Anda di halaman 1dari 2

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/sumbing.

pdf

Komplikasi sumbing bibir


1. Masalah penyusuan 2. telinga bernanah 3. Masalah pertuturan 4. Pertumbuhan gigi tidak normal 5. Masalah kecantikan (Cosmetic problem) 6. Kesan psikologi (Psychological effect) 1. Masalah penyusuan o Bayi tidak menyusu secukupnya kerana pembentukan mulut yang tidak sempurna. Masalah bergantung pada keterukan sumbing. Penyelesaian: Mengalakkan penyusuan susu ibu secara langsung.Jika bayi tidak dapat berbuat demikian ,beri perahan susu ibu atau susu formula dengan sudu. o Mereka menelan lebih udara semasa penyusuan, susu mudah masuk melalui hidung atau telinga dalam. Penyelesaian : Dudukan bayi secara menegak semasa dan selepas penyusuan. Sendawakan bayi selepas penyusuan. 2. Penyakit Telinga o Mudah mendapat jangkitan telinga dan pengumpulan air di bahagian telinga tengah. Memberi kesan pada pendengaran bayi. Penyelesaian: Air yang terkumpul ini perlu dikeluarkan menggunakan teknik ear weaking dan jangkitan dirawat sebaiknya. o Hilang pendengaran.(gejala jangkitan telinga) Penyelesaian: Menghadiri temujanji untuk penilaian di klinik ENT. 3. Perkembangan Pertuturan o Otot lelangit bagi kanak-kanak sumbing lelangit , tidak berfungsi dengan sempurna. Jadi mereka mempunyai hypernasal speech dan pertuturan tidak fasih. o Kurang pendengaran juga menghalang perkembangan pertuturan Penyelesaian: Proses penyelesaian:Sesi Terapi Pertuturan dan mengikuti ujian pendengaran secara berkala 4. Pertumbuhan gigi. o Kanak-kanak dengan kecacatan pada gusi atas/lelangit mempunyai bentuk gigi yang tidak normal atau tiada gigi. Penyelesaian: Jumpa Doktor Gigi pada umur muda atau sebelum gigi tumbuh.Penjagaan mulut yang baik.Rawatan Orthodontik (pembetulan terhadap gigi yang tidak betul)

5. Masalah kecantikan (Cosmetic problems) o Kesan rawatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan ketidakpuasan kepada pesakit 6. Kesan Psikologi (Psychological impact) o Kombinasi banyak masalah yang melibatkan pertuturan,pendengaran,pergigian dan masalah kosmetik menyebabkan kurang keyakinan diri dan lain lain kesan PSIKOLOGI .

Anda mungkin juga menyukai