Anda di halaman 1dari 31

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

1.0

PENGENALAN

Ujian dan peperiksaan dilakukan untuk mengukur proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2001) menyatakan peperiksaan dilakukan untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ismail Ali (1985) menyatakan ujian adalah cara terbaik dalam penilaian prestasi pelajar. Abdullah Nordin (1989) turut menyokong pendapat tersebut dan menyatakan bahawa cara utama untuk mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah ialah menggunakan ujian dan penilaian. Seorang guru yang berkualiti selain mampu menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan, guru juga mampu menyediakan soalan ujian yang baik, keobjektifan, mengukur kesahan dan kebolehpercayaan dan kepenggunaan ujian yang diberikan. Instrumen sesuatu pengukuran dikatakan sah apabila ia benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur. Sesuatu ujian yang sah mestilah boleh dipercayai, sebaliknya ujian yang mempunyai kebolehpercayaan mungkin belum tentu sah digunakan. Jika data yang diperoleh datangnya daripada sesuatu ujian atau instrumen pengukuran yang tidak sah, maka data tersebut tidak boleh digunapakai dalam pengukuran dan penilaian. Sebarang keputusan yang dibuat mengenai subjek berdasarkan data yang tidak sah berkemungkinan akan berlaku kesalahan atau tidak tepat. Sesuatu ujian yang yang dapat memberi keputusan yang konsisten setelah diuji berulang kali adalah mempunyai kebolehpercayaan akan menghasilkan data yang stabil dan tepat. Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian, prosedur ujian, teknik pengukuran dan suasana pengujian sepatutnya berada dalam keadaan yang sama. Kesahan tidak merujuk kepada alat tetapi kepada penafsiran yang dibuat terhadap skor atau markah. Pernyataan kesahan dibuat berdasarkan darjah, iaitu ia boleh diterangkan dalam perkataan kesahan tinggi, sederhana atau rendah dan bukannya sesuatu yang mutlak seperti sah atau tidak sah. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ketekalan, ketepatan atau kejituan yang dibuat. Ujian kebolehpercayaan yang tinggi menghasilkan keputusan yang hampir sama apabila ujian yang sama ditadbirkan beberapa kali dalam keadaan yang sama. Kita tidak boleh menganggap bahawa ketekalan akan berlaku seratus peratus kerana terdapatnya beberapa faktor yang berubah yang disebabkan oleh pelajar itu sendiri seperti ingatan dan emosi, ciri-ciri ujian seperti ujian tidak jelas dan kabur, kaedah pemeriksaan seperti salah kira, kecuaian, faktor tempat dan suasana peperiksaan dalam jangka masa yang panjang, faktor-faktor lain seperti pengalaman, usia, pemakanan dan kesihatan mungkin boleh mempengaruhi prestasi. Faktorfaktor luaran ini menyebabkan berlakunya selisihan pengukuran. Oleh itu, kebolehpercayaan sebenarnya berkaitan dengan pengiraan selisihan atau kesilapan pengukuran. Kurang kesilapan bermakna ia lebih dipercayai kerana diandaikan markah yang diperoleh sangat hampir melambangkan kebolehan sebenar pelajar. Ramai orang beranggapan bahawa membina item untuk sesuatu ujian sebagai satu perkara yang boleh diambil mudah. Apabila item mula ditadbirkan kepada para pelajar, akan timbul pelbagai masalah seperti salah faham, tiada jawapan atau ianya terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab. Perkara sebegini akan menyumbang ke arah terjejasnya kesahan sesuatu item ujian itu. Oleh itu, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat analisis item untuk mengetahui indeks diskriminasi dan indeks kesukaran.

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Tugasan yang diberikan ini melibatkan dua bahagian utama iaitu bahagian pertama tafsiran skor ujian dan bahagian kedua pula ialah analisis item. Kedua-dua bahagian ini diuji berdasarkan kepada 30 set kertas jawapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur dalam Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia, 2012. Maklumat lengkap seperti di bawah ini. Nama Ujian: Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kod Sekolah: WEA 0201 Pusat Ujian: SMK Petaling, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Mata Pelajaran: Perdagangan (Kertas 1) Tingkatan: 5 Ekonomi Asas Tarikh Ujian: 12 September 2012 Masa Ujian: 9.35 pagi 10.50 pagi Bilangan Pelajar: 30 Guru Matapelajaran: Puan Dzuriati binti Yusoff Satu ujian telah ditadbirkan ke atas sekumpulan pelajar seramai 30 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ia melibatkan pelajar Melayu, Cina dan India. Soalan yang diberikan adalah berbentuk aneka pilihan yang terdiri daripada pelbagai topik subjek Perdagangan Tingkatan 5. Soalan yang diberikan meliputi aras Taksonomi Bloom. Selepas memperoleh markah mentah, beberapa langkah perlu dilakukan untuk menganalisis item-item soalan sama ada keobjektifan, mengukur kesahan dan kebolehpercayaan dan kepenggunaan ujian tersebut. Dalam Bahagian 1, guru perlu memasukkan markah mentah pelajar sebelum menganalisis item-item tersebut. Analisis yang dibuat antaranya ialah mentafsir skor ujian, menyediakan taburan kekerapan skor (tak terkumpul) dan taburan peratus kumulatif, melukis ogif bagi taburan skor tersebut, menentukan pangkat persentil bagi dua pelajar, memberi tafsiran tentang pencapaian dua pelajar yang telah dipilih, menganalisis item, memilih dua item dan menghitung indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item berkenaan, serta memberikan komen tentang indeks-indeks berkenaan dan implikasinya. Tugasan ini mengandungi:Senarai Jadual i. Jadual 1 Skor calon Peperiksaan Percubaan SPM 2012 (Perdagangan) mengikut nama. ii. Jadual 2 - Pangkat persentil bagi dua orang pelajar. iii. Jadual 3 - Sisihan piawaian data-data tidak terkumpul. Jadual 4(a) - Taburan Kekerapan Skor. Jadual 4(b) - Taburan Kekerapan Data. Jadual 5 Taburan Peratus Kekerapan. Jadual 6 Taburan Kekerapan Skor & Data Berkumpulan. Jadual 7 Pangkat Persentil Bagi Dua Orang Pelajar. i. ii. iii. iv. v. vi. Senarai Rajah Rajah 1 Agihan Pencongan Positif Rajah 2 Keluk Normal Rajah 3 Histogram Taburan Skor Pelajar Rajah 4 Poligon Kekerapan Rajah 5 Ogif Rajah 6 Persentil

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Untuk rujukan soalan ujian tersebut sila rujuk pada Lampiran A. Bagi keseluruhan analisis yang dilakukan terhadap jawapan pelajar berdasarkan setiap item soalan dalam tugasan ini, sila rujuk pada Lampiran B untuk jadual keseluruhan pencapaian ujian yang diperolehi oleh setiap pelajar.

2.0

STATISTIK 3

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Statistik merupakan satu bahasa komunikasi yang digunakan untukmenerangkan ciri-ciri sampel atau kumpulan objekti. Asas statistik boleh mendorong guru memahami, menganalisis dan menerangkan keputusan ujian. Terdapat tiga jenis statistik iaitu pengukuran kecenderungan pemusatan (purata), pengukuran varian (sebaran markah), dan pengukuran sekaitan (korelasi). 2.1. PEROLEHAN DATA Data merupakan fakta, maklumat atau angka yang membolehkan guru membuat ringkasan tentang kajian. Perolehan data ini didapati daripada data markah Peperiksaan Percubaan SPM 2012 dalam subjek Perdagangan. 2.1.1 PENJADUALAN DATA Jadual 1 menunjukkan skor bagi 30 pelajar yang dikumpulkan bagi Tingkatan 5 Ekonomi Asas. Pentafsiran Skor Ujian , dilaksanakan bagi membantu guru membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam ujian perdagangan tidak memberi makna kecuali guru boleh mentafsirkannya sebagai penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah tercapai. Menurut William (1998), Stiggins (1999 dan Arter (2003) dalam laporan mereka mengesahkan bahawa faktor literasi pentaksiran guru merupakan kriteria penting kea rah memperkayakan pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti.

Setelah ujian ditadbirkan dan 30 helai kertas jawapan telah diperiksa oleh guru, guru boleh menggunakan keputusan yang diperoleh untuk membuat analisis dan kemudian membuat kesimpulan tentang prestasi dan pencapaian pelajar dalam ujian itu. Analisis dan pentafsiran bagi keputusan ujian dilakukan mengikut peringkat-peringkat penting dalam proses penilaian yang melibatkan aktiviti berikut.

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Nama Pelajar Abdul Rasyid bin Mohammad Ahmad Asnawi bin Aman Amerul Kamal bin Zaini Amirul Asyraf bin Kamarudin Amirul Hayat bin Abdul Rasyid Amixa binti Mohamad Amiruddin Eliza Najwana binti Ekram Gan Chee Keen Hasnita Norhalis Binti Harun Mohamad Syazwa Azim bin Yacob Muhamad Amir bin Azaman Muhamad Faizwan bin Zukifli Muhammad Abdul Hanan bin Hashim Muhammad Amirrudin bin Muhamad Radzi Muhammad Amiruddin bin Khairul Anuar

Skor 21 19 24 12 19 16 13 15 14 25 19 25 15 25 25

Bil. 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Nama Pelajar Muhammad Kamal Hasan bin Yousf Muhd Aniq bin Ahmad Muhd Hanif bin Azhar Muhd Rasyid bin Hamdan Noor Azlinda binti Karim Noor Zabirah binti Adam Malik Nor Shafiq bin Noor Rashid Nur Aini binti Rosli Nur Atikah binti Jaafar Nur Dania Tasha bin Mohd Khir Nurul Aisyah binti Muhamad Azhar Ong Rui Hong Sithi Aslinah binti Abdullah Siti Nur Hayani binti Hedzir Uvathy a/p Kumar

Skor 26 18 18 25 14 18 19 15 19 22 14 11 21 17 18

Jadual 1: Skor Calon Peperiksaan Percubaan SPM 2012 (Perdagangan) mengikut nama. 2.2 TABURAN KEKERAPAN 2.2.1 Taburan Kekerapan Skor Pelajar & Taburan Kekerapan Data Pelajar

Taburan kekerapan skor menunjukkan bilangan calon yang mendapat sesuatu skor dalam ujian atau peperiksaan (Jadual 4(a)). Kaedah ini amat berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil iaitu bilangan pelajar yang tidak melebihi 30 orang pelajar. Jika sebaran skor adalah besar (melebihi 30 orang pelajar), maka taburan kekerapan data berkumpulan adalah lebih baik digunakan. Jadual 4(b) pula menunjukkan kekerapan taburan data yang dikumpulkan bagi 30 orang pelajar Tingkatan 5 Ekonomi Asas dalam mata

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

pelajaran Perdagangan untuk 40 item yang diuji. Dalam jadual ini, dapat diperhatikan beberapa orang pelajar mendapat skor yang sama dan sebaliknya.

Jadual 4(a):

Markah Rendah

Markah Tinggi

Taburan Kekerapan Skor 2.2.2 Taburan Peratus Kekerapan Kumulatif

Skor Kekerapan (X) (f) 11 1 12 1 13 1 14 3 15 3 16 1 17 1 18 4 19 5 20 0 21 2 22 1 23 0 24 1 25 5 26 1 Jadual 4(b): Taburan Kekerapan Data

Peratus kumulatif menunjukkan jumlah kekerapan pelajar yang mendapat sesuatu skor tertentu dan pelajar yang mendapat skor dibawahnya. Jadual 2 menunjukkan skor, kekerapan, kekerapan kumulatif dan peratus kumulatif bagi 30 orang pelajar. Berikut adalah rumus pengiraan peratus kekerapan kumulatif :

Pengiraan (%) kekerapan

BIL SKOR KEKERAPAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 11 12 13 14 15 16 17 18 19 21 22 24 25 26 1 1 1 3 3 1 1 4 5 2 1 1 5 1

KEKERAPAN KUMULATIF 1 2 3 6 9 10 11 15 20 22 23 24 29 30

PERATUS KEKERAPAN (%) 3.3 6.7 10 20 30 33.3 36.7 50 66.7 73.3 76.7 80 96.7 100

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Jadual 5 : Taburan Peratus Kekerapan Kumulatif 2.2.3 Taburan Skor Tidak Terkumpul Skor mentah yang disusun secara menaik dalam jadual kekerapan kumulatif (Jadual 5). Jadual 5 ini diperolehi daripada analisis yang dijalankan terhadap jawapan objektif peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Perdagangan, Tingkatan 5 Ekonomi Asas, SMK Petaling, Jalan Klang Lama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia mempamerkan skor yang diperolehi oleh pelajar daripada 40 item soalan yang diuji dalam peperiksaan tersebut. Daripada jadual ini boleh dilihat bahawa skor yang tertinggi ialah 26 manakala skor terendah ialah 11. Julat markah yang diperolehi pelajar dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berada antara 11 hingga 26 sahaja. Ini bermakna paling banyak pelajar dapat menjawab item dengan betul ialah 26 item daripada 40 item yang dikemukakan. Secara keseluruhannya, hampir keseluruhan pelajar dalam kelas ini tidak dapat menjawab separuh item soalan yang dikemukakan. Kekerapan ini merujuk kepada bilangan pelajar yang mendapat sesuatu skor. Daripada jadual di atas jelas menunjukkan bahawa kekerapan tertinggi ialah 1. Ini bermakna terdapat seorang pelajar yang mendapat skor 11, 12, 13, 16, 17, 22, 24 dan 26 dalam peperiksan tersebut. Kekerapan terendah pula ialah 4. Sebagai contohnya untuk skor 29 hanya 1 orang pelajar yang mendapat markah tersebut. Kekerapan kumulatif pula merujuk kepada kekerapan terkumpul bagi setiap skor. Nilai setiap skor ditambah dari kekerapan skor sebelumnya dengan kekerapan selepasnya. Sebagai contoh untuk skor 11 kekerapannya ialah 1 dan untuk skor 12 kekerapannya ialah 1. Maka kekerapan kumulatif pada skor 11 ialah 1 dan kekerapan kumulatif pada skor 12 ialah 6 (1+1). Daripada pengiraan kekerapan kumulatif perkara yang boleh dilihat ialah 7

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

bilangan pelajar yang mendapat skor di bawah suatu takat skor. Sebagai contoh, bagi skor 8, kekerapan kumulatifnya ialah 15. Ini bermakna terdapat 15 orang pelajar yang mendapat skor 8 dan ke bawah. Peratus kekerapan kumulatif pula diperolehi dengan membahagikan kekerapan sesuatu skor dengan bilangan pelajar dan didarabkan dengan 100. Ia menunjukkan kekerapan bagi sesuatu skor dalam bentuk peratusan. 2.2.4 Taburan Skor Terkumpul Skor mentah yang terlalu banyak akan disusun dalam bentuk skor terkumpul yang dipanggil selang kelas. Skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor yang ada dalam setiap sela digundalkan. Selang kelas disusun berdasarkan skor mentah yang dikumpulkan mengikut lebar atau saiz selang kelas (Jadual 6).

BIL 1 2 3 4

Selang Kelas 11 14 15 18 19 22 23 - 26

Kekerapan 6 9 8 7

Kekerapan Kumulatif 6 15 23 30

Peratus Kekerapan (%) 20 50 77 100

Jadual 6: Taburan Kekerapan Skor dan Data Terkumpul Berdasarkan Jadual 6 di atas boleh ditafsirkan seperti berikut: Bilangan Skor dalam selang kelas = 4 (Misalnya 11,14) Saiz selang kelas = 4 (bilangan skor) Dalam selang kelas 11- 14 Sempadan kelas bawah = 10.5 Sempadan kelas atas = 14.5 Saiz sempadan kelas = 14.5 10.5 = 4 Nilai titik tengah = sempadan kelas (bawah + atas) / 2 (14.5 + 10.5) / 2 = 12.5 2.2.5 Taburan Kekerapan Data Berkumpulan Taburan kekerapan data berkumpulan hampir sama dengan taburan kekerapan data kecuali skor yang digantikan dengan sela atau kategori. Jadual 6 menunjukkan satu taburan kekerapan data berkumpulan. Di sini terdapat 4 sela dengan lebar ialah 4. Gunakan sebanyak mungkin sela yang berpatutan untuk menunjukkan variasi dalam kekerapan skor. Jadual 6 menunjukkan terdapat 7 orang calon mendapat skor antara 2326, diikuti dengan sela skor 15 - 18 seramai orang, sela 1922 seramai 8 orang dan sela skor 1114 adalah seramai 6 orang. 8

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

2.2.6

Graf Bar atau Histogram Histogram atau Graf bar ialah satu kaedah graf berbentu bar menegak atau mendatar untuk menunjukkan susunan data tentang kekerapan taburan mengikut kumpulan atau kategori. Ia mempersembahkan data dalam bentuk rectangular column. Dasar bagi setiap turus ialah lebar bagi sela kelas (dikenali juga paksi-X) dan ketinggian turus bersamaan dengan kekerapan skor atau bilangan calon dalam sela kelas berkenaan (dikenali juga sebagai paksi-Y). Pembinaannya melibatkan label paksi-X sebagai titik akhir kelas dan paksi Y sebagai kekerapan. Panduan Membina Histogram : i. Tentukan bilangan sela ii. Tentukan kekerapan maksimum (Jadual 3 Kekerapan maksimum = 9) iii. Tetapkan sela bag unit kekerapan iv. Sesuaikan panjang paksi Y dengan Paksi X

HISTOGRAM TABURAN SKOR PELAJAR 6 5 4 3

N P A R E K

2 1 0 11 12 13 14 15 16 17 18 19 21 22 24 25 26 S O M N AH K R E T

Rajah 3: Histogram Taburan Skor pelajar Rajah 3 menunjukkan histogram bagi taburan kekerapan skor tidak terkumpul untuk Jadual 5. Histogram juga boleh menujukkan jumlah kekerapan tertinggi dan terendah di antara skor-skor setiap pelajar seperti Rajah 3 di atas dengan nyata menunjukkan kekerapan yang tertinggi ialah 5 dengan skor pelajar adalah 19 dan 25 manakala kekerapan terendah adalah 1 dengan skor markah pelajar adalah 11, 12,13, 16, 17, 22, 24 dan 26 dalam Peperiksan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah dijalankan.

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

2.2.7

Poligon Kekerapan Merupakan graf garisan tentang taburan kekerapan. Graf ini diplot di titik tengah bagi setiap sela kelas pada ketinggian kekerapan bagi setiap skor dalam sela berkenaan. Titik-titik ini disambungkan dengan garisan lurus. Berikut ialah langkah-langkah membina graf poligon kekerapan berdasarkan data terkumpul di Jadual 6. i. Senaraikan semua skor dalam sesuatu ujian. Tentukan bilangan calon bagi setiap skor. Kumpulkan skor-skor kepada beberapa sela. Bagi bilangan calon yang ramai sela 5 hingga 15 adalah sesuai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Letakkan semua skor kumpulan dalam paksi mengufuk (paksi X) pada sela yang sama, bermula dari skor yang terendah sekali. Letakkan kekerapan skor pada paksi menegak (paksi Y) pada sela sama dengan bermula dengan sifar pada paksi mengufuk. Bagi setiap skor (kumpulan) carikan titik tengah bagi kumpulan berkenaan (sela) dan tandakan titik pada bahagian tengah. Sambungkan semua titik dengan garisan lurus.

ii. iii. iv. v.

POLIGON KEKERAPAN SKOR CALON

K EKERAPAN

SKOR MENTAH

Rajah 4 : Poligon Kekerapan Pelajar Histogram dan kekerapan poligon menggambarkan dua kaedah mempersembahkan data yang sama- memberi gambaran tentang taburan skor bagi sesuatu ujian. Pada umumnya sekolah kerap menggunakan histogram untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran bagi setiap peperiksaan di peringkat UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM mengikut tahun peperiksaan. Badan-badan peperiksaan kerap menggunakan poligon kekerapan 10

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

untuk menjelaskan turun naiknya pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran merentasi beberapa tahun. 2.3 Ogif Normal Ogif atau pun poligon kekerapan merupakan satu graf garisan yang menunjukkan taburan kekerapan. Graf bagi ogif diplotkan pada titik skor markah yang sepadan dengan kekerapan longgokkannya. Dalam pembinaan ogif, skor markah diletakkan pada paksi-x graf bermula daripada markah terendah hingga yang tertinggi. Manakala kekerapan longgokkan diletakkan pada paksi-y graf tersebut bermula dengan nilai sifar hingga takat yang lebih sedikit kepada bilangan keseluruhan kekerapan. Kemudian titik-titik diplotkan dan disambungkan untuk membentuk ogif. Ogif Bagi Taburan Skor Tersebut Berdasarkan Jadual 6

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 11-14 15-18 19-22 23-26


SKOR MENTAH

K EKERAPAN

Series1

Rajah 4: Ogif skor pelajar (1) Untuk melukis ogif, nilai data (skor) berada di paksi-x, manakala peratus kekerapan berada pada paksi-y. Rujuk ogif pada Rajah 4 Ogif skor pelajar (1) (berdasarkan Jadual 6). Untuk membentuk ogif graf peratus kekerapan kumulatif diplotkan berbanding skor. Bentuk ogif bergantung kepada bentuk taburan kekerapan skor terkumpul. Menunjukkan kedudukan pelajar berbanding rakan dalam kumpulan yang mengambil ujian yang sama. Dibuat dengan melihat kedudukan skor pelajar dalam ogif taburan peratus kekerapan kumulatif. 11

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Kecerunan yang curam bagi ogif menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam kekerapan Rajah 4 menunjukkan kecerunan yang curam berlaku pada selang kelas skor pelajar 21-22 dan 25-26 dengan jumlah kekerapan adalah 7 2.4 Pangkat Persentil Satu titik pada satu agihan di mana terdapat peratusan skor tertentu di bawahnya. Ianya merupakan satu teknik membandingkan perbezaan bagi skor ujian individu. Pangkat persentil ialah satu skor yang mempunyai medium 50 hingga 99. Skor persentil menunjukkan kedudukan skor di sepanjang taburan skor. Daripada jadual ujian pencapaian pelajar bagi peperiksaan ini, data dua orang pelajar telah diambil untuk menentukan pangkat persentil mereka. Pengiraan pangkat persentil adalah seperti berikut: Pengiraan Pangkat Persentil P = Kekerapan Kumulatif* x 100 N

* Pada skor yang dihitung. N = Jumlah Pelajar Pangkat Persentil bagi Muhammad Kamal Hasan bin Yousf P = 29 x 100 30 = 96.6

Pangkat Persentil bagi Gan Chee Keen P = 15 x 100 30 = 20.0

Pelajar Muhammad Kamal Hasan bin Yousf Gan Chee Keen

Skor 26 15

Kekerapan 1 3 Jadual 7 :

Kekerapan Kumulatif 29 6

Pangkat Persentil 96.6 20

12

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Pangkat persentil bagi dua orang pelajar Skor Mentah 27 26 25 24 22 21 19 18 17 16 15 14 13 12 11 Batasan Bawah Selang Skor Mentah 26.5 25.5 24.5 23.5 21.5 20.5 18.5 17.5 16.5 15.5 14.5 13.5 12.5 11.5 10.5 Kekerapan Bilangan Kes Mendapat Skor Bawah 30 29 24 23 22 20 15 11 10 9 6 3 2 1 0 Pangkat Persentil 100 96.6 80 76.6 73.3 66.6 50 36.6 33.3 30 20 10 6.6 3.3 0.0

0 1 5 1 1 2 5 4 1 1 3 3 1 1 1 Jadual 8: Pengiraan Persentil Dan Pangkat Persentil (N=30)

Daripada pengiraan pangkat persentil bagi dua orang pelajar seperti telah dilakukan di atas (Rujuk Jadual 7), kedudukan mereka ditandakan pada ogif yang telah dibuat di bahagian Rajah 4 ogif skor pelajar (2) di bawah. Ogif pada rajah 4 tersebut menggambarkan kedudukan dua orang pelajar yang dipra-uji berdasarkan pangkat persentil yang mereka perolehi.

Nama Pelajar : Muhammad Kamal Hasan bin Yousf Skor Mentah : 26 Pangkat Persentil ke 92 Skor bawah = 29

10 9 8 7 6

K EKERAPAN

5 4 3 2 1 0 11-14 15-18 19-22 23-26

Nama Pelajar: Gan Chee Keen Skor Mentah: 15 Pangkat Persentil ke 10 Skor bawah = 6

Series1

SKOR MENTAH

Rajah 4: Ogif skor pelajar (2) 13

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

2.4.1

TAFSIRAN PENCAPAIAN Berdasarkan ogif yang telah dibina seperti Rajah 4, tafsiran telah dibuat menegnai pencapaian dua orang pelajar yang telah dipilih secara rawak dalam peperiksaan Percubaan Sijili Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tingkatan lima bagi mata pelajaran Perdagangan. Dalam pemerhatian ini, pelajar Muhammad Kamal Hasan Bin Yuosf telah mendapat skor mentah 26 dan memperoleh pangkat persentil ke 90. Manalaka seorang lagi pelajar iaitu Gan Chee Keen telah memperolehi skor mentah sejumlah 15 dan mendapat pangkat persentil ke 10 Berdasarkan pencapaian kedua-dua orang pelajar tersebut, Muhammad Kamal Hasan Bin Yuosf mengatasi pencapaian Gan Chee Keen dalam peperiksaan tersebut. Melalui pemerhatian ini juga dapat disimpulkan bahawa Muhammad Kamal Hasan Bin Yuosf yang mendapat pengkat persentil 90 berkedudukan mengatasi 29 orang pelajar di bawahnya. Manakala Gan Chee Keen yang memperoleh pangkal persentil 10 berkedudukan mengatasi 7 orang pelajar dibawahnya.

2.5

KECENDERUNGAN MEMUSAT 2.5.1 Min Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama.

Fomula :

x =

1
n x Min = 1 = Skor individu n = Jumlah bilangan skor

Pengiraan Min :

x 11+12+13+14+15+16+17+18+19+21+22+24+25+26 =
14 = 18 (Purata pelajar mendapat skor untuk peperiksaan) Nilai setiap skor akan mempengaruhi min. satu skor tertinggal atau satu skor terendah dalam set data akan memberi kesan kepada min.

14

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

2.5.2 Median Median adalah satu titik di tengah-tengah yang membahagi skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor ditengahtengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Titik pembahagi pada 50% dipanggil median. 11 Pengiraan Median : 12 13 14 15 16 Median = 17 + 18 2 = 17.5 2.5.3 Mod Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Mengikut jadual 1 bilangan pelajar paling ramai mendapat skor 19 dan 25 iaitu 2 orang bagi setiap skor. 2.6 KEBERUBAHAN 2.6.1 Julat Satu pengukuran paling mudah dan paling kasar untuk mengukur serakan. Julat ialah perbezaan atau jarak antara dua skoryang ekstrem (paling tinggi dengan yang paling rendah) setelah data dalam set berkenaan disusun secara menaik atau menurun. Pengiraan julat : Julat = Skor Tertinggi Skor Terendah = 26 11 = 15 2.6.2 Sisihan Piawai Sisihan piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia merupakan sejauh mana skor berubahan keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain. Begitu juga semakin besar nilai sisihan piawai semakin besar sebaran skor dalam taburan. Pengiraan sisihan piawai : S = (i x) n-1 17 18 19 21 22 24 25 26

15

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

SKOR 11 12 13 14 15 16 17 18 19 21 22 24 25 26 = 253

KEKERAPAN 1 1 1 3 3 1 1 4 5 2 1 1 5 1 N = 30

11 12 13 42 45 16 17 72 95 42 22 24 125 26 = 562

121 144 169 196 225 256 289 324 361 441 484 576 625 676 = 4887

121 144 169 588 675 256 289 1296 1805 882 484 576 3125 676 = 11086

Jadual 9 : Sisihan piawaian data tidak terkumpul Berikut adalah pengiraan bagi data tidak terkumpul di atas: S = (i x) n-1 S = 4142331 30 - 1 = 142839 = 377.94 2.6.3 Varian Varian ialah ganda dua sisihan piawai. Satu indeks pengukuran tentang keberubahan dalam satu-satu set data. Pengiraan varian : = - [ ] N N = 11086 - [ 562 ] 30 30 = 369.53 350.94 16

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

= 18.59

2.7

PENCONGAN

Dalam sesuatu ujian senang ramai calon mendapat skor yang tinggi dan tidak ramai calon mendapat skor yang rendah, ekor bagi taburan berkenaan akan menghala ke kiri pencong negative. Seandainya ujian yang diberikan adalah terlalu sukar, ramai calon mendapat skor rendah dan amat kurang calon mendapat skor tinggi, maka ekor taburan berkenaan menghala ke kanan pencong positif Berdasarkan jadual 9, ujian yang diberikan adalah sukar kerana ramai calon mendapat skor rendah iaitu 9 orang mendapat skor antara sela 15 hingga 18 dan hanya 7 orang mendapat skor tinggi iaitu sela skor antara 23 hingga 26. Maka ekor taburan berkenaan menghala ke kanan menunjukkan pencong positif

Median

Min

Mod
Skor Rendah

Skor Tinggi

Rajah 5 : Agihan Pencongan Positif

2.8

TABURAN NORMAL Keluk normal merupakan sebuah keluk yang berbentuk seperti loceng yang tertungkup. Keluknya mempunyai satu mod, simetrik dan mesokurtik. Ketiga-tiga pengukuran kecondongan memusat ini mempunyai nilai yang sama iaitu min, mod dan median adalah terletak pasa satu titik yang sama.

17

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

2% Sisihan Piawai 14% 34% 34% 14%

2%

-4.0 iiiiiii iiiiiii

-3.0

-2.0 I 2%

-1.0 I 16%

0 I 50%

+1.0 I 84%

+2.0 I 98%

+3

+4.0

Rajah 6 : Keluk Normal Daripada pengiraan pangkat persentil bagi dua orang pelajar seperti telah dilakukan di atas (Rujuk Jadual 7), kedudukan mereka ditandakan pada ogif yang telah dibuat di bahagian Rajah 4 ogif skor pelajar (2) di bawah. Ogif pada rajah 4 tersebut menggambarkan kedudukan dua orang pelajar yang diprauji berdasarkan pangkat persentil yang mereka perolehi.

18

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

1.0

ANALISIS ITEM

Analisis item merupakan satu proses megenalpasti dan memilih item-item yang berfungsi setelah item-item diprauji terlebih dahulu untuk mengetahui statistik bagi setiap item berkenaan. Item-item yang terpilih dikumpulkan dan di simpan. Setiap item yang berkualiti mestilah menepati criteria statistik yang tertentu disamping menepati criteria yang bukan psikometrik. (Bhashah Abu Bakar, 2009). Analisis item dan ujian ini perlu dilakukan untuk memastikan item/soalan yang dihasilkan sesuai untuk digunakan. Hal ini kerana, analisis item membolehkan guru menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah, sederhana atau terlalu sukar bagi kumpulan pelajar. Analisis ini juga dapat menguji keupayaan pelajar dalam kelompok pelajar lemah atau pelajar pandai. antara tujuan dalam menganalisis item ialah untuk menentukan : i. ii. iii. Kesukaran item Daya tarikan opsyen bagi sesuatu item Bagaimana item mendiskriminasikan pelajar dalam menjawab sesuatu item.

Setelah item diproses melalui analisis item, maka item itu bolehlah : i. ii. iii. Dikeluarkan Disimpan Diperbaiki dibuang kerana item-item berkenaan tidak berfungsi dengan baik untuk kegunaan masa depan kerana terdapat banyak lagi item yang sama fungsinya dalam bank item. diprauji, disemak dan disimpan untuk digunakan kerana belum lagi mencapai tahap kualiti yang diharapkan.

Terdapat dua peringkat analisis item iaitu : i. Analisis item awalan Dibuat pada ratusan jawapan OMR yang pertama yang telah diskorkan oleh Unit Analisis Data. Ianya bertujuan untuk : a. Menentukan semua jawapan yang diberikan oleh pembina ujian untuk menskor kertas OMR itu adalah betul. b. Menetapkan jawapan yang diberikan oleh Pembina ujian sama dengan jawapan yang telah di punch oleh unit analisis data. c. Mencari item cacat yang tidak dapat dikesan dalam pembinaan ujian yang mungkin boleh dikeluarkan dari analisis. ii. Analisis item akhiran Dibuat pada semua kertas jawapan OMR pelajar. Analisis ini bertujuan : a. Mencari item-item yang tidak berfungsi yang tidak seharusnya diskor. Item sebegini akan mendatangkan kekeliruan kepada pelajar dan pembina item.

19

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

1.1

Indeks Kesukaran Dan Indeks Dikriminasi Indeks Kesukaran Item Indeks kesukaran item atau item difficulty index ialah satu indeks pengukuran tentang kesukaran item bagi kumpulan yang diuji dan secara konvensionalnya ditulis sebagai nilai p. Pengukuran ini digunakan untuk menghuraikan kesukaran item bagi sesuatu ujian. Indeks ini boleh digunakan untuk meneliti dan menilai atau menentukan kualiti item menggunakan kriteria dan piawai. Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab ujian dengan betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperoleh lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan item kesukaran lagi mudahlah item tersebut (Wood, 1960). 0.0 0.5 1.00

Sukar

Sederhana Rajah ? : Indeks Kesukaran

Mudah

Indeks kesukaran boleh disebut sebagai perkadaran pelajar dalam kumpulan yang diuji dapat menjawab sesuatu item dengan betul. Indeks kesukaran dinyatakan sebagai perkadaran dan julatnya adalah antara 0.00 hingga ke 1.00. Jika dinyatakan dalam peratusan maka julatnya 0% ke 100%. i. ii. iii. iv. Nilai p yang paling tinggi ialah 1.0 dan yang paling rendah ialah 0; Nilai p adalah sentiasa positif; Nilai p yang lebih tinggi menunjukkan item lebih senang; nilai p yang lebih rendah menunjukkan lebih sukar.

Bagi ujian berbentuk objektif seperti betul/salah, isi tempat kosong, padanan dan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu dengan jumlah calon yang menjawab item tersebut. 20

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Berikut merupakan tafsiran bagi setiap aras kesukaran item. Tiga item telah dipilih untuk menguji indeks kesukarannya iaitu item no 3, 10 dan 28.

A B C

0.66 < x <= 1.00 Item Yang Mudah Item Yang 0.33 < x <= 0.66 Sederhana 0.0 < x <= 0.33 Item Yang Sukar

Jadual 8 Tafsiran bagi setiap aras indeks kesukaran

Pengiraan indeks kesukaran Indeks kesukaran (P)

Bilangan jawapan yang betul Bilangan pelajar

Item 1 = Soalan nombor 3 Daripada 30 orang pelajar, sebanyak 29 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah :

= =

29 30 0.97

Item 2 = Soalan nombor 10 Daripada 30 orang pelajar hanya 6 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah: P = = 6 30 0.2

21

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Item 3 = Soalan nombor 33 Daripada 30 orang pelajar, sebanyak 18 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah : P = = 18 30 0.60

No. Soalan 3 10 33

Bilangan Pelajar Menjawab Dengan Betul 29 6 18

Jumlah Semua Pelajar 30 30 30

Indeks Kesukaran (P) 0.97 0.2 0.63

Jadual 9 Indeks kesukaran tiga item

22

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

INDEKS KESUKARAN 0.77 0.20 0.97 0.37 0.90 0.93 0.47 0.73 0.50 0.20 0.87 0.53 0.23 0.90 0.27 0.43 0.43 0.50 0.23 0.37 0.23 0.57 0.50 0.23 0.33 0.27 0.47 0.63 0.20 0.20 0.70 0.30 0.60 0.17 0.87 0.10 0.27 0.23 0.40 0.67

ARAS KESUKARAN Mudah Sukar Mudah Sukar Mudah Mudah Sederhana Mudah Sederhana Sukar Mudah Sederhana Sukar Mudah Sukar Sederhana Sederhana Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sederhana Sukar Sukar Mudah Sukar Sederhana Sukar Mudah Sukar Sukar Sukar Sederhana Mudah

Jadual 10 Indeks dan aras kesukaran keseluruhan item 23

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesukaran item ialah, Bhasah Abu Bakar (2009) i. pengajaran ii. latihan/ pengalaman iii. perkembangan individu tahap umur dan perkembangan psikologi/ fisiologi iv. item tidak berkaitan dengan kandungan domain yang diuji. Indeks Diskriminasi Satu ciri item yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan pembezaan individu. Sesuatu item itu dianggap berdiskriminasi sekiranya ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi boleh menjawab dengan betul berbanding dengan pelajar yang datangnya dari kumpulan berkebolehan rendah. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan T tetapi ramai pelajar kumpulan R tidak dapat menjawabnya tidak betul. Diskriminasi negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan T tetapi pelajar kumpulan R boleh menjawabnya. Bagi item yang tidak mendiskriminasi adalah item yang tidak menunjukkan perbezaan kadar menjawab betul antara kumpulan pelajar T dengan kumpulan R. Nilai indeks diskriminasi perlu berada dalam julat 0.2 0.8 dan soalan yang berda dalam indeks ini diikekalkan dalam bank soalan. Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Ini dapat dirumuskan dalam jadual di bawah. Jenis Item Diskriminasi positif Diskriminasi negatif Tiada diskriminasi Nisbah Murid Yang Menjawab Dengan Betul Item Tersebut Murid berpencapaian tinggi > Murid berpencapaian rendah Murid berpencapaian tinggi < Murid berpencapaian rendah Murid berpencapaian tinggi = Murid berpencapaian rendah Jadual 11 Jenis item indeks diskriminasi

24

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Penilaian item berdasarkan indeks diskriminasi (D ) boleh dirumuskan seperti yang berikut: A B C D E lebih dari 0.4 0.30 ke 0.39 0.20 ke 0.29 0.10 ke 0.19 kurang dari 0.10 item amat diskriminasi iItem yang berdiskriminasi diskriminasi yang sederhana kurang diskriminasi dan perlu semakan semula item kurang diskriminasi dan perlu dibuang

Jadual 12 Tafsiran bagi setiap aras indeks diskriminasi (Rule of thumb) Ebel 1965

25

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Pengiraan Indeks Diskriminasi D = (T-R) N/2

D T R N Item 1 = Soalan no 3 T R
-

Diskriminasi Bilangan jawapan betul bagi kumpulan Tinggi Bilangan jawapan betul bagi kumpulan Rendah Bilangan pelajar

14 15 D = = (14-15) 30/2 -0.07

Item 2 = Soalan no 10 T R 5 1 D = = (5-1) 30/2 0.27

Item 3 = Soalan no 28 T R 9 10 D = = (12-6) 30/2 0.4

26

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Indeks Diskriminasi yang telah dianalisis. No Soalan 3 10 33 Bilangan Jawapan Betul Bagi Pelajar Kumpulan Tinggi 14 5 12 Bilangan Jawapan Betul Bagi Pelajar Kumpulan Rendah 15 1 6 Indeks Diskriminasi 0.07 0.27 0.40

Jadual 13 Indeks diskriminasi untuk tiga item

27

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

No Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

Indeks Diskriminasi 0.47 0.13 0.07 0.33 0.07 0.13 0.00 0.13 0.33 0.27 0.13 0.53 0.33 0.20 0.33 0.20 0.33 0.20 0.20 0.33 0.20 0.07 0.20 0.20 0.13 0.27 0.40 0.07 0.27 0.13 0.07 0.47 0.40 0.20 0.27 0.20 0.13 0.07 0.27 0.00

Aras Diskriminasi Item amat diskriminasi Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang Item yang berdiskriminasi Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item yang berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item amat diskriminasi Item yang berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Item yang berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Item yang berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Diskriminasi yang sederhana Item yang berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang Diskriminasi yang sederhana Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Diskriminasi yang sederhana Item amat diskriminasi Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang Item amat diskriminasi Item amat diskriminasi Diskriminasi yang sederhana Diskriminasi yang sederhana Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang Diskriminasi yang sederhana Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang 28

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Jadual 14 Indeks dan aras diskriminasi keseluruhan item

2.0

KOMEN ANDA TENTANG INDEKS-INDEKS BERKENAAN DAN IMPLIKASI No Item Item 3 Item 10 Item 33 Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi 0.97 0.07 0.20 0.27 0.60 0.40 Jadual ?? indeks kesukaran dan indeks diskriminasi

Item 1 Soalan 3 3. Rajah di bawah menunjukkan satu proses penciptaan nilai faedah. diproses Getah asli diproses

Getah asli

Apakah jenis nilai faedah itu? A. Nilai faedah masa B. Nilai faedah tempat C. Nilai faedah milikan D. Nilai faedah bentuk i. ii. Indeks Kesukaran Bagi item ini, nilai kesukarannya ialah P = 0.97. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai P yang tinggi yang mempunyai indeks kesukaran yang mudah. Untuk item ini, seramai 29 daripada 30 orang pelajar telah menjawab dengan betul. Soalan ini berada dalam kumpulan aras kesukaran mudah. i. ii. Indeks Diskriminasi Indeks diskriminasi item bagi item ini ialah D = 0.07. D untuk item ini berada dalam aras item yang kurang diskriminasi dan perlu dibuang. Soalan ini dalam kategori mudah dan distraktornya tidak berfungsi. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai D yang rendah. Seramai 14 pelajar dalam kumpulan T dan 15 pelajar dalam kumpulan R dapat menjawab soalan ini dengan betul. D untuk item ini merupakan diskriminasi negatif. Di sini guru tidak dapat menentukan aras pelajar kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar aras pandai, sederhana dan lemah 29

iii.

iii. iv.

v.

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

vi. Item 2 Soalan 10

memandangkan 29 daripada 30 orang dapat menjawab dengan betul. Kesimpulannya, hampir 100% pelajar memahami proses penciptaan utiliti atau nilai faedah.

Jaya membeli barang secara kredit berjumlah RM1000 pada 26 Jun 2012. Beliau menerima Diskaun niaga 10% Diskaun tunai : 5% 10 hari, 2% 30 hari

10. Berapakah jumlah diskaun tunai yang diterima oleh Jaya sekiranya menjelaskan pada 2 Julai 2012? A. RM18 B. RM20 C. RM45 D. RM50 i. ii. Indeks Kesukaran Bagi item ini, nilai kesukarannya ialah P = 0.20. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai P yang rendah yang mempunyai indeks kesukaran yang sukar. Untuk item ini, seramai 6 daripada 30 orang pelajar telah menjawab dengan betul. Soalan ini berada dalam kumpulan aras kesukaran sukar. i. ii. Indeks Diskriminasi Indeks diskriminasi item bagi item ini ialah D = 0.27. D untuk item ini berada dalam aras item diskriminasi yang sederhana. Soalan ini berada dalam aras item diskriminasi yang sesuai dan perlu dikekalkan dalam bank soalan. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai D yang sederhana. Seramai 5 pelajar dalam kumpulan T dan seorang pelajar dalam kumpulan R dapat menjawab soalan ini dengan betul. D untuk item ini merupakan diskriminasi positif. Soalan ini menggabungkan pengetahuan mata pelajaran Perdagangan dan Matematik. Kemungkinan pelajar kurang kefahaman tentang formula untuk mendapatkan jawapan yang melibatkan formula yang berkaitan. Kesimpulannya, 80% pelajar tidak mahir untuk menyelesaikan item sebegini.

iii.

iii. iv.

v.

30

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)]

[21 NOV 2012]

Item 3 Soalan 33 33. Menyimpan barang lebihan

Mengeluarkannya apabila terdapat kurangan di pasaran

Apakah peranan pergudangan itu? A. Mengelakkan kerosakan barang B. Menstabilkan harga barang C. Memecahkan pukal barang D. Menjamin keselamatan barang daripada kecurian i. ii. Indeks Kesukaran Bagi item ini, nilai kesukarannya ialah P = 0.60. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai P yang sederhana yang mempunyai indeks kesukaran yang sederhana. Untuk item ini, seramai 18 daripada 30 orang pelajar telah menjawab dengan betul. Soalan ini berada dalam kumpulan aras kesukaran sederhana. i. ii. Indeks Kesukaran Indeks diskriminasi item bagi item ini ialah D = 0.40. D untuk item ini berada dalam aras item amat diskriminasi. Soalan ini dalam kategori indeks diskriminasi yang sesuai dan perlu dikekalkan dalam bank soalan. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai D yang tinggi. Seramai 12 pelajar dalam kumpulan T dan 6 pelajar dalam kumpulan R dapat menjawab soalan ini dengan betul. D untuk item ini merupakan diskriminasi positif. Kesimpulannya, 60% pelajar memahami peranan pergudangan dalam sesi pembelajaran Tingkatan 5..

iii. iv.

iii.

v.

31

Anda mungkin juga menyukai