Anda di halaman 1dari 14

PERINGKAT DAN CIRI2 PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK KANAKKANAK 1-4 TAHUN.

DISEDIAKAN OLEH : NORAIDIRA BINTI SAMUDIN NUR AISYAH BINTI SAMAILE NORSYAFIQAH ANIS BINTI MOHAMAD AHPANDI NABILA KHAIRUNNISA BINTI YAHYA MUHAMAD ILHAM BIN ISMAIL

APA ITU PERKEMBANGAN PRAMATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK?


Semasa bayi konsep Matematik yang sudah ada pada mereka adalah mereka boleh membezakan antara ibu dan bapa mereka. Selepas mereka membesar mereka mula memahami konsep urutan, banyak dan sedikit. Kanak-kanak yang berumur empat tahun sudah boleh faham konsep hari dan urutan aktiviti harian. Asas Matematik lain yang dapat dipelajari pada peringkat ini adalah konsep nombor, warna, bentuk, berat, nilai wang dan konsep jual beli.

PERINGKAT UMUR
Terdapat 5 peringkat umur perkembangan awal kanak-kanak iaitu : i. 0 6 bulan ii. 7 12 bulan iii. 1 2 tahun iv. 2 3 tahun v. 3 4 tahun

Bayi 0 6 bulan
Pada umur 1-2 bulan bayi masih tidak aktif dan lebih kpd tidur. Pada umur 3-4 bulan bayi boleh mengangkat kepala dan melihat kiri kanan dan mendengar dgn baik serta boleh senyum jika di acah. Pada umur 5-6 bulan bayi boleh meniarap dan berpusing badan. Kepalanya juga lebih kuat dan deria pendengaran dan penglihatannya lebih baik. Pada masa ini rangsangan deria penting terutama deria pendengaran, sentuhan dan penglihatan serta kemahiran motor kasar.

Cadangan aktiviti
Bercakap kpd bayi berulang kali. Menyebut perkataan mudah spt mama, papa dll. Lakukan ketika bayi menyusu, mandi, makan dan waktu bayi jaga. Kaedah Berinteraksi/ bercakap dgn bayi untuk meransang deria pendengaran dan penglihatan. Objektif pembelajaran

Bayi 7 12 bulan
Pada umur 6-8 bulan bayi boleh meniarap, pusing kedudukan dan mungkin merangkak. Bayi juga boleh memberi tindak balas kpd bunyi dan mengeluarkan bunyi semasa ketawa. Pada umur 8-10 bulan bayi boleh berdiri tetapi masih perlu dipapah. Pada umur 10-12 bulan bayi boleh mengeluarkan satu atau dua perkataan yang kabur bunyinya tetapi boleh ketawa dgn baik. Bayi mula bertatih walaupun tidak stabil. Bayi juga telah menggenggam dgn agak kuat.

Cadangan aktiviti
Menunjukkan gambar ibu bapa dan menyebut nama mereka. Tunjukkan satu gambar selama 2 minit sehari, 2 atau 3 kali selama 3 hari. Kaedah Mengajar bayi mengecam dan mengingat. objektif pembelajaran Meningkatkan kebolehan mengesan bunyi, mengecam wajah dan menganggap kedudukan pelbagai objek dalam ruang dan hubungan dirinya dalam ruang tersebut.

Kanak-kanak 1 2 tahun
Pada umur 1- 1 tahun kanak2 boleh merangkak, berdiri, bertatih/berjalan dan bercakap beberapa patah perkataan, memanggil ibu bapa, meniru percakapan ibu bapa, ketawa dan memegang dgn kuat. Kanak2 1 - 2 tahun lebih aktif, boleh mengangkat kaki, menaiki tangga, lebih gemar bermain di luar, boleh naik buai, basikal roda tiga dan makan sendiri. Pada masa ini kanak2 yg beremosi stabil akan lebih tenang manakala yg kurang stabil suka menunjukkan tantrum. Ketika ini kanak2 suka meniru gelagat org dewasa.

Cadangan aktiviti
Kanak2 diberi krayon atau pensil untuk melukis garis2 atau apa2 cabaran di atas kertas. Kaedah Menulis/melukis cakaran atas kertas. Objektif pembelajaran Meningkatkan kebolehan kanak2 menguasai kemahiran pra tulisan, pra bacaan(literasi asas) dan pra sains dan pra matematik.

Kanak-kanak 2 3 tahun
Pada umur 2- 2 tahun kanak2 boleh berlari, melompat dan memanjat. Secara emosi mereka boleh mengawal diri, rasa lebih bebas dan suka bersosial. Namun mereka juga bersikap ingin mengawal orang lain, bercakap dgn merujuk diri sendiri(saya boleh, saya punya) dan egosentrik. Pada umur ini juga kanak2 boleh meniru bunyi yg dihasilkan cthnya sebutan Allah, meniru perlakuan orang dewasa. Pada umur 2 - 3 tahun kanak2 boleh menguasai di antara 100 200 perbendaharaan kata, boleh bercakap dalam ayat pendek, memahami arahan mudah, bercerita, khususnya menerang dan menghubungkan sesuatu peristiwa dengan dirinya dan alam sekitarnya dan sedar dengan orang2 dan kejadian sekitarnya.

Cadangan aktiviti
Menyanyi bersama pengasuh ,lagu-lagu berkaitan dgn nombor sambil mengira. kaedah Menyanyi lagu mengenai nombor. Objektif pembelajaran Meningkatkan kemahiran mengenali nombor, simbol nombor, bilangan dan kuantiti dgn baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Kanak-kanak 3 4 tahun
Pada umur 3- 4 tahun kanak2 mula menyedari diri sendiri sbg seseorang individu dan sebahagian drpd masyarakat. Mula mempelajari cara untuk mengawal diri(disiplin) dgn bantuan dan bimbingan guru atau penjaga. Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri ( baik atau buruk bergantung pada imej dan cth yg ada di sekeliling). Mula menunjukkan nilai2 diri dan keperibadian yang ditiru dari orang lain. Mula menunjukkan kemampuan menilai keindahan alam dengan kekuasaan Tuhan. Mula memahami adanya kuasa yg lebih besar dan agung(Tuhan). Boleh melakukan beberapa amalan agama yg mudah dan asas.

Cadangan aktiviti
Kanak2 membandingkan paras air dalam sebuah botol dgn paras air dalam botol lain, paras air dalam gelas atau cawan dll. Kanak2 menuang dan mengisi bekas dan melihat paras air. Kaedah Bermain air. Objektif pembelajaran Meningkatkan kebolehan mengenali corak2 mudah.

Sekian, terima kasih.