Anda di halaman 1dari 27

Kajian Tindakan ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini memfokuskan pada beberapa penggunaan sistem tatabahasa yang diamalkan oleh murid-murid tahun 5. Mereka dilihat dan diuji semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian dalam aktiviti penulisan kemahiran memindahkan maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa, Selangor. Dapatan menunjukkan di peringkat awal murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa tidak mengamalkan secara menyeluruh sistem tatabahasa yang mereka pelajari seperti penggunaan kata sendi nama, kata nama dan penjodoh bilangan dalam struktur ayat yang mereka tutur dan tulis. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan. PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA
OLEH:ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR

1.0 PENGENALAN Perkataan Nahu atau Tatabahasa begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.Selepas ini saya akan menulis menggunakan istilah tatabahasa kerana istilah ini telah mendominasi arena istilah bahasa Melayu berbanding dengan istilah Nahu seperti yang saya nyatakan di atas. Pengetahuan tentang tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid atau pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu.Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang baik.

Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan mengubah amalan murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa Melayu. Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis.

Kajian ini dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa Selangor. Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 4 tahun 2010 yang lalu. Temubual juga dilakukan kalangan murid yang menjadi responden kajian tindakan ini.Penilaian soalan tatabahasa pula telah dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 sebagai mengesahkan kajian tindakan ini.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Kelas 5 Pintar merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid yang merupakan target Panitia Bahasa Melayu Sekolah kebangsaan Rasa untuk lulus A dalam Kertas Pemahaman dan Kertas Penulisan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012. Walaupun dominasi murid daripada kelas ini merupakan penuntur asli Bahasa Melayu iaitu seramai 33 orang murid berbangsa Melayu dan seorang murid berbangsa Punjabi namun tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih lemah. Kebanyakan mereka tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan baik, sedangkan mereka

telah belajar semasa tahun 1 hingga tahun 4. Perkara-perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya memberi latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat membina ayat dengan gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis karangan dan menjawab soalan tatabahasa dan pemahaman. Keadaan ini menggambarkan ada berlaku gangguan sama ada dalam penyampaian maklumat atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek kata kerja transitif malah banyak bahagian tatabahasa yang belum boleh dikuasai dengan baik oleh murid-murid tersebut.

BI L

SENARAI NAMA MURID TAHUN 5 PINTAR 2011 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 (PKSR II TAHUN2010) NAMA MURID MARKAH GRED MARKA BM 1 H

GRE D

(Pemahama n)

BM 2 A B B B A A A B B B A A C B A A A B A A B A B A A B A A A A A B A A (Penulisan) 67 65 67 73 58 70 75 67 68 78 73 68 77 87 80 75 58 62 78 62 57 70 63 72 67 63 58 77 78 77 77 62 70 55 B B B B C B B B B B B B B A A B C B B B C B B B B B C B B B B B B C

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34

ABDUL RAHMAN BIN GHAZALI ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL AHMAD MUSTAQIEM BIN MUZANI AIMAN HARIZ BIN ZULKIFLI AINA SHAHIRA BT ZULHAIRI AMIRAH FATINAH BT AZMI ARIEF ZIKRI BIN JEFRIDI ARIF IMRAN BIN ANUWAR ARISHA BT SAIFUL ANUAR FARAH SYAZWINA BT ZULKEPALI MARIAH BT OTHMAN MUHAMMAD AIRUL EZHAM BIN MOHD RAZI MUHAMMAD ALIF HAQIMI BIN MAZLI MUHAMMAD AMMAR MUSYRIF BIN MOHD MUHAMMAD ASRAF BIN MUHD FAIRUDDIN MUHAMMAD HAKIMI BIN ALAIAS MUHAMMAD KHAIRUL NAJMAN B.ABD RANI MUHAMMAD SHAHRIN AZWAN BIN AZMI NUR AMIRAH SYAHIRAH BT ZAHARI NUR AMIRAH ZAHIRAHBT ZAHARIN NUR ATIQAH ILYANA BT MOHD ARIFFIN NUR FATIMAH BT MOHD. MUSA NUR INTAN FARIZA BT MOHD YAZID NUR RAHIMAH BT ABDUL RAHIM NURLIAYANA BT NORDIN NURTAISA BT RASHID NURUL HANIS FARHANAH BT ZULAILI NURUL ZUHANNA ALIA BT ABD RAZAK RASHID MUHAMMAD AZIM BIN ABD WALI RAZWANATASHA BT RUZAIDI SIMRANJEET KAUR A/P SARJIT SINGH SOFWAH SOLEHAH BT MOHD HARNAIN WAN NUR ALISYA BT WAN MOHD ZAMZURI WAN NURSHAZMIN BT WARUZI

88 73 78 70 80 93 90 75 73 70 80 80 55 70 88 83 83 75 95 88 68 83 63 85 88 78 80 88 83 93 83 75 93 85

ANALISA KEPUTUSAN

GRED BM 1 A B C JUMLAH 21 12 1 34

Pemahaman % Lulus 61.7 % 35.3 % 3.0 % 2 27 5 34

Penulisan BM 2 % Lulus 5.9 % 79.4 % 14.7 %

Ulasan: Kertas Bahasa Melayu Pemahaman menunjukkan peratus kelulusan yang tinggi dalam gred A berbanding dengan peratus kelulusan dalam Kertas Penulisan iaitu 61.7 % bagi Pemahaman dan 5.9 % bagi Penulisan. Bagi gred B pula Kertas Pemahaman mendapat 35.3 % berbanding 79.4 % bagi Kertas Penulisan. Manakala gred C peratus kelulusan Kertas Pemahaman mendapat 3.0 % berbanding 14.7 % bagi Kertas Penulisan. Secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 ini lebih menguasai Kertas Pemahaman berbanding Kertas Penulisan. Oleh itu, murid-murid tidak dapat mempraktikkan sistem tatabahasa yang mereka gunakan dalam kertas pemahaman kepada bahasa tulisan di dalam kertas penulisan.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERHATINAN Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan amat penting dikuasai oleh setiap murid khususnya dalam kertas penulisan kerana kemahiran ini merupakan tingkat

tertinggi kemahiran berbahasa. Oleh kerana menulis memerlukan idea yang kreatif maka penguasaan sistem tatabahasa yang mendalam akan menghasilkan hasil kerja tulisan yang bermutu. Setelah 3 minggu saya melakukan pengajaran dalam kelas 5 Pintar saya dapati muridmurid tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa bahasa Melayu yang saya berikan. Maka saya mengambil keputusan untuk menggunakan akhbar didik sebagai perantara untuk memberi pendedahan kepada mereka. Fokus kajian saya dalan kajian ini adalah penggunaan sistem tatabahasa kalangan muridmurid Tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Rasa semasa membina ayat. Kemahiran ini dilakukan semasa menjawab soalan bahagian A dalam kemahiran memindahkan maklumat. Dalam pemerhatian saya murid-murid tidak dapat menguasai sistem tatabahasa kerana murid-murid terlalu banyak diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan penulisan. Penumpuan kaedah menulis ini menyebabkan kurangnya guru-guru menekankan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu saya menggunakan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD) sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Akhbar Didik melalui Akhbar Berita Harian setiap hari Isnin adalah medium perantaraan penyelesaian masalah ini. Pendedahan sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu telah saya laksanakan selama 5 minggu setakat ini. Bermula dengan kata ganti nama,kata hubung, kata adjektif, kata kerja dan simpulan bahasa. Murid-murid diberi pengertian dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tatabahasa dalam ayat-ayat yang mereka tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah: 1.Membantu murid mengetahui dan memahami sistem tatabahasa Bahasa Melayu. 2.Membantu murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dalam pertuturan dan penulisan.

5.0 PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persolanpersoalan berikut: 1. Adakah murid-murid mengetahui dan faham sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu ? 2. Adakah sistem tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu murid-murid tahun 5 bertutur dan menulis dengan baik dalam proses pembelajaran mereka ?

6.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Rasa sesi 2011 seramai 34 orang murid yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 20 orang murid perempuan.

7.0 PERLAKSANAAN KAJIAN/METODOLOGI KAJIAN 7.1 TINJAUAN KAJIAN/BATASAN KAJIAN

Dalam perlaksanaan kajian ini saya membataskan kajian kepada penggunaan sistem tatabahasa iaitu penggunaan kata ganti nama, kata kerja dan kata hubung dalam membina ayat penyata yang ditulis oleh murid tahun 5 pintar seramai 34 orang.Sistem tatabahasa Bahasa Melayu ini penting atau menjadi asas kepada penulisan kreatif. Rasional batasan kajian ini dilakukan adalah melihat sejauhmana sistem tatabahasa ini menjadi amalan kepada murid-murid tahun 5 tersebut.

7.2 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini saya telah melakukan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian untuk mengutip data. 7.2.1 Kaedah Pemerhatian Pemerhatian yang saya lakukan adalah semasa saya melakukan pengajaran di dalam bilik darjah. Saya telah memberi beberapa latihan namun hasil yang saya perolehi agak mengecewakan. Maka saya telah mengadakan pendekatan seperti yang saya nyatakan di atas iaitu penggunaan akhbar didik.

7.2.2 Kaedah Ujian Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh

murid-murid dalam membina ayat. Maka saya dapati hasil penulisan mereka seperti di lampiran iaitu Latihan 1

7.3 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

7.3.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta murid membina ayat melalui buku latihan yang mereka ada.Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina ayat atau memindahkan maklumat berdasarkan gambar. Pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada tahun 4 pada tahun 2010. Saya dapati banyak banyak kesalahan yang dilakukan.Hanya terdapat 4 orang daripada 34 orang di kelas tahun 5 itu dapat menulis dengan baik selain itu saya membuat kesimpulan mereka harus diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih mahir menggunakan sistem tatabahasa dalam penulisan mereka.

7.3.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Selepas pemerhatian , saya melakukan satu sesi latihan seperti di lampiran Latihan 1. Saya menguji murid-murid dengan latihan tersebut dan hasil yang diperolehi adalah seperti berikut.

Ada kalangan murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul yang terdiri daripada subjek dan predikat.

Ditulis : Pada waktu rehat ramai murid pergi ke kantin sekolah. Sepatutnya: Ramai murid pergi ke kantin sekolah pada waktu rehat.

Ada kalangan murid tidak dapat membezakan kata sendi nama atau imbuhan.

Ditulis: kedalam Sebenarnya : ke dalam

Ada kalangan murid tidak menulis penjodoh bilangan .

Ditulis: dua murid lelaki Sepatutnya: dua orang murid lelaki

Ada kalangan murid menggunakan kata hubung di awal ayat.

Ditulis: Untuk membeli makanan hendaklah beratur. Sepatutnya: kata hubung tidak boleh ditulis di awal ayat kerana sifat kata hubung ialah menghubungkan dua atau lebih frasa ayat.

Contoh Murid-murid itu beratur untuk membeli makanan.

Ada kalangan murid tidak menulis tanda baca yang betul iaitu huruf besar dan tanda noktah.

Ditulis : ismail membuang sampah di tong sampah sebelah tiang kantin Sepatutnya: Ismail membuang sampah ke dalam tong sampah yang terletak di sebelah tiang kantin .

Secara keseluruhan terdapat kesalahan sistem tatabahasa yang dilakukan oleh sebilangan murid tahun 5 ini. Contoh-contoh kesalahan yang saya senarai di atas ialah kesalahan struktur ayat,kata sendi nama,penjodoh bilangan,kata hubung dan tanda bacaan. (huruf kecil, huruf besar dan tanda noktah)

Kesalahan ini membuktikan bahawa murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa belum menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa Bahasa Melayu yang di ajar oleh guru-guru. 7.4 REFLEKSI KAJIAN

Setelah

melihat

dan

menguji

kemahiran

murid-murid

menggunakan latihan 1 saya dapati bahawa murid-murid perlu diberikan penekanan yang lebih supaya masalah penggunaan

sistem tatabahasa yang betul perlu diketahui oleh mereka secara jitu. Pendekatan yang telah saya lakukan lebih kurang dua minggu perlu dilihat. Bagi menilai perubahan amalan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan murid mereka sekali lagi diuji dengan latihan 2 ( Sila Rujuk Lampiran).Masih lagi konsep yang sama iaitu membina ayat dengan memindahkan maklumat berdasarkan gambar.

Berdasarkan kajian tersebut saya dapati bahawa amalan yang mereka lakukan sebelum ini iaitu menulis struktur ayat yang salah, menulis kata sendi nama yang salah, tidak menulis penjodoh bilangan dihadapan kata nama, menulis kata hubung di awal ayat dan menulis tanda baca yang salah tidak mereka ulangi dalam latihan 2 .

8.0 CADANGAN KAJIAN Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :(a) Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

(b) Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa. (c) Menggunakan kaedah penyelidikan melalui buku-buku bahasa . (d) Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi minat murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Semoga minat murid ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia yang lebih menyeronok dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan masa kini serta menggunakan pendekatan Sekolah Bestari.
BIBLIOGRAFI

1.-------------- ( 1992) Action Research For Educational Change, Milton Keynes : Open University Press. 2.Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 3.Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical Investigations. PhD thesis, University of Southampton.

4.Clark, P.A ( 1972 ) Action Research: Organisational Change.Harper and Row Ltd.London. 5.Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA: Sage. 6.Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam.(1985).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan.Penerbit fajar Bakti, Petaling Jaya.

Posted by SERINDIK KESUMBA at 9:55 PM

1 com

CONTOH KAJIAN TINDAKAN


SENARAI NAMA AHLI JAWATAN KUASA PENASIHAT : Puan Tan Siok Kian ( Guru Besar ) PENGERUSI : Encik Theng Nyuk Seong ( Guru Penolong Kanan Kurikulum ) NAIB PENGERUSI : Puan Lee Sang PENGKAJI UTAMA : 1. Encik Anuar bin Kassim 2. Puan Faridah Hanum binti Salman AHLI JAWATAN KUASA : 1. Cik Nur Al-Khautsar binti

2. Cik Gooi Phaik Khoon 3. Cik Lai Ka Yee i SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH Setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua insaninsan berjiwa yang telah memberikan kerjasama dan sokongnan kepada semua Ahli Jawatan kuasa pengkaji khususnya : o Jabatan Pendidikan Negeri Johor o Pejabat Pendidikan Daerah Kulai o Puan Tan Siok Kian Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jenis ( C ) Kulai Besar o Guru-guru Penolong Kanan o Ketua Panitia Bahasa Melayu o Guru-guru dan o Murid-murid S.J.K ( C ) Kulai Besar Serta Kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu ahli jawatan kuasa menyiapkan kajian tindakan ini , Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi tuan dan puan rasa nak junjung. ii Abstark

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah pembacaan yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 ( J ). Seramai 10 orang murid Tahun 4 ( J ) dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tujuan awal kajian ini dilaksanakan melalui hasil kerja murid dan ujian-ujian kecil. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam membaca dengan intonasi yang betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di mana murid belajar kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan prestasi murid telah meningkat dan mereka lebih minat belajar. Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul. 1 1.0 : Latar Belakang Kajian Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kulai Besar adalah sebuah sekolah yang baru mencecah empat tahun. Sekolah ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar kulai dan hampir 30 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru. Sekolah ini mempunyai murid yang hampir mencecah 1100 orang dan dijangka mencecah sehingga 1500 orang tahun hadapan. Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa cina dan hanya segelintir sahaja yang berbangsa Melayu dan India. Oleh hal demikian, telah menjadi satu tradisi di sekolah jenis kebangsaan cina di mana murid-muridnya bertutur dalam bahasa ibuanda mereka iaitu bahasa cina sebagai bahasa berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh kerana fenomena ini sebahagian besar di antara murid-murid sekolah ini tidak dapat bertutur Bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Masalah ini berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas dan semasa berkomunikasi dua hala antara guru dan murid. Berdasarkan kepada pemerhatian masalah ini berpunca daripada pergaulan persekitaran mereka yang hanya bergaul dengan komuniti cina sahaja terutamanya di luar sekolah. Sebab demikian mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu kerana setiap komunikasi antara mereka hanya menggunakan bahsa ibunda mereka sahaja. Walaubagaimana pun, berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi sumbangan kepada masalah dalam penggunaan Bahasa Melayu dikalangan murid-murid cina terutamanya sekolah ini. Pertama ialah tiada pemahaman mengenai fungsi satu-satu ayat dan kedua adalah amalan pengajaran guru yang tidak memberikan penekanan yang tegas dan nyata dalam pengajaran.

2 2.0 : Fokus Kajian. Berdasarkan pemerhatian kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setakat ini, kami mendapati bahawa aspek tanda baca dalam ayat Bahasa Melayu selalu menglirukan murid. Contoh : i. Ini apa ? ii. Inis eekor kucing. Seperti dari contoh di atas, murid-murid selalu keliru ketika membaca ayat di atas dengan mengikut intonasi yang betul. Terdapat di antara murid yang membaca dengan suara mendatar dan ada pula yang membaca dengan suara yang tinggi.. Jika masalah di atas tidak dapat di selesaikan, kelemahan dalam kemahiran ini boleh menjadi semakin serius. Ini akan berlanjutan sehingga ke tahap seterusnya. Apabila masalah ini berlarutan akhirnya akan menyebabkan murid-murid hilang minat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam kajian tindakan ini. 3 3.0 : Objektif Kajian. Dalam menyempurnakn kajian tindakan ini kami telah menetapkan dua objektif yang perlu kami capai. Dua objektif tersebut ialah : 3.1 Objektif Am Meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca seperti noktah, koma dan tanda soala dalam ayat-ayat mudah Bahasa Melayu. 3.2 Objekif Khusus Kami telah menetapkan tiga objektif khusus yang perlu dicapai dalam menyempurnakan kajian ini iaitu : 1. Murid dapat membaca dengan lancar. 2. Murid dapat membaca tanda baca yang betul. 3. Murid dapat membaca dengan intonasi yang betul.

4.0 : Kumpulan Sasaran Murid-murid tahun 4 ( J ) seramai 10 orang iaitu enam lelaki dan empat perempuan yang tiak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Murid-murid ini berasal dari latar belakang keluarga yang berlainan, sama ada dari aspek ekonomi dan sosial. Sebahagian besar ibu bapa murid-murid ini adalah bekerja sepenuh masa. Oleh hal itu, masa yang di peruntukan untuk bersama dengan anak-anak adalah terhad. 4 5.0 : Perancangan Tindakan. Berdasarkan kepada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Di antara masalah tersebut ialah tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Kebanyakan murid membaca tidak dihentian yang sepatutnya dan meneruskan pembacaan tanpa melihat tanda baca yang terdapat di dalam petikan. Selain itu, melalui sesi temu bual dengan murid-murid yang bermasalah tersebut di dapati mereka tidak memahami fungsi setiap tanda baca yang mereka pelajari. Di samping itu juga, guru turut menjalankan soal selidik dan ujian bacaan di kalangan murid yang bermasalah ini dan didapati bahawa sebilangan di antara mereka tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul. Berikut adalah analisa tinjauan maslaah tersbut : Analisa Tinjauan Masalah ( Rujuk Lampiran 5 ). Berikut adalah hasil ujian yang telah dijalankan : MURID 1 1 2 3 SOALAN 2 / / / 3 4 5 6 7 8 9 10 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / JUMLAH / 8 / 9 / 7

Jumlah murid adalah seramai 10 orang. Melalui ujian yang telah dijalankan seperti di atas, guru elah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murd iaitu terdapat sebahagian daripada murid yang mengambil ujian tersebut tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh guru ramai di antara mereka tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti

tetap ( noktah ). 5 Selain itu juga terdpat di antara mrid-murid yang dianalisa tidak dapat memahami Bahasa Melayu sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di samping itu juga, muridmurid tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan tepat. 5.1 : Aktiviti Yang Di Rancang. i. Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi mengesan masalah yang di hadapi oleh murid dalam membezakan penggunaan tanda baca.Berikut adalah penerangan menegenai aktiviti-aktiviti tersebut : a. Aktiviti 1 : membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan. b. Aktivti 2 : membina ayat mudah. c. Aktiviti 3 : belajar sambil bermain Kotak Beracun ii. Bahan-bahanyang digunakan dalam menyediakan setiap aktivti adalah seperti berikut : a. Aktiviti 1 : Kertas lembaran bacaan dan kad ayat b. Aktivti 2 : Lembaran kerja, pensel dan warna c. Aktiviti 3 : Kotak, radio dan simbul tanda baca. iii. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian adalah seperti berikut : a. Soalan Ujian: Tinjauan pos ialah untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek yang dikaji. Permarkahan diberikan. Analisa dibuat untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan yang dijalankan. 6 b. Temu bual Guru berbual dengan murid untuk mengetahui pandangan mereka terhadap topik iaitu Tanda baca .

c. Pemerhatian : Seorang rakan sejawat akan memerhati an menilai semasa guru Bahasa Melayu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar dicatatkan. Amalan pembelajaran murid di kesan. 7 6.0 : Perlaksanaan Tindakan. 6.1 : AKTIVITI 1 i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran . Bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid sebagai set induksi. Guru menyoal murid beberapa soalan untuk dijawab oleh murid. Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang berlainan. Murid di minta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru mengajar murid membaca dengan mengikut intonasi yang betul serta membetulkan kesilapan murid secara langsung sekiranya berlaku. Sebagai langkah penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka. ii. Pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh rakan sejawat di dapati bahawa semua murid-murid memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajran dijalankan. Di samping itu, semasa sesi soal jawab diadakan dapat dilihat dengan jelas bahawa penglibatan murid adalah sangat aktif. Di samping itu, murid-murid juga turut berasa gembira semasa aktiviti 1 dijalankan terutamnya semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dapti guru elah menunjukkan komitmen dan keyakinan serta semangat yang tinggi sebagi seorang pendidik. 8

ii. Refleksi. Guru mendapati bahawa aktivi seperti aktiviti 1 berjaya diajalankan memandangkan semua murid melibatkan diri sewaktu aktiviti 1 dijalankan terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang ditujukan. Selain itu juga, penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh perhatian dan kerjasama kepada guru sepnajang aktivti 1 dijalankan. Guru juga mendapati bahawa aktiviti membaca secara kumpulan juga berkesan kerana guru dapat mendengar intonasi yang disampaikan adalah amat jelas kedengaran. Dengan segala kerjasama dan penglibatan semua murid aktiviti 1 telah berjaya dijalankan dengan lancar serta mencapai objektif serta matlamatnya. 9 6.2 : AKTIVITI 2 Aktiviti 2 adalah aktiviti yang berbentuk tulisan. i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran . Guru menerangkan fungsi setiap tanda baca seperti noktah,koma dan tanda soal semasa sesi soal jawab. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja ( lembaran 4 dan 5 ) untuk muri-murid siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan iatu 20 minit untuk 10 soalan. Seterusnya guru menjalankan sesi perbincangan setelah murid menyiapkan kertas lembaran kerja ( lembaran 4 dan 5 ). ii. Pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian di dapati bahawa murid menunjukkan reaksi memahami akan penggunaan tanda baca yang diberikan. Selain itu juga murid dapat menjawab soalansoalan yang dikemukakan oleh guru dengan cepat dan baik sekali. di samping itu juga semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid telah memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama semasa menjawab soalan serta sewaktu menjalankan aktiviti 2. ii. Refleksi. Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini kerana murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh guru dengan tepat serta dapat menulis jawapan yang betul pada kertas lembaran kerja yang dikemukakan. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa murid-murid lebih faham akan penggunaan tanda baca jika dibandingkan dengan sebelum menjalankan aktiviti ini. 10 6.2 : AKTIVITI 3.

Aktiviti 3 adalah aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain (Kotak beracun) i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran . Bagi menjalankan aktiviti ini, guru telah membawa murid keluar dari bilik darjah dan berkumpul di Dataran Ilmu. Murid-murid diminta untuk membuat satu bulatan dan duduk tanpa menjejaskan bentuk bulatan ( dalam kumpulan yang telah ditetapkan ). Guru telah mengedarkan sebuah kotak untuk setiap kumpulan, yang mana setiap kotak mempunyai simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal ( , . ? ). Guru menerangkan langkah bagi melincinkan aktiviti ini. Guru memainkan muzik dan apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan. Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( , ). Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul. ii. Pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Selain itu juga, murid-murid didapati bahawa murid kelihatan lebih memahami tentang penggunaan tanda baca. Di samping itu juga, didapti hampir semua muid dapat membina ayat secara lisan dngan begitu cepat dan betul. Kerjasama yang diberikan oleh murid telah berjaya melincinkan aktiviti ini dengan jayanya. ii. Refleksi. Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini kerana murid-murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Secara tidak langsung telah membuktikan bahawa aktiviti 3 telah berjaya mempertingkatkan kefahaman murid akan setiap penggunaan tanda baca. 11 7.0 :Cadangan Tindakan Seterusnya. Sebagai langkah tindakan seterusnya, guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perjumpaan dan mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain. Dengan adanya perbincangan dua hala secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah-masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pemebelajaran. Selain itu juga, guru boleh mengemukakan masalah yang dihadapi semasa pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu semasa perbincangan kumpulan diadakan. Dengan adanya perbincangan kumpulan secara tidak langsung guru dapat mengemukakan masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Di samping itu , guru-guru juga perlu meyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain. Pihak pengurusan sekolah juga boleh mengambil insiatif melalui panitia Bahasa Melayu dengan mengadakan bengkel atau kursus pendek yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan pembaharuan sukatan pelajaran dan masa. Melalui bengkel yang diadakan secara tidak langsung tahap profesionalisme guru turut ditingkatakan seiring dengan kehendak semasa. Guru-guru Bahasa Melayu juga boleh melaksanakan pengajaran rakan sebaya antara murid yang sederhana dan cerdas semasa menjalankan aktivti pengukuhan di dalam kelas. Secara tidak langsung ia akan mewujudkan pengajaan dan pembelajaran secara coperatif learning iatu pengajaran berkumpulan. Dengan wujudnya kerjasama antara murid sederhana dan cerdas, guru secara tidak langsung dapat memberi tumpuan yang lebih terperinci terhadap murid-murid yang lemah serta yang belum menguasai kemahiran yang diajar. 12 Semua guru termasuk guru Bahasa Melayu juga harus sedar bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja tetapi ia merangkumi merangkumi seluruh persekitaran sekolah. Sebagi contoh guru boleh membawa murid keluar dari bilik darjah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemahiran dan masa. Akhir sekali, motivasi atau pengukuhan dari guru kepada murid secara tidak langsung dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya pujian seperti baik, bagus dan sebagainya ini secara tidak langsung menunjukkan setiap kerjasama yang diberikan oleh murid dihargai oleh seorang guru. Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia. Beban dan tanggungjawab ini bukan haya di bahu guru Bahasa Melayu tetapi termasuk Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru ( PIBG ) dan ibu bapa sendiri 13

Lampiran 1 S.J.K ( C ) KULAI BESAR BAHASA MELAYU TAHUN 4 NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________% KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________ ARAHAN : BACA AYAT-AYAT DI BAWAH DENGAN MENGIKUT INTONASI YANG BETUL. 1. Ini sebuah sekolah. 2. Setiap pagi, saya pergi ke sekolah. 3. Budak kecil itu, adik saya. 4. Di manakah buku saya ?. 5. Siapakah nama budak lelaki itu ?. 6. Emak ke pasar membeli ikan, daging dan telur. 7. Berapa bijikah guli itu ?. 8. Harimau, singa dan buaya ialah haiwan ganas. 9. Wah, besarnyarumah itu ! 10. Inikah beg kamu ?. 14 Lampiran 2 Petunjuk G Guru M - Murid ( Sebelum aktiviti )

Dialog 1 G Suka belajar Bahasa Melayu ?. M Suka, tapi kami tak faham. G Apa yang awak tak faham. M Cikgu cakap. Dialog 2 G Siapa yang tidak pandai membaca ? M Semua pandai baca cikgu. G Tapi mengapa kamu baca tak betul ?. M Baca saja, tapi tidak faham. Sikit-sikit sahaja faham. ( Selepas aktiviti ) Dialog 1 G Bolehkah kamu menjawab soalan ini ?. M Boleh cikgu. G Memgapa kamu yakin boleh jawab ?. M Saya faham. Dialog 2 G Kamu sudah bertambah bagus ? 1 5 M Betul cikgu. Lembaran 3 S.J.K ( C ) KULAI BESAR BAHASA MELAYU

TAHUN 4 NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________% KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________ ARAHAN : DENGAR, KEMUDIAN SEBUT DENGAN INTONASI YANG BETUL. 1. Ini kucing. 2. Cantik 3. Kucing ada mata. 4. Kucing mata ikan. ARAHAN : DENGAR, KEMUDIAN SEBUT DENGAN INTONASI YANG BETUL. 1.Ini kucing ?. 2. Cantik ?. 3. Kucing ada mata ?. 4. Kucing mata ikan ?. 16 Lembaran 4 S.J.K ( C ) KULAI BESAR BAHASA MELAYU TAHUN 4 NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________% KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________ ARAHAN : ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN MENGGUNAKAN TANDA BACA YANG BETUL DAN TEPAT. 1. Ini apa___. 2. Aduh____sakitnya gigi saya !.

3. Saya suka makan durian___rambutan___dan ciku__ 4. Siapakah nama kamu __. 5. Di manakah buku saya ___. 6. Tiba-tiba__ hujan pun turun ___ 7. Setiap petang___kami akan ke padang__ 8. Adik saya sedang menulis___ 9. Itu pensel saya___ 10. Mengapakah kamu lewat_____ 17 Lampiran 5 S.J.K ( C ) KULAI BESAR ANALISIS UJIAN TAHUN 4 ( J ) MURID 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JUMLAH 18 SOALAN 2 / / / / / / / / / / 10 3 4 5 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 4 6 10 6 / / / / / / / / / / 10 7 8 9 10 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 2 3 4 10 JUMLAH / / / / / / / / / 9

8 9 7 8 6 7 7 9 6 5