Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH CONFUCIAN (PERSENDIRIAN) PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA 2012 BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 Tingkatan Senior Dua

Pengurusan Makanan dan Minuman ____________________________________________________________________ Tarikh : 15 Oktober 2012 Masa : 1200 - 0130 (90 minit) Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak. Kertas Jawapan : 3 helai Kertas soalan disediakan oleh Cikgu Norasiah ____________________________________________________________________ Arahan Am: 1. Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan, iaitu: Soalan 1 Rumusan (20%) Soalan 2 Pemahaman Prosa Moden (20%) Soalan 3 Membina Ayat dan Tatabahasa (20%) 2. Jawab semua soalan dengan menggunakan pen mata bulat berdakwat biru atau hitam. 3. Hantar kertas jawapan mengikut susunan nombor soalan. 4. Wajaran markah bagi kertas peperiksaan ini ialah 60%. ____________________________________________________________________ SOALAN 1 RUMUSAN ( 20 % ) Baca resipi di bawah ini dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cara-cara memasak ayam kalio. Panjang rumusan anda hendaklah tidak kurang daripada 120 patah perkataan.

Bahan-bahan : ekor ayam


1 sudu teh serbuk kunyit 5 ulas bawang merah 5 tangkai cili api 1 inci halia 3 batang serai diketuk 1 inci lengkuas diketuk 2 biji ubi dibelah 4 1 batang lobak merah dihiris memanjang
1

Sedikit bunga kobis 2 helai daun limau purut dihiris halus 2 helai daun kunyit dihiris halus 400 mililiter air 200 mililiter susu segar rendah lemak atau santan 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak: 1. Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan serbuk kunyit dan sudu garam. 2. Kisar bawang merah, cili merah dan cili padi serta halia. 3. Masukkan bahan kisar bersama ayam, ubi kentang dan 400 mililiter air ke dalam periuk. 4. Masukkan serai dan lengkuas yang diketuk dan biarkan sehingga mendidih. 5. Apabila kentang telah separa empuk, masukkan asam gelugur, bunga kobis, lobak merah, daun kunyit, daun limau purut dan juga susu segar rendah lemak serta masak sehingga mendidih

Cara Hidangan: 5 orang dewasa

SOALAN 2

PEMAHAMAN PROSA MODEN ( 20% ) Baca petikan rencana di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan perkataan anda sendiri

Ahmad selalu tidak hadir ke sekolah. Petang itu, Cikgu Harun mengambil keputusan untuk ke rumah anak muridnya itu. Dengan panduan murid-murid lain, dia melalui denai-denai sempit dengan motosikalnya ke hujung kampung. Jauh juga rumah Ahmad, bisik hati kecil Cikgu Harun. Dia mula membayangkan betapa sukarnya Ahmad ke sekolah setiap hari. Berjalan tanpa kasut dalam semak seperti itu. Batu kerikil di sepanjang jalan sudah tentu menyakitkan kaki kecil seperti Ahmad. Pohon semalu yang berduri memenuhi jalan sudah pasti memeritkan tapak kaki kecil milik Ahmad. Sebaik sahaja sampai di sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun di dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain. Ahmad!, teriak Cikgu Harun. Suasana sunyi kembali. Tiba-tiba seorang wanita separuh umur muncul dari belakang rumah, terhinggut-hinggut dan uzur benar.

Ahmad tak ada. Dia pergi ke kebun sayur mengambil upah petik cili. Sebentar lagi dia balik, kata orang tua itu. Encik ni siapa? tambahnya kemudian. Saya Cikgu Harun, Riak wajah wanita it uterus berubah mendengar jawapan itu. Jemputlah naik, pelawa wanita itu. Cikgu Harun dapat meneka bahawa wanita itu ibu Ahmad daripada raut wajahnya. Tak apalah! Saya nak jumpa Ahmad, balas Cikgu Harun. Tidak lama kemudian, Cikgu Harun terpandang kelibat seorang budak lelaki berjalan di celah-celah semak di belakang rumah. Pergerakan budak itu tidak lancar. Cikgu Harun hanya menanti dengan sedikit debaran di dada. ( Dipetik daripada cerpen Kasut Kelopak Jantung, karya Ghazali Lateh, Dewan Bahasa dan Pustaka) 1. Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam petikan. a) hadir b) penghuni c) muncul d) terpandang [4%] Siapakah Ahmad di dalam petikan? Bagaimanakah Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad? Bagaimanakah keadaan jalan untuk ke rumah Ahmad? Apakah yang berlaku ketika Cikgu Harun sampai ke rumah Ahmad? Siapakah wanita yang berada di rumah Ahmad pada masa itu? Ke manakah Ahmad pergi ketika Cikgu Harun sampai ke rumahnya? Berikan dua nilai murni yang dimiliki oleh Ahmad di dalam petikan? Pada pendapat anda, apakah tujuan Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad? [2%] [2%] [2%] [2%] [2%] [2%] [2%] [2%]

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

SOALAN 3 MEMBINA AYAT DAN TATABAHASA (20%) (a) MEMBINA AYAT ( 10 %) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan anda faham maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan kata-kata tersebut sebagai peribahasa dan nama khas. 1. 2. 3. antarabangsa beritahu olahraga
3

4. tandatangan 5. warganegara (b) TATABAHASA (10 % ) Kenal pasti ayat-ayat di bawah, kemudian nyatakan jeni-jenis ayat tersebut. (ayat perintah/ayat seruan/ayat penyata/ayat tunggal/ayat majmuk/ayat larangan/ayat silaan/ayat Tanya) 1. Abang saya dari melanjutkan pelajarannya ke Australia. 2. Tolong serahkan bungkusan ini oleh Lily. 3. Sebahagian besar dari penonton telah pulang kerana persembahan itu sangat membosankan. 4. Selepas berehat selama setengah jam, kami meneruskan perjalanan pada Gerik. 5. Masalah disiplin murid seharusnya dilaporkan untuk pihak jawatankuasa disiplin sekolah. 6. Mereka sedang berbincang dari lawatan sambil belajar pada minggu depan. 7. Ahmad sanggup bekerja keras sejak kesenangan keluarganya. 8. Seperti kematian ibunya, dia selalu mengasingkan diri daripada kawan-kawannya. 9. Pak Abu sering bekerja di lewat malam untuk mencari pendapatan yang lebih. 10. Janganlah kita menjadi daripada katak di bawah tempurung tanpa mengambil tahu keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

~ KERTAS SOALAN TAMAT ~

Anda mungkin juga menyukai