Anda di halaman 1dari 19

PERATURAN PERATURAN ELEKTRIK BAHAGIAN III

PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui mengenai Pengemukaan bagi ujian dan penyitaan kelengkapan berbahaya, Pembaharuan Perakuan Pendaftaran, Pindahmilik Perakuan Pendaftaran, Pembatalan Perakuan Pendaftaran, Pemotongan daripada dan pemasukan semula daripada dalam dan Daftar Perakuan Pendaftaran, pemasukan semula dalam Pembaharuan Perakuan Kelulusan, Pindahmilik Perakuan Kelulusan, Pembatalan Perakuan Kelulusan, Pemotongan Daftar Perakuan Kelulusan.

LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh:-

Huraikan Pengemukaan bagi ujian dan penyitaan kelengkapan berbahaya Huraikan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran, Huraikan Pindahmilik Perakuan Pendaftaran, Huraikan Pembatalan Perakuan Pendaftaran, Huraikan Pemotongan Perakuan Pendaftaran, Huraikan Pembaharuan Perakuan Kelulusan, Huraikan Pindahmilik Perakuan Kelulusan, Huraikan Pembatalan Perakuan Kelulusan, Huraikan Pemotongan Perakuan Kelulusan. daripada dan pemasukan semula dalam Daftar daripada dan pemasukan semula dalam Daftar

LEARNING OUTCOMES:
Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini

Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes elektrik yang berlaku

SUB TOPIC: 12:


SUB SUB TOPIC: 12.1.1 Penerangan.
Pengemukaan bagi ujian dan penyitaan kelengkapan berbahaya 101. (1) Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa melalui notis bertulis menghendaki seseorang yang mengilang, mengimport, mempamer, menjual atau mengiklankan apaapa kelengkapan supaya menghantar-serah dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sampel kelengkapan itu untuk pemeriksaan dan ujiannya. (2) Jika mana-mana kelengkapan adalah, pada pendapat Suruhanjaya, tak selamat dan berbahaya atau kemungkinan menjadi tak selamat atau berbahaya untuk digunakan, Suruhanjaya boleh melarang pengilangan, pengimportan, pameran, pengiklanan atau penjualan kelengkapan itu dan boleh mengarahkan orang dalam subperaturan (I) untuk menarik balik dengan segera semua kelengkapan itu daripada digunakan atau dijual dan jika perlu boleh menyita dan membuang kelengkapan itu. (3) Suruhanjaya tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan mana-mana kelengkapan yang dihantar-serah atau disita dan dibuang di bawah subperaturan (1) dan (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

KELULUSAN KELENGKAPAN

Peraturan 101

Soalan . boleh pada bila-bila masa melalui notis bertulis menghendaki seseorang yang mengilang, mengimport, mempamer, menjual atau mengiklankan apaapa kelengkapan supaya menghantar serah dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sampel kelengkapan itu untuk pemeriksaan dan ujiannya. Jawapan A. Pihak berkuasa bekalan B. Pihak pengurusan C. Suruhanjaya D. Pemunya

SUB SUB TOPIC: 12.1.2 Peraturan 102 Penerangan.


Pembaharuan Perakuan Pendaftaran 102. Pembaharuan mana-mana Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peraturan 71, 75, 80, 84, 88 atau 92 hendaklah dibuat dalam tempoh tidak kurang dari empat belas hari sebelum tarikh habis tempoh Perakuan itu.

Soalan Pembaharuan mana-mana .. yang dikeluarkan di bawah peraturan 71, 75, 80, 84, 88 atau 92 hendaklah dibuat dalam tempoh tidak kurang dari empat belas hari sebelum tarikh habis tempoh Perakuan itu.

Jawapan A. Perakuan Kelulusan B. Perakuan kekompetenan C. Perakuan Pendaftaran D. Perakuan Syarikat

SUB SUB TOPIC: 12.1.3 Peraturan 103. Penerangan.


Pindahmilik Perakuan Pendaftaran 103. (1) Tiada Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peraturan 71, 75, 80. 84, 88 atau 92 boleh dipindahmilik oleh pemegang Perakuan itu kepada mana-mana orang kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya. (2) Pemegang mana-mana Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peraturan 71, 75, 80, 84, 88 atau 92 hendaklah memperolehi kelulusan daripada Suruhanjaya secara bertulis bagi apa-apa perubahan tentang nama atau alarnat yang berkaitan dengan perniagaan itu dan Perakuan itu hendaklah dipinda atau diganti tanpa pembayaran apa-apa fi.

Soalan Tiada Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peraturan 71, 75, 80. 84, 88 atau 92 boleh dipindahmilik oleh pemegang Perakuan itu kepada mana-mana orang kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada .......................................................

Jawapan A. B. C. D. Suruhannjaya Menteri Pemegang lesen Pengarah

SUB SUB TOPIC: 12.1.4 Peraturan 104 Penerangan


Pembatalan Perakuan Pendaftaran 104. (1) Suruhanjaya boleh membatalkan suatu Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peraturan 71,75, 80,84, 88 atau 92 jika (a) pemegang Perakuan itu berhenti menjalankan perniagaan yang berkenaan dengannya dia didaftarkan; (b) pemegang Perakuan itu telah dihukum menjadi bankrap; (c) syarikat itu dilikuidasi; (d) pemegang Perakuan itu atau pengkhidmat atau ejennya melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini; atau (e) pemegang Perakuan itu telah memperolehi Perakuan itu dengan membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa akuan, pengesahan atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya. (2) Jika Perakuan Pendaftaran dibatalkan oleh Suruhanjaya menurut subperaturan (1), Perakuan itu hendaklah dipulangkan kepada Suruhanjaya oleh orang, yang kepadanya Perakuan itu telah dikeluarkan, dalam masa empat belas hari orang itu diberitahu secara bertulis tentang pembatalan itu.

Soalan Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis boleh dibatalkan oleh Suruhanjaya jika:Jawapan a. b. Perniagaan tidak menguntungkan Kilang tersebut telah dibakar Syarikat kekurangan pekerja Syarikat itu dilikuidasi

c.
d.

SUB SUB TOPIC: 12.1.5 Penerangan


Pemotongan daripada dan pemasukan semula dalam Daftar Perakuan Pendaftaran 105. (1) Maka hendaklah dipotong daripada Daftar nama dan butir-butir lain manamana orang yang kepadanya Perakuan Pendaftaran telah dikeluarkan menurut peraturan 71,75,80,84,88 atau 92 (a) jika dia tidak membaharui Perakuan Pendaftarannya pada tarikh habis tempohnya; atau (b) jika Perakuan Pendaftarannya telah dibatalkan di bawah peraturan 104. (2) Seseorang yang namanya telah dipotong daripada Daftar di bawah subperaturan (1) boleh membuat rayuan, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemotongan daripada Daftar itu, untuk pemasukan semula dan Suruhanjaya, apabila diterima keterangan atau alasan yang rnemuaskan untuk memasukkan semula boleh mendaflarkannya semula. (3) Orang yang disebut dalam subperaturan (2) yang merasa terkilan dengan keputusan Suruhanjaya untuk tidak memasukkan semula boleh memohon kepada Menteri supaya mempertimbangkan semula perkara itu. (4) Permohonan di bawah subperaturan (3) hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan oleh Suruhanjaya dan hendaklah mengandungi alasan kekilanan itu. (5) Keputusan Menteri tentang perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah subperaturan (3) adalah muktamad.

Peraturan 105.

(6) (Dimansuhkan). Soalan Seseorang yang namanya telah dipotong daripada Daftar Perakuan kelulusan boleh membuat rayuan dalam tempoh hari Jawapan A. 30 hari B. 21 hari C. 14 hari D. 7 hari

SUB SUB TOPIC: 12.1.6 Penerangan.


Pembaharuan Perakuan Kelulusan 106. Pembaharuan sesuatu Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan di bawah peraturan 97 hendaklah dibuat tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh habis tempoh Perakuan itu.

Peraturan 106

Soalan Pembaharuan sesuatu . yang dikeluarkan dibawah peraturan 97 hendaklah dibuat tidak kurang dari dua bulan dari tarikh habis tempoh perakuan itu. Jawapan A. Perakuan Kelulusan B. Perakuan kekompetenan C. Perakuan Pendaftaran D. Perakuan Syarikat

SUB SUB TOPIC: 12.1.7 Penerangan.


Pindahmilik Perakuan Kelulusan 107. (1) Tiada Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan di bawah peraturan 97 boleh

Peraturan 107.

dipindahmilik oleh pemegang Perakuan itu kepada mana-mana orang lain kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya. (2) Pemegang mana-mana Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan di bawah peraturan 97 hendaklah memperolehi kelulusan bertulis daripada Suruhanjaya bagi apaapa pengubahan nama atau alamat yang berkaitan dengan perniagaan itu dan Perakuan itu hendaklah dipinda atau digantikan tanpa pembayaran apa-apa fi.

Soalan Sebuah syarikat elektrik yang menjual peralatan elektrik telah berpindah lokasi perniagaannya ke tempat baru. Berapakah fee yang perlu dibayar untuk mengubah nama dan alamat dalam Perakuan Kelulusan miliknya?

Jawapan

A. Fi sebanyak RM 100 B. Fi sebanyak RM 200


C. Tidak perlu membayar fi D. Boleh memohon pengecualian fi

SUB SUB TOPIC: 12.1.8 Penerangan


Pembatalan Perakuan Kelulusan 108. (1) Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan

Peraturan 108

berkenaan dengan mana-mana kelengkapan yang disebut dalam peraturan 97 jika (a) kelengkapan itu didapati tak selamat untuk digunakan setelah pemeriksaan atau ujiannya; atau (b) orang yang kepadanya Perakuan itu dikeluarkan, menggunakannya bagi maksud yang berbeza dengan maksud ia dikeluarkan atau dengan cara yang dianggap mengelirukan atau menipu orang ramai; atau (c) orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini; atau (d) pemilik Perakuan itu telah memperolehi Perakuan itu dengan membuat atau menyebabkan untuk dibuat apa-apa akuan, pengesahan atau representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya. (2) Jika Perakuan Kelulusan dibatalkan oleh Suruhanjaya menurut subperaturan (1), Perakuan itu hendaklah dipulangkan kepada Suruhanjaya oleh orang yang kepadanya Perakuan itu telah dikeluarkan dalam masa empat belas hari orang itu diberitahu secara bertulis tentang pembatalan itu.

Soalan Sesuatu Perakuan Kelulusan boleh dibatalkan kecuali Jawapan Perakuan yang dikeluarkan digunakan untuk tujuan yang berbeza Suruhanjaya merasa terkilan dengan keputusannya Kelengkapan itu tidak selamat digunakan Telah melanggar Akta dan Peraturan ini

A. B. C. D.

SUB SUB TOPIC: 12.1.9 Penerangan.


Pemotongan daripada dan pemasukan semula dalam Daftar Perakuan Kelulusan 109. (1) Maka hendaklah dipotong daripada Daftar nama dan butir-butir lain mana-mana Daftar orang yang Perakuan Kelulusan yang telah dikeluarkan di bawah peraturan 97 (a) jika dia tidak memperbaharui Perakuan Kelulusannya pada tarikh habis tempohnya; atau (b) jika Perakuan Kelulusannya telah dibatalkan di bawah peraturan 108. (2) Seseorang yang namanya telah dipotong daripada Daftar di bawah subperaturan (1) boleh membuat rayuan, dalam masa tiga puluh hari darii tarikh pemotongan daripada Daftar itu, untuk pemasukan semula dan Suruhanjaya, apabila diterima keterangan atau alasan yang memuaskan untuk memasukkan semula, boleh mendaftarkannya semula. (3) Orang yang disebut dalam subperaturan (2) yang merasa terkilan dengan keputusan Suruhanjaya untuk tidak memasukkan semula, boleh memohon kepada Menteri untuk mempertimbangkan semula perkara itu. (4) Permohonan di bawah subperaturan (3) hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan itu dibuat oleh Suruhanjaya dan rnengandungi alasan kekilanan itu. (5) Keputusan Menteri tentang perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah subperaturan (3) adalah muktamad. (6) (Dimansuhkan).

Peraturan 109

Soalan: Seseorang telah dipotong namanya dari Daftar nama yang perakuan Kelulusan yang telah dikeluarkan, boleh membuat rayuan dalam masa . dari tarikh pemotongan. Jawapan:

A. Tujuh hari B. Empat belas hari C. Dua puluh satu hari D. Tiga puluh hari.

SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Pengemukaan bagi ujian dan penyitaan kelengkapan berbahaya, Peraturan 101 Pembaharuan Perakuan Pendaftaran, Peraturan 102 Pindahmilik Perakuan Pendaftaran, Peraturan 103 Pembatalan Perakuan Pendaftaran, Peraturan 104 Pemotongan daripada dan pemasukan semula dalam Daftar Perakuan

Pendaftaran, Peraturan 105 Pembaharuan Perakuan Kelulusan, Peraturan 106 Pindahmilik Perakuan Kelulusan, Peraturan 107 Pembatalan Perakuan Kelulusan, Peraturan 108 Pemotongan daripada dan pemasukan semula dalam Daftar Perakuan

Kelulusan, Peraturan 109

REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd)

Anda mungkin juga menyukai