Anda di halaman 1dari 3

DENGAN MERUJUK CONTOH-CONTOH TERTENTU BINCANGKAN BAGAIMANA PEMBANGUNAN PELANCONGAN MEMPENGARUHI ALAM PERSEKITARAN MALAYSIA.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri utama negara Malaysia selain industri perkilangan dan perkhidmatan. Industri pelancongan dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ekopelancongan, agro pelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan industri pelancongan di Malaysia. Antaranya galakan kerajaan, faktor sejarah dan budaya masyarakat Malaysia, kemudahan infrastruktur yang lengkap dan tarikan semula jadi seperti pulau, pantai, pinggir pantai dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun industri pelancongan juga mempengaruhi alam persekitaran Malaysia dari segi sosial, ekonomi dan juga alam sekitar. Dari segi aspek sosial ialah pertukaran budaya penduduk setempat dengan pelancongan asing. Antara pertukaran budaya yang berlaku ialah dari segi cara berpakain, pergaulan bebas, cara percakapan, dan sebagainya. Pertukaran budaya ini dengan penduduk tempatan berlaku dengan cepat sekali. Pertukaran budaya ini dibawa masuk oleh pelancong asing terutama yang datang dari negara barat seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah. Pertukaran budaya ini mudah mempengaruhi penduduk tempatan terutama genarasi muda. Hal ini akan menyebabkan beberapa masalah sosial seperti bercakap bahasa kesat atau lucah, berpakaian yang tidak sopan dan banyak lagi. Tambahan pula, sektor pelancongan juga memberi kesan dari segi interaksi dan budaya layan tamu. Hal ini berlaku antara penduduk tempatan dengan pelancongan asing. Aspek pertuturan ada interaksi yang baik terhadap pelancongan dapat memberi pesepsi yang baik daripada golongan ini. Jika pelancong merasa gembira dengan layanan penduduk tempatan ditambah dengan faktor semula jadi akan menyebabkan pelancong tersebut akan datang kembali. Maka akan meningkatkan lagi kadar pelancong yang datang ke kawasan tersebut dan juga Malaysia. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. Pada masa yang sama, dapat mendidik penduduk tempatan mempelajari Bahasa Inggeris. Sekali gus dapat meningkat kebolehan komunikasi dengan pelancongan asing. Sebagai contoh, pulau Langkawi yang dimana majoriti penduduk yang boleh berinteraksi dengan baik dan mesra sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, membantu menyediakan keperluan asas dan tahap darjah ketersampaian di sesuatu kawasan. Antara keperluan asas yang dapat disediakan ialah jalan raya yang berturap, bekalan elektrik, dan bekalan air bersih kepada penduduk tempatan. Secara tidak langsung dapat meningkat

darjah ketersampaian sesuatu tempat kerana untuk memudahkan pelancong datang ke sesuatu kawasan pelancongan. Hal ini dapat menbantu penduduk setempat melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah terutamanya di kawasan yang kekurangan keperluan asas dan darjah ketersampaian yang rendah seperti kawasan pendalaman dan kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang. Manakala dari segi ekonomi pula, perlancongan juga dapat menyedia peluang perkerjaan kepada penduduk setempat. Hal ini dapat meningkat pendapatan perkapita dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kemiskinan. Antara jenis perkerjaan yang terdapat dalam industri

pelancongan ialah pemandu pelancongan, sektor perhotelan, sektor pengangkutan dan sebagainya. Hal ini dapat mengurangkan kadar pengangguran serta dapat meningkat taraf hidup penduduk setempat. Ekopelancongan dan Agro pelancongan merupakan antara jenis pelancongan yang meyediakan peluang perkerjaan yang banyak kepada penduduk setempat. Selain itu, juga mengalakkan migrasi dalaman kerana penduduk akan berpindah ke kawasan yang mempunyai lebih banyak peluang perkerjaan dan kadar gaji lebih tinggi. Sektor pelancongan juga menggalakkan perkembangan atau pertumbuhan ekonomi yang berkaitan. Antara ekonomi yang berkaitan ialah industri kraf tanganm perhotelan, pengangkutan, perniagaan makanan, telekomunikasi dan lain-lain yang berkait secara langsung atau secara tidak langsung. Hal ini akan menyebabkan ekonomi Malaysia dapat berkembang dengan lebih cepat dan dapat menambah pendapatan negara melalui kutipan cukai perniagaan. Pada masa yang sama juga dapat mendorong penduduk menceburi bidang keusahawan seperti bidang kraf tangan, cenderamata, dan sebagainya.

Selain itu, sektor pelancongan juga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antaranya pencemaran air dan sampah sarap. Hal ini berlaku akibat penyaliran sisa kumbahan dari hotel dan resort atau sisa makanan restoren dan gerai. Malahan sikap pelancongan yang tidak bertanggungjawab seperti membuangan sampah sarap merata-rata juga memyebabkan pencemaran alam. Hal ini akan memberi satu imej yang buruk terhadap Malaysia. Hal ini banyak berlaku di kawasan ekopelancongan dan kawasan pelancongan pantai seperti Pantai Merdeka di Kedah Malahan juga sektor pelancongan juga menyebabkan kerosakan ekosistem akuatik dan hutan. Hal ini berlaku disebabkan aktiviti penyahhutan untuk dijadikan kawasan pelancongan seperti padang

golf, hotel dan banyak lagi. Hal ini akan menyebabkan habitat hidupan marin dan darat terganggu. Kawasan batu karang juga boleh terganggu kerana aktiviti feri, pembinaan jeti, resort, chalet dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan fungsi ekosistem sebagai. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah sektor pelancongan ini telah memberikan satu impal yang besar terhadap sosioekonomi. Oleh itu, kerajaan hendaklah merangka satu pelan yang mapan terhadap sektor ini. Supaya dapat mengurangkan impak negatif dan pada masa yang dapat meningkatkan produktiviti sektot pelancongan ini.

Anda mungkin juga menyukai