Anda di halaman 1dari 19

Pengajaran dan Perbincangan

1.0 Pendahuluan

Pembelajaran,

Guru

serta

Murid

Abad

21:

Suatu

Sudah banyak diperkatakan tentang irnpak era teknologi maklumat dan globalisasi dalam kehidupan rnanusia sama ada dalam aspek ekonomi, politik, sosial mahupun pendidikan. Dalam dunia pendidikan, era ini dikatakan dapat rnencetuskan satu reformasi baru. Menurut Nik Azis Nik Pa (1997), sebuah program pendidikan yang lebih dinamik dan interaktif dapat dibina kerana teknologi multimedia interaktif mempunyai kekuatan untuk berfungsi dalam pelbagai aspek program pendidikan seperti proses pengajaran, proses pembelajaran, penggunaan masa pernbelajaran, penilaian pencapaian murid, peranan guru, peranan murid dan pengurusan pendidikan. Pendek kata, kemudahan teknologi terkini, juga digunakan secara optimum dapat rneningkatkan kualiti pendidikan sesuai dengan keperluan abad ke 21. Untuk rnencapai hasrat ini, kita, para pendidik berdepan dengan satu cabaran yang sungguh kritis sebab manafaat teknologi terkini ini hanya boleh dikecapi jika ia digunakan dengan betul, Penggunaan yang betul ini pula biasanya berpunca daripda perancangan yang rapi. Maka, kita berdepan dengan persoalan perancangan yang bagairnanakah paling berkesan agar kernudahan teknologi ini dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pernbelajaran sesuatu mata pelajaran. Maka, apakah yang perlu dilakukan dalam membuat perancangan tersebut? Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilklra, namun pada pandangan penulis, perkara utama dan paling asas dalam proses ini ialah perancangan itu perlu diasaskan pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta seiring dengan cita-cita negara. Pembinaan sebuah reka bentuk pengajaran pun berasaskan pada konsep pembelajaran tertentu. Ini kerana konsep yang kukuh akan menjadi landasan kepada sebarang tindakan yang diambil. Manakala konsep yang kabur akan membuahkan tindakan yang tidak keruan. Untuk memastikan pemilihan konsep pembelajaran dan pengajaran yang sesuai, teori-teori pembelajaran terdahulu yang dihasilkan oleh para pengasas bidang pendidikan perlu ditinjau.Daripada perbincangan ini juga, kemungkinan rasional untuk menoleh ke arah konsep yang baru dapat digariskan.

2.0 Teori Pengajaran dan Pembelajaran Terdahulu Di akhir dekad kelima abad ke 20, muncul pula Jean Piaget, seorang biologis berbangsa Swiss dengan satu teori yang hingga kini mendapat tempat dalam dunia Perkembangan Psikologi.Piaget percaya bahawa kebolehan manusia berfikir dan belajar adalah bersifat adaptif.Ertinya, fungsi biologi yang ada pada rnanusia dapat membantu manusia itu mengendalikan persekitarannya.Baginya, pengetahuan tidak wujud "di luar sana", tersedia untuk diambil daripada persekitaran.Pengetahuan itu juga tidak sedia wujud dalam diri manusia sepertimana yang diwar-warkan oleh Plato.Pengetahuan bagi Piaget dikonstruk atau dibina oleh individu manusia itu sendiri me1alui interaksinya dengan persekitaran.Dengan itu, proses pembelajaran atau berfikir dapat dihuraikan dalam struktur mental atau kognitif.Bermula dari peringkat rendah, asimilasi (pelajar berinteraksi dengan persekitaran bagi menghasilkan pengembangan suatu struktur konsepsi tanpa melibatkan sebarang modifikasi terhadap struktur tersebut. Misalnya, jika pelajar berkali-kali menyukat air dengan selinder penyukat, akhimya peJajar tersebut dapat menyukat air dengan betul) ke akomodasi (penghasilan konsep dan operasi baru serta membabitkan perpisahan antara cara pemikiran dan konsepsi lama melalui pembinaan konsepsi barn atau modifikasi konsepsi yang sedia ada). Proses ini berlaku berulang kali dan di sepanjang proses itu pengetahuan baru yang lebih tinggi tahapnya akan terhasil. Teori ini memberikan beberapa sumbangan berguna kepada dunia pendidikan. Pertama, menyeclarkan para pendidik bahawa perkembangan pelajar berlaku secara berperingkat.Kedua, pengalaman memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep. Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang cukup mungkin tidak dapat memahami sesuatu konsep. Ketiga, dalam pembelajaran, pelajar bukan sahaja cuba menyematkan konsep, operasi dan skima ke dalam fikirannya tetapi pada masa yang sama menyusunkannya secara dalaman mengikut cara yang tersendiri. Walau bagairnanapun teori ini juga tidak terlepas daripada kritikan, tetapi tidak seperti teori-teori terdahulu, kritikan ini lebih mempersoalkan asas metodologi yang diambil oleh aliran kontruktivism.Menurut pandangan kontruktivis, seseorang itu membina pengetahuan tentang dunia ini secara sendirian. Justeru, terdapat sernpadan yang memisahkan dunia (pengetahuan) yang dibina oleh seseorang individu dengan dunia lain di luar dirinya. Apa yang mengelirukan, proses pembina an pengetahuan ini berlaku melalui interaksi individu dengan persekitarannya. Maka, soalnya bagaimana seseorang itu dapat berinteraksi dengan sesuatu

yang terpisah daripada dirinya?Apakah tidak boleh dilenyapkan sahaja sempadan itu agar manusia bebas membina pengetahuan tentang dunia yang mereka diarni ini?Mungkin lebih banyak manfaat yang boleh diperoleh jika manusia berusaha secara muafakat membina pengetahuan bersamasarna daripada bekerja sendirian. Di akhir tahun 50an, muncul pula revolusi sains kognitif Komputer dimodelkan atau dihipotesiskan sebagai minda. Maka terbinalah satu bidang penyelidikan baru yang menggabungkan bidang psikologi, sains komputer, falsafah dan linguistik. Lachman, Lachman dan Butterfield 1979, m.s.99) menjelaskan bidang ini seperti berikut: Computer take symbolic

input, make decisions about the recoded input, make new expression from it, store some or all the input, and give back symbolic output. By analogy, that is most of what cognitive psychology is about. It is about how people take in information, how they recode and remember it, how they make decisions, how they transform their internal knowledge states, and how they translate these states into behavioral outputs ... As a consequence of coming to know computer science; cognitive psychologists now theorize about human capacities and behaviour using concepts such as input, storage, buffer, executive processor and system architecture.
Tentunya kita tidak dapat menafikan kekuatan komputer dalam menyimpan dan mengingat sejumlah besar maklumat jika dibandingkan manusia yang mudah lupa. Namun, mengandaikan minda manusia sebagai komputer menimbulkan banyak persoalan.Pertama, kornputer mempunyai kuasa yang berbeza-beza. Adakah perbezaan ini dapat menjelaskan perbezaan di kalangan manusia? Sesetengah manusia amat berbakat dibidang lakonan, tetapi lemah dibidang sains. Sesetengah pelajar mudah jemu belajar di bilik darjah, sedangkan yang lain kuat berusaha. Perbezaan keupayaan ini tidak dilihat mempunyai kaitan dengan perbezaan pada kuasa komputer. Apa tidaknya, bagi pelajar yang lemah, maka akan diberi strategi berbeza daripada pelajar yang cerdas. Implikasinya, guru dikehendaki menggunakan pelbagai strategi dalam menyelesaikan masalah pembelajaran muridnya sepertimana diperkatakan oleh Me Keachie 1980, m.s.89); The

effectiveness of student learning depends on some extent upon the strategy used by the student. Students often fail to choose the strategy that they can use most effectively and also fail to match their strategy to learning task. This suggests two tasks for teachers: (1) teaching

students to.identify their own most effective learning strategies; and (2) teaching students how to use a larger repertoire of methods of learning. Kesan daripada pendekatan seperti ini
menjadikan pelajar mementingkan aspek strategi lulus peperiksaan daripada memahami bahan pernbelajaran. Kajian Ramsden 1987, m.s.280) di Universiti Melborne, Australia mendapati kemahiran belajar yang dipelajari daripada guru menjadikan pelajar beranggapan pernbelajaran hanyalah satu usaha mendapatkan dan meluahkan semula maklumat.

3.0 Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 Menyentuh tentang pengalaman, pemikiran alternatif ini berpandangan sama seperti ahli pernbelajaran moden yang mentafsirkannya sebagai sesuatu yang terhasil daripada penglibatan aktif manusia dengan persekitarannya. Pengalaman tidak berlaku secara tiba tiba dan pengalaman tidak berlaku diluar kehendak manusia. Kita perlu keluar mencari pengalaman seperti mana Datuk Azhar Mansur keluar meredah gelombang bersama Jalur Gemilangnya. Pengalaman itulah yang berguna untuk ditafsirkan. Mengambil pendirian ini maka pembelajaran tidak mungkin dihuraikan dalam satu proses yang umum. Malah, menurut Svensson (1979) adalah amat salah mengandaikan fenomena pembelajaran terdiri daripada set-set fenomena yang seragam. Manusia terlibat dalam pelbagai proses pembelajaran. Proses pembelajaran berenang tidak sama dengan proses pembelajaran matematik mahupun sejarah. Maka perbezaan dalam proses itu perlu dititikberatkan dan dihargai kerana itulah reality yang wujud dalam proses tersebut. Tegasnya, pembelajaran dalam bentuk umum tidak wujud, kecuali dalam bentuk ayat-ayat abstrak yang tidak berupaya memandu kita ke arah memahami dan mempertingkatkan pembelajaran (Neisser, 1982). Justeru, untuk memahami pembelajaran, kita harus menoleh perhatian kepada pelajar, bilik darjah dan segala aktiviti yang berlaku dalam sesuatu sistem pendidikan. Setiap aktiviti diteliti agar elemen-elemen khusus mengenai bagaimana manusia belajar dapat dihasilkan. Misalnya, jika seseorang itu ingin memahami mengapa sesorang pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza walaupun diajar oleh guru yang sama, maka ia haruslah mengkaji apakah proses pembelajaran yang dilalui oleh pelajar itu sehingga membawa kepada kefahaman yang sedemikian. Jika seseorang itu berhasrat untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu pula, maka dia harus

menggunakan maklumat yang diberikan oleh pelajar sendiri tentang apakah yang difahami oleh mereka tentang perkara tersebut.

4.0 Fenomena Guru dan Murid Abad 21 Dr Novandri Hasan Basri dalam tulisannya Buli Dan Masalah Sosial Pelajar: Satu Penyelesaian menyatakan bahawa dahulu masyarakat memandang tinggi terhadap guru-guru sekolah. Guruguru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu, ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh ibubapa. Mereka percaya bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru. Tegas Dr Novandri lagi, dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi.Ibu bapa mempunyai masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal wang. Mereka berjaya bertindak sebagai penyerap kepada permasalahan anak-anak mereka samada di rumah mahupun di sekolah. Dalam masa yang sama, sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anak-anak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan amat tinggi dan sangat penting. Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003).Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan

menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya.Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006) Adakah situasi ini berpunca daripada ibu bapa hilang kepercayaan terhadap guru-guru untuk mendidik pelajar-pelajar? Atau ibu bapa sendiri yang terlampau memanjakan anak? Realiti hari ini pelajar dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anakanak juga menjadi punca pelajar melawan guru.

Berdasarkan bancian oleh laman web utusan.com.my terhadap insiden guru menghukum atau mendenda pelajar-pelajar sekolah kerana kesalahan yang kian mendapat publisiti meluas media, ramai yang mengundi pernyataan Pelajar zaman sekarang terlalu dimanjakan sebagai sebab meningkatnya masalah disiplin di sekolah.. Undian ini merupakan undian tertinggi daripada lima pilihan. Jumlah undi tersebut adalah sebanyak 57.59% daripada 24084 undi (data sehingga 30/7/2007).Hal ini mengambarkan bahawa ramai dalam kalangan masyarakat mengakui bahawa masalah disiplin berkait rapat dengan tindakan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. Jika diamati, pelajar hari ini yang juga terdiri daripada golongan remaja sering dibabitkan dengan pelbagai jenayah dan salah laku, antaranya pergaduhan dan gengsterisme, merokok, menagih dadah, seks bebas, memusnahkan harta benda awam (vandalisme) dan merompak. Kes yang terbaru ialah sembilan orang pelajar perempuan yang membelasah seorang rakan mereka dan merakam gambar bogel mangsa. Perlakuan sebegini lazimnya tidak disedari oleh ibu bapa kerana kejadian tidak berlaku di hadapan mata mereka. Namun apabila nasi sudah menjadi bubur dan hal ini diketahui oleh ibu bapa pelajar-pelajar terbabit, mereka bertindak merayu bapa mangsa supaya menarik balik laporan polis yang dibuat. Mereka seolah-

olah takut anak-anak mereka dihukum sedangkan hukuman wajar dijatuhkan terhadap pelajarpelajar yang bertindak agresif dan di luar batas kemanusiaan itu. Perkembangan terbaru kes ini ialah kesembilan pelajar ini telah memohon maaf daripada mangsa dan menyatakan penyesalan. Adakah dengan meminta maaf dan menangis, perbuatan yang mereka lakukan mudah dilupakan dan dimaafkan?. Apakah tidak mustahil mereka ini akan mengulangi perbuatan mereka terhadap orang lain? Mungkinkah segalagalanya hanya lakonan dan tindakan kepura-puraan sekadar untuk mengelak dikenakan hukuman yang berat? Apakah yang akan dilakukan oleh ibu bapa pelajar-pelajar terbabit seandainya anak-anak mereka dihukum dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak? Adakah mungkin ibu bapa menganggap bahawa hukuman tersebut adalah tidak adil? Bagaimana pula sekiranya yang menjadi mangsa adalah guru perempuan yang didendami oleh kumpulan pelajar ini yang mungkin cuba mendisiplinkan mereka? Segalanya tidak mustahil berlaku kerana sesuatu yang tidak terduga oleh akal boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar zaman ini. Berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilirmenjadi buktinya (Buletin 1.30,TV3, 5 Ogos 2007). Tentunya kejadian ini mengejutkan kita dan pasti menerbitkan rasa bimbang di hati para guru akan keselamatan diri. Masakan tidak, pelajar-pelajar zaman ini sudah berani melakukan apa sahaja tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung. Norhayati Md Said dalam tulisannya Kekurangan Guru Lelaki Amat Dirasai yang disiarkan di Berita Minggu , turut mengakui bahawa masalah disiplin ketika ini bukan boleh dibandingkan dengan zaman dulu. Masalah yang menghambat anak zaman sekarang terlalu berat, bermula daripada ponteng, menghisap rokok, samseng, pergaulan bebas lelaki wanita dan pelbagai masalah yang tidak terfikir akal boleh dilakukan anak zaman ini.Inilah cabaran hebat yang perlu ditanggung oleh guru ( Ahad, 29 Julai 2007). Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh mematahkan semangat guru. Guru sering berada dalam keadaan dilema sama ada mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya sahaja. Guru menjadi serba salah kerana bimbangkan keselamatan diri. Kebimbangan guru ada rasionalnya. Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah,

mereka akan menghadapi risiko. Pelajar yang nakal ini berkemungkinan membalas dendam dengan cara mencederakan guru atau merosakkan harta benda guru seeprti mencalar kereta guru atau membocorkan tayar kereta guru. Pelajar-pelajar zaman ini berani mengambil tindakan terhadap guru-guru yang cuba mendisiplinkan mereka di sekolah. Buktinya, terdapat banyak kes pelajar melawan guru, mengugut guru , menumbuk guru, malah ada juga pelajar yang memukul guru walaupun hanya berumur 12 tahun. Satu kes pernah dilaporkan oleh akhbar Harian Metro berkaitan seorang murid darjah enam yang membelasah gurunya dengan penyodok sampah pada 18 April 2006 kerana tidak puas hati dengan hukuman guru terbabit terhadapnya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah.Dalam kejadian tersebut , murid itu dimarahi oleh guru dan disuruh menyiapkan kerja rumah sambil berdiri. (Harian Metro, 26 April 2006) Terdapat juga dua kes dalam tempoh satu bulan yang dilaporkan di Kedah .Kes-kes tersebut membabitkan kes pelajar memukul guru. Kes pertama , seorang guru perempuan di sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pealjar tingkatan empat kerana menegur disiplin pelajar terbabit di perhimpunan pagi sekolah. Kes kedua pula,melibatkan seorang guru disiplin lelaki sekolah di Lebuhraya Sultranah Bahiyah. Guru tersebut dipercayai cedera di muka dan rusuk akibat tendangan ala kungfu oleh dua orang pelajar. Sebelum kejadian, guru yang berusia 39 tahun itu dikatakan menegur kedua-dua pelajar tingkatan lima yang terbabit yang dipercayai enggan menjalani pemeriksaan dan cuba melarikan diri (Harian Metro, 17 April 2006). Kes yang berlaku di Negeri Sembilan pula melibatkan sembilan pelajar dan bekas pelajar yang cuba membakar sekolah. Tindakan pelajar-pelajar berkenaan dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan ke atas mereka. (Utusan Malaysia. 23 Mei 2006) Semua itu hanya sebahagian kecil daripada kes-kes yang dilaporkan melibatkan risiko yang terpaksa ditanggung oleh guru kerana cuba mendisiplinkan pelajar. Akibatnya kini, guru sering berada di dalam dilema dalam membuat keputusan yang bersangkut paut dengan disiplin pelajar. Guru tidak mempunyai lagi kuasa veto untuk menghukum pelajar. Andai diteruskan bentuk hukuman yang sama seperti zaman dulu iaitu dengan merotan, pasti akan dipertikaikan biarpun yang melaksanakan hukuman itu guru besar atau guru disiplin sekalipun.

Bukan sahaja dibimbangi reaksi negatif pelajar atas hukuman yang dikenakan ke atas mereka tetapi respon daripada ibu bapa sering membatasi guru dalam menjatuhkan hukuman.Terdapat ibu bapa yang lebih sedia menyalahkan guru daripada menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah melanggar disiplin sekolah. Mereka tidak percaya anak mereka telah melakukan kesalahan serius di sekolah.Faktor campur tangan ibu bapa turut mendorong ada guru mengambil sikap mendiamkan diri terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Kes guru memukul pelajar sering menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa Pihak ibu bapa hari ini acapkali mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Dalam beberapa kes guru memukul pelajar, ibu bapa sering menjadikan pihak media sebagai tempat mengadu hal sedangkan jalan terbaik ialah ibu bapa mendapat keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka, sudah pastilah mereka akan menyalahkan guru yang memukul anak mereka. Keadaan ini pasti sering membawa kepada laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan dendam ibu bapa itu sendiri. Pihak media massa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka, kerana ada sesetengah media massa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa mengutamakan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah cedera. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid sedangkan tidak diberi difokuskan kepada sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul. Kes terbaru ialah kes pelajar mencekik guru. Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi yang telah mencekik seorang guru wanita selepas dimarahi, telahpun dikenakan hukuman buang sekolah. Bapa pelajar tersebut berasa kecewa dengan hukuman yang dikenakan ke atas anaknya yang disifatnya tidak wajar kerana anaknya tidak berpeluang untuk membela diri bagi menceritakan hal sebenar.Bapa pelajar itu menuntut agar pihak PPD menyiasat dengan terperinci dan tidak menyalahkan satu pihak. (Metro Ahad,29 Julai 2007)

Saranan bapa pelajar itu supaya anaknya dan guru terbabit dipanggil untuk diberi keterangan memang ada asasnya. Malah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar sudah mengarahkan agar pihak PPD memanggil pelajar, guru yang menjadi mangsa, Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) selain polis untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya pihak yang terlibat bermuzakarah untk menyelesaikan masalah. (Berita Minggu, Ahad, 29 Julai 2007)Walau bagaimanapun, tindakan bapa pelajar menggunakan media massa sebagai saluran untuk menegakkan keadilan adalah satu tindakan yang tidak wajar.Bapa pelajar itu cuba membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah. Dalam kes ini,biarpun tindakan pelajar itu mungkin berpunca daripada kesilapan guru wanita itu yang mungkin terlalu emosi dan menggunakan kaedah hukuman yang boleh dipertikaikan kebolehlaksanaannya namun mengasari guru tetap merupakan satu kesalahan yang serius dan pelajar itu wajar dihukum. Sewajarnya, bapa pelajar itu bertindak bertemu dengan pihak pentadbir sekolah atau pihak PPD untuk berbincang.bukannya mengadu nasib kepada pihak media. Penulis berpendapat bahawa hukuman buang sekolah adalah tindakan yang wajar.Kewajarannya boleh dilihat berdasarkan penjelasan Bekas Ketua Pengarah Pelajaran,Tan Sri Murad Mohd Nor .Menurutnya, jika pendekatan nasihat dan hukuman gagal, pelajar akan menimbulkan masalah lebih besar di sekolah. Apabila keadaan ini berlaku,lebih baik pelajar terbabit ditarik keluar ke tempat lain kerana jika kekal di situ, dia akan mempengaruhi pelajar lain. Tegasnya lagi, apabila pelajar dihantar keluar, ibu bapa merayu supaya anaknya diberi peluang. Tan Sri bersetuju dalam hal ini namun beliau juga mempersoalkan bagaimana pula dengan peluang anak orang lain yang mahu belajar? (Berita Minggu, Ahad 29 Julai 2007) Perihal isu guru sendiri yang menimbulkan kontroversi, Tan Sri Murad Mohd Nor ketika membincangkan isu guru besar menampar murid dan warden menghukum pelajar berendam dalam kolam menegaskan bahawa kita patut sedar guru pada hari ini menghadapi banyak cabaran, terutama faktor luaran yang menekan mereka.Sebagai contoh, sikap ibu bapa terhadap guru. Walaupun 100 peratus tidak bersetuju dalam kes guru merendam pelajarpelajarnya seperti yang berlaku di Sarawak, beliau meminta supaya masyarakat memikirkan niat baik guru berkenaan.Meskipun cara guru tersebut mendisiplinkan pelajar boleh dipertikaikan namun yang pasti pelajar yang melanggar disiplin sekolah adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan tegas beliau, kelakuan ini harus dibenteras ketika di sekolah lagi.

Kejadian-kejadian yang berlaku dan mendapat liputan meluas ini merupakan satu cabaran yang besar buat guru.Pastinya juga hal ini mampu membuatkan guru-guru berada dalam keadaan dilema.Niat untuk mendidik dan mendisiplin pelajar-pelajar dikekang oleh pelbagai faktor. Bagi guru yang pernah mengalami pengalaman buruk akibat cuba mendisiplinkan pelajar, berkemungkinan sudah serik atau trauma seperti yang terjadi kepada guru wanita yang dicekik oleh pelajarnya. Akhirnya berkemungkinan guru lebih berminat meneruskan pengajaran tanpa menghiraukan hal ehwal disiplin pelajar dan mengambil jalan keluar dengan tidak berbuat apa-apa apabila pelajar melanggar disiplin. Penulis sendiri pernah melihat bagaimana seorang guru wanita masuk ke dalam kelas dan terus menulis sesuatu di papan putih tanpa menghiraukan pelajar-pelajarnya yang masih belum bersedia untuk belajar.Ada yang sedang berbual-bual di luar kelas, ada yang masih leka bermain di dalam kelas. Malah yang lebih menghairankan , ada pelajar kelas lain yang berada di dalam kelas tersebut tetapi masih meneruskan aktiviti mereka. Mereka tidak mempedulikan kehadiran guru.Hanya selepas lebih kurang 10 minit kemudian, dengan sendirinya pelajarpelajar tersebut duduk di tempat masing-masing dan mengeluarkan buku dan membuat catatan.Walau bagaimanapun, masih ada pelajar yang tidak berbuat apa-apa tetapi hanya bersembang sahaja di dalam kelas. Guru tersebut tidak boleh disalahkan kerana beliau pernah keguguran lantaran terlalu stress dan menghadapi trauma akibat perbuatan pelajarnya yang degil dan melawannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal itu berlaku ketika beliau cuba untuk mendisiplinkan pelajar-pelajarnya. Selepas peristiwa itu, guru tersebut mengambil langkah yang lebih selamat iaitu dengan tidak terlalu emosi dalam menegur tingkah laku pelajar, sebaliknya membiarkan pelajar dengan hal sendiri. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar tidak menafikan bahawa kadang kala ada guru yang bertindak keterlaluan tetapi kebiasaannya setiap tindakan itu berpunca daripada perbuatan pelajar itu sendiri (Berita Utara, 25 Julai,2007). Baru-baru ini berlaku kes seorang guru telah menumbuk pelajar perempuan. Menurut laporan akhbar, hal ini dikatakan berpunca daripada kata-kata kasar yang diucapkan oleh pelajar tersebut kepada gurunya. Malah pelajar mencabar guru tersebut untuk mengambil tindakan menumbuknya. Provokasi yang dilakukan oleh pelajar itu telah menghilangkan kesabaran guru itu. Pastinya guru tersebut terasa keegoaannya dan kredibilitinya sebagai guru tercabar dan diperkotakkatikkan oleh pelajarnya sendiri.

Pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan mereka dan membantu guru-guru agar dapat menumpuh cabaran dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Mereka hendaklah memastikan bahawa pada peringkat awal, guru-guru baru dan tidak berpengalaman tidak dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar seperti menjadi guru disiplin atau warden. Kes merendam pelajar yang berlaku di Sarawak merupakan satu contoh yang boleh dijadikan iktibar oleh pentadbir sekolah. Guru yang berumur baru 27 tahun telah diberi tugas sebagai warden asrama. Tanggungjawab yang diberikan kepada guru muda ini tentunya amat berat. Kemungkinan guru tersebut menghadapi tekanan dan akhirnya mengambil tindakan mengikut emosi. Mungkin tindakan merendam pelajar tidak berlaku sekiranya yang menangani masalah ialah guru yang lebih berpengalaman.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Murad Mohd Nor dalam kes tersebut bahawa perbezaan umur antara warden dan pelajar tidaklah besar. Sarannya, biarlah warden yang menangani masalah pelajar membuang tuala wanita ke dalam tandas itu seseorang yang lebih berumur dan boleh bertindak sebagai ibu. Dalam hal ini, seharusnya pihak pentadbir sekolah memberi peluang kepada guru-guru baru untuk menimba pengalaman daripada guru-guru yang telah lama bertugas, terutamanya dalam hal-hal berkaitan cara dan kaedah menangani pelajar bermasalah dan tindakan yang wajar dalam mendisiplin pelajar. Biarlah mereka menjalankan tugas sebagai penolong atau AJK bukannya ketua dalam sesuatu tugas yang berat seperti tugas sebagai guru disiplin atau warden asrama. Selain itu, dalam usaha mempertingkatkan kualiti guru dan menyediakan guru dengan pelbagai ilmu pengajaran , perhatian juga harus diberi terhadap faktor rohani guru. Perkembangan staff untuk para guru dan wajib diadakan di sekolah hendaklah diisi juga dengan kursus-kursus motivasi.Bukan pelajar sahaja harus dimotivasi tetapi para guru pun perlu diberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang mendidik anak bangsa dengan niat yang ikhlas. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada era globalisasi ini amat besar . Guru perlu dimotivasi supaya rasa cinta akan profesion mereka akan terus mekar di hati biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh . Melalui cara ini, para guru akan lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Dalam pada itu, kursus pengawalan emosi dan tekanan juga dapat membantu guru dalam menjalankan tugas mereka.Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar. Adakalanya tekanan menyebabkan mereka

tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Dr. Robiah K. Hamzah, seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun , pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007) Jesteru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau batas pelajarpelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga diadakan. Biarpun para guru (terutama guru baru) telah didedahkan dengan teoriteori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan.Diharapkan agar ilmu mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman-pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan guru-guru baru. Lazimnya, guru-guru yang berpengalaman sedar bahawa penguatkuasaan peraturan sekolah perlu dilaksanakan dengan cara yang berhemah. Pelajar-pelajar sekarang mudah menentang sekiranya pendekatan yang digunakan guru bertentangan dengan jiwa mereka. Mereka tidak sanggup menerima hukuman secara membuta tuli dan akan bertindak menentang. Sebagai contohnya, kes guru dicekik pelajar. Pelajar tersebut melaporkan kepada akhbar bahawa dia dan kawan-kawannya disuruh oleh guru supaya melakukan tekan tubi di kawasan laluan air tandas yang kotor.Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, tentunya tindakan pelajar melarikan diri daripada hukuman itu merupakan sesuatu tindakan yang rasional dan logik. Masakan mereka sanggup melakukan tekan tubi di kawasan laluan air kotor. Bukan sahaja menjijikkan malah mungkin akan menjejaskan kesihatan. Dalam hal ini, saranan Dr. Rubiah K. Hamzah, elemen perasaan dalam perlaksananaan peraturan seharusnya diambil perhatian oleh para guru. Menurutnya, untuk mewujudkan keserasian antara guru-pelajar, peraturan sekolah mestilah ada elemen perasaan. Peraturan saling berkait dengan emosi manusia, jadi perlu ada cetusan emosi di dalamnya. (Harian Metro, 6 Ogos 2007). Dalam erti kata lain, guru-guru perlu memasukkan elemen perasaan dalam

melaksanakan atau menguatkuasakan sesuatu peraturan supaya pelajar akur.Ledakan perasaan yang mencetuskan masalah disiplin yang lebih besar dapat dielakkan. Guru seharusnya diberi peluang untuk bernafas. Cabaran mendidik dan mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang mudah.Masyarakat tidak seharusnya hanya menunding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar. Kebimbangan Ruhaiza Rusmin yang dinyatakan dalam tulisannya Guru Emosi, Pelajar Melenting,ada benarnya. Beliau bimbang semangat berkobar-kobar guru akan merundum. Ditakuti sikap kurang ajar pelajar akan mencantas dedikasi guru memberi ilmu dan hal ini tentunya merugikan pelbagai pihak terutamanya ketika negara menuju Wawasan 2020.(Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007). Sesungguhnya tugas mendidik dan mendisiplin pelajar tidak harus hanya dihadapi oleh golongan guru dan pentadbir sekolah sahaja.Ibu bapa perlu menaruh kepercayaan kepada guru-guru tetapi tidak bersikap lepas tangan.Tanggungjawab mereka memberi kasih sayang dan didikan agama kepada anak-anak mereka harus dijadikan agenda utama dalam membentuk keluarga yang bahagia.Apabila anak-anak diasuh dengan baik dan diberi perhatian, usaha guru membudayakan ilmu lebih mudah dilaksanakan. Tentunya masalah disiplin pelajar tidak timbul malah misi disiplin sifar akan lebih mudah dicapai. Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohamed Zakaria Mohd Noor ketika hadir majlis perasmian Siri Jelajah Kempen Menangani Gejala Displin Murid Di Sekolah turut menegaskan bahawa ibu bapa atau penjaga harus memainkan peranan penting dan tidak harus terlalu bergantung kepada sekolah dalam menangani masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. Menururt beliau lagi, ibu bapa dan penjaga harus bekerjasama dengan mengambil berat terhadap segala aktiviti yang disertai anak mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah (Berita Harian, 19 Disember 2006). Yusri Abdul Malek juga mempunyai pendapat yang sama. Beliau menegaskan bahawa masalah disiplin ini bermula dari rumah, jika ibu bapa sentiasa mengambil berat, pasti anak mereka menjadi orang yang boleh diharapkan pada masa depan. Sarannya lagi, ibu bapa hendaklah menghentikan tuduhan, sebaliknya memastikan anak mereka tidak terbabit melakukan salah laku.Jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti anak mereka akan berdispilin di sekolah atau di luar rumah.(Harian Metro, 25 Mei 2006)

Siti Aishah Mahamad dalam tulisannya Pendekatan Mendidik Lebih Sesuai Atasi Masalah Remaja pula menekankan peri pentingnya pelbagai pihak memainkan peranan masing-masing dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar.Institusi dalam masyarakat seperti masjid atau surau boleh berfungsi dengan luas sebagai pusat pendidikan Islam bagi seluruh lapisan masyarakat terutamanya untuk menarik remaja mengikut cita rasa golongan itu seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kelab Rukun Tetangga yang dibentuk di kawasan perumahan perlu mengenal pasti masalah dan membuat perancangan aktiviti berbentuk kebajikan atau mencegah kemungkaran seperti masalah remaja melepak lelaki perempuan dan melakukan perbuatan sumbang. Pihak KRT perlu menggunakan pendekatan mendidik sebelum menghukum atau memberikan hukuman yang membina. Siti Aishah juga tidak mengenepikan peranan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tegasnya, NGO juga boleh membantu golongan remaja bermasalah ini. NGO boleh melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat.

5.0 Ciri-ciri Guru Berkualiti Menjelang Abad 21


Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan.Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia. Pertama,bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di

sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. Kedua Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model.Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda.Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental.Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah Ketiga bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu. Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya.Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Seterusnya mengamalkan kemahiran profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007).Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia). Di samping bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini..Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing muridmurid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007). Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah

selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni.Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri "hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang. Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang

lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai