Anda di halaman 1dari 5

TK 3086 Projek TK/3 FTSM / UKM

Proposal Projek Tajuk: Portal Kampus Wayarles


PENGENALAN : Penggunaan peranti mudah alih amat sinonim pada kehidupan manusia zaman sekarang ini. Contoh peranti mudah alih yang biasa di gunakan oleh kita seperti telefon bimbit, Personal Digital Assistant(PDA), Komputer bimbit dan banyak lagi peranti mudah alih yang terdapat di pasaran sekarang. Peranti mudah alih seperti telefon bimbit banyak di gunakan untuk tujuan telekomunikasi. Dengan adanya telefon bimbit kita dapat berhubung antara satu sama lain dengan mudah tak kira di mana kita berada. Malah telefon bimbit juga digunakan pesanan bergambar dan mel elektronik. Semua ini dapat kita lakukan dengan adanya teknologi terkini seperti General Packet Radio Service (GPRS), Enhanced Data Rate For Global Evolution (EDGE), 3G, WAP dan lainlain lagi. Dengan adanya teknologi seperti ini kita dapat menghantar data dari telefon bimbit ke internet dengan mudah.

TAKRIFAN MASALAH : Sebagai mahasiswa, kita mestilah mempunyai jadual waktu kita sendiri bagi membolehkan kita cemerlang dalam pelajaran. Selain itu juga kita mesti peka terhadap apa yang terjadi di sekeliling kita. Dengan adanya teknologi internet, pelajar dapat mengetahui apa yang terjadi di sekeliling seperti pengumuman fakulti, pembatalan kelas, perubahan jadual waktu kelas dan juga aktivitiaktiviti yang dijalankan di fakulti sendiri. Akan tetapi untuk mencapai maklumat tersebut pelajar memerlukan talian internet dan sebuah komputer. Ini memerlukan pelajar pergi ke makmal komputer fakulti ataupun kafe siber. Ini melibatkan penggunaan masa dan kos. Jika pelajar ke makmal komputer fakulti, mereka perlu menunggu giliran untuk menggunakan komputer. Ini kerana jumlah komputer di makmal 1

TK 3086 Projek TK/3 FTSM / UKM komputer amat terhad untuk kegunaan pelajar. Masalah ini membolahkan pelajar membuang masa begitu sahaja sematamata untuk menunggu giliran menggunakan komputer. Berdasarkan masalahmasalah ini, suatu alternatif yang membolehkan pelajar mencapai maklumat menggunakan teknologi wayarles dan telefon bimbit akan dibangunkan dalam projek ini. RANGKA PENYELESAIAN DAN SKOP PROJEK Bagi membolehkan pelajar memperolehi maklumat terkini mengenai perkuliahan dan aktiviti fakulti serta merancang jadual mereka di mana sahaja mereka berada, perlu ada satu kaedah yang membolehkan pelajar mengakses internet tidak kira di mana sahaja mereka berada. Oleh itu untuk menyelesaikan masalah ini kita akan menggunakan teknologi wayarles bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat tersebut di manamana sahaja mereka berada tidak kira di hostel, di rumah mahupun di cafeteria. Oleh kerana zaman sekarang kebanyakan pelajar mempunyai telefon bimbit yang dilengkapi teknologi wayarles seperti GPRS yang membolehkan pelajar mengakses internet. Pembangunan Portal Kampus Wayarles ini dapat di jalankan dengan adanya teknologi seperti ini. Untuk membangunkan Portal Kampus Wayarles ini, peranti yang perlu adalah seperti telefon bimbit nokia 6610 sebagai pelanggan, sebuah pelayan dan port infrared sebagai sambungan ke telefon bimbit. Manakala untuk membangunkan aplikasi mudah alih ini, ia memerlukan perisian seperti JCreator LE 3.10 sebagai editor, J2ME Wayarless Toolkit 2.2, J2EE 1.4 dan J2SE 1.5 sebagai pengkompil bahasa java, Microsoft SQL Server 2000 sebagai perisian pangkalan data, Macromedia Dreamweaver 2004 untuk pembangunan aplikasi berasaskan web, Nokia PC Suite 6.0 sebagai perisian untuk memasang aplikasi mudah alih di telefon bimbit nokia 6610. Portal ini akan menawarkan beberapa perkhidmatan seperti kuiz atas-talian, semakan markah kerjakursus dan penjadualan. Projek ini menjurus kepada perkhidmatan penjadualan kursus yang ditawarkan oleh fakulti pada semester tertentu. Perkhidmatan ini juga meliputi penjadualan temujanji kolaboratif, pemilihan masa tutoran dan makmal, dan lain-lain lagi. Perkhidmatan seumpama

TK 3086 Projek TK/3 FTSM / UKM ini memudahkan para pelajar untuk memperolehi informasi terkini fakulti sama dan merancang aktiviti perkuliahan ataupun aktiviti sosial fakulti. RANCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM Pembangunan portal kampus wayarles ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat aplikasi wayarles atau lebih di kenali sebagai Mobile Information Device Profile (MIDP) Application yang perlu dipasang pada telefon bimbit dan juga peringkat aplikasi berasaskan web. Untuk peringkat aplikasi MIDP, ia banyak menggunakan teknolologi Java 2 Mobile Edition (J2ME). Teknologi J2ME ini sememangnya khusus untuk pembangunan aplikasi MIDP. Untuk peringkat aplikasi berasaskan web pula, ia banyak menggunakan teknologi Java 2 Enterprise Edition (J2EE). Dimana teknologi ini mengkhususkan dalam teknologi server. Portal kampus wayarles ini menggunakan konsep pelayan/pelanggan dimana telefon bimbit sebagai pelanggan dan terdapat satu pelayan. Oleh itu pembangunan aplikasi berasaskan web amat penting untukk membolehkan aplikasi MIDP digunakan. Penggunaan antaramuka yang sesuai amat penting dalam projek ini, kerana jika antaramuka tidak sesuai maka aplikasi ini sukar di gunakan oleh pengguna. Oleh itu rekabentuk antaramuka perlu di titik beratkan. Untuk pembangunan projek portal kampus wayarles ini, pembangunannya akan dimulakan dengan bahagian yang berasaskan web. Kemudian akan diikuti dengan pembangunan bahagian aplikasi MIDP. Selepas peringkat pembangunan selesai, peringkat pengujian pula dimana pengujian akan dijalankan bagi memastikan aplikasi tersebut bebas dari ralat. Jika terdapat ralat, aplikasi tersebut perlu di ubahsuai bagi membetulkan ralat yang ada.

TK 3086 Projek TK/3 FTSM / UKM

TK 3086 Projek TK/3 FTSM / UKM SENARAI RUJUKAN

1. Dan Harkey, Shan Appajodu & Mike Larkin. 2002. Wireless Java Programming for Enterprise Applications: Mobile Devices Go Corporate. Theresa Hudson. Canada, Robert Ipsen.

Anda mungkin juga menyukai