Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A 1.

Senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiap orang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada dibawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja disediakan oleh: i. ii. iii. A. B. C. D. Pemunya Pengurusan atau pemegang lesen Jurutera Elektrik Kompeten i sahaja i dan ii i dan iii Semua diatas

2. Seorang kontraktor Papan Tanda Elektrik yang memasang mana-mana papan tanda elektrik hendaklah memberitahu _______ tempatan sebelum papan tanda itu dipasang untuk digunakan A. B. C. D. Jurutera Elektrik Pegawai Pihak Berkuasa Bekalan Pengarah TNB Pegawai Penjaga Balai Bomba

3. Perakuan Pendaftaran bagi Kontraktor Perkhidmatan Elektrik hendaklah diisi dalam ____________ A. B. C. D. Borang N Borang P Borang Q Borang L

4. En. Ah Ching telah bekerja disebuah kilang selama 3 tahun sebagai Pembantu Makmal. Beliau berumur 20 tahun. Adakah beliau layak untuk menduduki peperiksaan kekompetenan penjaga jentera? A. B. C. D. Layak kerana telah memenuhi syarat-syarat Tidak layak, kerana had umur perlulah 21 tahun Tidak layak, kerana beliau tidak mempunyai Sijil Pertolongan Cemas Tiada yang di atas

5. En. Arif adalah seorang Pendawai sekatan fasa tiga dan telah bekerja tetap dengan syarikat Wong Elektrik Sdn. Bhd., yang berdaftar dengan Suruhanjaya

Tenaga. Beliau juga diberi kuasa menguji sesuatu pepasangan selain dari beliau terdapat 2 orang lagi pekerja tetap Pendawai Sekatan fasa tiga, 5 orang pendawai sekatan fasa Tunggal, 1 orang Penjaga Jentera sekatan Voltan Rendah dan 10 orang apperentis. Apakah kategori kelas kontraktor ini dan fee sebagai seorang Pendawai Sekatan Fasa Tiga ini. A. B. C. D. Kelas A & RM 20.00 Kelas A & RM 30.00 Kelas B & RM 75.00 Kelas A & RM 90.00

6. Merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 mana-mana orang yang gagal untuk mendaftarkan apa-apa pepasangan di bawah seksyen 21 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan denda tidak melebihi ______________ A. B. C. D. RM 5,000.00 RM 10,000.00 RM 25,000.00 RM 1,000.00

7. Kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 mereka boleh didenda sehingga _________ apabila menjual atau mengimport apa-apa kelengkapan sehingga menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia. A. RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. B. RM 300,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. C. RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. 8. Merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990, mana-mana orang yang merosakkan apa-apa meter bagi pepasangan berlesen boleh didenda sehingga _____________ apabila disabitkan kesalahan. A. B. C. D. 9. A. B. C. D. RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. RM 1,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Orang Kompeten ertinya : orang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan kerja mengikut sekatansekatan jika ada yang dinyatakan dalam perakuan itu, orang yang masa ini ditugaskan menjaga sesuatu perpasangan, orang mahir dan berpengetahuan dalam kerja-kerja elektrik, seorang yang cekap mengendali dan membaiki apa-apa peralatan di dalam sesuatu pepasangan.

10.

Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara-perkara di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 jika dia berumur melebihi A. B. C. D. 55 tahun 60 tahun 65 tahun 70 tahun

11.

Mengikut Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1994, sesuatu motor elektrik hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk :A. B. C. D. memberhentikan motor itu, melindungi motor dari arus beban lampau, melindungi motor itu dari arus kerosakan ke bumi dan arus beban lampau, memula dan memberhentikan motor itu.

12.

Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah, seorang Pendawai Tanpa Had dan dua orang Pendawai Fasa Tunggal sedang berkhidmat di sebuah syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar. Berapakah fees yang perlu dibayar oleh orang-orang kompeten di atas untuk mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Tenaga. A. B. C. D. RM 80.00 RM 100.00 RM 110.00 RM 150.00

13.

Sesebuah pepasangan selain daripada pepasangan domestik hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya setiap _____________ atau pada bila-bila masa jika diarahkan oleh Pengarah. A. B. C. D. 3 tahun 5 tahun 10 tahun 15 tahun

14.

Apabila seseorang itu melakukan kesalahan mengambil tenaga dengan curang maka jika tersabit kesalahannya ianya akan didenda

A. B. C. D.

RM 100,000.00 atau dipenjara tidak kurang 3 tahun atau keduaduanya. RM 150,000.00 atau dipenjara tidak kurang 3 tahun atau kedua-duanya. RM 130,000.00 atau dipenjara 3 tahun atau kedua-duanya. RM 200,000.00 atau dipenjara tidak kurang 3 tahun atau kedua-duanya.

15.

Sekatan minima orang kompeten yang boleh menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sebuah alatubah 11kv/415v, 750 kVA ialah A. B. C. D. Penjaga Jentera AO Penjaga Jentera A1 Penjaga Jentera BO Penjaga Jentera BO-1

16.

Apabila sesuatu pendawaian yang baru atau pendawaian semula telah siap, pendawaian tersebut mestilah diuji dan disahkan oleh :A. B. C. D. Juruteknik JKR Elektrik Juruteknik TNB Pendawai Satu Fasa atau Tiga Fasa yang diberi kuasa Pemegang lessen pendawaian

17.

Sesuatu konduktor hendaklah ____________________ secara berkesan atau ditempatkan atau dikawal keselamatamnya bagi mencegah bahaya. A. B. C. D. Dilindungi dan dibalut Ditegah dan ditebat Dicegah dan dilindungi Ditebat dan dilindungi

18.

Sekiranya seseorang Penjaga Jentera Elektrik tidur semasa bertugas, Suruhanjaya boleh ________________________ Perakuan Kekompetenannya. A. B. C. D. Membatal Menggantung Mengendors Semua di atas

19.

Yang manakah di bawah ini orang kompeten yang dikehendaki ( dibenar ) untuk melawat dan memeriksa pepasangan; i ii iii iv A. B. C. D. Jurutera Elektrik Kompeten Jurutera Profesional Jurutera Perkhidmatan Elektrik Penyelia Elektrik i,ii & iii i & iii i,iii & iv Semua di atas

20.

En. Hisham hendak membayar fee bagi Perakuan Pendaftaran sebagai kontraktor Elektrik kelas C selama 3 tahun. Berapakah fee pendaftaran yang harus dibayar olehnya sekiranya pendaftaran permulaan. A. B. C. D. RM 100.00 RM 300.00 RM 500.00 RM 600.00

21.

Amaun pampasan, jika ada, yang kena dibayar di bawah seksyen 11 atau 13 hendaklah ditaksirkan oleh _____________________ selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya mencukupi. A. B. C. D. Kerajaan Negeri Pentadbir Tanah Daerah Pemegang lesen Pihak Berkuasa Tempatan

22.

Permohonan bagi pendaftaran pepasangan hendaklah dalam ______________. A. B. C. D. Borang A Borang B Borang G Borang Q

23.

Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara kepada orang asing bagi suatu tempoh yang tidak melebihi ____________________. A. B. C. D. 6 bulan 12 bulan 24 bulan 36 bulan

BAHAGIAN B 1. Mengikut Akta dan Peraturan Suruhanjaya Tenaga, nyatakan 5 salah laku yang serius 2. Berikan langkah-langkah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Pengarah setelah menerima laporan mengenai salah laku daripada Pengarah dan bagi kesalahankesalahan Salah laku serius . 3. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, sebutkan lima perkara yang dimaksudkan dengan mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang . 4. Bahagian, seksyen dan subseksyen manakah yang menyatakan perkara-perkara seperti soalan 3 di atas dan berapakah denda yang dikenakan serta tempoh penjara ke atas kesalahan seseorang jika disabitkan dengan kecurangan itu.

BAHAGIAN C 1. Sebuah Kilang Sawit menerima bekalan 415V, 1000A, dari pemegang lesen ,tidak disenggarakan dengan sempurna. Kelengkapan Papan Suis Utama banyak yang rosak dan tidak diganti .Oleh kerana ACB utama sering terpelantik pihak pengurusan telah mengarahkan Penjaga Jentera Elektrik pepasangan itu mengubah tatahan geganti perlindungan . Mengikut Akta Dan Peraturan Elektrik, huraikan tindakan yang boleh diambil oleh Suruhanjaya keatas , a )Pepasangan itu b ) Pihak pengurusan pepasangan itu. C ) Orang kompeten pepasangan itu.

2.Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 ada menerangkan tentang Unit Pendawaian Persendirian. a ) Apakah yang anda faham tentang Unit Pendawaian Persendirian dan terangkan Pendaftaran Unit Pendawaian Persendirian. b ) Berapakah fee bagi pengeluaran dan pembaharuan lesen bagi Unit Pendawaian Persendirian.

3. Kolej Utama telah didaftarkan sebagai Unit Pendawaian Persendirian dan telah memohon memperbaharui Perakuan Pendaftarannya seminggu sebelum tarikh tamat tempoh perakuan itu. Tiga minggu selepas itu, Kolej Utama telah menerima surat dari Suruhanjaya menyatakan Perakuan Pendaftaran Unit Pendawaian Persendirian Kolej Utama telah dipotong dari daftar nama perakuan itu. Pihak pengurusan kolej menjadi panik kerana Unit Pendawaian Persendirian adalah penting bagi kolej dan perlu diteruskan fungsinya. a ) Apakah kemungkinan yang menyebabkan Unit Pendawaian Persendirian Kolej Utama dipotong dari daftar perakuan Pendaftaran. b) Sila cadangkan kepada pihak kolej Utama bagaimanakah caranya jika ia bercadang untuk memasukkan semula namanya ke dalam daftar perakuan pendaftaran. Nyatakan kesan yang mungkin diterima.

Selamat mencuba