Subuh berjemaah?

IBADAH DAN AKHLAK


Akhlak boleh diumpamakan seperti buah bagi pokok yang subur, tanpa pokok tiadalah buah. Begitu juga kaitnya antara ibadah dengan akhlak. Tanpa ibadah tiadalah akhlak. Buah yang baik lahir dari pokok yang tumbuh subur. Akhlak yang terpuji pula akan muncul apabila seseorang melakukan ibadah yang berkualiti dan secara istiqamah. Jikalau teguh ibadahnya, maka teguhlah akhlaknya, dan begitu jugalah sebaliknya. Akhlak menurut perspektif Islam, bertitik tolak daripada pengabdian seseorang individu kepada Allah SWT dan mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah SAW.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

17

Baginda merupakan peribadi contoh terbaik. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang paling mulia AL-RUM; 4 Dari Saiyidatina Aisyah, Adalah akhlak baginda SAW itu ialah Al-Quran Pelaksanaan ibadah seiring dengan kesempurnaan sifat mahmudah Mengikuti sunnah Rasulullah itu amat disukai dan diredhai Allah dan Rasul-Nya, dan jelas di sini bahawa apabila ibadah dilaksanakan dengan sebetulnya, ia akan memberi impak pada akhlak seseorang, lantas membentuk peribadi yang cemerlang, malah boleh memajukan sesebuah masyarat hingga membangunkan negara.

Muslim juga harus menjaga hubungannya sesama manusia, sesame muslim khususnya. Hak Muslim terhadap saudaranya yang muslim: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. Menutup keaibannya Meringankan kesusahannya Membantu di dalam segala hal yang penting dan perlu Memenuhi segala hajat dan keperluannya Menghapuskan duka nestapanya Membelanya jika teraniaya Menolongnya jika lemah Meringankan beban hidupnya Menghormati orang tua Kasihan terhadap yang kecil Tidak menyusahkannya, tidak menyiakannya, tidak menghina atau memandang rendah kepada yang lain Tidak mencaci atau mengejeknya Tidak menipu saudaranya yang mslim Tidak dengki, dendam, atau sangka jahat terhadap saudaranya Mengasihinya sebagaimana mengasihi dirinya sendiri

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

18

KERJA DAN IBADAH


Umar al-Khattab pernah berkata, Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusanku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusanku dengan Allah tidak selesai.

Telah dinyatakan sebelum ini yang menjaga hubungan dengan Allah, juga menjaga hubungan sesame manusia juga merupakan salah satu jenis ibadah, dan Khalifah ar-Rasyidin yang kedua amat menitikberatkan perkara ini, kerana tugas yang dipikul tersebut, ibadah tersebut, masih juga merupakan amanah yang harus dijunjung dengan sejujurnya. Jika menurut konsep ibadah, segala amalan perbuatan kita dalam kehidupan kita boleh dikira sebagai ibadah. Namun hal yang demikian, ibadah juga mempunyai syarat-syarat yang perlu dituruti agar ibadah itu boleh dikira dan tidak menjadi sia-sia. Syarat suatu kerja atau amalan itu untuk menjadi ibadah : Niat betul ikhlas kerana Allah Perkara yang dibuat tidak melanggar hukum syarak Ibadah asas tidak diabaikan dengan melakukan perkara tersebut

Mengikut prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah, iman seseorang boleh bertambah dan berkurang menurut amalannya. Jika banyak amal ibadahnya, maka bertambahlah imannya. Jika makin bertambah seseorang membuat perkara yang sia-sia, melalaikan ataupun melakukan dosa, maka berkuranglah imannya. Namun demikian, sesuatu perbuatan atau perkara itu dikecualikan daripada dosa apabila dia : Jahil, seruan kebenaran belum sampai kepadanya Tidak sengaja melakukan sesuatu Dipaksa yang mengancam nyawa, atau darurat

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

19

ZUHUD

Zuhud yang sebenar-benarnya ialah menanggalkan sifat cintakan dunia (wahn) dalam lubuk hati seseorang, meskipun kemewahan yang dimiliki di dunia itu dalam genggamannya. Jika dia memiliki kemewahan, ia dilihat sebagai salah satu cara untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Jika kalian melihat seorang lelaki telah diberi sikap zuhud di dunia dan sedikit bicaranya, maka dekatilah dia, kerana ia akan memberikan hikmah (HR Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

FARDU AIN, FARDU KIFAYAH, IBADAH SUNAT


Fardu ain umpama tapak. Fardu kifayah pula bangunan di atas tapak tersebut. Jikalau tapak bermasalah, maka bangunan akan lemah. Tanah runtuh, bangunan pun runtuh . Ramai yang tidak mengerti, ataupun salah faham bahawa sebenarnya fardu kifayah, iaitu ibadah furuk, kedudukannya lebih tinggi daripada ibadah sunat. Malah, jika fardu kifayah seseorang individu ataupun sesebuah masyarakat amatlah maju, itu merupakan indikasi bahawa individu tersebut besar kemungkinan mempraktikkan ibadah yang bersifat fardu ain dengan sebenar-benarnya. Kerana daripada pelaksanaan ibadahibadah tersebut lahirlah peribadi-peribadi atau akhlak-akhlak yang terpuji, seperti berusaha bersungguh-sungguh memajukan diri, tidak curi tulang, tidak mengambil rasuah, berjimat serta tidak membazir dan sebagainya. Mereka-mereka ini adalah mereka yang yakin bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan setiap pergerakan mereka dan akan dipaparkan kepada mereka kembali di akhirat kelak, namun masih memantapkan ibadah-ibadah wajib disamping menghiasi dengan ibadah-ibadah sunat. Keadaan hidup kita di dunia akan menentukan keadaan hidup di akhirat kelak.

Islam menuntut umatnya hidup dalam kesederhanaan (wasatiyyah) yakni seimbang dan harmoni antara dunia dan akhirat, mengejar akhirat tanpa melupakan urusan duniawi. Ini bermaksud menunaikan fardu ain yang dituntut dan diwajibkan ke atas setiap individu Muslim, di samping melakukan fardu kifayah untuk membangunkan serta memajukan negara supaya negara Islam akan dapat duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan negaranegara maju lain.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

20

KESIMPULAN
Ramai antara kita yang inginkan kebaikan tetapi menolak kebenaran. Menolak kejahatan tetapi merangkul kebatilan. Padahal kebenaran itulah sumber segala kebaikan, dan kebatilan itulah penjana segala kejahatan.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia danhi uran yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? AL-ANM: 32 Telah dinyatakan dalam Al-Quran bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan gurau-senda semata-mata. Malah terhadap hadis Rasulullah SAW yang menyatakan kita hidup di dunia ini sementara sahaja, sebagai pengembara menuju ke destinasi hakiki, iaitu akhirat. Lantas, jika umat manusia, muslim terutamanya sedar akan hakikat ini, tentu mereka juga akan timbul kesedaran untuk memenuhi tujuan mereka hidup di dunia ini yang merupakan ujian bagi semua. Untuk beribadah kepadaNYA .

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada para sahabat yang katanya, Rebutlah lima perkara sebeum lima perkara: Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, kelapangan sebelum sibuk, hidup sebelum mati. (HR Hakim) Islam, sebenarnya merupakan Ad-Din, iaitu way of life. Tidak dipisahkan ibadah dalam Islam hanya pada amalan tertentu, tempat tertentu dan waktu tertentu sahaja. Semua amalan, pekerjaan dan perbuatan yang dilakukan dalam rutin seharian itu, sekiranya niat untuk mencari keredhaan Allah, dan tidak melanggar syariat, semuanya diambil kira sebagai ibadah.

Betapa indahnya Islam. Betapa pemurahnya Tuhan kita.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

21

Para sahabat telah bertanya, Betapa besarkah pahala orang yang berjihad itu? Jawab Rasulullah SAW, Kamu tidak terdaya melakukannya (di luar medan jihad. Perbandingan orang yang berjihad pada jalan Allah ialah seperti seorang yang berpuasa, bangkit malam (untuk solat khusyuk membaca ayat-ayat (Al-Quran), tidak terhenti-henti mereka dari puasa dan solat sehingga kembali orang-orang yang berjihad itu ke rumah (HR Bukhari Muslim)

Dari hadis diatas, jelas kita dapat yang sekadar amalan-amalan yang selalu dikaitkan dengan ibadah seperti solat, puasa, dan zikir, semua ini belum cukup untuk membuatkan seseorang itu Muslim yang soleh. Muslim yang soleh ialah seorang yang sanggup menyerahkan dan mengorbankan apa sahaja yang ada padanya demi Allah, untuk mendapatkan keredhaanNya tanpa mengharapkan benda-benda lain. Lantas, tidak akan ada ruang dalam hidupnya yang terlepas dari patuh mengikuti ketentuan-ketentuan yang diperintahkan Tuhannnya.

Konklusinya, Untuk mempraktikkan sesuatu, kita mestilah mempunyai pemahaman yang mendalam dan juga kesedaran tentang perkara tersebut. Begitulah juga Islam dan ibadah dalam Islam. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibadah dalam Islam memberi impak yang besar serta amat signifikan dalam hidup seseorang individu. Juga, skop ibadah dalam Islam juga amatlah luas yang memberi peluang kepada Muslim untuk beribadah mengikut keselesaan masingmasing, tanpa mengabaikan yang fardu ain. Lantas, amat rugilah kita jika tidak mengambil kesempatan ini untuk berlumba-lumba menambah pahala di samping memantapkan iman kita. Moga Tuhan menerima amal ibadah kita. InsyaAllah

Beribadahlah seperti kita akan menemui ajal esok, Dan bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

22

RUJUKAN

I. II.

Al-Quranul Karim Internet - http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=106&Itemi d=1 http://www.slideshare.net/shahrulasyikin/fitrah-manusia-menurut-perspektifagama http://ctu101.blogspot.com/2008/04/impak-ibadah-dalam-kehidupan.html http://najibnaili.wordpress.com/2010/03/14/mengenal-ibadah-dalam-islam/ http://belajaribadat.blogspot.com/ http://kaimislam.wordpress.com/2011/01/17/nilai-ibadah-dalam-kehidupan/ http://laman-seri.blogspot.com/2012/02/solat-itu-tiang-agama.html

III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X.

Majalah JOM!; Isu 02 Muhammad At-Thahali Ar-Roawi (2001) Solat Yang Sempuna Kuala Lumpur; Crescent News (KL) Sdn. Bhd. Syeikh Muhammad Al-Ghazali (1998) Dialog Dengan Al-Quran Kuala Lumpur; Jasmin Enterprise Ustaz Sulaiman Endut (1998) Asas-asas Fardu Ain Kuala Lumpur; Pustaka Haji Abdul Majid Pahrol Mohd Juoi (2011) Beduk Diketuk Kuala Lumpur; Telaga Biru Sdn. Bhd. Wan Jamal Bin Haji Wan Mat Saman (2005) Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran Ampang; WJSB Resources Dr. Muhammad Fazl-Ur-Rahman Ansari (2000) What Is Islam Kuala Lumpur; YTPOffset Enterprise Hlovate (2011) Contengan Jalanan Bandar Baru Bangi; Jemari Seni Sdn. Bhd.

Siti Mardhiah binti Muhamad Fauzi M12B

23

Anda mungkin juga menyukai