Anda di halaman 1dari 45

PERATURAN PERATURAN ELEKTRIK BAHAGIAN III

PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui Kehendak bagi Perakuan kekompetenan, Permohonan bagi peperiksaan, Kelayakan untuk menjadi orang kompeten, Pendaftaran sementara orang asing, Fee bagi peperiksaan, pengendorsan dan penggantian Perakuan Kekompetenan, Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan ,Keterangan perubatan kesihatan, Perakuan kekompetenan yang hilang atau rosak, Penyerahan balik Perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undangundang bertulis lain, Penggantungan dan pembatalan perakuan kekompetenan

LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh menerangkan:-

Kehendak bagi Perakuan Kekompetenan Permohonan bagi peperiksaan Kelayakan untuk menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik Kelayakan untuk menjadi Jurutera Elektrik Kompeten Kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera Kelayakan untuk menjadi Pendawai Kelayakan untuk menjadi Pencantum Kabel Pendaftaran sementara orang asing Keterangan perubatan kesihatan Fee bagi peperiksaan, pengendorsan dan penggantian Perakuan Kekompetenan Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan Borang Perakuan Kekompetenan Penyerahan balik Perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undangundang bertulis lain

Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan

Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud di dalam Peraturan 45 hingga

Peraturan 59 yang berkaitan dengan Pengendalian Peperiksaan bagi orang kompeten. Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes yang berlaku

SUB TOPIC: 8.0


BAHAGIAN III PENGEDALIAN PEPERIKSAAN BAGI ORANG KOMPETEN SUB SUB TOPIC: 8.1 Peraturan:
44. (Dimansuhkan)

Peraturaan 44.

SUB SUB TOPIC: 8.2 Penerangan:


Kehendak bagi Perakuan Kekompetenan 45.(1) Mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten, Penyelia Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini hendaklah memiliki suatu Perakuan Kekompetenan yang sah yang sesuai dengan kategori itu, dengan sekatan, jika ada, yang dikeluarkan kepadanya oleh Suruhanjaya di bawah Peraturan-Peraturan ini. (2) Suruhanjaya boleh menjalankan atau menyebabkan untuk dijalankan, mengikut apaapa cara yang disifatkan patut, peperiksaan bagi Kekompetenan. (3) (Dimansuhkan). maksud menentukan sama ada seseorang itu memiliki kelayakan yang diperlukan untuk dikeluarkan Perakuan

Peraturan 45

SUB SUB TOPIC: 8.3 Peraturan 45:

Penerangan:
Permohonan bagi peperiksaan 45A. (1) Suatu permohonan bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan hendaklah dibuat secara bertulis mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (2) Setiap permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dipertimbangkan oleh Suruhanjaya yang hendaklah memutuskan sama ada pemohon itu layak untuk mengambil peperiksaan itu. (3) Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang

keputusannya.

Soalan Suatu permohonan bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan hendaklah dibuat secara bertulis mengikut cara yang ditentukan . Jawapan A. Menteri B. Suruhanjaya C. Pemegang lesen D. Pihak Berkuasa Bekalan

SUB SUB TOPIC: 8.3 Penerangan


Kelayakan untuk menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik 46.(1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik, hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut: (a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia; (b) bahawa dia memiliki Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini; (c) bahawa dia berpengalaman menjalankan kerja yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan melengkapkan kelengkapan dan kerosakan kabel; (d) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; (e) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu. (2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga profesional yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa (a) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan melengkapkan kelengkapan, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan,

Peraturan 46.

perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan tenaga dengan cekap; (b) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pengesanan kerosakan kabel; (c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pemafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan (d) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya. (3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera

Perkhidmatan Eleklrik hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan. (4) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan.

Soalan Berikut adalah kelayakan seseorang yang layak menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik kecuali Jawapan A. Berpengalaman menjalankan kerja yang berkaitan dengan penyelenggaraan dan pembaikan ,baikpulih, dan servis B. Memiliki Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten C. Menghadiri temuduga professional yang dijalankan oleh Suruhanjaya D. Mempunyai ijazah Kejuteraan Elektrik

SUB SUB TOPIC: 8.4 Penerangan.


Kelayakan untuk menjadi Jurutera Elektrik Kompeten 47. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik, hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut: (a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia; (b) bahawa dia memegang Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengan Ijazah dalam kejuruteraan elektrik daripada universiti atau institusi yang diiktiraf; (c) bahawa dia ialah seorang Jurutera Profesional dalam kejuruteraan elektrik yang berdaftar derigan Lembaga Jurutera menurut Akta Pendaftaran Jurutera 1967; (d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja (tidak kurang daripada lima tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup; (e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; dan (f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu. (2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Elektrik dikeluarkan kepada seseorang. dia hendaklah menghadiri temuduga profesional yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa (a) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang amalan kejuruteraan elektirik moden, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan,

Peraturan 47.

perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan kecekapan tenaga; (b) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan (c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya. (3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Elektrik Kompeten hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan. (4) Walau apa pun subperaturan (1). (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.

Soalan Pemeriksaan bagi Kekompetenan sebagai seorang . hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan. Jawapan A. Jurutera Elektrik Kompeten B. Pendawai Elektrik C. Penjaga Jentera D. Pengarah

SUB SUB TOPIC: 8.5 Peraturan 48: Penerangan:


Kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik 48. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai Penyelia Elektrik, hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut: (a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia; (b) bahawa dia memiliki Diploma atau kelulusan yang setaraf dengan Diploma dalam kejuruteraan elektrik daripada institusi yang diiktiraf; (c) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada lima tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup; (d) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; dan (e) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu. (2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penyelia Elektrik dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa (a) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang amalan kejuruteraan elektrik moden, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan, perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan kecekapan; (b) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan

(c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya. (3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penyelia Elektrik hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan. (4) (Dimansuhkan). (5) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.

Soalan Pilih kenyataan berikut yang benar bagi kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia

i.

ii. iii.

bahawa dia memiliki Diploma atau kelulusan yang setaraf dengan Diploma dalam kejuruteraan elektrik daripada institusi yang diiktiraf bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada lima tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup

iv.

bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan dan bahawa dia boleh memenuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu.

Jawapan A. i dan ii sahaja B. i ,ii dan iii sahaja C. ii dan iii sahaja D. i.ii.iii.dan iv sahaja

SUB SUB TOPIC: 8.6 Peraturan 49.

Penerangan.
Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera 49. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak menduduki peperiksaan bagi suatu Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut: (a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia; (b) bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun; (c) bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh Suruhanjaya; (d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup; (e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; dan (f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu. (2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penjaga Jentera dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa (a) dia memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan berada di bawah penjagaannya, dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya; (b) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan

(c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya. (3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Penjaga Jentera hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan dan boleh termasuk apaapa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu. (4) (Dimansuhkan). (5) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.

Soalan Pemeriksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang ... hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara ujian lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu. Jawapan A. Jurutera Elektrik Kompeten B. Pendawai Elektrik C. Penjaga Jentera D. Pengarah

SUB SUB TOPIC: 8.7 Peraturan


Kelayakan untuk menjadi Pendawai 50. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai, hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut: (a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia; (b) bahawa dia berumur tidak kurang daripada 18 tahun; (c) bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh Suruhanjaya; (d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan dengan pendawaian elektrik bagi apa-apa tempoh, yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan seseorang Kontraktor Elektrik atau mana-mana Unit Pendawaian Persendirian atau institusi pengajian yang diiktiraf atau jabatan atau agensi Kerajaan; (e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan; dan (f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu. (2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pendawai dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan memuaskan hati Suruhanjaya bahawa (a) dia mempunyai pengetahuan dan kemahiran amali yang mencukupi dalam pendawaian sesuatu pepasangan;

Peraturan 50.

(b) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik; dan (c) dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya. (3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pendawai hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu. (4) (Dimansuhkan). (5) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan, dengan budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.

Soalan Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu.

i. Jawapan bertulis ii. Secara lisan iii. Ujian amali iv. Semua diatas
Jawapan A. i sahaja B. ii sahaja C. iii sahaja D. iv

SUB SUB TOPIC: 8.8 Peraturan51.

Penerangan.
Kelayakan untuk menjadi Pencantum Kabel 51. (1) Seseorang, bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk

mengambil peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pencantum Kabel hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia mematuhi syarat-syarat yang berikut: (a) bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia; (b) bahawa dia berumur tidak kurang daripada 20 tahun; (c) bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh Suruhanjaya; (d) bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun dalam mencantum, menyambung dan menamatkan kabel; (e) bahawa dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan dan (f) bahawa dia boleh mematuhi syarat-syarat lain yang Suruhanjaya perlu. (2) Sebelum suatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pencantum Kabel dikeluarkan kepada seseorang, dia hendaklah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya dan hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa dia memahami kerja mencantum, menyambung, dan menamatkan pelbagai jenis kabel yang kemungkinan akan berada di bawah jagaannya dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk melakukan kerja itu. fikirkan

(3) Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pencantum Kabel hendaklah berdasarkan sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu. (4) (Dimansuhkan). (5) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3), Suruhanjaya atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu. boleh

mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana

Soalan Pemeriksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang .. hendaklah berdasarkan sukatan pelajaran yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan dan sebahagiannya secara lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Suruhanjaya fikirkan perlu. Jawapan A. Pendawai Elektrik B. Pencantum Kabel C. Jurutera Elektrik Kompeten D. Penjaga Jentera

SUB SUB TOPIC: 8.9 Peraturan 52.

Penerangan.
Pendaftaran sementara orang asing 52. (1) Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa syarat yang Suruhanjaya fikirkan sesuai untuk dikenakan, Suruhanjaya boleh, apabila dibayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian IIIB Jadual Kedua, mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara sebagai orang kompeten kepada mana-mana orang asing. (2) Orang asing boleh dipertimbangkan untuk pengeluaran Perakuan

Kekompetenan itu jika dia memuaskan hati Suruhanjaya bahawa (a) dia memiliki kelayakan dan kemahiran yang perlu yang diiktiraf bagi mengamalkan kejuruteraan elektrik di negara yang dia biasa mengamalkannya; (b) dia memiliki kepakaran yang diperlukan dan kehadiran secara fizikalnya diperlukan di Malaysia; dan (c) dia mempunyai permit kerja yang diperlukan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa relevan. (3) Walau apa pun subperaturan (2), sebelum seseorang boleh dipertimbangkan bagi maksud pendaftaran sementara sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten, dia hendaklah berdaftar secara sementara sebagai seorang Jurutera Profesional dalam Kejuruteraan Elektrik dengan Lembaga Jurutera mengikut Akta Pendaftaran Jurutera 1967. (4) Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan.

(5) Orang asing yang Perakuan Kekompetenannya telah habis tempohnya boleh memohon pembaharuan tertakluk kepada peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan Suruhanjaya boleh memperbaharui Perakuan itu jika perlu. (6) Bagi maksud peraturan ini, "orang asing" ertinya seseorang yang bukan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia.

Soalan Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi .. . Jawapan

A. Sebulan B. Tiga bulan C. Enam bulan D. Dua belas bulan

SUB SUB TOPIC: 8.10 Penerangan.


Keterangan perubatan kesihatan 53. Suruhanjaya boleh menghendaki supaya keterangan perubatan kesihatan tubuh badan dan mental, yang disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar, dikemukakan kepadanya. oleh seseorang sebelum Perakuan Kekompetenan dikeluarkan

Peraturan 53.

Soalan Suruhanjaya boleh menghendaki keterangan perubahan kesihatan tubuh badan dan mental sebelum .. dikeluarkan Jawapan A. Lesen B. Sesuatu kelayakan C. Perakuan Pendaftaran D. Perakuan Kekompetenan

SUB SUB TOPIC: 8.11 Penerangan.


Fi bagi peperiksaan, pengendorsan dan penggantian Perakuan Kekompetenan 54. Fi yang dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual Kedua Hendaklah dikenakan bagi (a) suatu peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan; (b) pengendorsan Perakuan Kekompetenan; (c) penggantian Perakuan Kekompetenan; dan (d) pengeluaran semula Perakuan Kekompeten.

Peraturan54

Soalan Berapakah Fi untuk menduduki peperiksaan bagi perakuan kekompetenan penjaga jentera Jawapan A. RM 20 B. RM 50 C. RM 100 D. RM 200

SUB SUB TOPIC: 8.12 Peraturan 55

Penerangan:
Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan 55. (1) Suruhanjaya boleh mengikut budi bicaranya (a) menyekat penggunaan Perakuan Kekompetenan mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten, Penyelia Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel bagi mana-mana jenis, kelas, tempoh atau tempat pepasangan; (b) mengendors Perakuan Kekompetenan bagi seseorang Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga untuk membenarkannya pepasangan Fasa menguji Tunggal dan atau mengesahkan Fasa Tiga, pendawaian yang mana-mana masing-masingnya,

dikendalikan pada voltan rendah dengan syarat bahawa Pendawai itu telah menunjukkan dia mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi dalam menjalankan kerja itu sehingga memuaskan hati Suruhanjaya; atau (c) mengendors Perakuan Kekompetenan bagi seseorang Pendawai dengan

Sekatan Fasa Tiga untuk membenarkannya memasang apa-apa pepasangan papan tanda elektrik dengan syarat bahawa Pendawai itu telah menunjukkan dia mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi dalam menjalankan kerja itu sehingga memuaskan hati Suruhanjaya.

(2) Suruhanjaya boleh membuat apa-apa pengendorsan lain pada mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini yang Suruhanjaya fikirkan perlu.

Soalan Suruhanjaya boleh membuat apa-apa pengendorsan lain pada mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini yang Suruhanjaya fikirkan perlu. Jawapan A. Lesen B. Perakuan Kekompetenan C. Sesuatu kelayakan D. Perakuan Pendaftaran

SUB SUB TOPIC: 8.13 Peraturan 56.

Penerangan:
Borang Perakuan Kekompetenan 56. Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik,

Jurutera Elektrik Kompeten, Penyelia Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai dan Pencantum Kabel hendaklah masing-masing dalam Borang J, K, L, M, N dan O yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

Soalan .. sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten , Penyelia Elektrik, Penjaga Jentera, Pendawai dan Pencantum Kabel hendaklah masing-masing dalam Borang J,K,L,M,N,dan O yang ditetapkan dalam Jadual Pertama. Jawapan A. Lesen B. Perakuan Kekompetenan C. Sesuatu kelayakan D. Perakuan Pendaftaran

SUB SUB TOPIC: 8.14 Penerangan


Penyerahan balik Perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undangundang bertulis lain 57.(1) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah dengan serta-merta menyerah balik Perakuan itu kepada Suruhanjaya yang akan mengeluarkan kepada orang itu Perakuan Kekompetenan baru yang berkelayakan setara. (2) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain sebelum tarikh berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, dan yang melakukan apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh terus melakukan sedemikian selama tempoh dua belas bulan dari mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dengan syarat bahawa dia telah menyerah balik Perakuan yang disebut dalam subperaturan (1) bagi maksud pengeluaran Perakuan Kekompetenan yang sesuai di bawah Peraturan-Peraturan ini. (3) Fee hendaklah dikenakan bagi mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua.

Peraturan 57:

Soalan Fee hendaklah dikenakan bagi mana-mana . yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua. Jawapan A. Lesen B. Sesuatu kelayakan C. Perakuan Pendaftaran D. Perakuan Kekompetenan

SUB SUB TOPIC: 8.15 Penerangan 58:

Penerangan:
Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak 58. Jika Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya hilang, dicuri, musnah, rosak atau cacat, suatu penggantian Perakuan Kekompetenan boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya apabila dikemukakan akuan berkanun bahawa salinan asal perakuan itu telah hilang, dicuri, atau musnah atau apabila salinan asal Perakuan Kekompetenan yang telah rosak atau cacat itu diserah balik dan setelah membayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua.

Soalan Seorang pemegang perakuan kekompetenan penjaga jentera telah kehilangan perakuannya di tempat kerja. Apakah yang perlu dilakukannya untuk mendapatkan semula perakuannya? Jawapan A. Melaporkan kepada majikan dan Suruhanjaya. B. Meminta salinan perakuan daripada Suruhanjaya. C. Membuat surat akuan kehilangan kepada Suruhanjaya.

D. Mengemukakan akuan berkanun dan membayar fi kepada


Suruhanjaya.

SUB SUB TOPIC: 8.16 Penerangan 59. Penerangan:


Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan 59. (1) Suruhanjaya boleh, selepas berakhirnya sesuatu siasatan di bawah Akta atau apabila menimbangkan penghakiman mana-mana mahkamah atau mana-mana siasatan kematian yang diadakan di bawah Kanun Prosedur Jenayah, jika didapati perlu oleh Suruhanjaya untuk berbuat demikian, menggantung bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh Suruhanjaya atau membatalkan secara mutlak mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini. (2) Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika pemegang Perakuan itu telah memperolehinya dengan membuat atau menyebabkan dibuat suatu pengisytiharan, perakuan atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya. (3) Suruhanjaya boleh mengendors, menggantung atau membatalkan mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dalam hal salah laku yang serius. (4) Bagi maksud subperaturan (3), "salah laku yang serius" ertinya satu atau lebih daripada yang berikut:

(a) tidur semasa bertugas; (b) menyebabkan kerosakan kepada kelengkapan kerana pengendalian tak cermat; (c) menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana pengendalian tak cermat; (d) menyebabkan kerosakan pada kelengkapan kerana abai peranti keselamatan yang disediakan; (e) menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana abai menggunakan peranti keselamatan yang disediakan; (f) berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau kedua-duanya sekali semasa bertugas; (g) membuat atau menyebabkan dibuat pengisytiharan, perakuan atau representasi palsu atau fraud secara bertulis atau selainnya; atau (h) gagal menjalankan apa-apa tugas yang ditetapkan dalam PeraturanPeraturan ini. (5) Apabila Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang yang memegang Perakuan Kekompetenan telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana salah laku di bawah PeraturanPeraturan Suruhanjaya ini dan tidak lagi dengan layak memegang Perakuan Kekompetenan hendaklah serta-merta menggantung Perakuan itu. menggunakan

(6) Suruhanjaya hendaklah, seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas penggantungan Perakuan, melantik suatu Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi Suruhanjaya dan dua orang lain yang dilantik oleh Pengerusi Suruhanjaya untuk menyiasat kesalahan atau salah laku yang dikatakan. (7) Orang yang Perakuan Kekompetenannya telah digantung di bawah subperaturan (5) hendaklah diberi peluang untuk membela diri terhadap kesalahan yang dikatakan atau salah laku itu di hadapan Jawatankuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya. (8) Jawatankuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya hendaklah, dalam masa empat belas bari dari tarikh dapatan selesainya dan penyiasatan di bawah subperaturan yang (6), akan mengemukakan syor-syornya kepada Suruhanjaya

memutuskan sama ada untuk mengendors, menggantung bagi apa-apa tempoh yang

Suruhanjaya fikirkan sesuai atau membatalkan secara mutlak Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini. (9) Seseorang, yang terkilan dengan keputusan Suruhanjaya di bawah subperaturan (8) boleh memohon kepada Menteri bagi pertimbangan semula perkara itu. Permohonan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh apabila keputusan Suruhanjaya diterima olehnya dan hendaklah mengandungi alasan kekilanan itu. (10) Keputusan Menteri tentang perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah subperaturan (9) adalah muktamad. (11) Seseorang, yang Perakuan Kekompetenannya dikeluarkan di bawah PeraturanPeraturan ini telah digantung, tidak boleh, dalam tempoh penggantungan itu, membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara yang di bawah Peraturan-Peraturan ini seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu. (12) Seseorang, yang Perakuan Kekompetenannya dikeluarkan di bawah PeraturanPeraturan ini telah dibatalkan, tidak boleh, selepas tarikh pembatalan itu, membuat apaapa kerja, tindakan atau perkara yang di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu.

Soalan Jika seseorang didapati membuat akuan palsu untuk mendapatkan perakuan maka Suruhanjaya boleh:Jawapan A. Membatalkan perakuan B. Mengendorskan perakuan C. Menggantungkan perakaun D. Menggantungkan atau membatalkan perakuan

SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Kehendak bagi Perakuan Kekompetenan, Peraturan 45 Permohonan bagi peperiksaan, Peraturan 45A Kelayakan untuk menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Peraturan 46 Kelayakan untuk menjadi Jurutera Elektrik Kompeten, Peraturan 47 Kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik, Peraturan 48 Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera, Peraturan 49 Kelayakan untuk menjadi Pendawai 50, Peraturan Kelayakan untuk menjadi Pencantum Kabel, Peraturan 51 Pendaftaran sementara orang asing, Peraturan 52 Keterangan perubatan kesihatan, Peraturan 53 Fee bagi peperiksaan, pengendorsan dan penggantian Perakuan Kekompetenan, Peraturan 54

Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan, Peraturan 55 Borang Perakuan Kekompetenan, Peraturan 56 Penyerahan balik Perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undangundang bertulis lain, Peraturan 57 Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak, Peraturan 58 Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan, Peraturan 59

REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd)